Total Pageviews

Saturday, May 4, 2013

...Antara Survival Parti Atau Diri Sendiri...





PRU 13 adalah yang paling kotor dalam sejarah setakat ini....Ketika ini kamu boleh lihat siapa sebenarnya kawan maupun lawan...Tiada lagi erti kesetiaan selain hanyalah kepuraan...kala ini juga boleh kita lihat yang masuk bakul angkat sendiri...Siapa penyokong tegar siapa penyokong atas pagar juga siapa penyokong yang  membawa rebah!


...Boleh kita lihat ada calun yang berani berjanji walau tahu itu hanya lah impian yang tak mampu dipenuhi ...Ada juga dulunya mereka dilihat mendukung sama cita cita parti namun kini mereka pula yang melompat kesana sini...menjadi calun bebas atas sebab memecah undi parti yang dulunya disokong sepenuh hati...jelasnya mereka ini tiada pendirian dan telah terbabas...Hanya berjuang untuk kepentingan peribadi!



...Patutkah menyalahkan orang lain jika kamu tidak mampu memberi makan anak bini? Negara ini kaya..jika tidak orang luar tidak akan berpusu pusu mencari ruang serta rezeki di sini...Buanglah sikap suka menadah,mengharap belas sekeliling serta menyalahkan pihak lain sedangkan diri sendiri malas berusaha...



...Esok hari penentuan...Letak jauh akan rasa emotional...just be rational dalam membuat pilihan...Kamu dengan pilihan kamu aku dengan pilhan aku...Kita seharusnya menerapkan dalam hati  Setuju Untuk Tidak Setuju...Agree To Disagree..maka itu bukan sebab untuk kita  tidak bersatu...kerana masing masing punya prinsip sendiri...Salah satu sebabnya...sebagai manusia
kita semua adalah sama....Usah disebabkan emosi Menang Sorak Kampung Tergadai!!


Keluarkanlah...
Keluarkanlah semuanya...
Keluarkan sisa kumbahan dari usus besar mu...
Lalu kau biarkan kami semua menghidu...
Segalanya tanpa kau merasa silu apa pun...
Tanpa merasa bersalah tanpa rasa hina...
Tidak rasa berdosa dengan perilaku jijik mu...
5hb.Mei 2013...
Akan menyaksikan apakah nasib yang bakal menimpa mu...
Untung sabut timbul...
Untung batu???



Tuesday, April 23, 2013

….Buku Mahathir….



…Buku ini sebenarnya dah lama aku dok ushar…sejak baru keluar lagi nak belinya…tapi disebabkan harganya yang berdentum membuatkan selama ini hanya pegang,angkat dan belek je sebelum letakan semula kat rak kedai…


…Aritu ini masa beli keperluan dapur di Tesco aku nampak buku ni dah dijual pada harga patut dibeli… dari Rm 100.00 sekarang dah tinggal 45.++ hahahaa…Sebenarnya harga yang mahal dulu pun sememangnya patut…memandangkan bukan senang nak menghasilkan sebuah biografi macam nih..cuma poket aku je yang kata tak patut huhuhuu…


…Tak kisah le lambat ke cepat mendapatkannya..kerana bagi aku biar ilmu meninggalkan kita asalkan kita tidak ketinggalan…


…Sememangnya sejak kecil aku suka membaca dan selalu berulang alik meminjam buku2 dari perpustakaan…tapi time tu tak sama dengan masa yang aku ada sekarang nih…Dulu masa banyak yang terluang jadinya peluang untuk menjadi pembaca tegar itu sememangnya terbuka…Sungguh pun masih bersekolah scope bacaan aku tak de barrier semua tajuk aku hayun dari perubataan, sains,sastera,novel,fiksyen,geografi,penyiasatan, sejarah dan paling aku suka ialah buku2 psikologi,adventure dan sikit2  pasal politik yang selalunya aku baca setakat satu bab aje...remeh dan rimas...


…Sesekali ada gak ke Perpustakaan kat Jalan Tambun tu…tapi sayang sekarang masa aku tersangat lah tight nak ke gym pun asyik kantoi sesaje...jadi selalunya ruang untuk aku membaca kini hanya ketika melakukan terapi di rumah…Sekarang ni aku suka bersulam dengan lain2 buku atau majalah ketika mahu menghabiskan satu2 tajuk itu… 

    
…Jadinya untuk buku ini aku kena amik masa entah berapa lama pulak le bagi menghabiskannya…Harap2 mood membaca aku sentiasa ok…sebabnya buku Ustaz Kazim – Tuhan Sedang Menguji Kita yang aku beli sendiri dari beliau pun belum habis aku baca…huhuuu..


P/s: - Masa sekolah menengah dulu aku suka meminjam buku karya Ian Fleming, Enid Blyton dari Perpustakaan Awam Negeri Selangor di tepi Sungai Langat.. :0)



Thursday, April 11, 2013

...Kisah Pak Tam...




…Suatu masa aku pernah ke RSK Taiping dan bermalam di situ..bersama sama dengan penghuni yang sebelumnya adalah pengemis,dan mereka yang geladangan…Lepas isyak aku amik masa berbual bual dengan saorang tua yang aku panggil Pak Cik Tam...Soal bagaimana boleh dia berada di situ,apa perasaannya setelah ditempatkan bersama sama penghuni lain…Maka ini kisahnya…


…Pak Tam semasa mudanya merupakan saorang yang degil dan keras hati..suka melawan cakap ibu dan bapa..Apa yang dilarang itu juga lah yang dibuat…Alasannya untuk mencuba dan kerana sikap egonya sendiri…Kawan2 terdiri dari mereka yang sama sikapnya dengan beliau…Kaki botol,dadah dan perempuan merupa kan aktiviti yang tetap dalam schedule hariannya…  


  ...Berkerja di sebuah kompeni pengangkutan sebagai driver... Bila sampai jodoh Pat Tam pun berkahwin...Ada anak ada isteri..namum kelakuannya tetap tidak berubah malah semakin menjadi2...



...Dipendekan cerita suatu hari anaknya telah mendapat demam panas yang teruk dan sepatutnya memerlukan rawatan segera di hospital namun disebabkan kelalaian beliau sendiri yang tidak pulang kerumah selama 5 hari kerana mengadap meja judi…maka akhirnya anaknya tadi telah meninggal…Ini adalah episode permulaan sisi muram dalam hidup beliau..selepas itu anak keempat beliau pula meninggal dalam satu kemalangan sewaktu pulang dari sekolah…ini pun diketahui beliau selepas beberapa hari…



...Sepatutnya dengan musibah yang menimpa Pak Tam sedar serta insaf namun beliau semakin hanyut...beliau akhirnya menjadi penagih tegar konon untuk melupakan kesedihan atas kehilangan anak anak….sudahnya Pak Tam ditinggalkan oleh isteri dan anak2..lalu kehidupan semakin kacau yang sudahnya beliau dibuang kerja…Untuk menyara kehidupan Pak Tam menjadi ulat tiket serta ulat parking… wang yang diperolehi lebih banyak digunakan untuk membeli dadah berbanding makanan untuk mengisi perut…



...Pak Tam semakin terseksa, kehidupan  semakin sempit dirasakannya…akhirnya pada satu bulan Ramadhan Pak Tam dan lain2 kutu jalanan telah diberkas oleh pihak berkuasa...setelah segala urusan dokumentasi selesai akhirnya beliau ditempatkan di sini…



…Kini antara saat yang paling perit untuk dilaluinya adalah setiap kali menyambut Hari Raya…bilamana setiap kali juga lah hatinya yang keras itu menjadi cair seperti bongkah ais dipanah terik matahari…Beliau akan menangis mengenangkan anak2 isteri yang telah diabaikan sebelum ini..setiap kali Raya jugalah segala kenangan itu menjelma serta menghantui diri dia…Bagaimana ketika isteri dan anak2 memerlukan kasih sayang dan belaian ketika itu jugalah beliau hanyut dalam pelukan perempuan kelab malam…wang gaji semuanya dihabiskan untuk dadah serta perempuan…Makan minum mereka di rumah tidak dipedulikannya…Tiada duit beliau akan berhutang dengan memberikan pelbagai alasan..dan antara alasan yang senonim digunakan ialah dengan mengatakan perlukan duit untuk mengubat anak nya yang sakit..walhal anak2 itu sihat walafiat...Ini sebenarnya umpama doa saorang ayah kepada anaknya…Malang sungguh...



...Pak Tam berkata dia telah bertaubat dan amat menyesali akan segala perbuatan lalu yang mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga…kini dia sedang menghabiskan sisa2 kehidupan yang mengikut Dr hanya tinggal 2 tahun saja lagi setelah disahkan mengidap AIDS…  




…Jadi jika kita mampu serta berkesempatan untuk mendekati insan geladangan seperti ini yang banyak di luar sana,ambil serta  gunakalah peluang yang ada itu sebaik munkin…Kerana banyak pelajaran yang boleh kita dapat serta tauladan yang boleh dijadikan panduan dalam kehidupan…Ilmu perlu dicari…pengalaman wajib kita alami…Walaupun tinggi terbang di langit,usah lupa rumput di bumi…



P/s: - Saya yang menulis kisah ini merasakan pengalaman ini adalah satu 'ubat hati'...bagaimana dengan kamu?            

Monday, April 1, 2013

...Ulat2 Yang Berjangkit...



…Jujur aku katakan aku sememangnya senantiasa menunggu projek terbaru dari band Malaysia yang pertama dalam genre Industrial Death/Grind Core ini…Infectious Maggots...Bermula dengan album DEEP WITHIN OUR GRIEF FACTORY MILK RUNS RED,Unknown  dan  Karat Besi Simfoni...album DWOGFMRR (panjang sangat nak taip) adalah lebih merupakan album experimentasi di mana banyak pengaruh muzik dari band Industrial Metal...Godflesh…

…Pertama kali melihat mereka beraksi pada Gig The Gathering di Dewan St John Ipoh..tak ingat tahun bila...Gig yang mengumpulkan banyak band2 underground ketika itu..antaranya Ruisgnal,Glottis dari ipoh serta Sil Khannaz…Kemudian ketika di Stadium Perak tahun 1988 bersama FTG dan sebuah band RapCore dari Ipoh Carbon 14 (tak pasti)…Ketika ini Fathul sudah pun mengumumkan yang beliau akan meninggalkan lain2 Maggots untuk bersama Spiral Kinetik Circus…



....Seperti  dalam entri terdahulu aku mengatakan amat meminati akan growl dari saudara Fathullah Lukman Yussof…yang juga saorang pelukis dari Alor Setar…Line up asal mereka terdiri dari Pie (Bass),Lan Bear (gitar),Lan Bye (Drum)












Album UnknownSekali lagi cuba berexperimentasi dengan muzik bawaan mereka namun agak jelas akan hala tujunya..Sayang Fathul tidak terlibat dalam album ini kerana telah bersama dengan Spiral Kinetik Circus dengan membawa panji grunge/alternatif yang sedang hangat ketika itu...Namun pengganti beliau saudara Ezan tidak boleh dinafikan kewibawaannya...Growl yang dasyat mampu menarik peminat baru serta mengekalkan peminat lama untuk terus menyokong muzik dari band ini...

....Jangkaan aku bahawa part drum dimainkan oleh machine sama sekali melesit...yang sebenarnya dimainkan sendiri oleh Wira (Athottorgh,Necrotic Chaos)...Mengapa aku katakan ianya terhasil dari machine? Ini kerana tempo permainan beliau pada sesetengah lagu yang amat laju serta tepat pukulannya...Perfect!! Sedangkan aku lebih suka pada sound dan 'kerja' yang ada terkucil disana sini...   




   

....Part gitar serta solo dari Lan Bear serta line up baru saudara kembar Rizal dan Reza amat menarik...kebanyakan lagu mampu membuatkan bulu roma kita yang mendengarnya meremang…Hebat!! Orang Malaysia juga sebenarnya mampu bersaing bersama orang luar…Track terakhir berjodol 'Rain Forest' yang hanya menampilkan plain vocal,plucking gitar serta keyboard...amat dalam mesej dalam lagu ini…mengenai nature yang seharusnya dikekalkan oleh kita bagi generasi akan datang….Double thumbs up untuk album ini…Sayang,disebabkan masaalah dalaman ini menjadikan Unknown adalah album terakhir dari mereka (ketika itu) 




Karat Besi Simfoni – Ini adalah projek yang menampilkan hanya Fathul sebagai line up asal..selain dari itu CD Khanzab - Gitar (Sil Khannaz) Bass - Mikko (The Fallen) dan drum machine…Sound drum machine dalam album ini mengingatkan aku pada album 'Pedita Gila' Sil Khannaz yang turut menggunakannya...Namun citarasa aku tidak berubah walau tanpa lain2 anggota asal Maggots…kerana mereka  yang ada di dalam album ini juga mampu menghasilkan yang terbaik…Bagi aku album ini lebih merupakan album projek solo Fathul dengan rencah asal Infectious Maggots yang masih kekal serta ditokok tambah di kebanyakan part…Nampak jelas akan pengaruh Dewa 19 yang turut menjadi pujaan Fathul…Seperti lain lain album mereka yang liriknya menceritakan tentang kehidupan,alam,perang,motivasi juga cinta...namun satu lagu cinta yang terdapat dalam Karat Besi Simfoni ini bukan memperkatakan kisah cinta tipikal seperti album Rock Melayu era 80an...Arwah BobKu2 yang juga sebagai rakan baik juga turut tidak ketinggalan memberikan sumbangan beliau di dalam album ini…






...I Thrash Therefore I Am…Jika tak silap dalam tahun 2004 di Dewan Chin Woo yang mengumpulkan band2 legenda underground Carburator Dung,Pilgrim, Punisher,Splatter,Nemesis,Naked Butterfly,Mistik juga semestinya Inffectious Maggots…Gig ini merupakan gig terakhir mereka yang aku dapat hadir...Walau hanya 2 – 3 lagu namun itu sudah cukup mengubat hati aku yang datang dari jauh…manakala gig terbaru mereka di Kapura Cave,Lost World Of Tambun aku kantoi disebabkan bertugas di Penang...Adoouuii!!



…Aku difahamkan yang Fathul sedang berusaha mengumpul dana untuk memiliki semula hakcipta album  DEEP WITHIN OUR GRIEF FACTORY MILK RUNS RED (1993) dari label Sonic Asylum…Tapi ini cerita lama yang kini tidak pasti pun akan hujung pangkalnya…Aku pun tak mau amik pot…Cuma yang jelas tetap menantikan buah tangan terbaru dari Ulat2 Yang Berjangkit ini



P/s: - ketika berkunjung ke Balai Seni Dan Visual Negara baru baru ini aku tak berpeluang bertemu Fathul kerana beliau sedang mengendalikan kelas lukisan...huhuuu...palat laa...



Tuesday, March 26, 2013

..Tok nenek konon nak senang..sudahnya anak cucu yang berperang...




…Balik kampung baru2 ni sepupu datang menziarahi aku…dok minum kopi O Che Nah sambil bersila panggung…sembang bla bla bla cerita pasal lembu kambin masing2 yang kami dok ada bela…pastu masuk sikit..sikit je lalu kot tepi kata orang…pasal politik…aku memang tak minat politik..mujur gak dia pun sama…alih2 dia tanya..Uiihh hang tak tau cerita kat kampung aku baru2 ni…Awatnya..balas aku…Laaa hang taw depa dok berkelai sesama jiran pasai tanah..sorang kena tetak…lepaih orang hantaq pi klinik dia pi plak balai buat repot…balik rumah hang tau apa jadik ghumah dia? Dah abih kena bakaq!…Laaa sunguh naaa?!? Kata aku…Sebenarnya aku kena ikut loghat utara bila sembang dengan orang lagu (macam) ni…kalu nak sembang cam biasa jawabnya ayat aku jadi rojak tergeliat lidah apa semoa…hahaa…ok kita sambung balik noo…


...Kisahnya bermula sejak turun temurun bilamana hak milik tanah tidak disettlekan oleh nenek moyang yang terdahulu...tak tau le munkin disebabkan buta undang2 atau munkin ke sebab nak amik senang..sudahnya idak juga senang bila mana anak cucu pulak yang berperang…


...Jadi boleh kita lihat disini yang mana kaum keluarga dari kedua belah pihak dari yang tua hingga ke anak2 kecil..mental mereka pasti akan terkesan dengan semua ini...Munkin mereka akan terfikir kalo mak bapak kamu boleh bakar habis rumah serta semua harta benda kami...mengapa kami tidak boleh berbuat perkara yang sedemikian pula kepada kamu...Dan dendam kesumat ini semestinya juga akan berlanjutan hinggalah ke generasi yang kemudiannya...Dalam soal ini bukan lagi masa nya untuk menyalahkan sesiapa apatah lagi mereka yang memulakan angkara semua telah hancur ditelan bumi...


…Bagi aku laa..hidup ini berteraskan undang2 manusia dan hukum hakam Allah…mau tak mau suka tak suka kita kena ikut dan buat..idak kalo ini le jadinye...Ye la sebagai contoh yang boleh diambil sebagai panduan…  

     
  Cuma apa yang perlu dilakukan ialah mencari jalan penyelesaian...dan semestinya melalui kaedah undang undang yang sedia ada...Mesti dijalankan dengan penuh berhemah...seperti menarik rambut dalam tepung er ujungnya aku tak tau nak sambung...huhuuu...Tapi itupun jika kedua belah pihak bersetuju...namun jika tiada pesetujuaan...??? Bilamana ada yang berani mengatakan tanah ini...Amat Albab yang punya taaawwww!!! Maka masaalah dan permusuhan akan terus berkesinambungan tanpa ada noktahnya... 



Anak tani menjahit jala
Mengail ikan di hujung kuala
Mengalun lagu di tengah bendang

Apalah daya apakah upaya 
Menangis berendam si air mata 
Bumi dipijak miliknya orang

Monday, March 18, 2013

...Hafiz Hamidun....Zikir Terapi Diri...

.



...Sebelum tahu siapa artis bagi album ini lagunya selalu aku dengar dalam program ugama di tv...Semakin didengar semakin sedap dan menarik hati aku untuk mengetahui siapa disebalik album ini...


...Hafiz Hamidon...sebelum ini bermula dengan debut album bersama dengan kumpulan UNIC..Selepas itu pada tahun 2007 keluar dengan album solo beliau yang telah menerima banyak award...Manakala album Syukran yang diterbit pada 2009 terjual secara global dan turut tersenarai dalam beberapa carta antaranya Radio Turki...Saorang yang berbakat besar bilamana,menyusun muzik,serta adunan semua dilakukan oleh beliau sendiri termasuk sebagai penerbit...Tidak hairan beliau mampu meraih award sebagai Top Young Composer 2009,Best Arranger AIM 2008,Best Pop Ethnic Album Producer 2008 dan Best Song MACP juga pada tahun 2008...


...Album Terapi Zikir menjadi pilihan aku...Diterbitkan pada July 2012...Mempunyai sebelas track kesemuanya terdiri dari zikir2 yang dilagukan dengan asyik...berlatar belakang dengan petikan paino yang simple dan semestinya easy listening...Track pertama 'Astaghfirullah' yang sering kita dengar pada pembukaan program Tanyalah Ustaz dan diakhiri dengan 'Lawkana Bainana' juga boleh kita dengar selalu pada program berunsur kerohanian lainnya...Aku memilih track pertama,terakhir dan keenam...Apa pun pilihan...yang jelas pengisian serta kesannya terhadap diri...itu  yang penting.... 


...Bagi yang belum biasa munkin agak payah untuk hadham dengan album ini...ini dikira biasa apatah lagi jika bagi telinga yang sudah terbiasa dengan genre yang jauh berbeza...namun usah biarkan diri terbelenggu dengan semua itu...Jika inginkan sesuatu yang lain dari yang lain serta 'berisi' mari mencuba..kerana belum cuba kamu tidak akan tahu...


...Double thumbs up seharusnya diberikan kepada beliau serta yang terlibat bagi menjayakan album 'berisi' ini...kerana menampilkan sesuatu yang berbeza dari kebiasaaan...sebelum ini banyak album zikir yang kita dapati di pasaran mengunakan format yang biasa atau klise...Kaedah yang dilakukan beliau terbukti berjaya...dimaklumkan oleh beliau dalam sebuah rancangan TV baru baru ini..album ini berjaya bersaing dan menduduki carta bersama penyanyi Adele...dan mendapat jualan download yang memberangsangkan...


...Cuma apa yang diharap ini bukan lah album zikir terapi yang pertama dan yang terakhir dari beliau... bagi yang mahu memiliki pastikan membeli yang original...sebabnya kamu pun tahu kenapa...



...Ada dua genre pilihan untuk aku jika balik dari outstation bagi melepaskan lelah sambil memandu...Samaada mendengar muzik seperti Agathodaimon atau semestinya album ini...





Thursday, March 7, 2013

...Tanggung Jawab...Atau Beban Yang DiTanggung?




...Lama dulu dalam tahun 80an aku pernah bercakap dengan saorang kenalan yang aku panggil abang sebab jauh lebih tua dari aku..dan aku istilah kan sebagai bercakap kerana ianya secara tidak formal..so bukan le bersembang...hehee apa apa aje laa...Katanya lagi..."Sejak saya pindah ke rumah baru nih..saya rajin ke surau..kena la rajin kesurau tu sebab kalu orang tengok kita selalu ke situ ada harapan dorang nak lantik jadi salah saorang dari AJK"..Pergghhh!!!...Aku hanya menganguk 'blur'..tapi dalam hati terlintas jugak..Idak ke yop ni fikir dengan beban yang akan ditanggung nanti...kalu mampu bawa dengan baik ok laaa..Orang munkin akan puji dan hormat dan memang itu le yang kebanyakan orang mahukan..Tapi kalu kantoi tidak ke nanti akan jadi bahan caci atau lebih teruk maki!! Tidak ke malu nanti??


...Itu semua tanggung jawab..dan tanggung jawab yang melibatkan dengan masyarakat sekeliling memang berat beb!! Sebagai contoh...Sekali tu dia bercerita lagi pada satu tengah malam orang kampung kejutkan dan ajak dia pergi tangkap orang berkhalwat...Tapi yang dikesalinya sebelum tangkap mereka pakat layan skodeng ramai2 hinggalah sipelaku terlanjur (terlanjur?? Caitt!)...Selepas kejadian malam itu  katanya dia terus give up dan tak mau terlibat lagi dengan usaha menangkap (skodeng dulu puas2) seperti itu...Tak mau bersubahat dengan orang yang buat dosa katanya...Hahhh baru dia tau...Bukan senang nak pikul tanggung jawab semua itu...Kamu munkin ikhlas untuk melaksanakannya..tapi orang keliling belum tentu...


...Dalam bab melaksanakan tanggugjawab.. ikhlas ni pun satu hal jugak...bayak yang cakap...Saya berjanji  jika saya terpilih untuk menerajui..saya akan dengan ikhlas bla bla bla untuk kome semua...Hummm sebelumnya..memang laa pelbagai janji yang diberi...bulan bintang pun kalo diminta katanya boleh dibagi...Ye laaa...paling tidak kueh bulan atau sepah bulan pun sama le jugak...Oleh itu dengan tanggung jawab yang diberi bukan didamba berperi peri..laksanakanlah secara jujur,ikhlas serta adil...jika tak sanggup atau tidak berkemampuan angkat tangan berundurlah...dan jangan dengan tidak secara sukarela terpaksa melepaskannya kepada orang lain...Kerana dalam pada nak bertanggung jawab kononnya, takut langsung jadi beban yang tak tertanggung untuk dijawab...



P/s: - Rasullullah SAW ada berkata mengenai kepimpinan - Permulaannya layak,setuju dan sesuai.Keduanya penyesalan.Ketiga,azab di akhirat,kecuali yang berlaku adil,dan bagaimana untuk berlaku adil kepada orang yang rapat (keluarga) dengannya (Riwayat at - Tabrani dan al - Bazzar)  

Friday, February 22, 2013

...Ke Arah Penambahbaikan...






....Selalunya imej sesebuah jabatan atau organisasi itu dilihat dari keberkesanaan service counter,cara komunikasi terhadap panggilan talipon dan PR receptionistnya...Jika lemah atau buruk layanan maka secara langsung dapat memberikan gambaran dalaman jabatan itu sendiri...Namun kita tidak boleh mengukur secara total akan situasi ini..kerana ada juga disebabkan seekor kerbau habis semua terpalit dengan lumpur...


...Perkara sebegini boleh kita perhatikan di mana mana saja samada pejabat maupun di premis premis perniagaan..Sebagai pelanggan kita semestinya maukan perkhidmtan yang diberi pada tahap terbaik...Keikhlasan dalam menjalankan kewajipan (berkerja) mampu meujudkan sikap sabar seterusnya menampilkan perkhidmatan yang cemerlang...Begitulah juga dalam beribadat...


...Pelbagai faktor yang menyumbang kepada ketidakberkesanan dalam sistem  kerja ini...antaranya sikap kakitangan yang sambil lewa,malas serta tidak perihatin..Contohnya awal bulan Januari 2013 saya ke sebuah pejabat  di Sg Siput...selama satu jam saya di situ apa yang saya dapati hanya dua kali telefon pejabat itu berbunyi (tidak sibuk seperti mana main office)...namun itu pun sebelum menjawab petugas berkenaan merengus sambil berkata dengan ayat yang tak perlu saya tuliskan disini...Habis jika dengan situasi begitu pun tidak mampu (tidak suka) untuk melayan bagaimana pula dengan lain lain situasi atau tugas yang lebih mencabar?


...Satu lagi sebab mengapa  lemahnya komunikasi di peringkat organisasi ini bilamana ada antara kakitangan yang tidak mau bertegur sapa di antara satu sama lain munkin disebabkan masaalah peribadi yang seterusnya akan ujud 'syndrom communication breakdown'...ini bukan alasan sebenarnya...kerana jika di mana pun bekerja...sikap perlu profesional...


...Kita juga boleh lihat terdapat sebilangan kakitangan yang telah terlalu lama diletakan pada satu satu unit atau bahagian...Ini mampu membuatkan kakitangan berasa bosan dengan melakukan tugasan yang sama sepanjang masa...tiada lagi thrill atau mood refresh pada minda mereka....maka ujudlah situasi berkerja sambil lewa,tidak produktif...Kesannya melibatkan semua...bermula dengan jabatan hingga kepada pelanggan yang datang untuk berurusan...


...Ada pendapat yang mengatakan  fenomena ini disebabkan tiada pengganti yang sesuai atau berpengalaman untuk mengganti tempat pegawai pegawai berkenaan...bagi saya ini adalah alasan klise...atau palat...Palat laa  kerana jika tidak diberi peluang pada orang lain mana munkin kita akan mendapatkannya....Ini dapat menjimatkan belanja organisasi  dari terpaksa menyambung jawatan mereka yang telah pencen secara kontrak...justeru kaedah kesamarataan perlu dipraktik bagi mengelakan masaalah ini...


...Ini bukan hanya tertakluk pada satu jabatan sahaja yang mana harus mereka ini ditukarkan juga ke lain lain jabatan...Agak malang jika diperhatikan sesetengah jabatan yang menguruskan pertukaran lain lain anggota namun ianya tidak berlaku di dalam jabatan mereka sendiri...boleh kita jumpa yang mana pegawai atau kakitangan yang telah berkhidmat berbelas tahun namun kekal di situ sehingga pencen...Sedangkan mereka ini ada yang terlibat dengan masaalah disiplin serta salah laku...Ini juga amalan 'double standard' yang tidak sepatutnya berlaku...


...Perlu adanya rotation bagi setiap penjawat ini dengan memberi peluang yang samarata bagi semua dan untuk penambahbaikan dari segi idea serta pengalaman...Saya berani mengatakan kaedah ini juga boleh mengawal jika tidak mampu mengelak dari ujudnya amalan 'down table' bagi organisasi yang melibatkan urusan dengan orang awam.....Opss..saya tidak mahu pergi lebih jauh dari itu...


...Kata orang bercakap lebih mudah dari melaksanakan...Namun ini boleh dicapai jika petugas mempunyai sikap,peribadi yang murni serta akhlak yang jitu...yang mampu menerapkan dalam jiwa mereka bahawa tugas serta tanggungjawab itu juga bukan hanya untuk mendapatkan gaji tapi  merupakan cabang ibadah...Di peringkat pengurusan juga penekanan harus diberi terhadap disiplin,integriti serta siasah diri kakitangan...Namun ianya bukan hanya tertakluk pada staff bawahan...tak boleh jadi jika 'ketam cuba mengajar anak berjalan betul'..sedangkan atau bagaimana pula jika pegawai kencing berdiri...hujungnya lu orang sambung lah sendiri....


...Maka dengan usaha serta kerjasama di semua peringkat jabatan ianya akan dapat menyemarakan imej yang baik di mata pelanggan...Sekarang telah pun menjengah tahun 2013 bermakna kita hanya tinggal tujuh tahun saja lagi...Sasaran untuk menjadi negara maju tidak akan tercapai jika segala usaha tidak dilaksanakan dengan penuh dedikasi...Perkara kecil munkin dianggap remeh namun yang kecil boleh menjadi besar jika terus dibiarkan..cara berfikir serta corak perkhidmatan perlu ditingkatkan dan bukan lagi seperti 15 - 20 tahun dulu....Apatah lagi masyarakat sekarang sudah bijak dan pandai menilai lebih lebih lagi jika perkhidmatan itu perlu dibayar...



P/s:- Percaya atau tidak semua pembaharuan tidak akan berlaku jika kita masih mengamalkan cara berfikir kelas 3...




Thursday, February 7, 2013

...Kasih Sayang Bukan Umpama Embun Pagi...



...Suatu masa dulu di hadapan rumah mertua saya, tinggal dua beradik yang layak saya panggil moyang kerana umurnya yang telah lanjut...Seoarang buta dan saorang lagi pekak...Setahu saya mereka belum berkahwin...Kehidupan mereka seharian amatlah payah memandangkan dengan umur dan keadaan yang amat kurang upaya membuatkan sesiapa saja yang melihat  pasti akan tersentuh... amat daif walaupun tinggal di rumah papan yang masih teguh berdiri...Mujur lah makan minum dihantar setiap hari oleh anak saudara yang juga warga emas tinggal agak jauh dari situ....Selalunya selepas menghantar makanan  pada sebelah pagi beliau akan kembali pada keesokkan harinya...Maka hiduplah mereka berdua dalam keadaan begitu setiap hari..Seringkali mak mertua saya akan menjengok mereka untuk bertanya khabar atau ada ketikanya mereka akan melaung untuk meminta bantuan dari sesiapa saja yang lalu lalang...

...Lama dulu saya pernah bermalam di RSK (Rumah Seri Kenangan) Bedong dan RSK Taiping....walaupun setiap musim Raya kita sering dipertontonkan dengan kesedihan dan pelbagai lagi kisah yang menyayat hati penghuni rumah2 penjagaan seperti ini..namun bagi saya yang mendekati, mereka itu jauh lebih baik akan nasibnya berbanding dengan kedua beradik tadi dan juga dengan lain lain insan terbuang jauh dari kasih sayang serta perhatian dari mereka yang sepatutnya...Kerana di Rumah Orang2 Tua itu pelbagai kemudahan disediakan...makan minum,kesihatan,kebersihan segalanya terjaga...untuk menumpukan perhatian terhadap amal ibadat juga senang...Begitu juga dengan kesihatan jiwa mereka yang pada peringkat ini amat sensitif,turut diberi perhatian  oleh pihak yang bertanggungjawab...

...Jika diselidiki mereka ini terdiri dari pelbagai latar belakang...Tapi saya lebih berminat untuk mengambil tahu cerita meraka yang dipinggir atau pun yang ditinggalkan oleh keluarga...Pernah berlaku di hadapan saya saorang lelaki tua yang merayu rayu dengan pegawai JKM supaya beliau dibenarkan tinggal di RSK...sedangkan beliau masih mempunyai ramai anak anak...alasannya berbuat begitu kerana isteri telah meninggal dan anak anak pula telah berkeluarga dan tidak mahu membela beliau...

...Sebagai orang tua yang pernah berjasa kepada anak anak serta keluarga...Seharusnya jiwa serta hati  mereka ini dijaga mereka seperti mana sepatutnya...Dalam kebanyakan kes mereka ini sekadar mahukan perhatian dari kaum keluarga bukannya wang ringgit yang dipinta...Kenangkan lah betapa susahnya si ibu bertarung nyawa untuk melahirkan..begitu juga dengan si ayah yang bertungkus lumus meraih rezeki yang halal untuk disuapkan kemulut anak anak yang menanti di rumah...Agama kita mendidik supaya menghargai serta hormat pada orang tua apalagi ibu bapa yang menjadi penyebab lahirnya kita...

...Kita tidak selamanya muda...apatah lagi untuk menongkat dunia...satu hari jika dipanjangkan umur...munkin kita juga akan mengalami akan situasi yang dilalui oleh warga tua yang ada sekarang...untung sabut timbul,untung batu..tenggelam lah kamu bersama jiwa yang lara samaada suka mau pun tidak...

...Semua manusia  memerlukan kasih sayang serta perhatian...Jika hari ini kita mampu memberikan kepada orang lain nescaya di lain kali orang lain juga mampu memberinya kepada kita...Namun jika sebaliknya...amatlah malang kerana perasaan kasihan belas serta kasih sayang telah dicabut dari jiwa...Auzibillahminzalik... Berbuat baik kerana Allah menyuruh kita melakukannya...meninggalkan yang jahat juga kerana sebab yang sama...Maka tepuk dada tanyalah jiwa...Wallahualam...


P/s: - Kasih sayang seharusnya bukan umpama embun pagi yang hilang bila munculnya mentari...

Wednesday, January 23, 2013

..I Love My Country...And I Love Rock And Roll...






...You can tell me this way..."Bro...you are going no where with your interest in music..."

...And my answer...."Yes you are absolutely right...I am not going anywhere and don't wanna go anywhere with all that stuff...Well you know nothing wrong with it anyway...In fact l love my hometown,l love my country..I proud to be Malaysian...And I love Rock And Roll...No doubt!! You see what I mean?!...:0)

Wednesday, January 16, 2013

…Lamb Of God…




...Munkin aku yang terlepas pandang atau pun aku yang ketinggalan..namun sebelum ini belum lagi aku terbaca mana2 blog tempatan yang memperkata kan tentang band NWOAHM ini...Untuk itu kali ini biarlah aku memperkatakan tentang band Lamb Of God..yang baru merealeasekan album studio yang ketujuh pada 2012 yang lalu...

...Ada agaknya yang berpendapat janggal rasanya orang lama macam aku nak bercerita apatah lagi meminati dengan muzik chaos bagi sesetengah orang ini...Namun itulah kuasa muzik yang tidak mempunyai batas sempadan serta tidak mengenal umur peminatnya..Aku juga tidak mampu untuk menutup mulut orang dari berkata apa saja tentang ‘attitude muzik’ aku....Cuma aku boleh jawab balik..Oitt!! Lu apa hal!!??....Buzz off!!! 

  ...Ditubuhkan pada 1990 di Amerika dengan nama asal Burn The Priest yang mana nama bandnya saja sudah cukup menyatakan provokasi juga kontrovasi..hahaha...Randy Blyte mengambil tempat sebagai vocalist,Chris Adler drums..adiknya Willie Adler di posisi gitar bersama Mark Morton dan John Cambell pula melaksanakan tugas di bahagian bass...


...Dengan sound distortion gitar yang kusut masai dan hampir2 anti melody...jadi jika kamu maukan solo mendayu serta menjerit bersama tremolo jawapannya tiada dalam album mereka...muzik yang dipelbagaikan dengan elemen Thrash,Death Metal,Hard Core Punk dan Metal Core yang kemudian selebihnya menjurus muzik mereka kepada Groove Metal...Jika album Rising (Rainbow) Cozy Powell banyak menarik perhatian aku dengan 'drum works' beliau yang unik bersama jenama Yamaha...untuk band ini aku lebih memberi perhatian terhadap permainan drum double paddle dari Chris Adler yang menggunakan drum set jenama Mapex dan suara growl Rhandy Blyte yang unik...yang mana memberikan trade mark kepada muzik mereka...

...Seperti kebiasaan band2 barat lirik lagu mereka selalunya mempunyai double meaning...Ini yang seronoknya melayan...ia mampu membuat pendengar berfikir dan tidak hanya banging tak hingat dunia..hahahaa..





...Live version dalam DVD konsert Gigantour suara Rhandy untuk lagu ni lebih menyengat...


...Jika di sebelah sini aku cukup meminati akan suara growl dan high pitch dari Fathul (Infectious Maggot) Buragas(Profane Creation,Cruelty Division) dan Chi (Herriot)serta penyanyi dari band Lestrace  (old skool Thailand)....Keunikan mereka ialah mampu menyanyikan lagu pada key paling rendah dan serta merta beralih kepada key yang paling tinggi secara tiba tiba begitulah sebaliknya...Bukan falseto tapi growl serta screamin!! Tak ramai yang mampu menyanyi sebegini...Bagi sesetengah orang ini semua gila...Jika begitu kata kamu...satu soalan...Kamu mampu untuk melakukannya?! Mereka ada..engko ade!?

..Daripada tujuh studio album aku memilih album Vigil dan Sacrament sebagai favourite album untuk aku...


...Antara kelebihan yang ada pada Rhandy bilamana mampu mengawal penonton dengan arahannya...Dengan sekali jeritan sudah mampu mengajak peminat melakukan 'circle pit' untuk mereka moshing beramai ramai...malangnya dalam pada itu ada juga yang merasakan dengan tiket yang ada membolehkan mereka turut bersama di atas pentas...dan ini lah yang berlaku pada  24hb.May 2010 ketika gig mereka di sebuah kelab di Republik Czech..di mana telah mengakibatkan salah saorang penonton telah terbunuh...dan Rhandy telah didakwa akan insiden ini...walaupun masih belum terbukti bersalah,apa yang berlaku telah membuatkan banyak siri konsert mereka dibatalkan...   

....Lamb Of God pernah dua kali mengadakan peresembahan mereka di Singapura baru2 ini di mana ramai kengkawan aku yang turut serta bersama yang lainnya...Hampeh kome oii !!..


...Di sini aku tidak memperkatakan tentang muzik secara ilmiah apalagi teknikal…namun muzik tetap muzik...ia mampu membuat kita tenang dan berfikir...juga muzik mampu menghuruharakan keadaan...hahaa..hahaaa...


P/S : - ...Tua bukan bermakna kamu mesti limitkan halwa telinga dengan apa jenis muzik sekalipun...Asalkan tidak melalaikan kamu dari melaksanakan tanggungjawab terhadap diri,keluarga dan ugama...layannn...Itu lebih bagus dari tak layan muzik kononnya tapi asyik mengutuk,memaki,memfitnah,menganiaya orang jee..So lu ape hal?!!!


...Sambil tulis entri ni aku layan album Dark Side Of The Moon...Hahh!!






Thursday, January 10, 2013

...Tiada Provokasi Politik Di Sini..


….Ada  yang bertanya mengapa mesti remove mereka dari akaun FB hanya disebabkan berlainan fahaman politik..Aku jawab…aku tak peduli parti apa yang kamu sokong…tetapi mengapa mesti kamu memaki hamun orang lain sesuka hati hanya disebabkan perbezaan ideology??? Medan FB untuk berkawan bukan sebaliknya...Dan mengapa mesti jadi tukang skodeng untuk orang lain?!?!?!??! Berapa gaji kamu dapat sebulan!?!?!?! Infact kita berbeza banyak,baik dari segi minat,pemahaman mau pun prinsip…Kamu dengan jalan kamu aku dengan jalan aku…Maybe you got something..but l ve got my own…

Wednesday, January 2, 2013

...You Get What You Give...








...Well, actually I really feel weird to write and talking in English but sometimes do things out of the ordinary is fun…hahahaa...and now l really feels weird you know....But who cares...

...Okay...many people out there who felt not guilty at all to cheat each other...regardless of life status...rich in their own way...happy with their life styles even it's wrong...But one question right here...Do they really happy with their own life???...Just like the lyrics from Pink Floyd's...

                                      ...Money is a crime!!!

...Stick around and keep on reading my friends...Well I just remember...one day in the beginning of last year  I worked the out skirts province...and after all day long with my ruotine...spent my evening time with Chinese friends from Kuala Lumpur and Penang,chill out at Old Town Kopitiam....while chatting...one of them suddenly said :-



Mr L - Listen to this my friends...you know that fellow **** has a financial problem when he cheated with the client...Rm 150.000.00....!!!


...My gosh!!!?? Really!? That fishy man also being cheated ?!? Anyway what's a big deal!?


Mr L - Well well you better know...you can fools peoples sometimes...but you can't fools peoples all the time... He used to cheated me before...So set a thief to catch a thief laa what else!!....blink blink!!


All of my friends - Hahahaha...Aiyaaa itu pasal laa... #@^%&&***!!@@@!!! Bla bla blaaa...&(*))(*&^^^^


...Sigh...Now I m gonna serious...also I remember...a few years back then....a time when l claim for my right... but unfortunately with brazenly and confidently he denied....And I said...Ok,fine you can raise your child and your wife with my hard-earned, and i don't give a damned! ...but remember in the judgement day...you have to pay, not only to me...but to others victims as well...and there you can see...that obviously you have to pay more!!!...


...Well,bad experience will make peoples stay away from certain things...Cross my heart...I ll not going to trust dis kind of person anymore!!...And I take it with simple words...Every clouds has a silver lining...and i don't need to worry about yesterday...Look don't get me wrong okay...


...Yes,despite what others say out there...you know here I am talking about my right!! Anyway all things happened just makes me work harder...Stay positive and keep moving...No retreat no surrender and no hesitate.....It made me who I am today...May Allah will reward with something more valuable for me and my family….And one more thing I feel he deserve for all that happened...You know why?...

                                                   ...Cos You Get What You Give.....OOppss!!



P/s: - ....Okay...enuff iz enuff...now I needs a certain amount of relaxation...you know it is not good to work hard and stress all the time...so lets join me to have some fun out there..not Starbuck or Coffee Beans but only with mamaks!!...Not Super Bike but Mountain Bike...Hahaha well this is absolutely fun for me..really cheap...where you can't deny it and you know that...hahahaha...



P/s:- ....I wrote down  dis entri at the hotel lobby somewhere in Kota Bharu after all day long journey in heavy rain, thunderstorm,thick mist and floods in certain province...Oh no I can t believe it...really stressfull...While take a sip for my thick black coffee...too tired but I can t sleep...Lamb Of God be my friend as a listening pleasure tonight...Happy New Year my friends...Adios!!





Friday, December 28, 2012

...Vietnam 2012 Part 2...



....Ahaahhh!! Kali ni baru aku ada mood nak sambung entri Vietnam nihh...Tapi susun atur gambar berterabur sebab nak kejar masa...huhuuu... 


















....Lawan untuk hidup!!!...



...




















 ...Jumpa Che Ita kat Cu Ci Tunnel...




...Mamat ni main flamenco dasat oooo...Awek main flute ni pun cun....


...Yareebaaaa!!!...