Total Pageviews

Saturday, May 4, 2013

...Antara Survival Parti Atau Diri Sendiri...





PRU 13 adalah yang paling kotor dalam sejarah setakat ini....Ketika ini kamu boleh lihat siapa sebenarnya kawan maupun lawan...Tiada lagi erti kesetiaan selain hanyalah kepuraan...kala ini juga boleh kita lihat yang masuk bakul angkat sendiri...Siapa penyokong tegar siapa penyokong atas pagar juga siapa penyokong yang  membawa rebah!


...Boleh kita lihat ada calun yang berani berjanji walau tahu itu hanya lah impian yang tak mampu dipenuhi ...Ada juga dulunya mereka dilihat mendukung sama cita cita parti namun kini mereka pula yang melompat kesana sini...menjadi calun bebas atas sebab memecah undi parti yang dulunya disokong sepenuh hati...jelasnya mereka ini tiada pendirian dan telah terbabas...Hanya berjuang untuk kepentingan peribadi!



...Patutkah menyalahkan orang lain jika kamu tidak mampu memberi makan anak bini? Negara ini kaya..jika tidak orang luar tidak akan berpusu pusu mencari ruang serta rezeki di sini...Buanglah sikap suka menadah,mengharap belas sekeliling serta menyalahkan pihak lain sedangkan diri sendiri malas berusaha...



...Esok hari penentuan...Letak jauh akan rasa emotional...just be rational dalam membuat pilihan...Kamu dengan pilihan kamu aku dengan pilhan aku...Kita seharusnya menerapkan dalam hati  Setuju Untuk Tidak Setuju...Agree To Disagree..maka itu bukan sebab untuk kita  tidak bersatu...kerana masing masing punya prinsip sendiri...Salah satu sebabnya...sebagai manusia
kita semua adalah sama....Usah disebabkan emosi Menang Sorak Kampung Tergadai!!


Keluarkanlah...
Keluarkanlah semuanya...
Keluarkan sisa kumbahan dari usus besar mu...
Lalu kau biarkan kami semua menghidu...
Segalanya tanpa kau merasa silu apa pun...
Tanpa merasa bersalah tanpa rasa hina...
Tidak rasa berdosa dengan perilaku jijik mu...
5hb.Mei 2013...
Akan menyaksikan apakah nasib yang bakal menimpa mu...
Untung sabut timbul...
Untung batu???



5 comments:

Rafi said...

betul la bang..sampai dah bosan tengok status pro kedua belah pihak ni kat fb,kat blog2 yang bersepah skang ni..esok hari penentuan,pangkah lah apa yang nak di pangkah

Adi Herman said...

Xda lagi semangat kepimpinan mcm pemimpin2 kita masa mula merdeka dulu. Dulu ada perjuangan utk rakyat, skrg hanya utk kepentingan peribadi.

berteromber said...

Aku setuju dgn "Setuju untuk tidak setuju"...pilihan di tgn memasing...so tak payah la nak putuskan siratulrahim kalau pilihan kita tak sama...nak masuk 56 tahun dan 13 kali dah...tapi masih tak matang2...

WanBeruas said...

...Ada yang rendang konon untuk orang lain berteduh...Tapi memang le cakap semua orang boleh...buat apa yang dicakap/kerja???Belum tentu... Jadi calun yang sebegini hanya rendang pada pokoknya saja tapi tak berbuah!!!....Hahaa apa pun tunggu ini malam punya result laa...(Gua Mamai selepas bangun dari tidur...Ujan lebat pekena kopi O pun best..tapi sapa mao bikin??

Ra1m1 said...

PRU 13 adalah yang paling kotor dalam sejarah setakat ini. - SETUJU!