…Buku
ini sebenarnya dah lama aku dok ushar…sejak baru keluar lagi nak belinya…tapi
disebabkan harganya yang berdentum membuatkan selama ini hanya pegang,angkat
dan belek je sebelum letakan semula kat rak kedai…
…Aritu ini masa beli keperluan dapur di Tesco aku nampak buku ni dah
dijual pada harga patut dibeli… dari Rm 100.00 sekarang dah tinggal 45.++
hahahaa…Sebenarnya harga yang mahal dulu pun sememangnya patut…memandangkan
bukan senang nak menghasilkan sebuah biografi macam nih..cuma poket aku je yang
kata tak patut huhuhuu…
…Tak
kisah le lambat ke cepat mendapatkannya..kerana bagi aku biar ilmu meninggalkan
kita asalkan kita tidak ketinggalan…
…Sememangnya
sejak kecil aku suka membaca dan selalu berulang alik meminjam buku2 dari
perpustakaan…tapi time tu tak sama dengan masa yang aku ada sekarang nih…Dulu
masa banyak yang terluang jadinya peluang untuk menjadi pembaca tegar itu
sememangnya terbuka…Sungguh pun masih bersekolah scope bacaan aku tak de
barrier semua tajuk aku hayun dari perubataan, sains,sastera,novel,fiksyen,geografi,penyiasatan,
sejarah dan paling aku suka ialah buku2 psikologi,adventure dan sikit2 pasal politik
yang selalunya aku baca setakat satu bab aje...remeh dan rimas...
…Sesekali
ada gak ke Perpustakaan kat Jalan Tambun tu…tapi sayang sekarang masa aku
tersangat lah tight nak ke gym pun asyik kantoi sesaje...jadi selalunya ruang untuk aku membaca kini hanya ketika
melakukan terapi di rumah…Sekarang ni aku suka bersulam dengan lain2 buku atau
majalah ketika mahu menghabiskan satu2 tajuk itu…
…Jadinya
untuk buku ini aku kena amik masa entah berapa lama pulak le bagi menghabiskannya…Harap2
mood membaca aku sentiasa ok…sebabnya buku Ustaz Kazim – Tuhan Sedang Menguji
Kita yang aku beli sendiri dari beliau pun belum habis aku baca…huhuuu..
P/s: - Masa sekolah menengah dulu aku suka meminjam buku karya Ian Fleming, Enid Blyton dari Perpustakaan Awam Negeri Selangor di tepi Sungai Langat.. :0)
6 comments:
Bagus buku Doktor Umum ni, byk cerita pasal hubungan dia dgn beberapa pemimpin yg terkenal dan semestinya part yg menarik bagi aku ialah cerita pasal hubungan dia dgn DSAI masa dia jadi Timbalan PM dulu...
...Boleh dijadikan rujukan untuk generasi sekarang mau pun akan datang...
menarik buku ni dan lagu Uriah Heep tu... Melinda kan?
Yep! Melinda beb!!
membaca untuk semua..
ada golongan melayu malas membaca,
padahal ayat pertama ialah " IQRAK".
I always love to see downtrodden construction workers from Bangladesh or India reading their newspapers in their language, I always love to see old Malay men who are cleaners and sweepers reading the day's Berita Harian.
Post a Comment