...Sound drum tak boleh disangkal memainkan peranan dalam menghidupkan lagu serta trademark bagi sesebuah band...Dalam genre muzik Rock, Neal Peart, Mike Portnoy, Eric Singer, Gene Hoglan, Nicko McBrain, Phil Collins, Dave Lombardo, Nick Menza,Vinnie Appice, Tommy Aldridge, John Boham (sekadar beberapa nama) merupakan tulang belakang band yang menonjol dalam membentuk sound band mereka...Tidak dinafikan ada juga drummer yang hanya merupakan pelengkap walaupun bermain bersama band yang popular dan bagus...
...Alex Van Halen tetap kekal dengan sound sendat serta flat yang langsung tidak menarik bagi saya tapi itu jugalah trademark mereka sejak dulu hingga kini...Drummer Cozy Powell pula contohnya mampu memberikankan kelainan music landscape pada mana2 band yang pernah menggunakan khidmat beliau...Rainbow, Gary Moore, John Lord, Robert Plant, MSG, Black Sabbath...Bersama Whitesnake pula bagi saya ia merupakan satu peralihan besar untuk sound serta imej band yang beralih dari leather jacket, boot cut jeans dan greasy ke arah glam rock...Walaupun tidak disukai hasilnya selepas rakaman album Slide It In dan seterusnya ditendang keluar dari band oleh frontman David Coverdale...Ironinya mereka patut berterima kasih kerana dengan sound drum terbaru itu jugalah yang telah membawa Whitesnake seterusnya menembusi market USA pada 1982/83 setelah sekian lama berusaha sejak tahun 70an...
...Secara peribadi saya amat suka dengan Cozy yang senonim dengan style jazz seperti juga Neal Peart ketika memegang drum stick serta sound drums beliau amat menonjol dalam album Rainbow - Rising. Drum attack serta multipile skill jelas boleh didengar terutama dalam intro lagu Stargazer, Tarot Woman, A Light In The Black dan lain lain...Oleh itu jika Glen Holgan dari band Death diiktiraf sebagai the fastest death metal drummer on earth, untuk Cozy tidak keterlaluan jika digelar sebagai multi talented drummer on earth....Bagi drummer ganerasi baru pula (tidak terlalu baru sebenarnya) Chris Adler - Ex Lamb Of God bersama trademark blast beat berserta snare drum 10" dan beliau kekal teratas menjadi pilihan saya setakat ini selain Akira Jimbo (Casiopea - Fusion Jazz) dan Mike Portnoy....Sayang Chris tiada bersama mereka lagi...Bagus mana pun pengganti beliau bagi saya LOG adalah Chris dan Chris adalah LOG! No doubt! ..Bagi drummer tempatan pula saya hanya pilih Lewis Pragasam dan
Gary Gedeon...
...Neal Peart satu lagi lagenda dalam muzik progresive rock bukan saja merupakan drummer malah lebih dari itu seperti mana Dave Grohl, Steward Copeland mereka juga menulis lagu untuk band masing masing dan orang lain...Kebolehan ini membuatkan status kesemuanya melebihi pemain drum lain dalam genre mereka...
kerana kelajuan bukanlah segala galanya, tapi kebolehan serta kemahiran adalah keutamaan!
kerana kelajuan bukanlah segala galanya, tapi kebolehan serta kemahiran adalah keutamaan!
No comments:
Post a Comment