Total Pageviews

Monday, December 12, 2022

Lempeng @ Pek Nga..

 


...Lempeng kelapa..Saya tahu ianya disebut Pek Nga bagi orang sebelah Utara apabila makan di sebuah kedai ketika bertugas ke Alor Setar lama dulu..Saya tanya kenapa Pek Nga? Sebab cara masaknya dengan ditempek (tampal) atas belanga..Simple jer kan?😁

...Menjadi sarapan favourite kami sekeluarga masa kecil dulu2, cepat dan mudah disediakan dengan bahan2 yang minimal...Sering juga dijadikan bekalan  ketika mengikut mak ke sawah...Abah pula selalunya hanya akan menyusul kemudian selepas habis kerja di Balai Polis Beruas...Lepak dan buka bekalan lempeng (di mana ketika itu perkataan Pizza tak pernah pun saya dengar apatah lagi melihatnya😁) atas dangau di tengah sawah cicah dengan kari bersulamkan kopi O panas dengan angin sepoi2 berserta kicauan burung2 dan alunan lagu dari corong radio transistor jenama Philips...Sesekali ketika itu kapalterbang Caribou dan Hercules TUDM akan melintas di ruang udara dan saya akan terjerit2 memanggilnya (macam ler pilot tu dengar😅) Allahu, bagi kami golongan marhaen kampung, ini semua sudah cukup membahagiakan ketika itu...Alhamdullilah..Ya Allah...🥰😋

No comments: