Total Pageviews

Tuesday, July 25, 2023

..Dream Theater Kuala Lumpur 2023..

 



...Aku dan anak bongsu minat tegar dengan band nih, dan aku layan sejak dulu lagi sebelum introduce kan pada dia dengan album mereka Falling Into Infinity (1997)...So arini baru terasa nak up citer waktu kami enjoy konsert band nih di Kuala lumpur baru baru ini...

...Beberapa hari sebelumnya aku dah demam agak teruk dan tak kebah hingga hari konsert itu, tapi disebabkan tiket dah beli hotel pun dah booking mau tak mau paksakan diri juga untuk pergi...Untuk konsert ini kami pergi bertiga bersama saorang kawan baik Ashraf...

...Bergerak dari Ipoh dalam pukul sepuluh kot, dalam perjalanan tak singgah mana mana pun dan sampai di Kuala Lumpur terus saja check in hotel dan berihat hingga petang, cuma Ashraf dengan Fauzan saja yang keluar makan dan bersiar siar...Petangnya di sebabkan dekat saja dengan hotel kami jalan kaki ke stesen monorail Medan Tuanku dalam pukul 6 petang, rupanya itu merupakan peak hour bagi orang balik dari kerja makannya sendat dan tengat lah kami dalam monorail tu bertambah pulak dengan cuaca yang panas, dalam aircond pun aku basah dengan peluh...

...Sampai di Zepp keadaan tenang saja dan orang pun masih tak ramai, perasan ada beberapa dari mereka yang ber tshirt hitam Dream Theater dan semestinya merupakan bakal penonton malam nanti, awright...jengok jugak sana sini tak nampak pun booth merchandise...Aku lepak di satu sudut dalam kompleks tu, dengan Ashraf dan Fauzan bersiar siar kemudian membelikan aku sebuku roti fiber, sebenarnya sejak pagi tadi aku hanya makan bubur nasi yang dibeli dari Mc Donald's jalan Gopeng, selain demam perut pun meragam makanya tak berani nak makan sebarangan huhu...  

...Orang dah makin ramai kami beratur untuk ambil tag dan terus masuk, aku prefer masuk awal so lebih senang dan tenang tenang...Sebelum bermula kami layan lagu lagu dan tayangan di screen atas stage, ini yang aku suka pun..Tenang tenang...Kami sebenarnya beli tiket yang paling mahal untuk berdiri di arena 'Diamond' depan stage tapi disebabkan demam aku yang masih belum kebah Ashraf cuba untuk dapatkan sesiapa saja yang sukarela untuk tukar tiket aku tu dengan seat yang berkedudukan di tingkat atas belakang, tak kisah ler rugi dalam seratus empat puluh ringgit camtu...Akhirnya dapat jugak, mamat Sabah tu macam tak percaya dan seronok sangat dapat menonton sambil berdiri depan stage dan aku juga hepi dapat tempat duduk walau agak jauh tapi view amat clear dan selesa ha ha..       




...Tak pasti dalam jadual bila konsert akan bermula tapi tepat pukul lapan setengah stage berdentum dengan The Alien lagu yang memenangi Best Metal Performance pada Grammy Award 2021, dari album terbaru mereka 'A View From The Top Of The World'...Reaksi penonton? Ha ha tak perlu diterang just bayangkan saja bagaimana keadaan kami ketika itu! 

...Sayangnya kami tak dibenarkan mengambil gambar atau video oleh crew yang ada dan hanya dapat snap secara curi curi, hingga di satu masa aku terdengar saorang crew berkata "Don't let me warn you 2nd.time or just take your phone okay! Kepada salah saorang penonton sederet dengan aku...Dalam pada itu di satu sudut berhampiran dengan aku seorang OKU bersandar di atas wheelchair dengan selesa sambil mengambil video tanpa gangguan sesiapa pun...Agaknya geng crew konsert tu kot...Huhu...    


                             














...Kat luar perasan ada beberapa orang menjual t shirt konsert (bootleg) aku yang asalnya nak beli tak jadi sebab kualitinya yang tak setimpal dengan harga, sama jugak ler dengan yang dijual oleh organiser masa kat dalam venue Zepp tu, asal jangan tidak aku beli lanyard band jer...Apa pun kami lebih berpuas hati dengan konsert yang amat hebat, serious jika mereka main untuk dua hari berturut2 pun aku tak teragak agak untuk menonton sekali lagi!    

...Aku regret kenapa tiket2 konsert tidak lagi dijual secara keping macam dulu2..Kenapa mesti dipakaikan macam gelang tuh...Aku regret nape dorang tak main lagu favourite aku dan almarhum anak aku 'Spirit Carries On' dan 'Another Day' infact dalam masa yang sama jugak aku berharap jangan ler dorang main lagu tu sebabnya aku tak mau over react atau emosional!! Berbaur rasa dan perasaan...  

...Apa pun tahniah dan terima kasih kepada Shiraz Projects yang berjaya menganjurkan konsert ini dan aku berharap sangat untuk next coming concert Opeth pula yang akan menyusul! Hah! Biar betul!.. 

Setlist malam itu: - 

  • The Alien
  • 6:00
  • Sleeping Giant
  • Bridges in the Sky
  • Caught in a Web
  • Answering the Call
  • Solitary Shell
  • About to Crash (Reprise)
  • Losing Time/Grand Finale
  • Pull Me Under
  • A View From the Top of the World
  • Encore 
  • The Count Of Tuscany

* Gambar koleksi sendiri, Ashraf & rakan FB


Friday, July 7, 2023

...Eid Ul Adha...

 



Idul Adha baru saja berlalu dan bagi sesetengah orang ia tidak lah semeriah Idul Fitr namun pengertiannya amat deep dan jika diamati betapa ia sehebat pengorbanan Nabi Ibrahim dan anak baginda Ismail...


..Kisah Nabi Ibrahim di mana bermulanya sejarah ibadah korban saolah2 refleks kepada kisah dalam perjalanan hidup manusia di dunia ini... Yang mana kita zahir dan batin disuruh agar berkorban terhadap rasa memiliki pada harta, masa, jawatan, gelaran serta kasih sayang dan pelbagai lagi...dan ianya subjective bagi setiap individu...


..Hakikatnya yang berhak memiliki itu hanya Allah..Jelas kita hamba yang tak punya apa2...


Betapa ibrah terhadap kehidupan dan teguran yang Allah sampaikan secara berhemah tapi kita seringkali saja keciciran..tak 'nampak' atau munkin melihatnya dari sudut pandang yang jauh berbeza..Atau pun munkin langsung tak amik peduli?!...Konklusinya pengorbanan amat perlu untuk dapatkan iman..


Last but not least..Ye saya setuju jika ada yang claim kita perlu pada kehidupan dan isinya, itu lumrah, sedangkan masih perlu berpada2....Cuba amik sedikit ruang masa fikir dan tanya pada diri apa yang kita sudah/akan 'korbankan' semalam, arini, esok, lusa...


...Tangan kiri genggam dunia jemari kanan genggam akhirat...Jom istiqomah dalam mengorbankan nafsu Ammarah yang membelenggu agar digantikan pula dengan nafsu Muthmainnah...Insya-Allah... 

                             ...🌷🌻🌹...


       

Berkorban Apa Saja ( P.Ramlee)


Berkorban apa saja

Harta atau pun nyawa

Itulah kasih mesra sejati dan mulia

Berkorban apa saja

Harta atau pun nyawa

Itulah kasih mesra sejati dan mulia


Hmm...


Kepentingan sendiri tidak diingini

Bahagia kekasih saja yang diharapi

Berkorban apa saja

Harta atau pun nyawa

Itulah kasih mesra sejati dan mulia


Hmm..


Untuk menjadi bukti

Kasih yang sejati itulah tandanya

Jika mahu diuji

Berkorban apa saja

Harta atau pun nyawa

Itulah kasih mesra sejati dan mulia

Friday, May 5, 2023

...Kita Dan Sikap Culas...Sampai Bila?

 


...Secara peribadi dari apa yang saya amati puncanya berlakunya kebanyakan kemalangan adalah bermula dari sikap manusia itu sendiri - Lalai, mengantuk, layan talipon, gopoh, tidak beri kerjasama, langgar lampu isyarat malah lebih dari itu banyak yang berlagak samseng...

...Waktu ke kubur lepas subuh beberapa hari lepas pun saya tak pasal2 dihimpit oleh sebuah kereta dari arah sama sedangkan saya sendiri berada di kiri jalan dan memandu dengan perlahan (40kmsj) dan ini bukan baru kali pertama...Di Gerik lama dulu sebuah lori memotong kereta lain disatu selekoh dan garisan berkembar dengan laju, ketika itu dalam pukul 10pm dan syukur bilamana saya sempat mengelak...

...Dalam 5-6 tahun lepas sebuah Wira memotong dengan laju, ketika itu saya dalam perjalanan ke Gerik, dan selepas Pekan Lenggong dari jauh perasan ada kemalangan di hadapan, rupanya Wira tadi telah bertembung dengan sebuah Wira Aeroback, saya dapati ketika itu 2 orang dari kereta Aeroback telah pun meninggal, tak jauh dari tempat kejadian saya berpatah balik kerana tak mampu meneruskan perjalanan (setelah melihat kejadian) lalu semula ditempat berkenaan saya dimaklumkan oleh saorang pemandu lori satu lagi mangsa telah meninggal, ia itu saorang datuk yang ketika kejadian sedang memangku cucunya di seat hadapan sebelah pemandu, cucu beliau telah terlebih dulu meninggal...Sedangkan pemandu Wira yang melanggar hanya cedera sedikit sahaja...

...Pada beberapa hari lalu ketika dalam perjalanan untuk beraya kereta bisan saya telah
dilanggar secara berdepan dan telah memberi kesan kerosakan yang teruk, oleh pemandu yang dimaklumkan oleh anaknya merupakan saorang pesakit sawan dan memang telah dilarang sebelum ini oleh Doktor daripada memandu, kes ini sama seperti apa yang berlaku beberapa tahun lepas kepada kenderaan kawan yang diparkir di tepi rumah saya..ia dilanggar oleh saorang anggota TUDM yang diserang sawan ketika memandu...

...Amat malang bagi mereka yang terlibat kerana kesalahan nyata dari orang lain lebih lagi jika ia mengorbankan nyawa mereka yang tak bersalah...dan ini jugalah yang sering berlaku di mana2 pun...

...Sungguh pun begitu kita tidak boleh menolak selain dari sikap manusia, banyak lagi lain lain faktor yang perlu diambil kira...antaranya kondisi kenderaan, cuaca, permukaan jalan yang dah dikira 'nazak' serta papan tanda yang adakalanya mengelirukan, ini juga antara sebab sebab serta penyumbang berlakunya kemalangan...

...Banyak sebenarnya yang perlu 'diperbaiki' terhadap sikap manusia itu sendiri selain dari penambahbaikan prasarana sediada...Tak cukup itu semua kita dari setiap peringkat perlu mengambil tanggungjawab ini dan mesti dilakukan secara cluster tidak boleh dilaksanakan secara separuh, sedikit atau pun berkelas...Moga dengan itu ia mampu mengubah keadaan kepada lebih baik...
Apa pun better late than never! 

                                                                    ...Wallahu a’lam...


P/s: Lama dulu saya ada terbaca satu artikel di mana Menteri Kerja Raya (ketika itu) memaklumkan bahawa jalanraya di Malaysia adalah yang terbaik berbanding negara AsiaTenggara lainnya..Cuma soalan saya.. terbaik dari segi apa ye?..

Tuesday, April 25, 2023

Kapcai Honda - 70 Petak...

 



...Saja ngenang..Banyak jasa mutu awok nih..Biasa sesubuh sepiee dari Lubuk Merbo 4 beranak balik ke Ipoh naik highway Menora dalam samor2 kabus, kalo lani mau viral ler kot...Bila anak dah besor demer naik bas - General, awok ride sesorang sambil layan album M Nasir - Saudagar Mimpi guna SONY - Walkman, tau tau udah sampei umah mak di Beruas...

P/s: Kita idup nih susah buat cara susah, ukur baju ke badan seniri (myself reminder)

Sunday, April 16, 2023

Parodi Posa dan Lawak

 


Parody pasal orang tak posa nih annoying sebenarnya..Dah jadi budaya & isu yang dibangga2 (Ye ke?) hingga dibuat drama tv bagai...Nak jadikan tauladan idak jugak, hanya jadi momokan dan lebih malang lagi non Muslim pun pandang serong..Ironinya kalu kita pun tak hormat agama seniri, usah marah ler kalu kena bahan dengan orang lain...

...Move on laa..Takyah ler tiap tahun ulang mende cliche yang sama..Padan ler dengan yang sengaja tak posa tu pun tak reti2 nak taubat...

..Sesungguh nya Ramadhan, ibadah puasa dan 'plastik itam' bukan lah lelucon...


P/s: kita kekal faham pada situasi mereka yang uzur...

 

Monday, April 10, 2023

Self Reminder...

 


...Dah lazimnya medsocs ni platformnya, untuk kita share itu ini berupa info, tazkirah, personal opinion bagai samada dalam group atau di mana mana medium pun dan ia bukan sebab kita bagus, warak atau pun baik...Sedia maklum komunikasi tanpa intonasi dan eye contact/face to face ni mampu mengundang pelbagai persepsi malah konfrontasi...Itu terpulang pada penerimaan masing masing, niat kita hanya yang baik2, take it or leave it..

In fact kita tak tau mana satu amalan kita yang diterima dan diberi pahala oleh Allah, solat ke, sedekah ke, bagi kucing/anjing makan, alih halangan di jalan, doa untuk org lain ke, jaga silaturahim, ukwah, yang wajib atau yang sunat...So selagi diberi kesempatan oleh Allah jangan pernah merasa penat atau bosan dalam melakukan kebaikan untuk diri sendiri dan jugak orang lain...

Just carry on dude...🌷🌻🌹


P/S: Selain sharing is caring ia considered as my own self reminder jugak tuh..😎

Thursday, March 30, 2023

Solo Ride - Chemor Shuttle -22nd.Jan 2023

 

...Alhamdullilah, bangun pagi arini macam biasa syukur dipanjangkan lagi umur...Rancangan nak ride menghala ke arah Tambun, Tanjung Rambutan dan seterusnya ke Chemor...InSyaAllah... 



...Belakang tu Plaza Tol Ipoh Selatan...


...Selepas Pekan Tanjung Rambutan, kira kira 4.5kilometer akan sampai di sini...laluan menghala ke Pekan Chemor...
  



..Ok pada yang nak berinfaq/wakaf tu boleh jer contact nombor nih...Saham akhirat kata ko.. 








                       ...Tanah Hitam - Selekoh belakang tu terus saja akan ke Pekan Chemor...
                                            Ride X ni tak banyak berhenti untuk amik gambar...  


..Selesai SoloRide kali ini - Pinji Mewah, Botani, Gunung Rapat, Rapt Setia, Tambun, Tanjung Rambutan, Ckt Kinding, Tanah Hitam, Chemor, Klebang, Tasek, Ipoh, Sri Kinta, Pinji Mewah.
...Alhamdullilah, terima kasih Allah yang meminjamkan tenaga dan semangat...😎


Tuesday, March 21, 2023

..Me Time...Tidur Sekejap pun OK Jer..

 


.
...Ada tikanya kita kena ada masa dan ruang untuk diri seniri, ya 'me time' kata orang sekarang...Untuk lari dari masaalah, lupa dari rasa sakit maupun lapar, sesetengah orang akan tidur dan ianya antara kaedah yang memang praktikal...Walaupun setelah terjaga semua itu akan kembali ke asal, ya kita tak boleh dengan mudah delete semua itu, tapi at least dapat lari, berehat atau lupa dari masaalah walaupun sekejap...


...Fakta, sebenarnya dengan tidur (walaupun sekejap) ia mampu membina semula semangat dan kekuatan dalaman diri individu, itu sebabnya dalam Islam ada menyarankan umat nya agar melakukan qailullah (tidur sekejap) yang mana orang Barat menyebutnya sebagai nap...


Imam As-Syirbini menyebut – “Tidur qailulah itu besar manfaatnya. Ia diibaratkan seperti orang yang bersahur untuk berpuasa.” (Al-Maqsu’ah al-Fikqhiyah, 34:130)


...Selain dari tidur 'me time' boleh juga kita describekan dengan memberi 'self reward' hehe..Sesekali tu munkin, ice cream, murtabak, kopi, TGV, PS4, beskal, buku, magazine, CD, vinyl, DVD atau kasut baru...Hummm apa2 pun mende nih subjective bagi tiap orang...Ajom layan kopi pahit duluuu...
🌻🌷🌹😎☕

Wednesday, March 8, 2023

...Kerja Giler Kata Demer!

 


...Macam biasa lani asal weekend jer aku lebih suka off dari buat kerja, buat walk in sales pun dah jarang lebih pada online jer, delivery pun pakai courier dan memang jauh lebih mudah...So dengan masa yang ada aku akan isi dengan passion sejak kecik...Kayuh beskal! Ahahh!

..Arini dan kali ini serious aku tak tau nak kemana, selalunya malam sebelum tu aku dah plan esok InSyaAllah nak kayuh atau pun hiking ke Bukit Kledang, ye lah kayuh beskal ni kalu asyik ikut laluan yang sama jer pun memang mengundang bosan...So aritu dengan sarapan sebijik kurma, satu tabung air kosong Cuckoo dan setting pada milage, heartrates device dan semestinya list lagu lagu dari Spotify, tak tinggal dengan doa aku mula mengayuh dan haluannya jika dari kediaman aku mengikut arah mata angin Tenggara iaitu ke Simpang Pulai...Dalam 2 kilometer tiba tiba muncul idea untuk mengayuh ke arah Cameron Highland...Yesss!..

...Singgah kejap ke Petronas, Kg Tanjung untuk beli air kotak..Tapi perasa yang biasa aku nak takde ...Kat sini nampak group superbike dalam 20 buah sedang bersarapan...Teruskan mengayuh tanpa membeli apa apa sambil layan lagu, tiba tiba sebijik Road Glide - Harley Davidson menghimpit aku dilaluan basikal dengan amat lajunya..Aku agak dia sedang berlumba dengan lain2 bikers yang ada, dan perasan dia memotong mereka dari sebelah kiri...Sesungguhnya motor besar dengan besar kepala dua perkara yang berbeza...Pfittt!! 

...Lebih kurang beberapa kilometer terasa jugak pelek kenapa laluan sunyi kenderaan lalu lalang hanya sekali sekala, mana semua orang pergi?..Owh munkin sebab cuti sekolah baru saja habis dan jugak  tragedi Batang Kali masih menghantui ramai orang yang 'berasa' risau untuk naik bercuti ke mana mana tanah tinggi, atau juga munkin ramai yang spare duit untuk cuti panjang Chinese New Year yang tak lama lagi akan menjengah....Ahhh, lantaklah itu orang punya pasal apa plak aku yang nak amik pot bagai😅...

...Tak berapa lama mengayuh aku pun tak perasan sebenarnya, tau tau dah sampai di simpang Lubuk Timah, dan terus saja membelok ke situ, jarak dari simpang ke situ adalah 800 meter maknanya tak sampai pun satu kilometer...Laluan nya jugak sunyi sepi takde pun kenderaan yang masuk atau keluar...Lubuk Timah ini adalah tapak 'hot spring bath' dan sebelum ini pun pernah dua kali ke sini dengan family...Dek tak puas hati aku bertanya dengan pengawal di pintu masuk, "Sunyi sebab tempat ni closed ke?..."Buka" katanya ringkas dalam loghat Indon, jadi aku buat kesimpulan apa yang aku sangka di awal kayuhan tadi benar belaka..😎...

...Lepas amik gambar serba sikit, aku keluar dari area situ dan teruskan kayuhan, terjumpa dengan kakitangan JKR yang sedang merepair jalan, kerja overtime ler tu pada hari orang lain semuanya bercuti...Masyukk😎...Sampai di satu gerai yang menjual kraftangan orang Asli aku bersembang dengan owner sambil bertanya itu ini...Jawapan diberi seolah dia sendiri tidak berapa tahu dengan persekitaran situ,atau pun malas nak layan aku yang munkin merupakan orang yang entah keberapa asyik bertanya kan soalan sama, mau tak burn out kawan tu..Huhu...😄  

...Ok, tak lama lepas tu aku ternampak berbalam balam devider yang menjadi landmark permulaan laluan menongkah untuk ke Cameron Highland, asalnya di situ tiada dibina dengan devider oleh kerana kerap berlaku kemalangan dan yang paling tragis bilamana pada tahun 2010 sebuah bas double decker yang menuruni bukit berkenaan dari Cameron terbabas melanggar pembahagi jalan dan terseret ke dalam longkang di jalan bersebelahan yang berkesudahan seramai 24 orang pelancung Thailand dan 3 rakyat kita terbunuh...Aku lupa nak tengok signboard untuk tahu berapa darjah ketinggian laluan itu tapi dapat mengagak jaraknya lebih kurang 2 kilometer untuk sampai ke puncak bagi pengakhiran devider tersebut...



 





...Selepas mengambil gambar aku mula menuruni dengan berhati hati pada kelajuan yang sesuai dan brek belakang yang digunakan sesekali, secara peribadi bagi aku biar menaik atau memanjat bukit walaupun lebih tenaga untuk 'bergelut', kerana menuruni ni bahaya nya lebih dan pada sesetengah tempat terasa jugak gayatnya, tahun lepas seorang rider 'roadbike' jatuh ketika menuruni laluan ini dan  meninggal...Mujur jugak ler 'War Machine' aku beratnya lebih dari 12 kilogram so dari segi handling ia agak selesa dan lebih praktikal (untuk aku)...

...Sampai di Petronas, Taman Bersatu berhenti untuk dapatkan susu kotak brand favourite aku untuk recover energy dan protein sambil berehat sekejap dalam 5 minit, selepas itu meneruskan kayuhan untuk mencapai target milage aku hari itu...






Alhamdullilah, selamat sampai di rumah dengan total milage  52.50 km, dan baru perasan egg banjo malam sebelumnya yang dibeli ada bersama semasa mengayuh tapi terlupa untuk dimakan...Itulah yang selalunya berlaku bila ride tanpa rancang terlebih dulu hingga pump tayar dan lain lain alatan kecemasan pun aku tak bawak...dan ini memang Kerja Giler!😁      
                    





Done!..Alhamdullilah😎🙌






Monday, February 27, 2023

Teknologi Yang Diadaptasi Bukanlah Solusi...

 

...Sistem atau perisian komputer untuk kebanyakan organisasi/jabatan dicipta dan diadaptasi untuk ganti sistem konvesional sediada, malangnya setelah bertahun guna semakin banyak masaalah ujud dan hingga kini tidak mampu diatasi sedangkan ketika menggunakan kaedah manual ianya lebih teratur, kemas dan tiada langsung masalah...


...Tiap organisasi/jabatan tidak sama dari segi pengendalian operasi dan mempunyai tataurusnya tersendiri maka sesetengah sistem munkin hanya sesuai dari segi teori namun tidak pada praktikal begitu jugalah tidak semua sistem perisian elektronik yang kononnya berteknologi tinggi dicipta/guna mampu memperkemas urusan organisasi, malah kebanyakannya berakhir dengan saolah2 tikus cuba membaiki labu...makin terlalu banyak kelemahan yang perlu diperbaiki..


...Soalan - Maka apa faedah diujudkan sistem yang sepatutnya menyenangkan tapi berkesudahan hanya gah pada nama, dan berapakah kerugian yang perlu ditanggung dengan membayar sejumlah besar modal serta gaji kepada pencipta serta pengendalinya dan pembaziran ini akan berterusan sampai bila?!?!...


...Bottom line...Moden tidak menjanjikan kamu kedepan 'old skool' tidak bermakna kita mundur...

                                                                    🌹🌻🌷

Friday, February 17, 2023

Pecal Rulesz!🌹🌻🌷

 


...Masa tinggal di Banting saban minggu saya akan ikut mak ke Pasar Minggu pekan itu..Favourite dan kemestian yang mesti dibeli untuk saya ialah pecalnya yang dibungkus dalam daun pisang..Paling best kuah style Jawa dan tauge nya kontot2..krupkrupkrup bila dikunyah perghh...😋


...Dok di area Tebing Tinggi tahun 1989 dulu pulak ada satu gerai favourite yang menjual mende yang sama, pendek kata seminggu tu mau 2-3 kali gak ler membelinya...dan last ke situ tahun 2001 rasanya...Walaupun tiap ari masih lalu di depan gerai nih, hanya setelah 22 tahun iaitu arini saya tergerak hati untuk 'repeat' singgah dan makan pecal 'legend' nih...Walau ingredients nya dah kurang itu ini ia masih boleh dimaafkan kerana rasa still sama padu macam dulu2...😁


P/s: Usah ditanya kenapa lama sangat saya 'merajuk' dari berkunjung ke gerai nih..😅

Wednesday, January 18, 2023

Carefree - Kebebasan II

 




...Ingat lagi beli cartridge Carefree ni dengan Boney M - Ocean Of Fantasy di sebuah kedai di depan panggung Lido, Klang tahun 78 - 79 kot, 1st.time dapat 'lesen' dari Mak dengan Abah, so macam biasa la menyolo jer naik bas express MARA Banting, Klang, KL masa tu...Lepas beli cartridge tu teruih beli tiket cerita James Bond - Moonraker, dok dalam panggung punya ler sejuk asyik ke toilet jer leceh tul...😅


...Cerita sket pasal album nih, album kedua dari mereka di mana produksinya memang terbaik dari segala segi - musician, skill, music arrangement, lyrics etc...Selain JJ, Nana juga boleh menyanyi dan semestinya Simon Justin Leo yang underated, sayang saya tak pernah terbaca atau mendengar DJ Radio yang menyebut bahawa dia yang menyampaikan lagu Belaian Jiwa ini, hinggakan kebanyakan dari kita menyangka ia adalah suara JJ...


...Walau banyak pengaruh Eagles itu dikira biasa, mana ada penyanyi atau pun band dalam.dunia nih yang takde influence dari lain2 artis...Ritchie Blackmore pun mengaku terpengaruh dengan Jimi Hendrix begitu jugak Yngwei J Malmsteen yang tanpa segan beritahu dia banyak dipengaruhi Blackmore sendiri...Alasan itu jugak lah agaknya Carefree cover lagu One Of These Night versi Melayu dengan tajuk Petang Sabtu, pada era 70an dulu membawa satu atau dua lagu cover dalam album mana2 artis telah menjadi seakan satu kemestian..Tapi serious aku cakap  yang bestnya 95% dari mereka remake jadi lebih baik dan sedap, contohnya banyak, antara yang aku ingat - Khayalan (Fantasy - Earth, Wind & Fire) Black Dog Bone, Shahrizad (Rasputin - Boney M) Alleycats, Mimpi (Call Me - Blondie) Alleycats, Bayang2 (Double Vision - Foriegner) Sweet Charity dan banyak lagi, itu belum dikira dari penyanyi solo seperti Rina Rahman, Julie Ramie, Elaine Kang, Sharifah Aini, Frankie Chia, Sakura - nama sekadar yang terlintas di fikiran aku ketika ini...


...Konklusinya boleh saja cover lagu orang lain tapi make sure kamu buat jadi lebih baik atau at least sama level dari segi kualiti dan lainya...Oh ya aku nak bagi double thumbs up untuk Innuendo dan Almarhumah Seha yang remake lagu Belaian Jiwa ni dengan amat baik mengikut versi mereka..👍👍


Wednesday, January 4, 2023

Bersih, Cekap Jangan Kasi Orang Marah...



...Niaga kulinari ni bukan saja setakat makanan kamu tu sedap, lebih dari itu kebersihan, kecekapan menjadi tajuk utama..Baru2 ni aku masuk satu restoran yang diviralkan netizen dengan pujian melambung...Tapi malang indah khabar dari rasa...

...Sate yang dihidang separuh rentung separuh lagi masak, lain dari itu aku mintak tapaw tiga nasi goreng satu makan di situ...Tengok keliling, pelanggannya cuma aku dengan family jer...Staff2 depa yang ada dok melangut dikaunter...So apa masaalahnya service korang slowmo teramat?!...Tak heran ler kenapa pelanggan tak ramai, dan ini 1st.time dan kali terakhir aku ke situ...

...Apa pun usah percaya bulat2 apa saja komen netizen tentang product mau pun service...Aku percaya yang komen elok jer tu kadang2 kaum kerabat dorang jugak...Aku dah banyak kali terkena di banyak tempat..antaranya kedai makan dan woksyop kereta...

P/S: Gambar2 ini dari restoran yang aku kunjungi..terbaik dari segi makanan, hiasan & layanan...  

Monday, December 12, 2022

Lempeng @ Pek Nga..

 


...Lempeng kelapa..Saya tahu ianya disebut Pek Nga bagi orang sebelah Utara apabila makan di sebuah kedai ketika bertugas ke Alor Setar lama dulu..Saya tanya kenapa Pek Nga? Sebab cara masaknya dengan ditempek (tampal) atas belanga..Simple jer kan?😁

...Menjadi sarapan favourite kami sekeluarga masa kecil dulu2, cepat dan mudah disediakan dengan bahan2 yang minimal...Sering juga dijadikan bekalan  ketika mengikut mak ke sawah...Abah pula selalunya hanya akan menyusul kemudian selepas habis kerja di Balai Polis Beruas...Lepak dan buka bekalan lempeng (di mana ketika itu perkataan Pizza tak pernah pun saya dengar apatah lagi melihatnya😁) atas dangau di tengah sawah cicah dengan kari bersulamkan kopi O panas dengan angin sepoi2 berserta kicauan burung2 dan alunan lagu dari corong radio transistor jenama Philips...Sesekali ketika itu kapalterbang Caribou dan Hercules TUDM akan melintas di ruang udara dan saya akan terjerit2 memanggilnya (macam ler pilot tu dengar😅) Allahu, bagi kami golongan marhaen kampung, ini semua sudah cukup membahagiakan ketika itu...Alhamdullilah..Ya Allah...🥰😋

Wednesday, November 30, 2022

Lawan Untuk Hidup!

 



...air mata merupakan satu pernyataan akan perasaan dari dalam, samada marah, suka atau duka...terus berduka itu bukannya satu jalan keluar apatah lagi penyelesaian...namun bagi sesetengah orang ianya satu permulaan untuk bangkit dan terus melaksanakan tanggungjawab dalam melunaskan kelangsungan hidup...


...Lawan Untuk Hidup...😎💥💪

Wednesday, November 23, 2022

GIGI!..

 


...Masuk satu fizikal muzik strore kat KL baru2 ni...Berprasangka kan aku tidak mengenali so brader yang jaga tu introduce band nih dengan panjang lebar, aku dengar dan raikan jer cerita dia😁..Sebenarnya aku dah lama kenal dan layan band ini sama jugak dengan band Indon yang lainnya seperti Dewa, Slank, Element, Gong 2000..Kalu time sekolah dulu The Mercy's, Favourite Group, D' Lloyds, God Bless...

...GiGi band, aku paling suka pada suara Armand Maulana (vocalist) dan Dewa Budjana ( Guitarist) Dewa Budjana ni banyak menerbitkan album solo dan dalam album beliau banyak berkolobrasi dengan artis/musician 'mega' dunia antaranya seperti Jordan Rudess - Dream Theater (keyboardist) Marco Minneman - Aristocrats (Drummer) Mohini Dey - ( Bassist) kelahiran Mumbai, India...


...Tak kisah asal mana, apa genre kalu muzik kamu bagus aku tetap layan...


P/s: Tapi dorang datang sini bikin konsert serious aku tak tau...Pfitt!!😭🥴

Wednesday, November 9, 2022

...Menongkah Arus Hidup...

 



...Orang yang hidupnya 'melawan arus' dengan mengamalkan falsafah hidup berbeza di samping memiliki sikap introvert sering dipandang serong dalam masyarakat kebanyakan...Takde masa depan, tak matured, tak beriman, pelek, tak keruan, sampah masyarakat ini semua label2 yang sering ditampalkan ke dahi mereka oleh orang yang berasakan sudah cukup sempurna walhal mereka itu sendiri yang sebenarnya mempunyai 'narrow minded'...


...Tahun 80an dulu di tempat kerja lama, saya sering melihat saorang arkitek di mata kasar kita saorang yang lonely, anti sosial, selekeh, ganjil, warna dan pakaian dia tiap hari hanyalah 2, seluar hitam dan kemeja puteh...minum di kantin solo, datang kerja naik basikal racing (sekarang orang lebih faham roadbike), main pingpong sesorang dengan menjadikan dinding opis sebagai opponent nya, dan saya tak pernah mendengar suaranya apatah lagi melihat dia bercakap dengan sesiapa....Sungguh pun begitu dengan jawatan sebagai arkitek sudah cukup membuktikan akan kelebihan yang dimiliki beliau...




...Begitu juga dengan seorang Technical Assistant (tempat kerja yang sama) Suhaili...Berperwatakan Rocker di samping menjadi vocalist bagi band 'Block Accoustic' di Kampung Manjoi, Ipoh ketika itu, di tempat kerja ada yang melabel dia 'gila', ye lah datang kerja dengan jeans bell bottom lusuh, jaket jeans bersama capal, rambut panjang serabai...Roadtax kereta Volkswagon biru beliau tu cukup dengan hanya DIY (lukis sendiri)😂 walaupun masa tu kita masih kekurangan teknologi dengan ketiadaan komputer dan segala kemudahan printer apatah lagi internet, tapi hasilnya perfect!...Apa pun label diberikan orang, dia tetap dengan style bersama senyum memanjang setiap kali berhadapan dengan mereka...Lost contact bila dia sambung study di ITM (UITM) Last sekali terbaca 'personal technical' opinion dia dalam sebuah akhbar Inggeris tentang Highland Tower yang baru runtuh ketika itu, dah jadi arkitek dan mempunyai firma sendiri rupanya beliau...


...En Zainal saorang Jurutera Awam yang datang kerja naik beskal buruk dari Manjoi, pernah ditahan Polis kerana basikal tiada lampu di siang hari (agak2 la Polis punn🙄)...Dia asalnya anak pasangan China diberikan kepada ibu bapa angkat Melayu semasa kecil kerana berwajah 'down syndrome', diketawakan oleh Polis yang menahannya setelah memberitahu beliau bekerja sebagai saorang Jurutera, bila ditunjukkan kad kerja terus Polis yang pudar wajahnya itu meminta maaf dan melepaskan beliau...(kisah ini diceritakan sendiri Encik Zainal kepada kami) Putus hubungan bila beliau bertukar ke tempat asalnya di Selatan tanah air... 


...Aku percaya 'label' negative pada perenggan awal di atas pernah dan ada yang masih lekat dengan kebanyakan dari kita...Bukan saja dari masyarakat keliling malah dari dalam keluarga sendiri pun ada...dan kita sebenarnya tak perlu amik pot akan semua tu, at least kita still di sini standing on our own, walau pun tidak 100% tapi 97% target dalam hidup telah pun tercapai...Just proud to be ourself, tak perlu jadi orang lain biarkan saja mereka berkata2 dan kita dalam diam tetap menjana pahala...Alhamdullilah😊🌻


...Last but not least, (reminder untuk diri sendiri jugak) jom kita lihat manusia keliling dengan mata lalat buah bukannya dengan mata lalat sampah...Perlu diingat berbeza munkin dari segi prinsip, ideology,warna kulit, pakaian sedangkan warna darah kita tetap sama beb...Langit dan matahari pun kita kongsi bersama.. 🙌💛🙏

...Begitu juga bukan permulaan tapi pengakhirannya...😊



P/s: Merepek sesorang atas katil sbb frust dah 4 ari takleh ride sbb fud poisoning...😫

Wednesday, November 2, 2022

Makan Makan Aritu...Kat Ipoh Jer...


..Nellis Cafe bertempat di sebuah rumah di Canning Garden, Ipoh, nak explain lebih lebih pun aku rasa bagi yang nak pergi tu lebih senang kalau korang Google atau Waze aje..

...Aku datang aritu sememangnya dengan perut kosong, dalam pukul sebelas pagi kot...So kira brunch lah...Order dan lepak kat meja luar, imej tempat ni klise style hipster macam yang banyak orang sekarang buat...Aku tak kisah semua itu, asal selesa, tak ramai, cepat dan sedap semestinya...

...Serious, portion bagi tiap menu nya banyak selambak..dan aku boleh cakap dorang buat camtu saolah olah tak kasi kita datang lagi, senang cakap "Hahh, korang makan le puas puas pasni takyah lagi datang kedai aku ni dah! Hahaa...🤣

...Berkesudahan dengan perut aku yang sengkak kekenyangan!..Alhamdullillah, so korang kalau datang ke Ipoh atau bagi warga Ipoh sendiri aku syorkan check it out dan enjoy your foods! 

...Bagi korang yang tak kuat makan disarankan supaya tak yah datang...😂     


Nasik Lemak


Mee Rebus



Nasik Goreng



                                                         

                                                                                                                           Cucur Udang 


Wednesday, October 19, 2022

Rezeki Masing2..So Usah Bising2..

 




...Kita boleh tengok bangsa asing berniaga mende yang sama, tapi elok jer takde gaduh2..Munkin depa faham akan konsep rezeki masing2...Contoh ye, mamak A jual roti canai, mamak B pun sama, kedai sebelah menyebelah tapi segala rencah, kari, chatnee, sudah pasti berbeza...Sama jugak dengan minuman serta layanan mereka pada pelanggan, tiada isu kau caras aku punya perniagaan atau aku curi kau punya pelanggan...

...Dalam isu sebegini kita sebenarnya perlu ada attitude yang sihat dalam berdepan dengan persaingan...

...Dunia berniaga ni aku sendiri biasa kena fitnah, kena tipu, kena tikam dari belakang malah secara berdepan lagik...Namun aku anggap semua ini pelajaran jugak pedoman yang perlu kita hadham dalam meniti kehidupan... 

...Apapun pokok pangkalnya usaha kita tu...Kau punya rezeki kau makan, aku punya rezeki aku makan..

                                                      ...Usaha, doa, tawakal...Simple enough!

Friday, October 7, 2022

..Jika Tiada Simpati Tampilkanlah Sedikit Empati...


...Semalam baru dapat tahu dari saorang kawan, salah saorang kenalan kami telah beberapa bulan kematian isteri, dulu jemaah tetap masjid, tapi tidak lagi sebab kawan jemaah  lainnya ada yang suka menyindir/push dia lekas2 cari ganti...Sedangkan sikap beliau telah jauh berubah dari saorang yang ceria, selalu bergurau menjadi murung...Besar sungguh dugaan yang perlu beliau hadapi ketika meniti usia senja (72 tahun) ini...


...Dalam hal ini kawan keliling sepatutnya menjadi tempat bersandar pada yang memerlukan bukan menjadikan kita bahan senda gurauan...Bab perasaan jangan dijadikan mainan...Bila macam nih kita boleh kenal siapa kawan siapa sahabat siapa musibat...


...Serious bagi yang tak faham semakin meningkat usia kita akan semakin cepat terasa...Tak caya? Komer yang belum, tunggu jerlah masanya...

Tuesday, September 6, 2022

....Jual Product Untuk Semua Bukan kita2 Jer...

 



...Apa pun barang yang nak kita jual tak boleh dipromote ianya sebagai mewakili satu2 bangsa sebab mende tu, kasut contohnya ia kan universal, semua orang pakai, semua orang guna tak kira bangsa, tua, muda...Dah nama pun niaga, camne nak boost market jika iklannya mempunyai sentimen racist, 


...Jika mengikut etika marketing kaedah kamu tu dah dikira tak betul, sales target dikira fail kerana dalam berniaga products wajib dipromote tanpa ada barrier dan kita tak boleh limitkan consumer pada products kita...dan tindakan sebegitu bukan jati diri, itu gali lobang diri sendiri...Kita tak akan kemana dengan hanya bersorak sambil menjulang keris dan bertanjak ke sana sini...
...Tanpa semua itu kamu tetap boleh maju dan kekal dikenali manusia Melayu... 


...In fact dalam dunia tanpa sempadan ni scope sales, market dan cara fikir kena jauh dan meluas....Eh,  cheongsam dengan kurta pun abih orang Melayu pakai, terompah asal dari China pun dah lama Opah/Atuk kita orang Melayu sarung untuk ke bilik air...sama ler jugak petai cecah sambal tempoyak pun ramai non Malay yang suka makan, minyak angin tradisi dan products gamat pun diguna pakai oleh non Malay...So business means business, simple jer kot sepatutnya mende takde jadi isu pun, no hal mehh...

                                               ...Make up your mind and let's move up dude...


P/s:...Apa objective sebenar BMF (yang sekarang sendu) jika sekadar kempen ajak membeli products Muslim sedangkan harga barang yang mereka jual sama mencanak naik macam non Muslim...
Mane kot win win situation...

...Jual murah dan untung sikit, tapi pada ramai pelanggan...
..Sikit2 lama2 membukit...