Total Pageviews

Thursday, August 31, 2023

...FIT Malaysia Perak Fun Ride...2023...





...Program FITMalaysia sebenarnya bermula pada tahun 2014 dulu lagi dan telah dilancarkan oleh Khairy Jamaludin, Menteri Belia Dan Sukan ketika itu...Lokasinya di Dataran Merdeka sebelum ia turut diadakan ke seluruh negara termasuk bandaraya Ipoh... 

...Pada tahun ini Ipoh, ia diadakan pada 20hb.Ogos, hari Sabtu, bertempat di perkarangan Stadium Perak...Awal awal lagi saya dan kawan kawan register untuk event tahunan ini...

...Petang pada hari sebelumnya dah buat preparation basikal, pam tayar, helmet, kasut, gloves, knee pad, mineral water antara benda penting yang dah awal awal diletak ke dalam van...So selepas Subuh hari tu start injin terus ke tapak event yang jaraknya hanya 13kilometer, walau tak jauh tapi jika memandu bukan pada waktu subuh terpaksa ler melayan jem dan traffik light yang membosan dan melambatkan perjalanan...

Seperti dijangka ramai yang dah tiba, sebenarnya program hari ini bukan saja Fun Ride tapi apa yang aku tahu Fun Run, Aerobicton dan lain lain event juga ada...So memang patut ler ramai dan meriah...     









...Pelbagai jenis basikal ada RoadBike, klassik, MountainBike, DirtBike, Gravel, FoldingBike...
 

...Nasik lemak dari event organiser jadi sarapan pagi ni selepas abis kayuhan 35km, mujur le 
sambal asing, so aku skip sambal...😃


...Lepak sambil tunggu Cabutan Bertuah...Nombor yang naik asyik sipi2 jer..Huhu...


...Ride bermula dari Stadium Perak --> Canning Garden--> Lost World Of Tambun -->
Tg Rambutan --> Bandar Baru Putera --> Bercham --> Tmn Anda --> Pekan Tasek
--> Gunung Lang --> Jln K.Kangsar --> Hospital Ipoh --> FairPark --> Stadium Perak.









...Done! Alhamdullillah...Walau kami penat tapi still happy..💥💗

..Selesai event pada tengahari yang amat terik, semua kami pun berkemas dan pulang ke sarang masing masing..
Insha-Allah jumpa lagi dalam event yang lain pula...  

No comments: