Total Pageviews

Wednesday, July 17, 2013

…Obat Oi Obat..





...Masyarakat kita di Malaysia sekarang ramai yang telah sedar betapa pentingnya dalam hal menjaga kesihatan...dari itu pelbagai kaedah dilakukan kerana semua mau hidup sihat dan ceria...Ada yang mengamalkan gaya hidup sihat dengan melakukan exercise secara berkala,menjaga pemakanan dan ada juga yang mengamalkan pelbagai jenis ubatan atau makanan tambahan...


...Bila sebut topik ubat nih...orang kita Melayu amat obses dengan ubatan traditional yang lebih menjurus kepada ‘ubat kuat’..apanye yang kuat jika ditanya..Semua kuat! Kata dema…ringkas tapi padat dan dalam maksudnya....entahlah...


...Bangsa asing...Cina contohnya seperti yang aku tau mereka lebih teruja untuk sihat..sihat dari erti kata yang sebenarnya...sihat jiwa raga..sihat rohani dan jasmani…dan jika diminta membuat pilihan aku lagi suka sihat rohani dan jasmani…Tiada jalan mudah untuk mencapai kesihatan yang baik...mesti menjaga serta mengawal pemakanan...perlu juga bersenam....apa yang boleh dan apa yang tidak…seperti juga jasmani rohani juga perlu diberi ‘makan’ yang baik2…Dan yang penting bersederhana dalam segala hal…


....Berbeza  dengan sesetengah dari orang kita yang lebih suka mengambil jalan mudah...untuk bersenam tiada masa katanya...Penyudahnya makan atau minum saja segala macam jenis makanan tambahan atau ubatan yang belum tentu lagi terjamin keselamatannya untuk jangka masa panjang...Dalam iklan katanya 100% herba...Ok herba yang macam mana? Kalo herba atau akar kayu segalanya pun perlu ada sukatan, atau tidak boleh diambil membuta tuli...ini ditakuti akan mengakibatkan keracunan atau lain lain implikasi...Jelasnya baja yang diguna pakai pada pokok herba itu juga mampu memberi kesan tidak baik kepada pengamalnya...


....Dengan sambutan yang hangat dari pengguna yang obses macam yang aku katakan tadi maka berlumba lumba pula lah segala macam product yang dikeluarkan oleh pelbagai pengusaha dah umpama cendawan lepas hujan saja lagaknya…di mana ada yang lebih mementing kan kuantiti dari kualiti dan originaliti…tahukah para pengguna ubat yang dibeli itu munkin telah dicampur dengan pelbagai steroid atau sama je dengan ubat yang dijual oleh Do Re Mi???…Perghhhh...


...Demi untuk menghadapi pelbagai saingan dari banyak lagi pengeluar maka pelbagai promosi serta iklan diadakan...Bagus kerana itu juga merupakan salah satu strategi dalam perniagaan...cuma yang tak bagusnya bilamana banyak iklan yang berbaur lucah...tak payah aku tuliskan disini tapi korang boleh tengok,baca dan dengar sendiri...


...Satu cerita yang boleh kita kongsi ini berlaku kepada abang sepupu aku...beliau telah disahkan oleh Doktor mengidap masaalah jantung...ini setelah satu hari beliau membeli sejenis ubat yang dibeli dari penjual di pasar malam..konon untuk kekal kuat & cergas...balik saje di rumah terus telan...Hahh tak lama lepas tu tetiba je dunia jadi berpinar2 dan sakit dada...sudahnya tersadai di wad kecemasan....


...Jelasnya sikap berhati hati perlu diamalkan serta berpada pada dalam memilih bahan yang dimakan...jika bersenam pula perlu akan semangat serta disiplin yang tinggi...Yes! No Pain No Gain...




P/s: - ...Ok tak perlu lah menjadi Badang…yang mana sebab nak jadi kuat muntah hantu pun dia sebat...hahaa...Orang kita bila produk itu dikatakan ubat kuat semua nak dirembat!!









Tuesday, July 2, 2013

...Muafakat Membawa Berkat Dalam Masyarakat...





…Pagi Khamis …Cuti Keputeraan Sultan Perak pada tahun lepas…KRRT di kampong tempat aku tinggal mengadakan program Senam Robik dan Ceramah Kesihatan…Aku dengan wife sebenarnya demam..Namun atas sebab ingin turut serta dan mahu bercampur gaul aku gagahkan jugak untuk hadir... bukan selalu pun dapat peluang begini memandangkan masing2 sibuk dengan tugas…kami datang pun lambat dari orang lain..yang mana program dah pun bermula…aku duduk di tepi padang dengan beberapa orang Pak Cik yang rupanya turut tidak sihat..namun mau jugak turut serta…sebagai tanda sokongan...Alhamdullillah program berjalan lancar walaupun cuma 150 orang yang hadir sedangkan bilangan penduduk lebih dari itu dan bertambah setiap masa…munkin yang lain tu ada halangan atau program lain...ok lah tuu..





....Manakala itu baru baru ini ketika cuti Hari Pekerja KEKWA kampung kami telah mengadakan program bermain bowling di antara ahli...Kami kaum bapa berserta AJK KRTT turut menjayakan program dengan menjadi urus setia selain aku yang hanya datang menyibuk..hahaa...Program berjalan lancar dengan gelak ketawa riang para peserta walaupun ada yang baru pertama kali memegang bola bowling...Acara berakhir sebelum masuk waktu Zohor...Kemudian semua kami membawa haluan masing masing...    




                                       ...antara kaum lelaki yang hadhir....







                                   
                                   ...Syok pulak nengok mende nih.... 
                                                  






                                          ...anak anak layan hal sendiri...
                                       


                                 ...ada gak yang lepak lepak sambil bersembang...


…Namun yang dikesalkan bila mana ada suara2 yang mencemuh…aku tidak melatah..namun bersuara juga dalam nada sinis..Bukan makan minum atau hadiah yang dipentingkan..namun objective nya yang sebenar adalah untuk merapatkan lagi hubungan ukwah sesama kita...kita hidup berjiran perlu bergaul dengan masyarakat ini penting dan ia jugak dituntut dalam agama kita…


…Memandangkan kita tinggal sekampung...jika berlaku sesuatu apa pun jiran sekeliling lah yang menjadi keutamaan untuk kita mengadu…Justeru hormat menghormati...tak siapa rugi…namun jika dengan jiran serta orang keliling pun hendak beradu tenaga,menyinsing lengan...hum payah nak cakap laa…




...ready to roll...




                                       ...bersama tokey Tupperware....




                                        ...Hamper dan Tupperware yang sedang menanti...








                                          ...antara group yang menang...


…Secara peribadi aku ikut dan sokong penuh program seumpama ini kerana ianya tidak mempunyai agenda terselindung yang mana memunkinkan ada kepentingan bagi sesetengah pihak atau pun individu…Jadi kalo ada yang tak suka..takyah campur dan kami pun tak kisah…dan tak perlu le pulak menyindir kerana cemburu dengan permuafakatan yang ada…Kami ade lu orang ade!?!?..


…Sebagai contoh betapa perlu dan pentingnya jiran kepada kita…Satu pagi Jumaat tak lama dulu,saorang jiran kami meninggal secara mengejut sedangkan ketika itu hanya beliau dan saorang anaknya sahaja yang berada dirumah..isteri dan lain2 anggota keluarga berada di Sabah kerana menziarahi adik angkatnya di sana…dipendekan cerita jenazah selamat dikebumikan pada pukul 2.30 pagi hari Sabtu..sebagai menghormati permintaan isteri simati yang meminta agar menunggu sehingga beliau sampai dari KLIA…sepanjang ketiadaan anggota keluarga yang lain segalanya diuruskan oleh kami jiran jiran yang ada dan perihatin…bayangkanlah jika tiada permuafakatan serta pertolongan dari masyarakat setempat seperti itu sedangkan jenazah perlu diuruskan dengan segera...Alhamdullillah dan syukur kerana jiran kami semuanya baik2,perihatin dan mahu berkerjasama…   


…Dalam bab berkawan dengan jiran atau sesiapa pun...aku sebenarnya tak memilih…tua ke muda semua boleh campur…Cuma bila bercampur tu pelbagailah rentak yang dibawa…dengan yang senior dari aku lain rentaknya begitu juga dengan yang muda...dan apa yang penting kita jangan sombong dengan orang keliling....























Monday, June 17, 2013

..Arah Mana Filem Melayu Sekarang...








….Jika ditanya..aku suka memberi jawapan yang pendek…tidak ketahuan arah!!!


…Awal 80an adalah zaman merudumnya industri filem indonesia… Geruda yang mereka bangga2kan telah patah sayapnya... tiada lagi filem2 hebat yang menampilkan Rano Karno,WD Mochtar,Benjamin S,Yatie Octavia,Dicky Dzulkarnaen,Rima Melati,Faradila Sandy.....Malaysia lebih dulu jatuhnya bilamana Merdeka Studio di Ulu Klang ditutup setelah operasi sebelumnya berpindah dari Singapura...



....Seterusnya untuk survival mereka di  sana terpaksa mencari alternatif dengan mengilang product baru…dengan nafas baru yang berwarna biru!! Cerita berbaur lucah banyak yang dihasilkan…Era Barry Prima dan Rozzana...


...Nampaknya kini kita telah beransur menuju kearah itu..jika sebelum ini cerita2 genre seram banyak dihasilkan...Juga pernah dipraktikkan oleh penggiat  industri  di seberang…Sundel Bolong,Penanggal Ilmu Teluh antaranya...



…Ketika zaman Shaw Brothers dua beradik iaitu Run Run Shaw dan Runme Shaw mendominasikan filem Melayu dengan menggajikan anak bangsa kita untuk berkerja dengan mereka kita sedia maklum  banyak filem mereka  yang kuat menonjolkan budaya serta jati diri orang kita…ini kerana mereka sedar product itu untuk dijual kepada orang Melayu yang ketika itu masih kental dengan budaya serta adat resam…betul la jika dilihat dari segi strategi...Berbanding dengan producer bangsa asing kini yang lebih gemar mengilang cerita 'bodo piang' untuk dipertontonkan kepada kita...Opsss tak termasuk aku ok!...Walau pun mereka sedar yang filem itu juga untuk pasaran orang Melayu...Adegan dalam bilik tidur dan bersentuhan dengan bukan mahram merupakan scene standard yang mesti ada...sedihnya kebanyakan penonton hanya ambil dan terima sahaja segala apa yang dihidangkan tanpa merasa bahawa sensitiviti orang Melayu Islam kita telah disentuh begitu rakus sekali...dengan sebab itu jugalah mereka tidak berasa segan atau gusar untuk turut sama mengilang filem filem taboo...


...Jelasnya majalah Mangg* telah pun berjaya difilemkan…Ramai artis lelaki mau pun perempuan yang telah pun men***dal di dalam filem dengan berlapikkan alasan..."Saya hanya mengikut skrip dan kehendak pengarah"... Heran pihak yang betanggungjawab hanya menutup bukan sebelah tapi kedua2 belah mata akan senario ini…Filem porno Halal…Jika logo halal dari JAKIM tidak hanya dikeluarkan untuk produk makanan munkin juga dibeli oleh syarikat2 filem…Adakah mereka ini juga enjoy dengan hasil sebegitu rupa atau pun mereka juga turut menjana saham dalam produksi…jadi inilah yang terjadi...sandar di kerusi just goyangkan kaki… hummm...


..Saya bercakap secara umum dan tidak hanya terhad kepada filem di pawagam...ini termasuklah juga kepada drama Melayu yang tidak lagi berwajah Melayu baik pelakun mahu pun jalan ceritanya...Sejak 7 - 8 tahun kebelakangan wajah Sinetron Indon saja yang gemar dipaparkan...Peluang berlakun kepada mereka yang berwajah Melayu pekat ala2 hidung pesek dan berkulit sawo matang amat terhad...Apa yang ada kini hanyalah (jika boleh disebut sebagai) Melayu blended...Lama dulu pihak RTM pernah memberikan garis panduan berkenaan perkara ini...tapi ketika itu belum lagi terdapat stesen TV swasta...kini dengan saingan yang bertali arus serta tegar...semua itu on paper saja jadinya...


  …Scope pasaran yang kecil bukan satu alasan untuk kita menjaja filem murah dari segi kualiti…usah dimegah dengan modal  jutaan ringgit yang dikeluarkan kerana jika diukur..nasi lemak bungkus pun sekarang berharga paling murah Rm 1…Tak mandang dah yang berharga 50 sen sebungkus...Sedangkan hasil produksinya nya tak semenggah...


...Setidaknya mereka ada juga menghasilkan filem...berbanding dengan orang yang hanya pandai mengomel...Ye betul tu..Mansur Puteh juga saorang pengkritik filem berilmu yang tegar,tidak mengeluarkan sebarang produk (seingat saya)..namun kritikan beliau amat bernas dan konsisten...Tiada pilih kasih tiada pilih bulu kawan atau pun lawan...




...U Wei...saorang pengarah yang sering menampilkan unsur Melayu dan seni yang tinggi ketika berkarya...



...Tidak dinafikan dalam pada itu masih ada penggiat yang bergiat secara loyal untuk menghasilkan filem bermutu yang  mampu membuat penonton berfikir...bagi  menghasilkan anjakan paradigma...Pujian,galakan serta sokongan seharusnya diberikan kepada mereka ini agar terus menghasilkan filem 'hidup' yang tidak melayukan lagi orang Melayu...Kita perlukan lebih banyak lagi filem filem seumpama ini...Sebelum industri ini mencapai noktahnya...


...Filem sama juga seperti product seni lainnya…yang sepatutnya lebih bersifat mendidik selain dari expresi…bukan hanya hiburan semata mata...


…Masanya penggerak industri (jika boleh disebut sebegitu atau pun sekadar Industri Kecil Sederhana..huhuuu) kita untuk berganjak ke satu aras platform lagi…demi untuk survival industri,anak seni…dan yang paling penting untuk survival jati diri kita sendiri….bermakna kita harus kedepan bukan kebelakang dengan terusan melayan filem2  tangkap muat serta heavy drama yang tak heavy mana ini…Macam kata kawan aku…cukup cukuplahh…kami dah penat beb!!!           




P/s: - Seni tidak terhad kepada filem sahaja,dan ianya harus selari dengan kemajuan namun perlu ada sempadan peradaban...Biar kurang kuantiti asalkan ada kualiti...






Saturday, June 8, 2013

...Bikin Sendiri Punya Kerja...Sendiri Punya Hal...






....Kita cemburu bila lihat orang lain lebih dari kita…kita kata depa makan duit haram,duit  rasuah bila orang tu bekerja di opis yang dekat dengan orang awam…tengok pulak orang lain tukar  smart phone kita cebek bibir sambil bersungut...Tu tak lain menang nombor le tewww…bila tengok orang berniaga dan tukar kereta kita so sek sok sek gossip kata orang tu jual barang haram…Owwhh patut le…Mahunya bagi kita mereka itu semua terlungkup jatuh tergolek anjing…baru kot nak puas hati…dah jatuh tu kalu boleh nak kita pijak pijak pulak lagik…Samseng ooo….



…Tapi tahu ke kita betapa orang yang kita hasad dengki itu bekerja macam mana untuk mendapatkan semua itu dan meneruskan hidup? Kita bekerja 9 to 5 sampai rumah terus layan pisang goreng dengan kopi O...Sedangkan orang yang kita dengki terus sambung kerja hingga ke jam 12...Tahu ke kita time kita bercuti orang itu berhempas pulas ke utara dan selatan untuk mencari rezeki anak isteri?Tahu ke kita waktu malam ketika kita bersedia untuk melelapkan mata orang yang kita dengki itu masih lagi memandu di lebuhraya balik dari outstation…Tahu ke kita sedang kita bersolat di masjid yang ber aircond dengan karpet tebal orang yang kita dengki itu bersolat di mana mana saja tempat yang membolehkannya bersolat…Hatta di lantai yang basah serta tempias dek hujan...dan haruskah semuanya ini diberitahu kepada orang sekeliling?!?!...




…Hidup kita cara kita..hidup mereka cara mereka…Usahlah dikira berapa untung...berapa  rugi orang sekeliling…masa yang ada lebih baik digunakan untuk cermin diri dengan tujuan memperbaiki…Ingatlah orang lain sudah berdiri dan berlari sedangkan kita masih duduk bersimpuh di sini…Tidak ada orang lain yang dapat menentukan kebahagiaan diri kita melainkan diri sendiri…




P/s : - To be honest i believe my best friends out there you are not among these peoples...You know why? Because you Rock!! Peeewiiittt!!!






Friday, May 31, 2013

...Senyum Tak Perlu Bayar Apa2 Pun...





...Setiap tahun rutin aku akan ke KPJ Ipoh untuk melakukan Annual Health Test...antara rutinnya ialah Urine Test,Glucose Test,Blood Test,Stress Test,Bone Density Test,Flow Test,Ultra Sound dan lain lain lagi (tak payah le nak citer sume)...dan kali ini antara Dr yang handle aku terdapat dua orang berbangsa China yang amat ramah ambil berat dan nampak sangat akan kredibeliti  mereka sebagai Doktor Pakar..Berbanding dengan lain lain Dr sebelum ini yang langsung tidak mahu untuk  senyum,menegur serta beramah mesra dengan client seperti aku ini...dan aku rasa kamu juga sudah dapat meneka akan bangsa mereka itu..Betul semestinya lah Melayu!!!



...Hari itu selesai saja Stress Test yang mencapai tahap 100%...Puas hati dan aku memuji Dr berkenaan kepada nurse yang ada bersama ketika itu...Lalu nurse itu pun menjawab.."Yes, all his patient also said the same words... he's very good..and you have to vote him for this coming election!...Rupa2nya Dr berkenaan adalah YB yang bertanding di tempat aku...


..Humm tak kisah lah pasal itu...Cuma aku nak tekankan disini mengapa mesti mereka yang kita bayar untuk perkhidmatan yang sebegitu rupa masih lagi tidak tahu menghargai akan pesakit/pelanggan...Siap package...Eye contact takde...muka ketat...Mahal sangatkah  senyum kamu tu...Service kami bayar bukan free!!...


...Aku tak boleh terima jika dikatakan munkin mereka ada masaalah kerana letih atau sudah terlalu jemu melayan pesakit yang bertali arus..Sori beb!! Kerja ni lu yang pilih ok...lu pilih jalan hidup yang sebegini..So lu apahal?!! Tak suka boleh berhenti..banyak lagi Dr yang berkelayakan di luar sana...


...Dengan ramah kepada orang lain dalam erti kata lainnya berbaik baik mampu membuatkan kita disenangi serta disayangi oleh orang sekeliling...Tiada untungnya jika sombong...Malahan rugi..lebih2 lagi jika sombong bodoh...Bodoh yang tak boleh diajar pandai pula tak boleh diikut...



...Kata orang Budi Bahasa Budaya Kita...dan untuk itu jelasnya kita  tak perlu bayar apa2...


Wednesday, May 22, 2013

..Ini Kali..Atau Lain Kali lahhh!!






...Makanya ini kali lah aku nak meraban...Aku nak naik basikal pusing2 pekan Ipoh...terjah jalannya yang sempit dan banyak one way...Aku nak naik Bkt Kledang dengan berjalan itik...Aku nak sepak muka pelanggan yang lambat bayar hutang...Yang bayar hutang pakai cek tendang... 


...Tapi...Hurmm..nak tanya diri aku sendiri...Mampukah kali ini..atau pun lain kali???Dan kalau tak mampu,aku tak sepatutnya jadi tidak ketahuan atau gila meraban..Lepas tu salahkan orang lain lagi,lagi dan lagi sebab segala rancangan tak menjadi...lagi dan lagi dan lagi....



...Ok jom serius...Apalagi yang sebaiknya diperlakukan selain dari menambahkan saham akhirat bila umur telah pun mencecah tahap bonus...bukan lagi dengan mengadakan road show dalam terus terusan menyalahkan orang lain atas kegagalan...



...Di kejiranan rata rata mereka yang berumur aku lihat mereka ini lebih teratur serta tenang hidupnya...waktu petang hari ada yang membawa cucu bersiar siar dengan motor...Cukup masa sama sama berjemaah di masjid...air muka yang bersih serta jernih menampilkan peribadi mereka juga begitu...Jauh bezanya dengan mereka yang masih mendongak tegak berdiri umpama mahu menongkat langit walau kubur kata mari rumah kata pergi...penyokong pula semakin ramai lari..itu belum dikira masyarakat sekeliling yang terus membenci...



...Jika disoal munkin ada yang menjawab..Ini soal maruah diri!! Alang alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan...Maruah apalaginya jika semua telah punah akibat kerakusan sendiri....



...Rasanya..cukup cukuplah sampai di sini...cari dan buatlah perkara yang lebih berfaedah untuk anak cucu serta generasi...mengalah tidak bermakna kamu kalah...itu lebih baik dari terus terusan berbalah...Setiap empunya diri perlu bermuhasabah...Walau sejauh mana pun kamu pergi..Masih ada ruang dan kesempatan untuk membuat U turn....mengalahlah  dengan bermaruah dan dihormati...









Sunday, May 12, 2013

..Bukan Semua China Racist Bro...



      



...Ada yang kata China di Malaysia racist dan khianat pada bangsa Melayu...To be fare,okay aku katakan ya!! Tapi bukan semua...Sedangkan Melayu juga begitu...dan lebih teruk lagi hasad,dengki,khianat,tikam depan tikam belakang...hatta pada darah daging sendiri...


...Aku dibesarkan berjiran dengan ramai bangsa asing..India,China,Iban, Singh...Tinggal di berek Beruas...Setiapa kali Tahun Baru China mereka yang tinggal berdekatan sering menghantar limau serta kueh bulan untuk kami..Begitu juga bila menyambut Hari Raya kami akan membalasnya pula...Ketika di Banting di belakang rumah kami Uncle See Toh dan Aunty Ah Choo tinggal bersama keluarga mereka...Berasal dari Pahang...Sangat baik dan sering bertandang kerumah...dah macam rumah mereka juga jadinya...Jika ke dapur tengok mak aku masak...Kalau ada sambal petai ikan bilis kegemarannya tanpa segan silu dia mencedok nasi ke pinggan dan makan...Aunty jugalah yang bersusah payah menghantar aku ke bus station Banting dengan menaiki FIAT 600 pada satu subuh untuk aku ke Railway Station Kuala Lumpur sewaktu berhijrah ke Ipoh...


...Tahun 1981...Pernah juga aku dioffer oleh saorang Jurutera bernama Goh Chee Eng...Dengan pelat China yang pekat.."Rijuan you mao ka kalo saya support you samung blaja"...Yep aku masih ingat akan semua ini...Malam pengiraan undi baru baru ini pula...Kawan baik aku Mr Wong menghantar SMS...Mengajak aku dan keluarga kerumahnya untuk berlindung jika berlaku perkara yang tak diingini...Begitu juga dengan lain lain kawan seperti Charles,Simon,Eddie,Eric,Kelvin,Celine,Wong,Jeeva,Jasemine,Grace,Raju,Johnson yang selama ini berkawan cukup baik dengan aku...sering mereka  bertandang kerumah...Begitu juga dengan ex boss aku Mrs Tan yang sering membawa buah tangan setiap kali pulang dari oversea...


...Melepak dengan kawan berbangsa China banyak yang boleh kita pelajari dan mereka juga tidak kedekut ilmu...ini dari pengalaman yang aku lalui...

...Justeru aku tidak nampak adanya sikap racist pada mereka...



...Jelasnya jika kita mampu memberikan yang terbaik tak kira lah bangsa apa sekali pun...dengan izin Allah mereka juga boleh memberikan yang sama malah lebih baik lagi dari itu kepada kita...Yang penting dalam pergaulan mesti jujur,ikhlas dan saling hormat menghormati...Sure we can get win win situation!


...Cuba tanya pada diri mengapa Tuhan jadikan darah semua kita sama warna nya...Bagi yang mahu berfikir..salah satu sebabnya untuk memberitahu yang kita semua adalah sama saja...Tak kira samada kamu India,China,Melayu atau Serani...Kasta yang ada cuma ciptaan manusia yang ego!





...Menyentuh sedikit perihal undi kaum China yang lebih memihak kepada parti pembangkang dalam PRU 13...Bayangkan bagaimana mereka ingin memberi kepercayaan kepada BN (Pemerintah) yang tulang belakangnya adalah UMNO atau dalam lain kata orang Melayu...Sedangkan Melayu sendiri telah menjadi kepada tiga puak..Justeru siapa lagi yang boleh diharapkan untuk terus membela nasib mereka jika tulang belakang sudah patah tiga yang mana nasib sendiri pun sedang terumbang ambing akan masa depannya...Jadi sebagai raakyat dalam sebuah negara demokrasi semestinya mereka berhak untuk membuat ketentuan dalam mencari alternatif...Maka sudah tentulah berbalik kepada kaum mereka yang kita semua sedia maklum akan semangat satu hatinya...Dalam hal menentukan hala tuju nampaknya mereka lebih berpandangan jauh berbanding dengan orang Melayu yang kebanyakan hanya suka berpendirian...Hari ini hari ini punya pasal esok belakang kira! Mati nanti semua itu akan ditinggalkan...Huhh!! Memang le begitu...Tapi tidak kah terfikir apa akan jadi kepada nasib generasi yang tinggal!? Justeru usah salahkan lantai yang kononnya tidak rata sedangkan diri sendiri yang tidak pandai bershuffle!






....SMS dari kawan aku Mr Wong pada malam pengiraan undi yang risau akan kejadian 'bertempur' antara penyokong parti berhampiran premis beliau sehari sebelumnya...


...Di mana pun dalam dunia ini kita boleh lihat kuatnya sesuatu bangsa itu berasaskan dari beberapa faktor..antaranya kesatuan dan satu lagi yang tidak boleh disangkal adalah faktor ekonomi...Seperti apa yang berlaku di negara Fiji contohnya di mana masayarakat Tamil serta Pakistan imigrant yang memegang ekonomi negara itu...Siapa pun tidak boleh marah jika mereka berjaya menjadi kaya di negara asing sedangkan mereka yang bertungkus lumus mendapatkannya...Berbanding dengan peribumi yang terus merasa selamat di dalam kepompong masing2...


...Makanya denga isyarat yang telah diberi harap2nya kaum Melayu tua serta muda akan kembali sedar dan dapat bersatu kembali...Muhasabahlah diri...Buangkan ego di hati...Berusahalah dengan kuat agar bangsa kita dapat bersaing dengan bangsa lain..Usah cemburu dengan kelebihan mereka sebaliknya tirulah pada usaha keras mereka dalam memajukan diri serta bangsa...Jika mereka boleh mengapa kita yang turut dipinjamkan tulang empat kerat tidak boleh...Usah lah berasa selamat dengan kata kata 'Tak Melayu Hilang Di Dunia...  tidak bermakna jika semua itu nanti hanya tersimpan di dalam muzium...


...13hb Mei 1969...Loceng Gila,perintah berkurung,rusuhan,pembunuhan...tinggal sejarah yang tak perlu diulang...Maka usahlah dikeruhkan lagi keadaan...Jika dikata China racist...Aku katakan bukan semua,bukan semua,bukan semua!...namun
 tidak dinafikan ada di antara mereka yang sememangnya biaDAP!!!...





P/s: - Semua ini pasti ada hikmah di sebaliknya...Kita merancang  namun ketentuan hanya datang dari Tuhan...         



.

Saturday, May 4, 2013

...Antara Survival Parti Atau Diri Sendiri...





PRU 13 adalah yang paling kotor dalam sejarah setakat ini....Ketika ini kamu boleh lihat siapa sebenarnya kawan maupun lawan...Tiada lagi erti kesetiaan selain hanyalah kepuraan...kala ini juga boleh kita lihat yang masuk bakul angkat sendiri...Siapa penyokong tegar siapa penyokong atas pagar juga siapa penyokong yang  membawa rebah!


...Boleh kita lihat ada calun yang berani berjanji walau tahu itu hanya lah impian yang tak mampu dipenuhi ...Ada juga dulunya mereka dilihat mendukung sama cita cita parti namun kini mereka pula yang melompat kesana sini...menjadi calun bebas atas sebab memecah undi parti yang dulunya disokong sepenuh hati...jelasnya mereka ini tiada pendirian dan telah terbabas...Hanya berjuang untuk kepentingan peribadi!



...Patutkah menyalahkan orang lain jika kamu tidak mampu memberi makan anak bini? Negara ini kaya..jika tidak orang luar tidak akan berpusu pusu mencari ruang serta rezeki di sini...Buanglah sikap suka menadah,mengharap belas sekeliling serta menyalahkan pihak lain sedangkan diri sendiri malas berusaha...



...Esok hari penentuan...Letak jauh akan rasa emotional...just be rational dalam membuat pilihan...Kamu dengan pilihan kamu aku dengan pilhan aku...Kita seharusnya menerapkan dalam hati  Setuju Untuk Tidak Setuju...Agree To Disagree..maka itu bukan sebab untuk kita  tidak bersatu...kerana masing masing punya prinsip sendiri...Salah satu sebabnya...sebagai manusia
kita semua adalah sama....Usah disebabkan emosi Menang Sorak Kampung Tergadai!!


Keluarkanlah...
Keluarkanlah semuanya...
Keluarkan sisa kumbahan dari usus besar mu...
Lalu kau biarkan kami semua menghidu...
Segalanya tanpa kau merasa silu apa pun...
Tanpa merasa bersalah tanpa rasa hina...
Tidak rasa berdosa dengan perilaku jijik mu...
5hb.Mei 2013...
Akan menyaksikan apakah nasib yang bakal menimpa mu...
Untung sabut timbul...
Untung batu???



Tuesday, April 23, 2013

….Buku Mahathir….



…Buku ini sebenarnya dah lama aku dok ushar…sejak baru keluar lagi nak belinya…tapi disebabkan harganya yang berdentum membuatkan selama ini hanya pegang,angkat dan belek je sebelum letakan semula kat rak kedai…


…Aritu ini masa beli keperluan dapur di Tesco aku nampak buku ni dah dijual pada harga patut dibeli… dari Rm 100.00 sekarang dah tinggal 45.++ hahahaa…Sebenarnya harga yang mahal dulu pun sememangnya patut…memandangkan bukan senang nak menghasilkan sebuah biografi macam nih..cuma poket aku je yang kata tak patut huhuhuu…


…Tak kisah le lambat ke cepat mendapatkannya..kerana bagi aku biar ilmu meninggalkan kita asalkan kita tidak ketinggalan…


…Sememangnya sejak kecil aku suka membaca dan selalu berulang alik meminjam buku2 dari perpustakaan…tapi time tu tak sama dengan masa yang aku ada sekarang nih…Dulu masa banyak yang terluang jadinya peluang untuk menjadi pembaca tegar itu sememangnya terbuka…Sungguh pun masih bersekolah scope bacaan aku tak de barrier semua tajuk aku hayun dari perubataan, sains,sastera,novel,fiksyen,geografi,penyiasatan, sejarah dan paling aku suka ialah buku2 psikologi,adventure dan sikit2  pasal politik yang selalunya aku baca setakat satu bab aje...remeh dan rimas...


…Sesekali ada gak ke Perpustakaan kat Jalan Tambun tu…tapi sayang sekarang masa aku tersangat lah tight nak ke gym pun asyik kantoi sesaje...jadi selalunya ruang untuk aku membaca kini hanya ketika melakukan terapi di rumah…Sekarang ni aku suka bersulam dengan lain2 buku atau majalah ketika mahu menghabiskan satu2 tajuk itu… 

    
…Jadinya untuk buku ini aku kena amik masa entah berapa lama pulak le bagi menghabiskannya…Harap2 mood membaca aku sentiasa ok…sebabnya buku Ustaz Kazim – Tuhan Sedang Menguji Kita yang aku beli sendiri dari beliau pun belum habis aku baca…huhuuu..


P/s: - Masa sekolah menengah dulu aku suka meminjam buku karya Ian Fleming, Enid Blyton dari Perpustakaan Awam Negeri Selangor di tepi Sungai Langat.. :0)



Thursday, April 11, 2013

...Kisah Pak Tam...




…Suatu masa aku pernah ke RSK Taiping dan bermalam di situ..bersama sama dengan penghuni yang sebelumnya adalah pengemis,dan mereka yang geladangan…Lepas isyak aku amik masa berbual bual dengan saorang tua yang aku panggil Pak Cik Tam...Soal bagaimana boleh dia berada di situ,apa perasaannya setelah ditempatkan bersama sama penghuni lain…Maka ini kisahnya…


…Pak Tam semasa mudanya merupakan saorang yang degil dan keras hati..suka melawan cakap ibu dan bapa..Apa yang dilarang itu juga lah yang dibuat…Alasannya untuk mencuba dan kerana sikap egonya sendiri…Kawan2 terdiri dari mereka yang sama sikapnya dengan beliau…Kaki botol,dadah dan perempuan merupa kan aktiviti yang tetap dalam schedule hariannya…  


  ...Berkerja di sebuah kompeni pengangkutan sebagai driver... Bila sampai jodoh Pat Tam pun berkahwin...Ada anak ada isteri..namum kelakuannya tetap tidak berubah malah semakin menjadi2...



...Dipendekan cerita suatu hari anaknya telah mendapat demam panas yang teruk dan sepatutnya memerlukan rawatan segera di hospital namun disebabkan kelalaian beliau sendiri yang tidak pulang kerumah selama 5 hari kerana mengadap meja judi…maka akhirnya anaknya tadi telah meninggal…Ini adalah episode permulaan sisi muram dalam hidup beliau..selepas itu anak keempat beliau pula meninggal dalam satu kemalangan sewaktu pulang dari sekolah…ini pun diketahui beliau selepas beberapa hari…



...Sepatutnya dengan musibah yang menimpa Pak Tam sedar serta insaf namun beliau semakin hanyut...beliau akhirnya menjadi penagih tegar konon untuk melupakan kesedihan atas kehilangan anak anak….sudahnya Pak Tam ditinggalkan oleh isteri dan anak2..lalu kehidupan semakin kacau yang sudahnya beliau dibuang kerja…Untuk menyara kehidupan Pak Tam menjadi ulat tiket serta ulat parking… wang yang diperolehi lebih banyak digunakan untuk membeli dadah berbanding makanan untuk mengisi perut…



...Pak Tam semakin terseksa, kehidupan  semakin sempit dirasakannya…akhirnya pada satu bulan Ramadhan Pak Tam dan lain2 kutu jalanan telah diberkas oleh pihak berkuasa...setelah segala urusan dokumentasi selesai akhirnya beliau ditempatkan di sini…



…Kini antara saat yang paling perit untuk dilaluinya adalah setiap kali menyambut Hari Raya…bilamana setiap kali juga lah hatinya yang keras itu menjadi cair seperti bongkah ais dipanah terik matahari…Beliau akan menangis mengenangkan anak2 isteri yang telah diabaikan sebelum ini..setiap kali Raya jugalah segala kenangan itu menjelma serta menghantui diri dia…Bagaimana ketika isteri dan anak2 memerlukan kasih sayang dan belaian ketika itu jugalah beliau hanyut dalam pelukan perempuan kelab malam…wang gaji semuanya dihabiskan untuk dadah serta perempuan…Makan minum mereka di rumah tidak dipedulikannya…Tiada duit beliau akan berhutang dengan memberikan pelbagai alasan..dan antara alasan yang senonim digunakan ialah dengan mengatakan perlukan duit untuk mengubat anak nya yang sakit..walhal anak2 itu sihat walafiat...Ini sebenarnya umpama doa saorang ayah kepada anaknya…Malang sungguh...



...Pak Tam berkata dia telah bertaubat dan amat menyesali akan segala perbuatan lalu yang mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga…kini dia sedang menghabiskan sisa2 kehidupan yang mengikut Dr hanya tinggal 2 tahun saja lagi setelah disahkan mengidap AIDS…  




…Jadi jika kita mampu serta berkesempatan untuk mendekati insan geladangan seperti ini yang banyak di luar sana,ambil serta  gunakalah peluang yang ada itu sebaik munkin…Kerana banyak pelajaran yang boleh kita dapat serta tauladan yang boleh dijadikan panduan dalam kehidupan…Ilmu perlu dicari…pengalaman wajib kita alami…Walaupun tinggi terbang di langit,usah lupa rumput di bumi…



P/s: - Saya yang menulis kisah ini merasakan pengalaman ini adalah satu 'ubat hati'...bagaimana dengan kamu?