With the threat of imprisonment they are building their way.
If you escape, if you resist,
you don't have solutions,
you will be killed.
..Yo, asking for support is not a sign of weakness,it is actually a sign of intelligence..it gets you out of a hole and it gives other people an opporturnity and experience to help...WanBeruas
...Malam sebelumnya tidur awal sebagai energy preparation untuk kayuhan esok pagi...Berbanding tahun lepas yang diadakan pada waktu malam, dan aku terlewat lima minit kerana ketika sampai peserta semua dah bergerak, tanya dengan mereka yang ada di situ "Baru jer lima minit mereka berlepas" Jadinya malam tu aku cuma tunggu acara cabutan bertuah setelah semua peserta sampai di garisan permulaan haha...Sebenarnya aku lebih suka program ride yang diadakan sebelah siang, pagi semestinya...Jadi tahun ini ia diadakan di tempat sama ia itu perkarangan Stadium Perak...
..Aku tiba awal pukul 6.30 tepat dah ada di depan Kolam Renang Tuanku Zara, dah siap setting basikal aku kayuh ke Pasar Tani Stadium ushar apa yang patut, peniaga ramai yang baru bersiap dan ada juga yang lebih awal telah sedia berniaga...
...Mengikut jadual sepatutnya peserta dilepaskan pada pukul tujuh setengah pagi yang berkesudahan pukul lapan baru kami semua mula berkayuh...Itulah masaalah orang kita yang panctual hanya pada waktu berbuka di bulan puasa...Hummm...
Sepertimana biasa jarak FunRide tidak akan lebih dari 35km.& kali ini mengikut program 31km. saja
...Dare to be different dude!...
...Ritchie Blackmore cakap influence dia Jimi Hendrix, Yngwie J Malmsteen plak bagitau pengaruh dia dalam muzik adalah Blackmore dan Italian virtuoso Niccolo Paganini...
...Ok di situ pun kita dah boleh faham muzik tu tkde yang original...Mana2 musician pun jika permainan mereka ada sipi2 persamaan itu semua adalah normal dan terhasil dari pengaruh idol yang mereka puja dan kagumi...dan jika sekalipun mereka mampu meniru2 bulat dari segi skills dan sound itu sudah dikira satu pencapaian dan bonus untuk mereka yang tentu nya telah jerih berusaha...
...Saya percaya idola mereka tu pun tidak akan marah malah berbangga dan berasa ia satu penghormatan jika hasil seni mereka turut mampu ditiru dan menjadi galakan kepada orang lain untuk turut berkarya...
...Di Malaysia dulu dan sekarang pun ramai jer pemuzik yang dipengaruhi corak permainan Carlos Santana, John Mayall, Bob Dylan, David Gilmour, Chuck Schuldiner atau band2 seperti Death, Nirvana, Oasis, Pearl Jam, Killswitch Engage, Bring Me The Horizon, Lamb Of God...
...Selain dari itu ramai jugak orang kita yang mampu bermain sebijik seperti Yngwie J Malmsteen sendiri, antaranya Almarhum Eddy Wan Othman, Joe Burnmark dan beberapa orang pemuzik lagi, itu jugaklah yang sedang hangat 'dipertikaikan' oleh seorang pemuzik old timer tu...Aiseyyy, senang cerita macam basikal laa siapa mampu kayuh laju dan jauh, lu kayuh laa, tak mampu kalo kita tengok jer dari tepi...Tak payah nak gaduh2 bagai...Ye tak?!..
Peace No War!
...🌷🌻🌹😋...
...Aku dan anak bongsu minat tegar dengan band nih, dan aku layan sejak dulu lagi sebelum introduce kan pada dia dengan album mereka Falling Into Infinity (1997)...So arini baru terasa nak up citer waktu kami enjoy konsert band nih di Kuala lumpur baru baru ini...
...Beberapa hari sebelumnya aku dah demam agak teruk dan tak kebah hingga hari konsert itu, tapi disebabkan tiket dah beli hotel pun dah booking mau tak mau paksakan diri juga untuk pergi...Untuk konsert ini kami pergi bertiga bersama saorang kawan baik Ashraf...
...Bergerak dari Ipoh dalam pukul sepuluh kot, dalam perjalanan tak singgah mana mana pun dan sampai di Kuala Lumpur terus saja check in hotel dan berihat hingga petang, cuma Ashraf dengan Fauzan saja yang keluar makan dan bersiar siar...Petangnya di sebabkan dekat saja dengan hotel kami jalan kaki ke stesen monorail Medan Tuanku dalam pukul 6 petang, rupanya itu merupakan peak hour bagi orang balik dari kerja makannya sendat dan tengat lah kami dalam monorail tu bertambah pulak dengan cuaca yang panas, dalam aircond pun aku basah dengan peluh...
...Sampai di Zepp keadaan tenang saja dan orang pun masih tak ramai, perasan ada beberapa dari mereka yang ber tshirt hitam Dream Theater dan semestinya merupakan bakal penonton malam nanti, awright...jengok jugak sana sini tak nampak pun booth merchandise...Aku lepak di satu sudut dalam kompleks tu, dengan Ashraf dan Fauzan bersiar siar kemudian membelikan aku sebuku roti fiber, sebenarnya sejak pagi tadi aku hanya makan bubur nasi yang dibeli dari Mc Donald's jalan Gopeng, selain demam perut pun meragam makanya tak berani nak makan sebarangan huhu...
...Orang dah makin ramai kami beratur untuk ambil tag dan terus masuk, aku prefer masuk awal so lebih senang dan tenang tenang...Sebelum bermula kami layan lagu lagu dan tayangan di screen atas stage, ini yang aku suka pun..Tenang tenang...Kami sebenarnya beli tiket yang paling mahal untuk berdiri di arena 'Diamond' depan stage tapi disebabkan demam aku yang masih belum kebah Ashraf cuba untuk dapatkan sesiapa saja yang sukarela untuk tukar tiket aku tu dengan seat yang berkedudukan di tingkat atas belakang, tak kisah ler rugi dalam seratus empat puluh ringgit camtu...Akhirnya dapat jugak, mamat Sabah tu macam tak percaya dan seronok sangat dapat menonton sambil berdiri depan stage dan aku juga hepi dapat tempat duduk walau agak jauh tapi view amat clear dan selesa ha ha..
...Tak pasti dalam jadual bila konsert akan bermula tapi tepat pukul lapan setengah stage berdentum dengan The Alien lagu yang memenangi Best Metal Performance pada Grammy Award 2021, dari album terbaru mereka 'A View From The Top Of The World'...Reaksi penonton? Ha ha tak perlu diterang just bayangkan saja bagaimana keadaan kami ketika itu!
...Sayangnya kami tak dibenarkan mengambil gambar atau video oleh crew yang ada dan hanya dapat snap secara curi curi, hingga di satu masa aku terdengar saorang crew berkata "Don't let me warn you 2nd.time or just take your phone okay! Kepada salah saorang penonton sederet dengan aku...Dalam pada itu di satu sudut berhampiran dengan aku seorang OKU bersandar di atas wheelchair dengan selesa sambil mengambil video tanpa gangguan sesiapa pun...Agaknya geng crew konsert tu kot...Huhu...

...Kat luar perasan ada beberapa orang menjual t shirt konsert (bootleg) aku yang asalnya nak beli tak jadi sebab kualitinya yang tak setimpal dengan harga, sama jugak ler dengan yang dijual oleh organiser masa kat dalam venue Zepp tu, asal jangan tidak aku beli lanyard band jer...Apa pun kami lebih berpuas hati dengan konsert yang amat hebat, serious jika mereka main untuk dua hari berturut2 pun aku tak teragak agak untuk menonton sekali lagi!
...Aku regret kenapa tiket2 konsert tidak lagi dijual secara keping macam dulu2..Kenapa mesti dipakaikan macam gelang tuh...Aku regret nape dorang tak main lagu favourite aku dan almarhum anak aku 'Spirit Carries On' dan 'Another Day' infact dalam masa yang sama jugak aku berharap jangan ler dorang main lagu tu sebabnya aku tak mau over react atau emosional!! Berbaur rasa dan perasaan...
...Apa pun tahniah dan terima kasih kepada Shiraz Projects yang berjaya menganjurkan konsert ini dan aku berharap sangat untuk next coming concert Opeth pula yang akan menyusul! Hah! Biar betul!..
Setlist malam itu: -
Idul Adha baru saja berlalu dan bagi sesetengah orang ia tidak lah semeriah Idul Fitr namun pengertiannya amat deep dan jika diamati betapa ia sehebat pengorbanan Nabi Ibrahim dan anak baginda Ismail...
..Kisah Nabi Ibrahim di mana bermulanya sejarah ibadah korban saolah2 refleks kepada kisah dalam perjalanan hidup manusia di dunia ini... Yang mana kita zahir dan batin disuruh agar berkorban terhadap rasa memiliki pada harta, masa, jawatan, gelaran serta kasih sayang dan pelbagai lagi...dan ianya subjective bagi setiap individu...
..Hakikatnya yang berhak memiliki itu hanya Allah..Jelas kita hamba yang tak punya apa2...
Betapa ibrah terhadap kehidupan dan teguran yang Allah sampaikan secara berhemah tapi kita seringkali saja keciciran..tak 'nampak' atau munkin melihatnya dari sudut pandang yang jauh berbeza..Atau pun munkin langsung tak amik peduli?!...Konklusinya pengorbanan amat perlu untuk dapatkan iman..
Last but not least..Ye saya setuju jika ada yang claim kita perlu pada kehidupan dan isinya, itu lumrah, sedangkan masih perlu berpada2....Cuba amik sedikit ruang masa fikir dan tanya pada diri apa yang kita sudah/akan 'korbankan' semalam, arini, esok, lusa...
...Tangan kiri genggam dunia jemari kanan genggam akhirat...Jom istiqomah dalam mengorbankan nafsu Ammarah yang membelenggu agar digantikan pula dengan nafsu Muthmainnah...Insya-Allah...
...🌷🌻🌹...
Berkorban Apa Saja ( P.Ramlee)
Berkorban apa saja
Harta atau pun nyawa
Itulah kasih mesra sejati dan mulia
Berkorban apa saja
Harta atau pun nyawa
Itulah kasih mesra sejati dan mulia
Hmm...
Kepentingan sendiri tidak diingini
Bahagia kekasih saja yang diharapi
Berkorban apa saja
Harta atau pun nyawa
Itulah kasih mesra sejati dan mulia
Hmm..
Untuk menjadi bukti
Kasih yang sejati itulah tandanya
Jika mahu diuji
Berkorban apa saja
Harta atau pun nyawa
Itulah kasih mesra sejati dan mulia
...Secara peribadi dari apa yang saya amati puncanya berlakunya kebanyakan kemalangan adalah bermula dari sikap manusia itu sendiri - Lalai, mengantuk, layan talipon, gopoh, tidak beri kerjasama, langgar lampu isyarat malah lebih dari itu banyak yang berlagak samseng...
...Waktu ke kubur lepas subuh beberapa hari lepas pun saya tak pasal2 dihimpit oleh sebuah kereta dari arah sama sedangkan saya sendiri berada di kiri jalan dan memandu dengan perlahan (40kmsj) dan ini bukan baru kali pertama...Di Gerik lama dulu sebuah lori memotong kereta lain disatu selekoh dan garisan berkembar dengan laju, ketika itu dalam pukul 10pm dan syukur bilamana saya sempat mengelak...
Parody pasal orang tak posa nih annoying sebenarnya..Dah jadi budaya & isu yang dibangga2 (Ye ke?) hingga dibuat drama tv bagai...Nak jadikan tauladan idak jugak, hanya jadi momokan dan lebih malang lagi non Muslim pun pandang serong..Ironinya kalu kita pun tak hormat agama seniri, usah marah ler kalu kena bahan dengan orang lain...
...Move on laa..Takyah ler tiap tahun ulang mende cliche yang sama..Padan ler dengan yang sengaja tak posa tu pun tak reti2 nak taubat...
..Sesungguh nya Ramadhan, ibadah puasa dan 'plastik itam' bukan lah lelucon...
P/s: kita kekal faham pada situasi mereka yang uzur...
...Dah lazimnya medsocs ni platformnya, untuk kita share itu ini berupa info, tazkirah, personal opinion bagai samada dalam group atau di mana mana medium pun dan ia bukan sebab kita bagus, warak atau pun baik...Sedia maklum komunikasi tanpa intonasi dan eye contact/face to face ni mampu mengundang pelbagai persepsi malah konfrontasi...Itu terpulang pada penerimaan masing masing, niat kita hanya yang baik2, take it or leave it..
In fact kita tak tau mana satu amalan kita yang diterima dan diberi pahala oleh Allah, solat ke, sedekah ke, bagi kucing/anjing makan, alih halangan di jalan, doa untuk org lain ke, jaga silaturahim, ukwah, yang wajib atau yang sunat...So selagi diberi kesempatan oleh Allah jangan pernah merasa penat atau bosan dalam melakukan kebaikan untuk diri sendiri dan jugak orang lain...
Just carry on dude...🌷🌻🌹
P/S: Selain sharing is caring ia considered as my own self reminder jugak tuh..😎