Total Pageviews

Thursday, October 12, 2017

...Jom ngopi eh!



...Tiap tiap 1hb. Oktober dikira sebagai official day untuk hari kopi sedunia..Hahh masa kekecik dulu abah sebulan sekali akan ke Ipoh naik bas, semata mata nak beli kopi favourite dia...Kopi Chap (ejaan lama) Gajah..Rasanya memang sedap, bau pun harum...Selalunya kopi kami minum pada waktu petang atau malam dan selain mak, kakak sulung yang jadi tukang bancuh...Sekarang dah dekat 10 tahun awok jadi penagih, humm penagih caffiene yg bersumberkan dari kopi...try memacam brand dah jenuh, decaffe maupun esspresso (sebut - espreyo) yang murah yang mahal dengan memacam rasa, ada sedap ada jugak yang ok gitu gitu je..tak ketinggalan yang bukan rasa kopi..tak tau ler deme buat dari apa.. awok plak asal itam kira consider kopi je laa...


...Masa keje dengan Deli Paris dulu pernah jugak jadi barista tak bertauliah dan masa mula mula keje pernah tak tidur sampai pagi dek ter overdose dengan esspresso...Tinggal di Banting dulu kalau tengokkan keadaan biji kopi yang dijemur tengah panas dalam kawasan kilang dengan anjing anjing yang berkeliaran di atas biji biji kopi tu rasa macam taknak dah minum kopi nih!


...Ate kali ini awok nyambut Hari Kopi dengan kopi O korang gula, bukan nak promote tapi setakat ni hanya Kopi Che Nah peket ijau je yang best dan kena dengan selera awok berbanding peket kuning...hirup panas panas sikit demi sikit sulam pulak dengan kacang Ngan Yin yang sejak dulu dilabel sebagai kacang Menglembu, tapi la kan sepanjang 37 tahun dok di merata Ipoh dan Menglembu nih awok memang tak pernah pun jumpa kebun apatah lagi ladang kacang tanah...


...Kiranya la kan mende2 fake bagi tujuan bisnes dan marketing nih orang dah praktik lama dulu lagi dah...Ni sume strategi dalam bisnes je...tu pasal depa reka macam macam hari sambutan macam hari ibu ayah, hari teh, hari lemon, hari ais cream, hari melawat Kamdar, hari melawat Perak 2017 yang tak terasa langsung pun auranya huhu...Bezanya sekarang presentation depa lebih pro dan advance, guna media, guna internet, masuk TV bagai so agak payah nak detect kalu fake pun...tapi dalam pada itu ada gak yang kantoi..bak kata oghang kampung teman sepandei2 deme menari breakdance sesekali terkolap tengkok jugak...
                             ...Alamak dah lari jauh dari topik...Huhu...Ate moh ngopi! 😄

                     
                          ** Rupanya 1hb.Oktober juga dikira sebagai Hari Opah Dan Nenek!🙌

Wednesday, October 4, 2017

...Beruas Dulu Dulu...



...Beruas@ Gangga Nagara dulunya kerajaan purba...

...Tinggal di pekan kecil Beruas dulu, walau kecil tapi best..kerana sungguh pun begitu macam2 ada dan ia tetap happening...Sebulan sekali ada wayang pacak dari Jabatan Penerangan, selalunya cerita koboi hitam puteh, tengah syok menonton wayang berenti sekejap untuk bagi peluang pegawai dari jabatan kerajaan untuk berucap atau membuat pengumuman tentang dasar dasar kerajaan atau lainnya, kami budak budak tak amik pot pun sume tuh...seminggu sekali ada pasar malam, depan umah aje, ada pasar lambak tiap2 hari ada padang bola tempat di mana kami dari pelbagai bangsa berkumpul dan bermain layang2..ada liga bolasepak masa tu dan team yang bagus ada dua, team dari estate Columbia, jalan Taiping dan juga team Gula Perak Berhad, area Kampung Kedah/Kampung Banjar, Jalan Sitiawan, tapi game bolasepak sekarang langsung aku tak minat lagi,walau masa sekolah rendah dulu pernah jadi wing kiri untuk wakil sekolah...di padang tu jugak lah tempat diadakan pesta ria dan sambutan Maulidul Rasul...


...Banyak perubahan yang sebenarnya menghakis kenangan lama...

...Pernah jugak pekan kecik ni dikunjungi oleh artis2 seperti Jamali Shadat & Hamid Gurkha bersama Orkes El Suraya dari Medan, Indonesia, kumpulan nasyid yang suatu masa dulu lagu Selimut Putih nya diharamkan dari disiarkan di radio...(Pelek, sedangkan lagu berunsur lucah oleh artis lain dibenarkan)...Pergi sekolah ramai2 jalan kaki menyusur tepi jalan Beruas - Parit, balik sekolah pula sayup sayup2 terdengar lagu2 dari jukebox bazzar pekan kami, hilang rasa penat berjalan tengah panas terik bila background muziknya dari The Zurah & M.Shariff dan Black Magic Woman - Santana..Pergh! Haha...Hujung minggu pulak mandi sungai atau taliair kat Kampung Changkat, jalan Taiping...untuk lebih adventure kami ke Ulu Licin mandi jeram yang ada kat situ...

...Padang tempat bermain zaman kanak kanak kami dulu...

...Sesekali rombongan sarkis atau fun fair ada jugak berkunjung ke sini, masa banyak ayam itek di kampung yang hilang...masa ni jugalah dapat tengok gajah, harimau, ular sawa, sesuatu yang amat rare bagi kami kanak2 juga orang dewasa masa itu,bole saja nak tengok sume tu kat Zoo Taiping, tapi nak pergi pun bukan dengan modal air liur je...Bagi kami anak kampung yang belum sangat terdedah dengan kemajuan dan dunia luar semua ini adalah dunia dan syurga kami...

...bekas tapak  kuarters kami sederet dengan rumah 3 bersaudara Sohaimi Meor Hassan...
(Di belakang tu rumah kedai yang selalu pasangkan lagu Inggeris ketika malam hari)

...Panggung wayang yang satu2nya ada di sini akan gegak gempita dengan penonton yang hadir untuk menonton filem 'pecah panggung' dari pelbagai genre serta tajuk - James Bond era Sean Connery, Hindustan - Haati mere Saathi, Bobby, Kati Patang, Yadon Ki Baaraat, Sangam, gambar Melayu dari Merdeka Studio pada era malapnya Darma Kasuma, 6 Jahanam, Jangan Tinggal Daku, Do Re Me, Di Sebalik Tabir dan lain lain... tapi untuk menonton wayang itu pun jarang2 sekali,walau tiket paling mahal masa tu cuma enam puluh sen untuk kelas satu! Ye panggung yang sepanjang masa menonton membuatkan kita tergaru garu dek gigitan pijat...Owh ya kalu sekarang orang terganggu dengan bunyi talipon ketika menonton, tapi dulu kita akan tidak selesa dengan bunyi background dari gigitan kuaci penonton walaupun sound dari speaker panggung tu dah cukup kuat!


...Sejarah Beruas banyak tersimpan di muzium ini yang dulunya adalah Mahkamah Magisteret...


...Musim buah lagi best yang hanya muncul pada tiap bulan December - Rambutan, durian, mempelam...Orang muda sekarang munkin tak percaya sebab sekarang durian boleh didapati anytime..takde kira musim lagi, cuma seluk poket dan kira duit aje cukup ke idak nak beli...Dulu jual pakai longgok lani ...Hummm guna kilo..setajam tajam duri, tajam lagik harga durian tuh!


...Bas pun sekarang dah moden dan cantik...

...Cuma apa yang selalunya malam sebelum tidur dapat tumpang dengar lagu2 Inggeris dari radio yang dipasang oleh jiran bangsa China yang tinggal di kedai belakang rumah kami walaupun sayup2 itu dah kira ok...Masa tu tak tau siapa,tapi masih ingat dan lama lepas tu baru tahu siapa artis2nya...Carpenters, The Doors, Cream, Byrd, Mamas & Papas, Tom Jones, Engelbert Humperdick dan banyak lagi...
Ohh ya jangan lupa pulak Mary Sia Ling Ling, Tracy Huang, Francis Yip
...Aahhh memang Old Skool Is Gold!😉

Tuesday, September 26, 2017

..Myanmar dan Rohingya Yang Tiada Penghujung...





...Lapuran terbaru 4hb.Ogos 2017 sekatan bantuan makanan, perubatan dan lain lain terhadap mereka..bukan itu saja walaupun  telah lari ke sempada mereka tetap diburu dan jika ditemui mereka kan dibunuh tanpa mengira gender dan usia...membuktikan bahawa usaha ke arah penghapusan etnik dilakukan terhadap mereka...


...Mereka dicanangkan bangsa yang sombong, hanya hidup dalam kelompok  dan  tidak mahu menurut langkah asimilasi bagaimana pula dengan bangsa lain sebagai contoh Yahudi Zionist yang menceroboh negara Palestine...tidakah mereka juga sombong, bongkak malah lebih dari itu bertindak kejam membunuh manusia lain tanpa rasa bersalah...Jika mengikut kata2 pemerintah terhadap langkah“Burmanization”  sekali pun saya rasa tidak akan ujud persamaan atau kesamarataan terhadap kelompok ini kerana mereka adalah etnik minoriti yang berugama Islam dan tinggal dinegara bukan Islam sebagai agama resmi...Amalan diskriminasi sebegini banyak yang boleh kita lihat dan diambil contoh sepertimana Australia terhadap rakyat peribumi mereka sendiri dan tidak terkecuali juga dengan Amerika yang megah dengan gelaran Polis Dunia di mana orang asal/Red Indian dilayan dengan tidak seimbang berbanding lain lain bangsa...  

    
...Dalam hal ini saya lihat usaha kita dan lain lain negara  juga tidak bersungguh sebenarnya kerana jika diimbau era pergolakan di Bosnia dulu banyak negara luar yang menghantar bantuan ketenteraan dan kemanusiaan kesana hingga kita pun ada yang sanggup mengambil mereka sebagai keluarga atau anak angkat...tidak dinafikan itu satu usaha murni...tapi kenapa tidak bagi anak2 kecil Rohingya ini...Kerana mata mereka tidak biru, kulit tidak putih, rambut tidak perang? Sama jugalah dengan kalangan kita yang sanggup berkorban tenaga, wang dan masa hanya untuk melakukan korban di negara luar sedangkan asnaf di depan mata tidak dilayan seadanya...Sungguh pun begitu saya tidak menuntut agar kita menambah lagi jumlah orang asing di sini dengan mengambil mereka kerana usaha itu tidak mengurangkan masaalah kita yang sediada...



...Negara luar seperti Amerika dan Eropah juga tidak berminat/takut untuk campur tangan kerana Mynmar merupakan pro China yang semua sedia maklum merupakan negara bergelar The Asian Tiger, kuat dari segi ekonomi dan ketenteraan di mana dengan sebarang sekatan yang dilakukannya terhadap mereka mampu menggugat negara negara penentang dalam sektor ekonomi dan lainnya...  


...Masaalah boleh diselesaikan jika pihak kepimpinan Mynmar sendiri mengambil langkah pro aktif dengan duduk semeja untuk mencari jalan penyelesaian....namun mampukah semua ini direalisasi sedangkan Aun San Suu Kyi yang pernah menerima anugerah nobel keamanan sendiri pun mengambil sikap diam dan lihat, ada pun kenyataan beliau lebih merupakan penafian dan tuduhan walhal dunia semua tahu dan melihat...Kita faham ini juga satu isyarat bahawa beliau sememangnya merestui apa yang dikatakan sebagai penghapusan etnik Islam Rohingya!!
  


Tuesday, August 29, 2017

...Kita Merdeka Lagi...2017...





...Difinasi merdeka jika ditanya berbeza bagi tiap orang...ada yg merasa merdeka jika mampu melawan rasa ketagihan merokok...ada yang rasa merdeka setelah melunaskan hutang piutang yang ada...ada yang rasa merdeka satelah menamatkan perkhidmatan dengan lain kata pencen, boleh pergi mana mana tanpa perlu apply cuti atau fikir pasal kerja yang masih pending di opis...begitu juga lain pula halnya jika ditanya pada orang lain dan diri sendiri...ini kerana pengertian merdeka itu sendiri adalah subjective...

...Esok lusa kita sambut lagi ulang tahun merdeka lagi dan lagi sama macam tahun yang sebelumnya....Alhamdullilah...Sedih dan kasihan pada raakyat yang negara mereka sedang/masih bergolak..agaknya jika tidak mendengar bunyi letupan dalam sehari itu pun juga sudah merupakan merdeka bagi mereka...bagi kanak kanak jika dapat bermain bola atau buaian di taman permainan bagi saya itu sudah cukup membahagiakan mereka...Itulah yang berlaku, dalam kita sibuk membuat persiapan untuk menyambut Merdeka yang ke 60 negara jiran kita Myanmar terus bergolak dan yang terbaru etnik Rohingya terus dihalau dari bumi mereka malah ada yang diseksa dan dibunuh dengan  kejam...
...Tidak perlu diingatkan bahawa kita patut bersyukur dengan kemakmuran yang dikecapi (setakat ini)di mana bebas bagi kita untuk ke masjid,untuk bermain bagi kanak kanak, untuk kesana sini tanpa apa2 sekatan atau ugutan...pendek kata nak buat apa pun tiada rasa gayat sedikit pun...Namun semua ini tidak bererti jika tiada usaha untuk mengekalkannya...jika kita asyik terus terusan bersengketa tanpa ada rasa gundah tentang masa depan anak cucu yang bakal mewarisi segala yang kita tempa masa kini...hingga di antara kita ada yang berusaha untuk memadam karektor dan jasa orang lain begitu saja...dan tegar untuk menidakkan apa yang terpahat lama dulu...

Politik tetap politik kotornya tetap kita sentuh busuknya tetap kita cium hinggakan setelah meludah sanggup dijilat balik...Api dalam sekam mesti segera kita padam agar dapat meneruskan kelangsungan hidup dalam negara yang mengamalkan attitude harmoni, muhibbah, hormat menghormati walaupun berlainan agama dan ideologi, seterusnya tidak melupuskan segala yang tertera dalam lipatan sejarah samada pahit maupun yang manis ...

SELAMAT HARI MERDEKA!🙌

Friday, August 25, 2017

...Memang Potong Beb...





...Pagi Sabtu minggu yang lepas aku dengan wife ke kedai makan Melayu yang dah jarang jarang kami kunjungi walau dekat dengan area rumah...Untuk lebih santai kami naik motor je...motor yang sport rim belakangnya dah bergoyang2 ke kiri kanan bila ditunggang..tanya dengan pomen katanya tak boleh repair lagi sebab bearing dah pecah, hendak kalu tukar sebijik sebijik je rim tuh...disebabkan aku ni jenis bawak motor yang mana kalu orang bunting lapan bulan setengah  pun speed lebih laju (Err  ini Pak Zainal yang cakap bukan aku ye) so aku biarkan aje tanpa direpair...

...Sampai di kedai hanya beberapa pelanggan yang kelihatan dan aku suka macam nih...Tak kuasa aku kalu kedai yang ramai pelanggan, lebih lagi kalu ada yang merokok...potong stim...Turun dari motor apa yang aku nampak tokey dengan 2 orang pekerja masih terkial kial menyiapkan apa yang patut untuk berniaga ini pun potong stim...Kami duduk disatu meja bawah pokok ketapang yang jadi tempat berlindung gerai itu...Port memang best..Wife pun order " Er mee sup satu" Dijawab oleh tokey dengan "Nanti jap nak tengok, err takde lah tak siap lagik" Spontan aku tengok jam tangan B.U.M yang dihadiahkan oleh anak sulung baru baru nih..Pukul 7.45 pagi!..Perghh!! Dua kali potong stim...ini bukan pertama kali beb, dan ini jugalah sebabnya kami jarang jarang kemari...


* Mujur kueh muehnya sedap...

Thursday, August 17, 2017

...Rezeki...




...Rezeki datang dengan pelbagai keadaan atau cara...kesihatan yang baik, umur yang panjang, masa terluang dan bermenafaat, wang yang banyak serta cukup, jiwa yang tenang, kawan yang mampu menjadi sahabat setia hingga akhir hayat...Namun jika bukan rezekinya untuk kita maka ia akan pergi begitu saja...Malah munkin ada yang langsung tidak pernah mengecapi salah satu pun apa yang saya tuliskan di atas...

...Kita faham yang Allah sememang nya adil kepada kita...kita munkin tidak memiliki rumah besar, isteri cantik, wang yang banyak, tapi dianugerahkan dengan kesihatan yang baik...Sepanjang perjalanan saya yang sering berulang alik ke Kuala Lumpur sering terlihat pekerja  yang membanting tulang di tengah panas terik membuat kerja membaiki jalan namun ceria dan masih mampu bergelak ketawa sesama sendiri, berbanding kebanyakan mereka yang berada di dalam kereta mewah tapi dengan wajah kusam dan ketat...Justeru kita tidak sepatutnya merasa cemburu pada kelebihan rezeki anugerah Tuhan kepada orang lain sedangkan kita tidak tahu apa pula kekurangan mereka...

...Maka untuk itu kita tidak wajar merungut apalagi berasa terkilan atau berperasangka buruk kepada Dia kerana Allah tahu apa yang baik untuk hamba Nya...Sama jugalah jika rezeki yang kita dapat hari ini ditakdirkan untuk orang lain maka pelbagai asbab boleh berlaku secara tiba tiba untuk menidakkan sesuatu yang konon milik kita...kesimpulannya nasi yang terhidang depan mata hatta yang disuapkan kemulut pun boleh jatuh semula kedalam pinggan jika sudah bukan rezeki kita...Apa pun setiap dari kita sudah pun tertulis rezekinya masing masing...
Wallahu a'lam..




Wednesday, August 9, 2017

...Bila Kita Lebih Suci Dari Orang Lain...




...saja2 nak kongsi 2 cerita sewaktu lepas terawih dan zuhur Raya pertama baru baru ni...Lepas terawih seperti kebiasaan masjid kami ada menyediakan moreh...lepas terawih jugak jemaah akan bertahlil tapi aku dan kebanyakan yang lainnya selepas masing2 berdoa akan bersembang sesama kami di luar masjid sebelum balik...manakala budak2 yg tak ramai mana pun akan berpusu2 ke meja untuk makan buffet moreh, tapi tiap kali jugalah akan dimarahi oleh salah saorang jemaah,katanya kena tunggu org tua makan baru budak2 makan...

...Saya di saf kedua, manakala saorang yg berwajah China munkin muaalaf (bukan dari jemaah kampung kami)berada di saf pertama, tiba tiba beliau dicuit dan diarahkan untuk ke saf kedua bersama2 saya dan digantikan dengan seorang yang berserban dan berjubah...tampak jelas wajah beliau yg malu diperlakukan begitu - Dunia makin tua, begitu jugak dengan kita yg mana telah puluhan tahun berada dalam Islam tapi nampak gayanya Islam tidak masuk dalam hati kebanyakan dari kita...Di mana2 diskriminasi diamalkan opis, kampung, family, jugak dalam Masjid...


...Saya tak nampak apa masaalahnya jika budak2 makan lebih dulu dari orang tua...Rezeki masing2 beb...First come first serve...mengapa pulak budak2 mesti makan balance orang tua? Mengapa mesti ada double standard lebih lebih lagi dalam masjid...sambil mulut memarahi budak2 dan dalam masa yang sama kamu sendiri siap tapaw juadah sambil diperhatikan oleh isteri kamu dari jauh. ( Ini sebenarnya menonjolkan siapa diri kamu yang sebenarnya)


 ..Seperkara lagi apa masaalahnya jika siapa pun yang bersolat di saf pertama atau saf paling depan, tak kira la jika kau hanya dengan jeans dan tshirt je pun...asal saja datang lebih dulu sila kan...Rasanya 3rd.world mentality pun tak macam nih...Jangan salahkan budak2 maupun orang dewasa jika di kalangan mereka menjauh atau tidak mahu hadir ke masjid...Antara sebabnya kerana perkara2 yg disebutkan di atas...Kita sepatutnya menggalakkan sesiapa saja untuk mengimarahkan masjid di mana saja..Ini lah masaalahnya bilamana ramai di antara kita yang mempunyai sikap
aku lebih mulia dari kamu... 

Tuesday, July 11, 2017

...Remaja, Kita & Buli...



...Lama dulu saya pernah berkongsi cerita dalam blog yang saya pernah diminta untuk mencarikan Pusat Tahfiz untuk seorang anak bagi satu keluarga...ironinya sebelum itu budak berkenaan telah pun dimasukkan ke sebuah pusat Tahfiz di Kuala Selangor, namun dikatakan tidak sesuai untuk beliau...Sebelumnya ibu bapa kanak kanak ini telah memaklumkan bahawa tidak tahan lagi dengan kenakalan anak mereka...dalam umur serendah 12 tahun telah melakukan perkara lucah dengan menunjukkan kemaluan kepada pelajar perempuan di sekolah, itu belum lagi dengan pelbagai tingkah laku onar lainnya...


...Kini seolah telah menjadi jika boleh dikatakan trend apabila ramai ibu bapa yang menghantar anak2 ke pusat pengajian Tahfiz...tidak dinafikan bahawa iannya satu usaha yang baik, dan hasil dari penjanaan ilmu akan berterusan faedahnya jika diamalkan...dan inilah persoalannya, samada mereka ini mampu dididik dan seterusnya menjadi 'manusia' ataupun sebaliknya...Ini berlaku kerana ada yang menghantar dengan pelbagai sebab antaranya - mahukan anak2 mereka menjadi soleh/solehah, tidak mampu lagi menjaga dek sebab kenakalan mereka...dan berharap ini adalah satu kaedah terbaik untuk masa depan anak anak...


...Sebenarnya manusia dalam apa pun jurusan atau bidang pendidikan tidak boleh dipaksa dari segi penerimaannya...lebih lebih lagi dalam bidang keagamaan...Ok munkin kamu tidak atau kurang menerima pendapat ini...jelasnya maksud saya alam persekolahan yang biasa kita lalui tidak sama dengan apa yang dialami pelajar institusi keagamaan yang mana penekanaan amat diberi terhadap perkara atau ilmu yang berkaitan dengan agama dan ianya merangkumi pebagai solibus dan saya rasa itu sebabnya pihak kerajaan mahukan institusi ini turut memasukkan matapelajaran lainnya bagi meujudkan pelajar yang bukan sahaja cemerlang dalam ilmu agama...dan ini juga bagi tujuan untuk mengelak mereka dari terjebak dalam kancah extremist agama...


...Suka juga saya untuk menyentuh dalam skop yang lebih luas dan salah satunya sedang hangat diperkatakan sekarang...Ia itu perilaku buli.Akiviti yang yang telah lama ujud dalam institusi pengajian dan tidak terhad di situ saja malah di mana mana...dalam keluarga, alam cyber, pejabat, kejiranan, di tempat kerja contohnya - bapa kena buli dengan staff lainnya atau dengan boss, balik rumah pukul anak bini, anak pula stress dengan apa yang berlaku keluar rumah cari escapism...mencuri, terlibat dengan vadalism,buli, pukul orang lain untuk release tension atau 'silent rage' mereka...


...Dalam kes T.Nhaveen dan Zurfarhan akibat didera/buli baru baru ini...saya kira ia mampu membuka mata dan minda ramai di kalangan kita terutama pihak yang berkaitan...walau pun terdapat kes kes lainnya yang dianggap kes terpencil namun ia bukan perkara kecil yang boleh dipandang remeh...lebih dari itu ia melibatkan nyawa...


...Perkara ini berlarutan dan berturutan kepada orang lainnya juga...Mengikut pengamatan salah satu punca aktiviti tidak bermoral dan perilaku buli ini juga bermula dari rumah...Jadi antara kaedah yang wajar dipraktikkan adalah penerapan nilai nilai kemanusian dan jati diri sejak di bangku sekolah rendah lagi dan ibu bapa serta ahli keluarga lainnya tidak terkecuali untuk terlibat sama...Mereka masih rebung dan mudah dibentuk berbanding kalangan mereka yang dah dewasa jika baru nak dimulakan semuanya memang payah...Buang atau gantung sekolah contohnya,bukanlah satu satunya hukuman masakini yang praktikal malah menafikan hak mereka sebagai manusia untuk diberi peluang belajar atau berubah...hidup di dalam negara yang mengamalkan sistem demokrasi ini peluang perlu diberi sama rata...maka itu sebabnya diujudkan Sekolah atau Pusat Pemulihan Akhlak...munkin di situ mereka lebih sesuai dan mampu membina semangat dan hidup baru...

Tuesday, June 20, 2017

...Adap Dan Adat Berhari Raya...





...Setiap tahun menjelang Hari Raya ramai di antara kita yang berpusu pusu balik ke kampung halaman...Walau jauh macamana pun kita sedaya upaya akan balik untuk merayakannya bersama dengan ibu ayah jika mereka masih hidup atau pun dengan adik beradik lainnya...Semua ini telah menjadi budaya masyarakat Melayu Islam di Malaysia...


...Biasalah jika dah ramai banyak jugalah kerenahnya...Ketika inilah banyak perkara yang perlu kita jaga dan ambil kira...Bagi yang beraya di rumah mertua munkin tak sama dengan beraya di rumah sendiri namun  cuba gunakan peluang yang ada dengan enjoy sebaik munkin...



...Untuk mengekalkan suasana harmoni dalam menyambut Hari Raya rasa hormat dan menghargai orang lain perlu ada dalam diri...Begitu juga dalam hal kerjasama jangan biarkan orang lain saja yang bertungkus lumus di dapur serta melayan tetamu lebih lebih lagi jika ianya adalah rumah ibu ayah kamu sendiri...Jangan memilih dalam melayan tetamu yang datang santunilah mereka sebaiknya, infact kita semua sama je...Kalu yang berpangkat tu letak kan aje pangkat serta ego kamu tu di tepi jalan nak masuk ke kampung...Bila nak balik nanti boleh amik semula...Bagi yang merokok carilah port korang diluar rumah di tepi sungai, di bawah pokok untuk melempiaskan nafsu kamu itu..usah  jadikan orang lain yang tak merokok sebagai mangsa dengan  menyedut secondary smoke dari korang...Ingat pada kata kata
  Seek Respect Not Attention ... 



...Usahlah bermegah pada kereta dan dengan pakaian cantek, gelang besar Mami Jarum yang menyaluti badan..kerana bila mati van jenazah yang membawa kamu ke kubur dan hanya kain kafan Made In China yang membalut tubuh...tiada lagi bauan perfume Drakkar melainkan bau tengik kapur barus...Bila Allah memberi peluang kita kaya itu belum bereti Allah memuliakan kita...begitu juga jika Allah memberikan kemiskinan, kesusahan atau penyakit itu juga bukan bermakna Allah menghina kita, tetapi sebaliknya sedang menguji kita...Ujian Allah tidak akan menghina atau memuliakan kita..tetapi respons kita terhadap ujian itulah yang memuliakan atau sebaliknya...  

...Jangan suka bergossip sesama sendiri dan hal ini bukan hanya berlaku pada kaum perempuan saja...orang lelaki pun apa kurangnya...Sesia saja amalan yang dilakukan dalam Ramadhan kita cemari pada Hari Kemenangan...Dan yang paling utama ialah meraikan 'jiwa' ibu bapa ketika bersama...Bagi mereka wang ringgit bukan lah segalanya dan pulangnya anak cucu dengan 'membawa dan 'menunjukan' tingkah laku yang baik adalah merupakan satu hadiah besar yang cukup membahagiakan mereka...bahagia  pada mereka bukannya pada material...  



...Perlu kita ingat juga bahawa selepas Ramadhan masih ada lagi pelbagai cabaran yang perlu kita hadapi dalam bulan Syawal dan bulan bulan seterusnya...Mostly percentage berkait rapat dengan nafsu...Ye lah Nabi SAW pun ada bersabda: "Kita baru balik dari peperangan yang kecil kepada peperangan yang maha besar" Dan sambil Para Sahabat pun bertanya,"Peperangan apakah itu ya Rasulullah?" Jawab Baginda, "Perang melawan nafsu" (Riwayat Al Baihaqi)



...Ye lah selepas berpuasa kita beraya...di sana sini akan ada yang menganjurkan rumah terbuka...Ini salah satu 'perang' yang kita kena hadapi...Makan boleh tapi biar berpada pada...bagi saya ayatnya simple aje...Stay hungry and we could get more healthy!

Ok, Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin!


Mengajak orang lain berbuat baik bukan kerana kita sudah baik tetapi itulah cara untuk kita menjadi orang baik...

Tuesday, April 18, 2017

...Rojak Is My Favourite...




                         Rojak GreenTown (Ipoh)
...Jika ditanya tentang makanan luar rumah saya suka jika melabelkan rojak sebagai pilihan utama...Jangan ditanya mengapa..seperti juga saya tidak akan bertanya jika kamu kata kamu suka laksa, burger atau char kew teow...Hehhee..


...Di Pekan Beruas semasa saya kecil  ada sebuah gerai mamak di bazzar pekan itu yang menjual rojak..ok sebelum itu rojak dan pasembur ada sikit perbezaan dari segi penyedian dan juga rencahnya...Asalnya tidak saya ketahui tapi amat senonim dengan orang sebelah utara...Walau pun sebenarnya kita boleh dapat ianya diserata Malaysia ini dengan pelbagai versi...Rojak Mee, Rojak Daud (Kuala Perlis) Rojak Manjung (Sitiawan) Rojak Mastan Ghani (Teluk Intan) Rojak GreenTown (Ipoh) Rojak Ipoh Padang (Ipoh) Rojak Simpang Pulai (Ipoh) dan lain2 lagi dimerata tempat...


                             ...Mee Rojak Mastan Ghani...
...Bezanya rojak cara penyediaannya dengan diasingkan kuahnya...manakala pasembur dicampur sekali kesemuanya...Namun ketika ini untuk memudahkan penjual dan pembeli ianya dicampur saja dan dipanggil Rojak Pasembur...Jika bercampur dengan mee dipanggil rojak mee...


                                                           ...Rojak Manjung (Sitiawan)

...Suatu masa ketika baru berhijrah ke negeri Selangor dari pekan kecil Beruas...saya telah kesebuah restoran di Pekan Banting...macam biasa nak try macam mana rasanya  Rojak orang sini...Bila dihidangkan aje saya merungut dalam hati lain yang diminta lain pula diberi...Sudahnya saya bertegang leher dengan mamak itu yang berkeras dengan rojak yang kononya saya minta...Ye betul tetapi saya minta Rojak dan bukannya dicampur dengan mee...Akhirnya saorang Mak Cik yang bekerja sebagai pelayan memberitahu bahawa itulah Rojak bagi pemahaman mereka di situ...So takde pilihan saya makan jugak hingga habis licin pinggan...Hehehe...


...Sebenarnya bab makan yang berkait dengan nafsu ni kita sebagai manusia je yang suka mereka2 cipta
Itu sebabnya setiap hari jika kita rajin menjengok blog atau apa saja sumber dari internet pasti ada menu baru yang dicipta jika tidak pun diperbaiki disana sini...Hendaknya lagi time dekat nak bulan puasa nih...sedangkan ianya cuma sedap di mata dan lidah,lebih dari itu takde apa2 pun setelah kena telan dan lalu ikut kerongkong untuk ke perut...Hehehee...  





...Rojak Mydin Manjoi...RIP...

Monday, April 3, 2017

...Buskers Dulu Dan Masakini...




    ...antara generasi awal yang mempolopori aktiviti busking di Pasar Seni - Nik, ? , Meor...


...Muzik sekarang banyak yang recycled...bukan saja di sini tapi dimana mana pun...Filem filem Barat pun banyak yang menggunakan lagu lagu lama sebagai background music mereka...Tandus idea atau malas nak fikir untuk buat product baru...Tapi itu bukanlah isu yang mahu saya katakan kali ini, cuma ianya masih berkaitan dengan muzik...


...Jika dilihat buskers (generasi) sekarang pun attitude mereka tak sama dengan yang dulu dulu, jika orang lama mereka berkarya untuk survive hidup, dengan peralatan ala kadar cukup hanya dengan sebiji gitar tong...tapi sekarang buskers datang ke port dengan kereta, cukup dengan amp dan segala macam effects...Ok , ok saya faham yang kita tak boleh statik pada tahap yang sama sampai bila bila, zaman berubah begitu juga kita dan persekitaran, maka perlu ada peningkatan, dan ianya tak salah pun...Malang rasanya bila dulu aktiviti para buskers dilabel sebagai pengemis sama jugalah keadaannya dengan OKU yang menjual tisu sambil bernyanyi sedangkan mereka juga 'bekerja dengan menggunakan bakat anugerah Allah...



...Namun situasi telah berbeza, di mana buskers kini telah diberi peluang dan ruang untuk membuat persembahan, bermakna pihak berwajib turut mengiktiraf akan kehadiran mereka...munkin kini kerajaan telah sedar bahawa aktiviti busking bukanlah sesuatu yang abnormal, ia juga merupakan salah satu dari cabang seni yang wajar dihargai, sama juga dengan aktiviti seni lainnya...malah ia juga mampu menyeri selain memberi tarikan kepada lokasi tempat di mana aktiviti itu dilakukan...         



                                                             (gambar sekadar hiasan)

...Cuma apa yang saya agak terkilan ialah mengenai buskers generasi baru yang rasanya tak perlu saya ulas lebih di sini...makna kata kita boleh nampak siapa yang sebenarnya bergerak untuk mencari rezeki, siapa yang hanya suka suki dan siapa yang mengejar populariti!



** Apa pun yang kita lakukan perlu jujur dan ikhlas kerana dari situlah lahirnya jati diri...      

Monday, March 13, 2017

...Bantuan Zakat & Pengagihannya...






...Dengan situasi ekonomi dan politik yang tidak menentu hari ini ramai di kalangan rakyat yang terasa akan himpitannya...Kesannya lebih lagi pada rakyat miskin yang tidak mampu untuk berbelanja hatta pada perkara yang paling asas sekali pun...Saya menyentuh kepada keperluan belanja pengajian (makan minum tak perlu disebut keran asemua telah sedia maklum ia semestinya perlu) sama ada pelajar sekolah2 juga bagi pelajar pusat pengajian tinggi...begitu juga bagi mereka yang terlantar sakit...


...Kita dimaklumkan statistik kutipan zakat meningkat bagi setiap tahun...ini bermakna ramai dikalangan kita yang telah sedar akan tanggunjawab dalam melaksanakan zakat...Namun ini tidak boleh menjadi penanda aras bahawa pihak yang menguruskan zakat itu sendiri cekap menjalankan tugas mereka kerana diluar sana masih lagi ramai golongan asnaf yang layak mengikut takrifnya - Fakir, miskin , amil, muallaf, al - riqab, al - gharimin, fisabilllilah dan ibnu sabil yang belum terbela akan nasib mereka...


...Justeru dengan itu kita berharap agar Pihak Zakat dan Baitulmal dapat mengambil langkah yang pro aktif dan memberi 'perhatian yang lebih' kepada golongan ini...dan bagi pihak lainnya samada NGO tidak lagi hanya galak memandang dunia luar untuk menyalurkan bantuan kemaknusian dan yang seumpamanya...sedangkan kita wajar untuk memberi lebih perhatian terhadap rakyat sendiri kerana mereka lebih berhak untuk itu...UNITED WE STAND DEVIDED WE FALL!



Monday, March 6, 2017

...Rainbow On Stage In Gopenghagen...



...Aku ke Gopeng untuk walk in sales minggu lepas..Agak lama jugak tak buat walk in sales nihh dan sejak kebelakangan selalunya buat telemarketing dan delivery by courier service atau lori saja...sesekali tu rasa rindu dan teruja jugak...



...Klinik tak banyak kat pekan koboi nih, lepas jumpa Doktor di 2-3 klinik..Sambil2 tu  jengah le sebuah kedai keset dan viynl retro nih..Memang retro sungguh beb..Lagu yang terjual semua dari ep, keset dan  cartridge lama...Termasuk lah dengan Rainbow On Stage nih!!! Teruja sangat tapi dalam pada itu segera potong stim bila mana teringat pada cartridge player arwah abah aku di kampung yang dah rosak..abis kalo beli pun nak cucuk di mana beb??? Pulak tu nak simpan buat koleksi saja pun harga mahal...bil Celcom lagik..bil Digi, bil TmNet, bil TNB, bil air, bil cukai tanah, cukai pintu bil hitu bil hini..ahahkk! Ini lah rupanya bila dah banyak komitment...Hurmm..Kalo dibeli jugak nih lebih pada kes kemahuan berbanding dari keperluan... (pujuk ati seniri)

...Sudahnya seluk poket sambil dok buat2 tinjau sana sini kat dalam kedai tu sebelum belah jeee..Dalam ati terasa sayang jugak...Nape tak beli...nape tak beli nape tak beli nape tak beli..Aahhhh..Cepat2 masuk keta start dan belahh jangan tunggu takut berubah rasa ati pulak nanti...

...Tapi takpe sekurangnya aku dah ada ubat 'penyejuk hati'...LP dorang yang aku dapat dari Bro Zakk Off aritu..Awwright!!



*Pengorbanan perlu untuk sesuatu keperluan berbanding kemahuan..Huhuhu... 

Wednesday, February 22, 2017

...Alam Dan Kita...




...Ketika masih kecil dan tinggal di Kampung Bharu, Lumut dalam daerah Dinding ketika itu (Manjung kini) kayu bakau merupakan keperluan bagi kami juga keluarga lainnya...Ye lah dapur minyak tiada apalagi dapur gas maka alternative nya ialah dapur kayu...Untuk pengetahuan orang muda atau siapa saja yang tidak pernah merasa nasi dan makanan lain yang dimasak dengan menggunakan dapur kayu ia memang berbeza dan lebih sedap! Kenapa? Itu bukan soalan yang akan saya jawab...Cuba sendiri...


...Pengalaman mengikut mak dan abah untuk menebang dan membawa pulang kayu bakau untuk dibuat kayu api bersama orang kampung lainnya amat berharga serta seronok untuk dikenang...Selut yang dipijak dalam hingga ke pangkal peha, ketam batu, lokan, ikan belacak. biawak air, ular kapak, pelbagai jenis burung, monyet dan lotong amat mudah ditemui...










 ...Tapi itu semua tidak mudah saya lihat ketika berpeluang berkunjung ke
Pusat Pelajaran Hutan Paya Bakau, Kuala Sepetang (Port Weld) dalam daerah Larut, Matang dan Selama...Biawak air, ular kapak hanya seekor, monyet kurang dari sepuluh ekor, lotong, ikan belacak serta burung langsung tidak kelihatan...Bangun waktu pagi pun tidak terdengar bunyi kicauan burung atau jeritan unggas lainya...Kemana pergi semuanya? Sedangkan ini adalah habitat mereka...Merajuk dengan pencemaran barangkali...








...Usaha untuk menanam semula serta pemuliharaan pokok kayu bakau di kebanyakan pesisiran pantai kita sebagai penahan semulajadi terhadap ombak serta Tsunami amat dialu alukan...dalam pada itu kita sepatutnya turut mengambil kira juga tentang nasib pelbagai `penduduk asal' agar tidak pupus dek rakusnya kita dalam mengejar pembangunan...Dunia ini bukan hanya untuk kita manusia...walaupun terdiri dari pelbagai makhluk kita tetap saling memerlukan...


    

Thursday, January 19, 2017

...Kita Semakin Hilang Sensitiviti...Pt 2...




...Berlumba, cuai, ambil mudah dan pelbagai lagi kesalahan yang dilakukan ketika di jalanraya yang mana peratusan tingginya kemalangan adalah berpunca dari manusia....Pemandu bas, lori, kereta kecil, kereta besar, motor kecil, superbike masing masing dengan attitude serta egonya ketika menggunakan kenderaan tak kira samaada di lebuh raya, jalan kampung, kawasan perumahan atau di tengah bandar...


...Tanpa boleh dinafikan sebenarnya tiap hari kita boleh jumpa pemandu/penunggang yang keluar simpang tanpa berhenti maupun memberi signal, memandu perlahan di lorong paling kanan sambil menggunakan talipon...itu belum lagi yang di bawah pengaruh dadah atau mabuk...samseng jalanan dan 'road bully' juga tidak terkecuali...bilamana berada di atas jalan saja sikap serta perilaku mereka akan berubah 360 darjah...saolah olah jalanraya hanya milik mereka dan tempat untuk berlumba...sedangkan sebenarnya mereka memperjudikan nyawa sendiri dan orang lain...mereka selalu alpa atau tidak endah bahawa kemalangan bukan mesti hanya berlaku pada orang lain...

...Masih belum terlambat jika pihak berkuasa memantapkan lagi selain dari tatacara pemanduan dan menunggang, pengetahuan undang undang, di mana perlu menambah satu lagi module dalam kursus yang diwajibkan kepada bakal pemilik lesen, iaitu sivik/disiplin ketika di jalanraya...Jika sudah ada sekalipun mereka perlu  diberikan lebih penekanan tentang isu tersebut...


...Selain dari itu penguatkuasaan secara bersepadu diantara pelbagai jabatan seperti Polis, SPAD, PUSPAKOM dan JPJ terhadap undang undang itu sendiri amat perlu dititik beratkan supaya pesalah merasa serik juga agar ia mampu mendidik orang lain agar senantiasa berhemah ketika di jalanraya...  


...Sebenarnya maju atau mundur sesebuah negara itu boleh saja  diambil kira dari cara mana rakyatnya berfikir serta bertindak ketika berada di jalanraya...Tidak ada maknanya kita berbangga dengan bangunan pencakar langit serta kemudahan lainnya jika mentality serta sikap kita masih di takuk lama...lebih malang bilamana kita semakin hilang sensitiviti terhadap keselamatan diri dan orang lain...