..Yo, asking for support is not a sign of weakness,it is actually a sign of intelligence..it gets you out of a hole and it gives other people an opporturnity and experience to help...WanBeruas
Total Pageviews
Thursday, April 8, 2021
...Make Luv Not War...
Thursday, March 25, 2021
Solo Ride CNY 2021- Sukan & Setiakawan
...Dalam sukan yang melibatkan ahli berkumpulan perkara utama selain minat ialah disiplin dan setiakawan takde ini bermakna kita belum lagi 'layak' untuk berada di situ...
Thursday, March 18, 2021
Setahun Melawan Covid 19
...Hari ini setahun yang lepas sama2 kita mula lock down...Keluar rumah pun atas sebab tertentu saja dan tak boleh lebih dari sorang dalam satu kereta, di tempat kami jalan raya, pekan, masjid, surau semua sepi hatta laungan azan sekalipun...Dah macam scene dalam movie Salem's Lot...Bagi orang yang memang sediada dengan panic disorder serta anxiety bertambah2 lagi ler jadinya dengan panic yang seakan diada2...
...Semalam statistic kes baru dah menunjukkan penurunan yg ketara iaitu hanya 1,219, hari ini pula 1,213 kes berbanding minggu2 sebelumnya, syukur alhamdullillah, hasil dari usaha bersama kita dalam menanganinya walau ada juga yang degil dan menongkah arus...
...Dalam pada itu pejam celek Ramadhan pun tinggal 28 hari saja lagi, kat masjid semalam pun kami masing2 dah beri nama pada ketua group untuk kutipan duit moreh, moga kali ini situasi kembali berubah dan kita dibolehkan untuk bertarawih di masjid seperti biasa...Biarlah dari pandemik ia beralih kepada endemik saja kerana untuk menhilangkannya terus agak mustahil sepertimana denggi yang dah sebati dengan kehidupan kita...Apa pun bottom line nya SOP mesti kekal kita jaga...
...Together we stand, devided we fall...🤟💝
Sunday, February 14, 2021
Motor...Dulu dan Sekarang...
...Di pekan Beruas dulu, ketika demam Flower Child/Power aka Hippies sedang melanda Malaysia, ada sebuah bengkel motorsikal yang dimiliki oleh seorang pemuda Melayu bernama Ali...Bezanya bengkel beliau ini hanya merepair dan modified motorsikal chopper yang ketika itu amat digilai oleh muda mudi termasuk saya yang ketika itu baru dalam darjah 3-4 , dan ini tentulah orang have2 saja yang mampu memilikinya...
...Selalunya pada hujung minggu bengkel beliau akan dikunjungi oleh ramai pemilik chopper termasuk lah dari kalangan orang2 istana negeri Perak...Kami kanak2 yang teruja akan beramai2 ke bengkel tersebut, sedang Ali pula sibuk dengan kerja membaiki apa yang patut, dan saat beliau menguji motor2 besar berkenaan adalah waktu yang dinanti nanti paling best...Vroom! Vrooom! Ahhh asyikkk!
...Setiap era ada saja perubahan, itu juga lah yang berlaku ketika ini dengan kepelbagaiannya di mana anak muda dan veteran masing2 dengan minat mereka samada memiliki superbike, caferacer, chopper mau pun vintage bike...Tepuk dada tanya selera...Hahh?! Tanya poket kot😁
Wednesday, June 3, 2020
..Amalkan Norma Baru Supaya Jadi Normal..
Thursday, February 20, 2020
...Bukan Dengar Suka2, Bukan Minat Saja2!..
...Banyak orang pandang serong pada peminat yang mendengar muzik keras sedangkan lirik lagu Metal banyak yang menjurus dan menceritakan tentang permasalahan masa kini,dan akan datang...perihal disease, corrupt, politik, perang, kemanusian dan alam sekitar berbanding degan lagu "biase2" yang lebih berkisar tentang cinta plastik tentang hu ha hu ha tanpa hala tuju...
Monday, February 10, 2020
Study Ler Kat Mana Pun...
...Muhammad Firdaus - Tepi tingkap hotel pun boleh study!😎
...Kesimpulannya belajar ler kat mana pun yang penting rajin, tiada alasan dan juga usaha yang tidak mengenal penat serta lelah... 😯
P/s: Kat McD aku tak tau citer sebab tak pernah keje kat situ..😁
Thursday, January 30, 2020
Corona Virus (tentera Tuhan)
...Sedia maklum bahawa penyakit bawaan seperti TB (tuberkulosis) jangkitan dari bakteria yang menyerang paru paru telah lama pupus dari negara kita hinggakan satu masa wad untuk pesakit berkenaan telah pun ditutup di Hospital Ipoh...Namun sejak sepuluh tahun kebelakangan ini penyakit itu menular semula...Ini berpunca dari pekerja, pelajar dan pelancung2 asing yang dibawa masuk di mana secara langsung turut membawa bersama pelbagai penyakit yang dihidapi mereka......Setelah 17 tahun dilanda SARS kini Coronavirus pula menyerang bermula dr Wuhan, China yg mana seperti dimaklumkan kedua2nya mempunyai kesan yg sama terhadap manusia...Pendapat dhaif dari saya; di negara kita usaha mencegah perlu dilakukan terlebih dahulu sebelum kaedah mengawal dipraktikan setelah terdapat kes2 baru atau yang munkin meningkat...Justeru menyekat kemasukan pelancung dr China perlu dilakukan sehingga keadaan kembali pulih seperti asal...
...Secara peribadi saya amat simpati terhadap mereka yang bertugas di pintu2 masuk negara serta hospital yang mana risikonya amat tinggi untuk mereka hadapi...Penutup muka keselamatan atau face mask yang dibekalkan hanyalah dari jenis yang paling murah dan tidak selamat berbanding sepatutnya ia mestilah dari jenis N95 9010V atau 8210...Musuh yang boleh dilihat sekalipun payah untuk dikawal ini kan pula yang tidak mampu dikesan dengan mata kasar...
Tuesday, January 28, 2020
Drum atau Gendang...
kerana kelajuan bukanlah segala galanya, tapi kebolehan serta kemahiran adalah keutamaan!
Wednesday, December 18, 2019
...Music Is A Gas!
..Si bongsu saya Muhammad Ashraf suka dan amat minat dengan kucing, basikal dan gundam, suka pada xtvt xtreme dan kreatif yang menggunakan akal, kalu main chest dengan dia selagi tak menang dia akan ajak opponent dia ulang main hingga dia plak yang menang...dia juga suka berexplorasi & berexperimentasi dengan muzik...Segala peralatan synthesizer, gitar, efx & gadget dibeli dari hasil ikat perut belanja sekolah yang dikumpul dan juga gaji kerja cuci pinggan di cafe semasa cuti semester universiti (sekarang belajar dalam jurusan Mechanical Engineering)..Takde back up funds pun dari saya...nak apa pun kau kena cari sendiri ekk...Hehe.
Boy, it's not about obstacles for you to overcome, more than that it's about your passion, determination and efforts dan bukan kuantiti, tapi...
...quality is a must...
Bottom line, paling utama solat dan doa kamu jangan culas...No doubt!
Friday, November 22, 2019
oBike dan Mentality Orang Kite...
Thursday, November 14, 2019
Lajak Yang Terlajak!
...Curosity di kalangan kanak kanak dan remaja sememangnya normal dan tak perlu kita halang selagi ia tidak memudaratkan, kerana itu semua adalah learning process dalam kehidupan...Jika dulu dulu terjun tiruk di taliair, mandi sungai ramai ramai, tembak ikan , pasang bubu, cari spider, main gasing , guli, layang layang, panjat pokok pelam dan sebagainya dikira sebagai aktiviti pelepas tenaga remaja atau escapism dari stress itu sendiri kerana baik tua mau pun muda, kita tidak terkecuali...Paling lekeh pun kita boleh jer layan batu seremban, dam aji, dam ular, chest, monopoly atau congkak yang masih menggunakan skill otak serta akal untuk berfikir dan mengatur strategi dalam permainan...
...Kebiasaannya bila terjadi sesuatu perkara orang kita lebih suka menuding jari menyalahkan sesama sendiri berbanding mencari sebarang kaedah penyelesaian sedari awal sedangkan perkara buruk sudah pun berlaku...melarang atau menyekat terus minat akan hanya menyebabkan mereka mencari alternatif lain yang munkin lebih mencabar dari kebiasaan dan ini tidak akan menyelesaikan masaalah sedia ada...Isu ini telah pun dibincangkan di peringkat kerajaan dan sewajarnya sesuatu perlu dilakukan dengan mencari sebarang solusi dan konklusi sebelum ia menjadi lebih parah...
Kerana generasi yang ada ini terdiri dari pewaris masa depan eloklah
Thursday, October 24, 2019
Jom Tolong Jangan Hukum...
...Berbalik kepada topik asal...Apa kita harapkan supaya akta atau undang undang di bawah Seksyen 309 Kanun Keseksaan yang mana mereka si pelaku boleh dipenjara tak lebih satu tahun, denda atau kedua2nya sekali itu dipinda dengan tidak lagi menjadikan mereka mangsa untuk dihukum, kerana mereka tidak bersalah atau melakukan jenayah malah mempunyai masalah mental yang sepatutnya kita bantu untuk sembuh, bukan meletakkan mereka dalam situasi seolah olah sudah jatuh ditimpa pulak dengan tangga... Ia amat tidak beperikemanusiaan kerana penyakit itu sendiri sudah sememangnya kejam...
Wednesday, May 8, 2019
Budaya Baru Dunia...K PoP...
..Muzik dunia bersilih ganti dengan pelbagai genre baru yang wujud ada juga yang disub genre kan dari muzik asal contohnya blues, jazz atau rock yang kini mempunyai kepelbagaiannya...Di Korea Selatan wujud satu fenomena yang melanda bukan saja negara itu malah ke seluruh dunia dan tak ketinggalan dengan negara kita sendiri..Muzik K Pop atau Korea Pop...
...Korea masuk kesini bukan saja saja dan mereka datang dengan products berserta package...mereka penetrate bersama dengan budaya, fashion, makanan, muzik artis dan impak seterusnya mengujudkan passion kepada muda mudi bukan saja di Malaysia malah seluruh dunia...
..Semasa seharian di Nu Sentral, Kuala Lumpur baru baru ini membuktikan kepada saya betapa demam K Pop sememangnya sedang hangat di negara ini...bayangkan saja beberapa barisan panjang muda mudi pelbagai kaum yang sanggup setia menunggu lama untuk attend program yang dianjurkan...Di satu floor beberapa premise K Pop juga penuh dengan pengunjung..ada yang membawa poster, selendang, anak patung munkin untuk ditandatangani...
...Begitu juga dengan beberapa restoran Korea di situ..Walhal jika dilihat pada poster menu di dinding antaranya makanan yang hanya diinovasikan saja...sebagai contoh jika kita di sini dengan pisang goreng cheese atau pun murtabak maggi gitu...Tapi restoran mereka tetap penuh! Inilah kehebatan mereka selain fenomena mampu mengujudkan trending...'Business Means Business..No Matter What..As long as you can grab them from up to toe' Munkin ini moto mereka....
...Hebatkan? Sedangkan era JPop serta JRock dulu pun tidak sehangat ini...dan saya rasa Menteri berkenaan mempunyai sebab dan view tersendiri mengapa bercadang membawa brand Korea itu ke sini...walau ramai yang menolak...tapi itulah yang menentangnya pun hanyalah golongan tua yang mempunyai taste lama, pun ada yang langsung dah tak boleh 'In' pada sebarang bentuk hiburan..ada jugak yang menentang seolah olah mereka tu patriotik sangat padahal sebenarnya tidak pun...bagi saya ianya lebih pada taste...Memanglah citarasa orang tua kebanyakannya tidak sama dengan taste orang muda..Haha..
...Benda begini ada pro cons nya...Yang jelas demam K Pop ini sama jugak dengan demam Pop Yeh Yeh tahuan 60an, Saturday Night Fever dan Grease Lightnin' 70an serta Breakdance tahun 80an dulu...ianya ujud pada masa dan ketika yang tepat lalu ianya digunakan sebaik munkin oleh mereka yang berkecimpung di dalamnya untuk menjana sesuatu...Yes! Money, fame and famous!...Satu jer soalan, kita ni bila lagi atau mampu ke untuk ujudkan fenomena yang seumpama mereka, jika dalam sukan pun hanya menjadi juara pada penganjurannya saja...Whoops lari top[ik...Hehehe...
P/s:- Di AEON St 18, berhampiran tempat tinggal aku terdapat 2 restoran Korea yang pernah viral kerana dikatakan tidak kelihatan pun logo Halal JAKIM di situ...Sungguh pun begitu ia masih tetap diredah oleh ramai pelanggan Muslim...Err, macam restoran mamak dulunya jugaklah...Kaannn😁
Monday, April 29, 2019
...Food Court Dato Sagor,Ipoh...
...Sebenarnya tempat ini dulunya terkenal dengan nama 'gerai makan depan masjid negeri'...
Ya sebenarnya takde pun nama yang specifik untuk tempat ini, namun ianya amat terkenal dengan warga Ipoh...Land mark cuma Masjid Negeri dan dewan Bandaran Ipoh (yang dulunya Pejabat Pos Besar Ipoh) Jika nak lihat makanan yang terdiri dari pelbagai menu dan peniaga yang berbilang bangsa senonim dengan masyarakat kita, haa di sini lah tempat nya..Jika bagi sesetengah orang muda kini lebih suka ke Hollywood atau Vegas yang terletak di Canning Garden ...dan saya sungguh pun telah tinggal di Ipoh hampir empat puluh tahun tidak pernah sekali pun ke situ (Vegas atau Hollywood) walaupun pernah empat belas tahun tinggal berhampirannya, dan kami orang lama lebih suka ke sini...Selain suasana yang tak berapa havoc ia juga lebih kepada untuk mengimbau kenangan masa muda...
...Tempat ini dulunya banyak terdapat pokok pokok besar yang digelar pokok payung dan di bawah pokok inilah gerai gerai dibina...Jika ke sini bila bila waktu pun kita tidak akan berasa panas dek payungan pokok pokok besar berkenaan...Menu pulak terdapat bermacam2 jika peniaga India/Mamak sudah pasti menghidangkan Nasi Kandar..orang Melayu dengan pelbagai juadah mereka, kaum China pula lebih kepada menjual minuman dan juga roti bakar telor goyang selain bubur nasi...
...Medan Selera Dato Sagor era 90an...
...Terdapat juga yang menjual surat khabar serta beberapa orang 'petition writer'
di situ...Seingat saya tempat ini telah dua kali diubahsuai dengan dilakukan penambahbaikan...
Walau bagaimana pun sesuatu yang malang bilamana kesemua pokok pokok besar telah ditebang untuk memberi peluang pihak berkuasa tempatan membina gerai gerai yang baru yang lebih cantik dan selesa namun jumlah gerai amat terhad berbanding dulu...Jelasnya setiap kali perubahan dilakukan terdapat beberapa perkara yang terpaksa dikorbankan...Owhh ya, di sini juga terdapat sebuah tugu peringatan dan sebuah jam besar yang bunyinya mengingatkan saya pada cerita Labu Dan Labi...Mujur tidak turut menjadi korban...
...Secara peribadi saya tidak menentang pembaharuan serta pembangunan namun itu bukanya alasan untuk kita sewenang wenangnya memusnahkan alam tanpa mengira faedah yang telah/boleh kita perolehi..sepatutnya kita lebih perihatin untuk menjaga serta memulihara semua ini...contohnya tebang satu kita tanam semula dengan tiga atau empat pokok yang baru...Bagi saya Earth Hours bukan padam lampu tetapi tanam pokok sebanyak munkin!
Thursday, April 4, 2019
...Love For All Hatred For None ..Part 2
Karektor Singh yang walau hanya menempel dalam wayang P.Ramlee, tapi kata2 beliau cukup 'deep' cuma saya ubah klausanya, maksud tetap sama...
Kita bila lagi??
bertindak menidakkannya...







































