Lawan Untuk Hidup
..Yo, asking for support is not a sign of weakness,it is actually a sign of intelligence..it gets you out of a hole and it gives other people an opporturnity and experience to help...WanBeruas
Total Pageviews
Thursday, April 4, 2024
..Seni Vs Sampah..
Monday, March 11, 2024
...Peneman Misteri...
...Kucing nih akan selalu ada bila aku datang ziarah Muhammad Firdaus tiap hari selepas Subuh, selalu buat aku terkejut sebab ia akan muncul tetiba jer sambil gesel2 kat kaki aku, tak lama pun dalam 5 minit camtu ia akan hilang di celah2 nisan yang ada...Mane mari?? Entah Wallahu a'alam...
Monday, February 19, 2024
...Hidup Muhibbah, InSyaAllah Takde Masaalah...
...Saya ramai kawan China sejak kecik dan ramai yang tak tau, kawan India ada laa sket2 dalam 5-6 kerat camtu..Selalunya Melayu kalu kawan dengan China atau bangsa asing akan dilabel 'ada apa2' lebih2 lagi kalu berkawan baik..Itu munkin orang lain tapi kami tidak..Saya terkilan dengan persepsi semacam itu..Sejak muda kami walaupun berlainan ideology, bangsa dan agama tapi tetap tolong menolong antara satu especially bab cari makan, tiada istilah kau guna aku, aku gunakan kau...kerana kami saling memerlukan, dan salah satu terasnya adalah honesty dalam perhubungan...
...Salah saorangnya Mr Chua yang telah lama tidak bertemu setelah beliau berhijrah...Saya tau sokongan beliau pada kerajaan yang memerintah 'pulau' sekarang ini amat pekat, atas alasan itu jugalah dia settle down di sana walau dah lama tinggal di Ipoh bersama family...Sebelum ini bila bertemu kami ketepikan saja semua itu lagi pun dia tau saya memang open-mindedness kalau dalam bab ideology politik...Kami akan berurusan dengan loghat Penang beliau yang pure dan saya pulak tenggelam timbul dengan Perak dan Utaraπ
...Dalam satu video yang dikirimkan pada saya beliau bermain gitar sambil menyanyikan lagu D'lloyds, di situ saya perasan dia tak macam orang lain...Hehe saya jugak dulu biasa jer layan Frankie Cheah, Andre Goh, Tracy Huang, Francis Yip dan Elaine Kang, juga kumpulan Beyond, kenapa perlu limitkan listening pleasure ye tak?...We re Malaysian dude, together we stand devided we fall...
P/s: - Kita sebagai rakyat sebenarnya tak perlu tunggu orang lain sebagai penggerak untuk jadi duta muhibbah...π·π»πΉ
Monday, February 5, 2024
HOGA Valley (Holistik Gaharu)
...Sabtu minggu terakhir 2023 tak kayuh basikal macam biasa..Cadangnya tengahari nak ke Tanjung Tualang atas urusan peribadi tapi perasan ada pengumuman dalam Facebook jalan area pekan Batu Gajah banyak yang tutup dan jadi laluan sehala, ini semua bersempena program Sambutan Tahun Baru yang bermula dua tiga hari sebelumnya, makanya kansel jer kearah sana...Plan nak breakfast ke Pekan Gopeng Restoran Mohamad Rafi makanya kami tiga beranak terus ke situ..Restoran ni tak lah special pun sama jer atau munkin kureng dari lain lain restoran mamak tapi aku rasa selesa di sini, itu saja..Hehehe...Wife aku suka sangat dengan kueh vadainya tapi aritu macam biasa lambat datang ianya dah sold out..Adehh...
..Aku layan nasik lemak dan tosei dengan air barli panas takde gula...Dorang makan roti telur bagai...
Abis makan kami terfikir nak ke satu tempat yang biasa kami lalu saja di depan simpang nya tapi tak pernah singgah pun...Tempat tu adalah HOGA Valley..Ok mari aku cerita sikit pasal tempat ini, sejarahnya bermula pada tahun 1992...
...Berada di pintu gerbang tempat ini langsung tak mengujakan itu sebabnya sebelum ini kami tak pernah pun berasa nak ke situ namun bila melepasi dan ternampak banyak kenderaan yang diparking di dalamnya aku tertanya tanya apa yang specialnya tempat ini?? Turun dan terus ke kaunter tiket, dengan hanya Rm 10 setiap pengunjung kita akan dibawa menaiki van untuk melawat keseluruh kawasan ladang gaharu ini yang dikatakan mempunyai sebanyak 200,000 batang pokok, so boleh bayangkan betapa luasnya kawasan ini...Serious aku memang teruja jika melihat hutan tebal dan pokok yang ada di situ, infact walau di mana mana pun...
...Sebut pasal hutan tebal buat aku ingin mengimbau sekejap kisah lama, dulu aku dan kawan pernah bermalam di dalam Hutan Simpan Pasir Panjang di Port Dickson ketika mengikuti program Bina Semangat, anjuran Biro Tatanegara, kami memasang khemah masing masing dan jaraknya di antara sama lain adalah 20 meter, tanpa kemudahan asas lainnya seperti lampu, hanyalah mancis sekotak tiap saorang...Walaupun hanya satu malam tapi tetap terasa takut sebab tidak biasa tapi itulah pengalaman best yang kami semua lalui...Melayan pekatnya malam dengan hanya ditemani bunyi unggas dan cengkerik di dalam hutan tebal...Sejuknya hingga ke tulang hitam...
..Ok,berbalik semula ke HOGA Valley, terdapat tiga perhentian yang boleh dilawati apa yang menarik bagi saya adalah perhentian ke dua dan terakhir di mana kita dapat lebih dekat dengan pokok gaharu dan menikmati pemandangan yang cantik di situ...Di perhentian terakhir kita diberi peluang samada untuk turun dengan menaiki van atau pun berjalan kaki sambil melalui sebuah jeram yang hanya mengambil masa sepuluh minit untuk kembali ke tempat asal atau bermulanya kita menaiki van tadi...Selepas sampai kami berihat di cafe dan makan ice cream di situ sambil bersiar di dalam galeri sambil menikmati tea gaharu yang diberi percuma kepada pengunjung...Aku paling suka bila dapat membaca sejarah bermulanya tempat ini di galeri yang terdapat di sini, sungguh detail dan amat bermanafaat...bagi mereka pencinta alam sejati dan mereka yang suka menambah pada ilmu pengetahuan..Ini adalah tempatnya...
..Seperti yang difahamkan tempat ini pun tidak bertujuan untuk meraih untung berlebih dari penngunjung kerana itu antara syarat yang dikenakan sebelum saorang Jepun/pengasas menurunkan segala ilmu tentang pokok dan tanaman gaharu kepada pemilik tempat ini...
...Cukup setakat ini..bagi kamu yang suka bersahabat dengan alam dan mencari ilmu serta sejarah di sini antara tempatnya yang tak patut kamu skip dari dikunjungi...Nature is the source of all true knowledge..Indeed! Okay,,Bye for now...
Thursday, December 21, 2023
Usah Perlekeh Amalan Simple...
...Tujuan tu dah baik bersihkan kubur, yang tak baiknya plak..Bersihkan kubur waris, sampah letak kat kubur orang lain...Ada jer yang cakap, tolong jer buangkan tak perlu nak komplen, merungut bagai...
..Isunya sebab kerap sangat berlaku, Ok lah camni ye katakanlah jiran bersihkan rumah mereka dan letak segala sampah tu kat umah kamu saya tak nak tanya apa perasaan kamu, cuma amat lah beruntung jiran tu sebab mempunyai jiran yang sentiasa sanggup langsaikan sampah sarap dia...
...Ada juga yang ambil inisiatif dengan menulis kenyataan dan lekatkan di pondok rehat kubur mengingatkan waris supaya segera meletak tanda nama pada kubur selepas pengebumian, ini merujuk satu kes yang berlaku pada 2019 yang mana diujung kaki ibu saya terdapat 2 kubur baru (salah satunya kenalan saya) yang setelah berbulan kematiannya berkesudahan dengan disalah tanda dengan kubur bersebelahan yang juga tidak bertanda...Adakah saranan agar semua waris segera meletakkan tanda sementara (sebelum membuat batu nisan/kepuk) juga dikira tak patut untuk disebut kepada orang ramai dan masih perlu dipertikaikan? Ada kubur yang lama tidak diziarah ada juga yang langsung tiada berpengunjung, mereka yang setiap hari berkunjung pastinya akan 'nampak' semua itu...
...Ini isu common sense dan sivik dan tak timbul pun soal berkira, namun jika tiadanya adap dan cakna dalam diri maka tak hairan lah masaalah attitude ini dan lainnya menjadi isu dalam masyarakat kita sejak dulu, kini dan munkin selamanya...
Sad but true! C'mon, make up your mind!!..
...Maka atas dasar tanggungjawab serta perihatin yang tersisa dijiwa jom lakukanlah saja apa pun asalkan ianya memberi menafaat kepada semua, moga sekelumit usaha menjadi penyebab redha nya Allah terhadap kita...Aamiin..
...Amalan simple di mata manusia namun di sisi Allah munkin besar ganjarannya...
πΉπ»π·π
Thursday, November 2, 2023
...Ada Dah Jadi Hospital Kita?
...Saya ke Hospital Raja Perempuan Bainun (HRPB) Ipoh baru baru ini, dan beberapa minggu sebelumnya pun saya ke situ ziarah almarhum bisan yang warded di situ...Apa yang saya lihat suasana Unit Kecemasan di situ dan tidak keterlaluan jika saya katakan seumpama 'War Zone'! Ruang Hijau dan Kuning penuh dengan pesakit, ditambah dengan laluan pejalan kaki dan kaki lima di dalam dan luar Unit Kecemasan juga dipenuhi oleh pesakit dan katil! Saorang pesakit yang duduk di kerusi plastik memberitahu saya yang dia dah 2 hari 'warded' tanpa katil, dan bukan dia saorang yang begitu keadaannya...Situasi yang tidak pernah berlaku sebelumnya...
Lama dulu mak saya warded di Hospital Taiping dan selepas 3 hari baru dapat katil, sebelumnya hanya baring di atas lantai berhampiran pintu masuk wad...
Apa yang saya perasan sejak berakhirnya fasa PKP ketika Covid 19 melanda, bilangan pesakit semakin bertambah di mana mana saja ini boleh kita lihat terutama di klinik atau hospital kerajaan...
...itu belum dikira kesesakan dan kepayahan mendapatkan petak parking..Saya pernah disaman traffik sebanyak tiga kali dalam seminggu di hadapan hospital ipoh beberapa tahun dulu semasa membawa anak mendapatkan rawatan...Berkesudahan dengan saya 'bising2' di Balai Traffik, dan berakhir dengan saman dibatalkan...
..Soalannya mengapa semua ini berlaku? Mengapa begitu ramai orang yang sakit? Adakah disebabkan oleh pengambilan vaksin seperti yang digembar gemburkan oleh ramai orang? Atau pun disebabkan orang ramai bertumpu mendapatkan rawatan dari fasiliti kerajaan kerana kurang kemampuan untuk ke klinik atau hospital swasta dek kekangan ekonomi yang kian menekan...
...Saya pernah ke hospital swasta membawa almarhumah ibu untuk mendapatkan ujian X ray, kononya bagi mengelak dari lama menunggu, hampir dua jam baru lah tiba giliran dipanggil untuk menjalani procedure...Maka untuk mengatakan fasiliti swasta kurang pesakit adalah tidak tepat...
...Jelas penduduk Malaysia semakin ramai dan bertolak dari itu pelbagai isu akan turut mengalami tempiasnya dan berbangkit antaranya jalanraya semakin sesak dengan peningkatan pelbagai kenderaan, orang asing, pendapatan/ekonomi, sosial dan isu pemakanan juga tidak ketinggalan ikut sama terkait...
...Semua ini menjurus kepada isu kesihatan bukan sahaja tubuh badan malah mental dan ia tidak terkesan hanya pada orang tua, jika kata kata saya ini boleh dipertikaikan kamu boleh ke Unit Psycatrist HRPB sebagai contoh, boleh lihat ramainya pesakit dan terdiri dari pelbagai peringkat umur dari warga tua hingga lah ke orang muda dan pelajar sekolah...
..Kepadatan ini jelas juga nyata, dan adakah turut berlaku di Unit Forensik!?
..Semua di atas akibat dari pesatnya pertumbuhan penduduk, pembangunan dan kemajuan juga saya percaya ini adalah isu global..Apa yang diharap kerajaan kita terkini dapat menanganinya dengan cekap dan lebihkan kerja dari banyak bercakap...
Friday, October 20, 2023
Diskusi Tanpa Solusi...
Apa yang ada lani rentetan dari masa Covid dulu, beza sikit jer tapi tetap gawat bagi sesetengah orang...Ianya saolah2 dah jatuh timpa plak dek tangga...
...Peniaga makanan especially di tepian jalan semakin tertekan, dah ler ketirisan pelanggan ditambah plak lagi dengan PBT yang bertindak bias dan keterlaluan...
...Sesetengah ambil keputusan balik ke kampung halaman, tapi adakah itu penyelesaian pada keadaan? Ada ke tanah untuk diusaha? Rumah pusaka untuk berteduh? Itu pun silap2 jadi gaduh adik beradik, sanak saudara...
...Rakyat merungut apa fungsi kerajaan sekarang, sebelumnya pun tak seteruk ini...Isu pendatang yang mengundang resah dan semakin meruncing..Dengan gomen yang hanya giat mencari alasan berbanding solusi titik pada kesudahan...
Friday, September 29, 2023
..Parlimen Kini Dah Ramai Panglima...
With the threat of imprisonment they are building their way.
If you escape, if you resist,
you don't have solutions,
you will be killed.
Tuesday, September 19, 2023
KAMU FUNRIDE 2023 (16hb.Sept)
...Malam sebelumnya tidur awal sebagai energy preparation untuk kayuhan esok pagi...Berbanding tahun lepas yang diadakan pada waktu malam, dan aku terlewat lima minit kerana ketika sampai peserta semua dah bergerak, tanya dengan mereka yang ada di situ "Baru jer lima minit mereka berlepas" Jadinya malam tu aku cuma tunggu acara cabutan bertuah setelah semua peserta sampai di garisan permulaan haha...Sebenarnya aku lebih suka program ride yang diadakan sebelah siang, pagi semestinya...Jadi tahun ini ia diadakan di tempat sama ia itu perkarangan Stadium Perak...
..Aku tiba awal pukul 6.30 tepat dah ada di depan Kolam Renang Tuanku Zara, dah siap setting basikal aku kayuh ke Pasar Tani Stadium ushar apa yang patut, peniaga ramai yang baru bersiap dan ada juga yang lebih awal telah sedia berniaga...
...Mengikut jadual sepatutnya peserta dilepaskan pada pukul tujuh setengah pagi yang berkesudahan pukul lapan baru kami semua mula berkayuh...Itulah masaalah orang kita yang panctual hanya pada waktu berbuka di bulan puasa...Hummm...
Sepertimana biasa jarak FunRide tidak akan lebih dari 35km.& kali ini mengikut program 31km. saja
...Dare to be different dude!...
Monday, September 11, 2023
Bukan tak move on bukan jugak tidak redha..