...Lapuran terbaru
4hb.Ogos 2017 sekatan bantuan makanan, perubatan dan lain lain terhadap
mereka..bukan itu saja walaupun telah
lari ke sempada mereka tetap diburu dan jika ditemui mereka kan dibunuh tanpa
mengira gender dan usia...membuktikan bahawa usaha ke arah penghapusan etnik
dilakukan terhadap mereka...
...Mereka dicanangkan
bangsa yang sombong, hanya hidup dalam kelompok
dan tidak mahu menurut langkah
asimilasi bagaimana pula dengan bangsa lain sebagai contoh Yahudi Zionist yang
menceroboh negara Palestine...tidakah mereka juga sombong, bongkak malah lebih
dari itu bertindak kejam membunuh manusia lain tanpa rasa bersalah...Jika
mengikut kata2 pemerintah terhadap langkah“Burmanization” sekali pun saya rasa tidak akan ujud persamaan
atau kesamarataan terhadap kelompok ini kerana mereka adalah etnik minoriti yang
berugama Islam dan tinggal dinegara bukan Islam sebagai agama resmi...Amalan diskriminasi sebegini banyak yang
boleh kita lihat dan diambil contoh sepertimana Australia terhadap
rakyat peribumi mereka sendiri dan tidak terkecuali juga dengan Amerika yang megah dengan gelaran Polis Dunia di mana
orang asal/Red Indian dilayan dengan tidak seimbang berbanding lain lain bangsa...
...Dalam hal ini saya
lihat usaha kita dan lain lain negara juga tidak bersungguh sebenarnya kerana jika diimbau era
pergolakan di Bosnia dulu banyak negara luar yang menghantar bantuan ketenteraan
dan kemanusiaan kesana hingga kita pun ada yang sanggup mengambil mereka
sebagai keluarga atau anak angkat...tidak dinafikan itu satu usaha murni...tapi
kenapa tidak bagi anak2 kecil Rohingya ini...Kerana mata mereka tidak biru, kulit
tidak putih, rambut tidak perang? Sama jugalah dengan kalangan kita yang sanggup berkorban tenaga, wang dan masa hanya untuk melakukan korban di negara luar sedangkan asnaf di depan mata tidak dilayan seadanya...Sungguh pun begitu saya tidak menuntut agar kita menambah lagi jumlah orang asing di sini dengan mengambil mereka kerana usaha itu tidak mengurangkan masaalah kita yang sediada...
...Negara luar seperti Amerika dan Eropah juga tidak berminat/takut untuk campur tangan kerana Mynmar merupakan pro China yang semua sedia maklum merupakan negara bergelar The Asian Tiger, kuat dari segi ekonomi dan ketenteraan di mana dengan sebarang sekatan yang dilakukannya terhadap mereka mampu menggugat negara negara penentang dalam sektor ekonomi dan lainnya...
...Masaalah boleh diselesaikan jika pihak kepimpinan Mynmar sendiri mengambil langkah pro aktif dengan duduk semeja untuk mencari jalan penyelesaian....namun mampukah semua ini direalisasi sedangkan Aun San Suu Kyi yang pernah menerima anugerah nobel keamanan sendiri pun mengambil sikap diam dan lihat, ada pun kenyataan beliau lebih merupakan penafian dan tuduhan walhal dunia semua tahu dan melihat...Kita faham ini juga satu isyarat bahawa beliau sememangnya merestui apa yang dikatakan sebagai penghapusan etnik Islam Rohingya!!
2 comments:
Puan tu seperti seorang puppet kepada junta tentera dan pemimpin agama tok sami mereka.
Untuk berhentikan penghapusan ethnik Rohingya yang ratanya Muslim,
perlu pihak junta tentera dan tok sami mereka yang seru supaya berhenti.
Agama Buddha bukan macam ni, tak anjurkan kezaliman dan pembunuhan. ni sudah salah bawak.
Ada baca nobel Aun San Suu Kyi di tarikbalik betoi ka? Tapi yang pasti Oxford buang potrait dia lah dari dinding University mereka yang sebelum ini dihias sbagai tokoh Asia yang lahir dari asuhan university tu. Pihak Oxford kata kegagalan dia urus konflik tu memalukan...
Post a Comment