...Di Pekan Beruas dulu ada seorang pengusaha roti bernama Aspaq keturunan Pakistan..Beliau menggunakan kaedah 'old skool' ia itu dapur kayu dan kayu getah sebagai bahan apinya...Selepas kematiannya perusahan itu diambil alih oleh anak sulung beliau namun tak lama, bila anak nya pula yang meninggal dan dengan itu berakhirlah legasi perusahaan tersebut...
...Kilang Roti Mokhtar, menariknya ia diusahakan oleh orang kita Melayu dan bukan kaum India atau Pakistan seperti yang biasa kita lihat...Kesemuanya dibakar guna kaedah 'olskool'...Haa, dapur kayu ler tuhh...Ada pelbagai - Bun Kacang, Kaya, Kacang dan lain lain...Texture dan rasa?! Biasanya kalu saya ke sini dalam sepuluh kali tu hanya dua atau sekali jer dapat membeli...Buka pukul 11.30 pagi hingga habis dan selalunya pukul 1 tengahari semua dah licin...
....So komer dah tau ler jawapannya sedap ke idak...
4 comments:
Kalau di JB boleh cuba Salahuddin Bakery di Jalan Dhoby
Wahhh!! Nanti aku suruh anak aku servey...Tq bro...
wah sedap ni
thanks for sharing, aku suka baca pengalaman dan cerita2 makanan.
Post a Comment