Total Pageviews

Tuesday, May 19, 2015

...Rohingya...Doa Untuk Mereka...





...Kebarangkalian untuk sesuatu perkara itu berlaku sememangnya di luar dari jangkaan...Kita sebagai manusia biasa dengan sifatnya yang lemah dari segala sudut seharusnya akur dan insaf dengan ketentuan Illahi...


...Pemimpin Myanmar yang berugama Buddha sepatutnya dipertanggungjawabkan dengan apa yang berlaku di negara berkenaan dan dilapurkan seramai 20,000 orang etnik Muslim Rohingya telah dibunuh...Isu penghapusan etnik bukan perkara baru...dan krisis seumpama tidak hanya berlaku di negara itu  malah di beberapa negara lainnya cuma ianya sengaja tidak dihighlighkan oleh media yang rata ratanya dipelopori oleh Yahudi dan sedia kita maklum memusuhi Islam...Dengan mengugut untuk tidak menghantar wakil dalam Sidang Kemuncak Wilayah yang akan berlangsung di Thailand pada   hujung bulan Mei 2015 jika isu pelarian Rohingya  diketengahkan dan ini cukup untuk memberi gambaran bahawa pemimpin negara berkenaan ego dan lantang dalam menyatakan pendiriannya sedangkan sebelum ini mereka yang meminta agar disenaraikan sebagai anggota Asean dan sudah tentunya tertakluk dengan pelbagai syarat2...dan atas dasar setiakawan kita dan negara jiran lainnya dengan tangan terbuka menyambut mereka..namun setelah itu menunjukan taringnya pula..ini sebenarnya melanggar perjanjian yang telah dibuat sebelumnya...Jika dulu nama Aung San Suu Kyi diangkat tinggi hinggakan beberapa kali dihadiahkan anugerah Nobel sebagai pejuang kebebasan dan keamanan...Namun dalam isu ini beliau terus menyepi....







...Masaalah ini seharusnya ditangani oleh badan badan dunia seperti UNHCR dan PBB dengan bijak dan telus selain dari negara maju dan kaya lainnya...Namun adakah kesemua dari mereka mahu membantu sedangkan peranan/ pendirian 'double standard' sejak dulu lagi kita sedia maklum di dalam permasaalahan Palestine, Bosnia, Kashmir, Islam China, Islam Nepal dan lain lain lagi...Pokok pangkalnya jika tiada kepentingan kepada mereka jauh panggang dari apilah jawabnya..lebih lebih lagi jika atas nama Islam...Islamophobia bukan lah satu alasan kukuh untuk mereka mengelak!!







...Dengan status saudara seagama dan melihat penderitaan mereka dari kanak kanak hingga yang dewasa sudah cukup menjentik perasaan belas di kalangan kita...namun dengan hanya menyatakan rasa simpati sahaja tidak akan memberi apa2 perubahan akan nasib malang mereka...Jika perang antara Palestine dan Zionist...Serb dan juga Bosnia...Ramai di antara kita serta Ngo Ngo yang perihatin...buka tabung, hantar sukarelawan, hantar bantuan, ada yang sanggup ambil anak angkat dan pelbagai lagi...Namun kini mana mereka semua...Rohingya/Burma tidak lah jauh mana pun...Tak nampak? Atau buat buat tak nampak? Jika orang kata kita hanya perihatin pada sesuatu isu yang dihighlighkan oleh dunia munkin ada benarnya...Maka jika begitu mana letaknya keikhlasan kemana perginya kemanusiaan!?  





 ...Bagi kerajaan kita sendiri yang telah sedia diharungi masaalah dengan pelbagai PATI dari seluruh dunia sebenarnya sudah tentunya ini akan memberi kesan yang lebih parah...Untuk membantu kita sendiri juga berada dalam keadaan yang sepatutnya dibantu dalam pelbagai segi...Politik,ekonomi, dadah, jenayah, rasuah walau jika diajukan kepada mereka berkenaan tetap akan dinafi sedangkan itu sememangnya realiti...Melihat saja tidaklah sepatutnya kerana umum sedia maklum negara kita amat terkenal dengan sifat perihatin serta suka menghulurkan bantuan...Namun  rasanya tidak keterlaluan jika saya rumuskan di sini bahawa kita sekarang berada dalam situasi 'kepala sudah terhantuk kaki pula yang tersadung'    




...Kita hanya merencana namun Tuhan lebih tahu apa yang dilakukanNya dan apa yang baik untuk umat manusia...Bukan niat untuk menyalahkan sesiapa...Ketika saat getir si pelarian menantikan pertolongan dan perkhabaran gembira walau ianya munkin hanya harapan yang tipis...Dari saya sekadar yang termampu hanya doa untuk mereka yang terlibat moga dipermudahkan segala urusan dan diberikan kesabaran serta ketabahan dalam mengharungi segala dugaan...Aamiin...







6 comments:

Kaboi Tanduk said...

berat mata memandang, berat lagi bahu memikul..

deaf-angel said...

Apa aku tahu Rohingya nye orang naik boat ni dulu, travel gi another point untuk Banglas naik.
Rohingya nye kerana dah tak tahan kena tindas siksa, tapi Banglas is nak carik kerja dan kehidupan lagi senang.
Dalam kapal2 tu, apa aku tahu sebahagian Banglas rampas makanan2 minuman2 Rohingya, sapa lawan yang dewasa disembelih sebelum dilempar kat laut, anak2 mereka dilempar hidup2...

I am a bit surprised ngan perangai Bangla.
Ni interview video Rohingya yang tersadai kat Aceh cerita pasal Bangla2 ni.

Rafi said...
This comment has been removed by the author.
Rafi said...

tu la pelik jugak pasal makcik su kyi tu buat bodo je eh..siot tul

berteromber said...

lama dah kan isu ni...cuma ramai jer yang tak nak ambik tau...

kita2 orang biasa ni mampu doa ajer la...

Ra1m1 said...

suatu tragedi yang kurang dilihat oleh mata dunia...