Total Pageviews

Tuesday, May 26, 2015

...Lubuk Timah...




...Cuti Tahun Baru China yang lalu saya mengambil peluang untuk bersantai bersama keluarga...Ini pun setelah sekian lama tidak dapat melakukannya dek kekangan masa dan tugas...

...Pertama kali kesini seingat saya munkin dalam 20 tahun lepas atau munkin lebih dari itu...Tak sampai pun seminggu sebelumnya tempat ini telah dirasmikan oleh YB Menteri  Besar Perak...Maka dengan itu ianya bermakna telah dinaik taraf sebagai tempat berkelah keluarga.Cuma agak hairan mengapa setelah sekian lama baru kini ianya dinaik taraf… dalam erti kata lain diambil peduli...

...Terletak lebih kurang satu setengah kilometre dari jalan besar menuju ke Cameron Highland...Jika dari Plaza Tol Simpang Pulai kira kira 8 kilometer...Asalnya adalah bekas lombong bijih walaupun tidak nampak langsung pun akan kesan kesan tinggalannya...Seperti  lain lain tempat...Kini mempunyai pelbagai kemudahan seperti tandas, surau chalet serta pondok untuk berteduh yang boleh disewa dengan murah...Yuran masuk Rm 3 bagi dewasa dan Rm 1.50 untuk kanak kanak...Saya perhatikan tiada tong atau pun bekas sampah yang disediakan...Namun itu bukan lah satu alasan untuk kita tidak boleh menjaga kebersihan tempat ini..Inisiatif atau kesedaran dari pengunjung perlu ada, jika pelbagai makanan serta minuman boleh kita bawa dari rumah mengapa tidak dengan plastik sampah nya sekali...

...Walaupun ketika musim panas sebegini saya perhatikan airnya mengalir deras (saya tidak turun ke air kerana lebih suka bersantai di bawah pondok) Pernah juga berlaku kes pengunjung yang mati lemas seprti yang dilapurkan dalam akhbar dulu...Terdapat juga kolam air panas (suam) yang tak seberapa besarnya namun padat dengan pengunjung di dalamnya...Melayu, China, India, Sikh, Bangla semua ada…1Msia kata kao!  Ok untuk itu layan aje lah gambar yang ada nih...

































3 comments:

deaf-angel said...

Sapanye Puffed Corn tu? weak sey dah lawa2 tempat ni..

Patut pasang cctv banyak2.. saman giler2 je orang cam gini.

No excuses if its a small child who do it, parents kena responsible.

Orang bawak anjing pun jalan2 kena pungut sendiri taik anjing mereka apa lagi anak sendiri littering cam rumah makbapak dorang.

berteromber said...

Dulu masa pergi Cameron Highland ikut Plaza Tol Simpang Pulai ada perasan tempat ni...tak singgah pun...kalau tau cantik macam ni...memang patut kena singgah la...

Rafi said...

Masalah takda kesedaran sivik ni ada je kat mana2.tmpt cantik,fresh n damai mcm ni pun ada jugak pencemaran sampah.
Btw,nice photo bang.tak penah sampai lagi tmpt ni