Total Pageviews

Tuesday, November 16, 2021

..Cinta Alam Allah...



...Semasa kecil tinggal di Kg Bharu, Lumut, dalam daerah Dinding kini Manjung meredah hutan merupakan kebiasaan/keperluan bagi kami juga bagi keluarga lainnya...Pengalaman mengikut mak dan abah bersama orang kampung menebang pokok bakau utk dibuat kayu api, atau ke ladang getah berhampiran yg jika harimau menyorok pun tak kami nampak dek semak dan tak berjaga, semata2 untuk mencari pucuk paku dan 'kulat' di tunggul2 kayu...




...Jika musim lokan, kepah atau remis kami akan ke pinggir Sungai Dinding pula untuk mendapatkannya...Selut yg dipijak dalam hingga ke pangkal peha, jatuh terseradong akar bakau, gatal2 setelah berperang dengan agas dah jadi alah bisa tegal biasa...Ketika itu ketam batu, ikan belacak, biawak air, ular kapak, monyet, lotong cukup banyak dan mudah dijumpai sementelah dah memangnya habitat mereka...Semua itu pengalaman yg amat berharga dan manis untuk dikenang dan diceritakan kepada anak cucu...Kini dunia makhluk berkenaan semakin sempit dan populasinya pun makin sikit setelah banyak habitat mereka dimusnahkan oleh kita manusia yg kononnya bertamadun...Jika dulu tidak tapi sekarang babi hutan dan monyet banyak berkeliaran di penempatan kami...Mereka tiada pilihan dan terpaksa keluar untuk mencari makan bagi meneruskan kelangsungan hidup, sedang kita dengan rakus terus terusan memusnahkan eko sistem tanpa mempedulikan hari esok yg masih tersisa...


* Gambar dirakamkan di Resort Intan Suraya, Lenggong. Perak Darul Ridzuan.

5 comments:

Adi Herman said...

alam mula hilang keseimbangan ekosistem nya bang. sedih.

WanBeruas said...

Adi Herman - Betul bro...Sekeliling aku di Ipoh ni tiap hari terpaksa tengok bukit2 batu kapur yang semakin banyak dipunahkan...

berteromber said...

Dulu kecik2 selalu ikut orang tua ke kebun kelapa sawit... boleh tahan jugak hutannya...tapak gajah memang selalu jumpa...tapi pengalaman paling best terserempak dengan harimau kumbang...nasib anak...abah berjaya tangkap...simpan dalam sangkar...tapi dia tak nak makan...bagi apa pun tak nak...kesian tengok...last2 lepas kan balik kat kebun...

deaf-angel said...

foto foto dan pengalaman ko ni semua adalah sangat " Alien " bagi aku.
ini dah serupa macam progrem National Geographic untuk aku.
Thanks a lot for sharing dude.
Entah bila aku dapat time for all these nature.

WanBeruas said...

Berteromber - Masa kecik aku suka jogging dalam ladang kelapa sawit, tenang jer dengan udara segar...Cuma sesekali terfikir jugak kalu2 terserempak dengan mayat orang..Hahaha...

deaf-angel - Owh terima kasih bro jika ianya bermanafaat...