..Yo, asking for support is not a sign of weakness,it is actually a sign of intelligence..it gets you out of a hole and it gives other people an opporturnity and experience to help...WanBeruas
Total Pageviews
Thursday, August 31, 2023
...FIT Malaysia Perak Fun Ride...2023...
Thursday, August 24, 2023
Ygnwie J Malmsteen Pengaruh Dan Pengikutnya...
...Ritchie Blackmore cakap influence dia Jimi Hendrix, Yngwie J Malmsteen plak bagitau pengaruh dia dalam muzik adalah Blackmore dan Italian virtuoso Niccolo Paganini...
...Ok di situ pun kita dah boleh faham muzik tu tkde yang original...Mana2 musician pun jika permainan mereka ada sipi2 persamaan itu semua adalah normal dan terhasil dari pengaruh idol yang mereka puja dan kagumi...dan jika sekalipun mereka mampu meniru2 bulat dari segi skills dan sound itu sudah dikira satu pencapaian dan bonus untuk mereka yang tentu nya telah jerih berusaha...
...Saya percaya idola mereka tu pun tidak akan marah malah berbangga dan berasa ia satu penghormatan jika hasil seni mereka turut mampu ditiru dan menjadi galakan kepada orang lain untuk turut berkarya...
...Di Malaysia dulu dan sekarang pun ramai jer pemuzik yang dipengaruhi corak permainan Carlos Santana, John Mayall, Bob Dylan, David Gilmour, Chuck Schuldiner atau band2 seperti Death, Nirvana, Oasis, Pearl Jam, Killswitch Engage, Bring Me The Horizon, Lamb Of God...
...Selain dari itu ramai jugak orang kita yang mampu bermain sebijik seperti Yngwie J Malmsteen sendiri, antaranya Almarhum Eddy Wan Othman, Joe Burnmark dan beberapa orang pemuzik lagi, itu jugaklah yang sedang hangat 'dipertikaikan' oleh seorang pemuzik old timer tu...Aiseyyy, senang cerita macam basikal laa siapa mampu kayuh laju dan jauh, lu kayuh laa, tak mampu kalo kita tengok jer dari tepi...Tak payah nak gaduh2 bagai...Ye tak?!..
Peace No War!
...🌷🌻🌹😋...
Tuesday, July 25, 2023
..Dream Theater Kuala Lumpur 2023..
...Aku dan anak bongsu minat tegar dengan band nih, dan aku layan sejak dulu lagi sebelum introduce kan pada dia dengan album mereka Falling Into Infinity (1997)...So arini baru terasa nak up citer waktu kami enjoy konsert band nih di Kuala lumpur baru baru ini...
...Beberapa hari sebelumnya aku dah demam agak teruk dan tak kebah hingga hari konsert itu, tapi disebabkan tiket dah beli hotel pun dah booking mau tak mau paksakan diri juga untuk pergi...Untuk konsert ini kami pergi bertiga bersama saorang kawan baik Ashraf...
...Bergerak dari Ipoh dalam pukul sepuluh kot, dalam perjalanan tak singgah mana mana pun dan sampai di Kuala Lumpur terus saja check in hotel dan berihat hingga petang, cuma Ashraf dengan Fauzan saja yang keluar makan dan bersiar siar...Petangnya di sebabkan dekat saja dengan hotel kami jalan kaki ke stesen monorail Medan Tuanku dalam pukul 6 petang, rupanya itu merupakan peak hour bagi orang balik dari kerja makannya sendat dan tengat lah kami dalam monorail tu bertambah pulak dengan cuaca yang panas, dalam aircond pun aku basah dengan peluh...
...Sampai di Zepp keadaan tenang saja dan orang pun masih tak ramai, perasan ada beberapa dari mereka yang ber tshirt hitam Dream Theater dan semestinya merupakan bakal penonton malam nanti, awright...jengok jugak sana sini tak nampak pun booth merchandise...Aku lepak di satu sudut dalam kompleks tu, dengan Ashraf dan Fauzan bersiar siar kemudian membelikan aku sebuku roti fiber, sebenarnya sejak pagi tadi aku hanya makan bubur nasi yang dibeli dari Mc Donald's jalan Gopeng, selain demam perut pun meragam makanya tak berani nak makan sebarangan huhu...
...Orang dah makin ramai kami beratur untuk ambil tag dan terus masuk, aku prefer masuk awal so lebih senang dan tenang tenang...Sebelum bermula kami layan lagu lagu dan tayangan di screen atas stage, ini yang aku suka pun..Tenang tenang...Kami sebenarnya beli tiket yang paling mahal untuk berdiri di arena 'Diamond' depan stage tapi disebabkan demam aku yang masih belum kebah Ashraf cuba untuk dapatkan sesiapa saja yang sukarela untuk tukar tiket aku tu dengan seat yang berkedudukan di tingkat atas belakang, tak kisah ler rugi dalam seratus empat puluh ringgit camtu...Akhirnya dapat jugak, mamat Sabah tu macam tak percaya dan seronok sangat dapat menonton sambil berdiri depan stage dan aku juga hepi dapat tempat duduk walau agak jauh tapi view amat clear dan selesa ha ha..
...Tak pasti dalam jadual bila konsert akan bermula tapi tepat pukul lapan setengah stage berdentum dengan The Alien lagu yang memenangi Best Metal Performance pada Grammy Award 2021, dari album terbaru mereka 'A View From The Top Of The World'...Reaksi penonton? Ha ha tak perlu diterang just bayangkan saja bagaimana keadaan kami ketika itu!
...Sayangnya kami tak dibenarkan mengambil gambar atau video oleh crew yang ada dan hanya dapat snap secara curi curi, hingga di satu masa aku terdengar saorang crew berkata "Don't let me warn you 2nd.time or just take your phone okay! Kepada salah saorang penonton sederet dengan aku...Dalam pada itu di satu sudut berhampiran dengan aku seorang OKU bersandar di atas wheelchair dengan selesa sambil mengambil video tanpa gangguan sesiapa pun...Agaknya geng crew konsert tu kot...Huhu...

...Kat luar perasan ada beberapa orang menjual t shirt konsert (bootleg) aku yang asalnya nak beli tak jadi sebab kualitinya yang tak setimpal dengan harga, sama jugak ler dengan yang dijual oleh organiser masa kat dalam venue Zepp tu, asal jangan tidak aku beli lanyard band jer...Apa pun kami lebih berpuas hati dengan konsert yang amat hebat, serious jika mereka main untuk dua hari berturut2 pun aku tak teragak agak untuk menonton sekali lagi!
...Aku regret kenapa tiket2 konsert tidak lagi dijual secara keping macam dulu2..Kenapa mesti dipakaikan macam gelang tuh...Aku regret nape dorang tak main lagu favourite aku dan almarhum anak aku 'Spirit Carries On' dan 'Another Day' infact dalam masa yang sama jugak aku berharap jangan ler dorang main lagu tu sebabnya aku tak mau over react atau emosional!! Berbaur rasa dan perasaan...
...Apa pun tahniah dan terima kasih kepada Shiraz Projects yang berjaya menganjurkan konsert ini dan aku berharap sangat untuk next coming concert Opeth pula yang akan menyusul! Hah! Biar betul!..
Setlist malam itu: -
- The Alien
- 6:00
- Sleeping Giant
- Bridges in the Sky
- Caught in a Web
- Answering the Call
- Solitary Shell
- About to Crash (Reprise)
- Losing Time/Grand Finale
- Pull Me Under
- A View From the Top of the World
- Encore
- The Count Of Tuscany
Friday, July 7, 2023
...Eid Ul Adha...
Idul Adha baru saja berlalu dan bagi sesetengah orang ia tidak lah semeriah Idul Fitr namun pengertiannya amat deep dan jika diamati betapa ia sehebat pengorbanan Nabi Ibrahim dan anak baginda Ismail...
..Kisah Nabi Ibrahim di mana bermulanya sejarah ibadah korban saolah2 refleks kepada kisah dalam perjalanan hidup manusia di dunia ini... Yang mana kita zahir dan batin disuruh agar berkorban terhadap rasa memiliki pada harta, masa, jawatan, gelaran serta kasih sayang dan pelbagai lagi...dan ianya subjective bagi setiap individu...
..Hakikatnya yang berhak memiliki itu hanya Allah..Jelas kita hamba yang tak punya apa2...
Betapa ibrah terhadap kehidupan dan teguran yang Allah sampaikan secara berhemah tapi kita seringkali saja keciciran..tak 'nampak' atau munkin melihatnya dari sudut pandang yang jauh berbeza..Atau pun munkin langsung tak amik peduli?!...Konklusinya pengorbanan amat perlu untuk dapatkan iman..
Last but not least..Ye saya setuju jika ada yang claim kita perlu pada kehidupan dan isinya, itu lumrah, sedangkan masih perlu berpada2....Cuba amik sedikit ruang masa fikir dan tanya pada diri apa yang kita sudah/akan 'korbankan' semalam, arini, esok, lusa...
...Tangan kiri genggam dunia jemari kanan genggam akhirat...Jom istiqomah dalam mengorbankan nafsu Ammarah yang membelenggu agar digantikan pula dengan nafsu Muthmainnah...Insya-Allah...
...🌷🌻🌹...
Berkorban Apa Saja ( P.Ramlee)
Berkorban apa saja
Harta atau pun nyawa
Itulah kasih mesra sejati dan mulia
Berkorban apa saja
Harta atau pun nyawa
Itulah kasih mesra sejati dan mulia
Hmm...
Kepentingan sendiri tidak diingini
Bahagia kekasih saja yang diharapi
Berkorban apa saja
Harta atau pun nyawa
Itulah kasih mesra sejati dan mulia
Hmm..
Untuk menjadi bukti
Kasih yang sejati itulah tandanya
Jika mahu diuji
Berkorban apa saja
Harta atau pun nyawa
Itulah kasih mesra sejati dan mulia
Friday, May 5, 2023
...Kita Dan Sikap Culas...Sampai Bila?
...Secara peribadi dari apa yang saya amati puncanya berlakunya kebanyakan kemalangan adalah bermula dari sikap manusia itu sendiri - Lalai, mengantuk, layan talipon, gopoh, tidak beri kerjasama, langgar lampu isyarat malah lebih dari itu banyak yang berlagak samseng...
...Waktu ke kubur lepas subuh beberapa hari lepas pun saya tak pasal2 dihimpit oleh sebuah kereta dari arah sama sedangkan saya sendiri berada di kiri jalan dan memandu dengan perlahan (40kmsj) dan ini bukan baru kali pertama...Di Gerik lama dulu sebuah lori memotong kereta lain disatu selekoh dan garisan berkembar dengan laju, ketika itu dalam pukul 10pm dan syukur bilamana saya sempat mengelak...
P/s: Lama dulu saya ada terbaca satu artikel di mana Menteri Kerja Raya (ketika itu) memaklumkan bahawa jalanraya di Malaysia adalah yang terbaik berbanding negara AsiaTenggara lainnya..Cuma soalan saya.. terbaik dari segi apa ye?..
Tuesday, April 25, 2023
Kapcai Honda - 70 Petak...
P/s: Kita idup nih susah buat cara susah, ukur baju ke badan seniri (myself reminder)
Sunday, April 16, 2023
Parodi Posa dan Lawak
Parody pasal orang tak posa nih annoying sebenarnya..Dah jadi budaya & isu yang dibangga2 (Ye ke?) hingga dibuat drama tv bagai...Nak jadikan tauladan idak jugak, hanya jadi momokan dan lebih malang lagi non Muslim pun pandang serong..Ironinya kalu kita pun tak hormat agama seniri, usah marah ler kalu kena bahan dengan orang lain...
...Move on laa..Takyah ler tiap tahun ulang mende cliche yang sama..Padan ler dengan yang sengaja tak posa tu pun tak reti2 nak taubat...
..Sesungguh nya Ramadhan, ibadah puasa dan 'plastik itam' bukan lah lelucon...
P/s: kita kekal faham pada situasi mereka yang uzur...
Monday, April 10, 2023
Self Reminder...
...Dah lazimnya medsocs ni platformnya, untuk kita share itu ini berupa info, tazkirah, personal opinion bagai samada dalam group atau di mana mana medium pun dan ia bukan sebab kita bagus, warak atau pun baik...Sedia maklum komunikasi tanpa intonasi dan eye contact/face to face ni mampu mengundang pelbagai persepsi malah konfrontasi...Itu terpulang pada penerimaan masing masing, niat kita hanya yang baik2, take it or leave it..
In fact kita tak tau mana satu amalan kita yang diterima dan diberi pahala oleh Allah, solat ke, sedekah ke, bagi kucing/anjing makan, alih halangan di jalan, doa untuk org lain ke, jaga silaturahim, ukwah, yang wajib atau yang sunat...So selagi diberi kesempatan oleh Allah jangan pernah merasa penat atau bosan dalam melakukan kebaikan untuk diri sendiri dan jugak orang lain...
Just carry on dude...🌷🌻🌹
P/S: Selain sharing is caring ia considered as my own self reminder jugak tuh..😎
Thursday, March 30, 2023
Solo Ride - Chemor Shuttle -22nd.Jan 2023
Tuesday, March 21, 2023
..Me Time...Tidur Sekejap pun OK Jer..
Wednesday, March 8, 2023
...Kerja Giler Kata Demer!
...Macam biasa lani asal weekend jer aku lebih suka off dari buat kerja, buat walk in sales pun dah jarang lebih pada online jer, delivery pun pakai courier dan memang jauh lebih mudah...So dengan masa yang ada aku akan isi dengan passion sejak kecik...Kayuh beskal! Ahahh!
..Arini dan kali ini serious aku tak tau nak kemana, selalunya malam sebelum tu aku dah plan esok InSyaAllah nak kayuh atau pun hiking ke Bukit Kledang, ye lah kayuh beskal ni kalu asyik ikut laluan yang sama jer pun memang mengundang bosan...So aritu dengan sarapan sebijik kurma, satu tabung air kosong Cuckoo dan setting pada milage, heartrates device dan semestinya list lagu lagu dari Spotify, tak tinggal dengan doa aku mula mengayuh dan haluannya jika dari kediaman aku mengikut arah mata angin Tenggara iaitu ke Simpang Pulai...Dalam 2 kilometer tiba tiba muncul idea untuk mengayuh ke arah Cameron Highland...Yesss!..
...Singgah kejap ke Petronas, Kg Tanjung untuk beli air kotak..Tapi perasa yang biasa aku nak takde ...Kat sini nampak group superbike dalam 20 buah sedang bersarapan...Teruskan mengayuh tanpa membeli apa apa sambil layan lagu, tiba tiba sebijik Road Glide - Harley Davidson menghimpit aku dilaluan basikal dengan amat lajunya..Aku agak dia sedang berlumba dengan lain2 bikers yang ada, dan perasan dia memotong mereka dari sebelah kiri...Sesungguhnya motor besar dengan besar kepala dua perkara yang berbeza...Pfittt!!
...Lebih kurang beberapa kilometer terasa jugak pelek kenapa laluan sunyi kenderaan lalu lalang hanya sekali sekala, mana semua orang pergi?..Owh munkin sebab cuti sekolah baru saja habis dan jugak tragedi Batang Kali masih menghantui ramai orang yang 'berasa' risau untuk naik bercuti ke mana mana tanah tinggi, atau juga munkin ramai yang spare duit untuk cuti panjang Chinese New Year yang tak lama lagi akan menjengah....Ahhh, lantaklah itu orang punya pasal apa plak aku yang nak amik pot bagai😅...
...Tak berapa lama mengayuh aku pun tak perasan sebenarnya, tau tau dah sampai di simpang Lubuk Timah, dan terus saja membelok ke situ, jarak dari simpang ke situ adalah 800 meter maknanya tak sampai pun satu kilometer...Laluan nya jugak sunyi sepi takde pun kenderaan yang masuk atau keluar...Lubuk Timah ini adalah tapak 'hot spring bath' dan sebelum ini pun pernah dua kali ke sini dengan family...Dek tak puas hati aku bertanya dengan pengawal di pintu masuk, "Sunyi sebab tempat ni closed ke?..."Buka" katanya ringkas dalam loghat Indon, jadi aku buat kesimpulan apa yang aku sangka di awal kayuhan tadi benar belaka..😎...
...Lepas amik gambar serba sikit, aku keluar dari area situ dan teruskan kayuhan, terjumpa dengan kakitangan JKR yang sedang merepair jalan, kerja overtime ler tu pada hari orang lain semuanya bercuti...Masyukk😎...Sampai di satu gerai yang menjual kraftangan orang Asli aku bersembang dengan owner sambil bertanya itu ini...Jawapan diberi seolah dia sendiri tidak berapa tahu dengan persekitaran situ,atau pun malas nak layan aku yang munkin merupakan orang yang entah keberapa asyik bertanya kan soalan sama, mau tak burn out kawan tu..Huhu...😄
...Ok, tak lama lepas tu aku ternampak berbalam balam devider yang menjadi landmark permulaan laluan menongkah untuk ke Cameron Highland, asalnya di situ tiada dibina dengan devider oleh kerana kerap berlaku kemalangan dan yang paling tragis bilamana pada tahun 2010 sebuah bas double decker yang menuruni bukit berkenaan dari Cameron terbabas melanggar pembahagi jalan dan terseret ke dalam longkang di jalan bersebelahan yang berkesudahan seramai 24 orang pelancung Thailand dan 3 rakyat kita terbunuh...Aku lupa nak tengok signboard untuk tahu berapa darjah ketinggian laluan itu tapi dapat mengagak jaraknya lebih kurang 2 kilometer untuk sampai ke puncak bagi pengakhiran devider tersebut...
Alhamdullilah, selamat sampai di rumah dengan total milage 52.50 km, dan baru perasan egg banjo malam sebelumnya yang dibeli ada bersama semasa mengayuh tapi terlupa untuk dimakan...Itulah yang selalunya berlaku bila ride tanpa rancang terlebih dulu hingga pump tayar dan lain lain alatan kecemasan pun aku tak bawak...dan ini memang Kerja Giler!😁
Monday, February 27, 2023
Teknologi Yang Diadaptasi Bukanlah Solusi...
...Sistem atau perisian komputer untuk kebanyakan organisasi/jabatan dicipta dan diadaptasi untuk ganti sistem konvesional sediada, malangnya setelah bertahun guna semakin banyak masaalah ujud dan hingga kini tidak mampu diatasi sedangkan ketika menggunakan kaedah manual ianya lebih teratur, kemas dan tiada langsung masalah...
...Tiap organisasi/jabatan tidak sama dari segi pengendalian operasi dan mempunyai tataurusnya tersendiri maka sesetengah sistem munkin hanya sesuai dari segi teori namun tidak pada praktikal begitu jugalah tidak semua sistem perisian elektronik yang kononnya berteknologi tinggi dicipta/guna mampu memperkemas urusan organisasi, malah kebanyakannya berakhir dengan saolah2 tikus cuba membaiki labu...makin terlalu banyak kelemahan yang perlu diperbaiki..
...Soalan - Maka apa faedah diujudkan sistem yang sepatutnya menyenangkan tapi berkesudahan hanya gah pada nama, dan berapakah kerugian yang perlu ditanggung dengan membayar sejumlah besar modal serta gaji kepada pencipta serta pengendalinya dan pembaziran ini akan berterusan sampai bila?!?!...
...Bottom line...Moden tidak menjanjikan kamu kedepan 'old skool' tidak bermakna kita mundur...
🌹🌻🌷
Friday, February 17, 2023
Pecal Rulesz!🌹🌻🌷
...Masa tinggal di Banting saban minggu saya akan ikut mak ke Pasar Minggu pekan itu..Favourite dan kemestian yang mesti dibeli untuk saya ialah pecalnya yang dibungkus dalam daun pisang..Paling best kuah style Jawa dan tauge nya kontot2..krupkrupkrup bila dikunyah perghh...😋
...Dok di area Tebing Tinggi tahun 1989 dulu pulak ada satu gerai favourite yang menjual mende yang sama, pendek kata seminggu tu mau 2-3 kali gak ler membelinya...dan last ke situ tahun 2001 rasanya...Walaupun tiap ari masih lalu di depan gerai nih, hanya setelah 22 tahun iaitu arini saya tergerak hati untuk 'repeat' singgah dan makan pecal 'legend' nih...Walau ingredients nya dah kurang itu ini ia masih boleh dimaafkan kerana rasa still sama padu macam dulu2...😁
P/s: Usah ditanya kenapa lama sangat saya 'merajuk' dari berkunjung ke gerai nih..😅
Wednesday, January 18, 2023
Carefree - Kebebasan II
...Ingat lagi beli cartridge Carefree ni dengan Boney M - Ocean Of Fantasy di sebuah kedai di depan panggung Lido, Klang tahun 78 - 79 kot, 1st.time dapat 'lesen' dari Mak dengan Abah, so macam biasa la menyolo jer naik bas express MARA Banting, Klang, KL masa tu...Lepas beli cartridge tu teruih beli tiket cerita James Bond - Moonraker, dok dalam panggung punya ler sejuk asyik ke toilet jer leceh tul...😅
...Cerita sket pasal album nih, album kedua dari mereka di mana produksinya memang terbaik dari segala segi - musician, skill, music arrangement, lyrics etc...Selain JJ, Nana juga boleh menyanyi dan semestinya Simon Justin Leo yang underated, sayang saya tak pernah terbaca atau mendengar DJ Radio yang menyebut bahawa dia yang menyampaikan lagu Belaian Jiwa ini, hinggakan kebanyakan dari kita menyangka ia adalah suara JJ...
...Walau banyak pengaruh Eagles itu dikira biasa, mana ada penyanyi atau pun band dalam.dunia nih yang takde influence dari lain2 artis...Ritchie Blackmore pun mengaku terpengaruh dengan Jimi Hendrix begitu jugak Yngwei J Malmsteen yang tanpa segan beritahu dia banyak dipengaruhi Blackmore sendiri...Alasan itu jugak lah agaknya Carefree cover lagu One Of These Night versi Melayu dengan tajuk Petang Sabtu, pada era 70an dulu membawa satu atau dua lagu cover dalam album mana2 artis telah menjadi seakan satu kemestian..Tapi serious aku cakap yang bestnya 95% dari mereka remake jadi lebih baik dan sedap, contohnya banyak, antara yang aku ingat - Khayalan (Fantasy - Earth, Wind & Fire) Black Dog Bone, Shahrizad (Rasputin - Boney M) Alleycats, Mimpi (Call Me - Blondie) Alleycats, Bayang2 (Double Vision - Foriegner) Sweet Charity dan banyak lagi, itu belum dikira dari penyanyi solo seperti Rina Rahman, Julie Ramie, Elaine Kang, Sharifah Aini, Frankie Chia, Sakura - nama sekadar yang terlintas di fikiran aku ketika ini...
...Konklusinya boleh saja cover lagu orang lain tapi make sure kamu buat jadi lebih baik atau at least sama level dari segi kualiti dan lainya...Oh ya aku nak bagi double thumbs up untuk Innuendo dan Almarhumah Seha yang remake lagu Belaian Jiwa ni dengan amat baik mengikut versi mereka..👍👍
Wednesday, January 4, 2023
Bersih, Cekap Jangan Kasi Orang Marah...
...Sate yang dihidang separuh rentung separuh lagi masak, lain dari itu aku mintak tapaw tiga nasi goreng satu makan di situ...Tengok keliling, pelanggannya cuma aku dengan family jer...Staff2 depa yang ada dok melangut dikaunter...So apa masaalahnya service korang slowmo teramat?!...Tak heran ler kenapa pelanggan tak ramai, dan ini 1st.time dan kali terakhir aku ke situ...
...Apa pun usah percaya bulat2 apa saja komen netizen tentang product mau pun service...Aku percaya yang komen elok jer tu kadang2 kaum kerabat dorang jugak...Aku dah banyak kali terkena di banyak tempat..antaranya kedai makan dan woksyop kereta...
P/S: Gambar2 ini dari restoran yang aku kunjungi..terbaik dari segi makanan, hiasan & layanan...
.jpg)




























.jpg)
.jpg)



























