Total Pageviews

Tuesday, March 29, 2016

...Langit tidak selalunya cerah...Cakap Kata Hati Pt 20...






...Kita seringkali dijemput untuk menghadiri pelbagai majlis yang dianjurkan oleh pelbagai orang..baik di opis,jiran sekampung,surau2 atau pun masjid...juga tak ketinggalan di kedai mamak..Ahaii...yang tak dijemput cuma kerumah orang mati...itu kena2 lah bawak datang sendiri..itu pun kalo ada rasa perihatin sesama sendiri...ye tak?



...Jadi bila menghadiri majlis apa pun perlu lah  menjaga adap sopan serta adat kita orang Melayu nih...jangan lah pulak kita yang dijemput melebih2 plak dari pihak yang menjemput...dapat bercakap hingga kena pekup mulut untuk disuruh berhenti..diberi microphone dibantainye mengomel sampai orang lain yang mendengar tersenguk2 mengantuk..walhal sebenarnya microphone tadi diminta hulurkan kepada orang sebelahnya sahaja...



...Dalam mana2 majlis jugalah kita boleh lihat ada yang cuba menjadi ayam jaguh...bila bercakap ikut sedap mulut sahaja...bila memberi pendapat hanya pendapat dia saja yang betul...jika dalam mesyuarat pula cakapnya tak boleh dibangkang...



...Biasa kita dengar ungkapan - Berhati2 Di Jalanraya sekarang boleh juga diguna sebegini -Berhati2 Dalam Berkata...di mana akhirnya sikap terlebih yakin pada diri sendiri adakalanya  membawa padah...bilamana senjata makan tuan...yang mana sebelum ini kata2 kita tidak pernah ada yang yang berani meningkah..namun bila buku bertemu dengan ruas...usahlah pulak orang lain dikatakan kurang ajar...Kalau kita boleh bercakap kasar dengan orang,bermakna kita juga wajib menerima bahasa kasar dari orang lain...Jadi kesimpulan nya berhati2 dan hormatilah sesiapa saja bila2 dan di mana saja ...kerana langit tidak selalunya cerah...dan nasib tak selalunya menyebelahi kita...

Tuesday, March 8, 2016

...Bila Wang Menjadi Jurucakap...





...Siapa pun tak boleh menafikan bahawa wang memainkan peranan penting  untuk kita meneruskan kelangsungan hidup...semua kita berusaha untuk mendapatkannya...tidak kira cara mana....ada dengan cara halal dan berhemah malah ada juga yang mendapatkannya dengan cara haram asalkan impian tercapai...



...Besarnya pengaruh wang pada kehidupan hingga mampu meruntuhkan institusi keluarga maupun hubungan persahabatan yang lama terjalin...dan yang paling teruk bilamana kerajaan juga boleh jatuh dek kerananya... Wang...telah lama kita sedar akan peranannya...dan kini pula seolah olah menjadi satu trend di negara kita bilamana para usahawan berlumba lumba untuk menjadi penaja bagi pasukan bola...bila sebut tentang tajaan ianya tentulah berkaitan dengan dana...dan dana di sini bermakna wang...Ok saya tidak menentang sama sekali akan usaha mereka yang menaja ini...namun agak janggal bilamana hanya bola yang menjadi perhatian sedangkan banyak lagi persatuan sukan menampilkan prestasi bagus bukan saja di peringkat negeri malah negara tapi dipinggirkan...kedua:- syarat yang amat ketat dan adakalanya  merepek bagi pasukan yang berprestij ( berprestij? Ye ke pun?) menampilkan satu imej...yang jelas lansung tidak serius bagi team...inilah akibat apa bila  diri telah 'dibeli' maka apa pun terpaksa diikuti...



...Dalam hal ini saya berasakan perlu ada keikhlasan dalam diri penaja...ini kerana dominasi yang keterlaluan membuatkan badan atau sukan itu sendiri menjadi bahan lawak...tidak dinafikan sukan mampu menjana ekonomi hasil dari penajaan tapi jika kita lihat penaja lain tidak lah rakus untuk kedepan bagi mempromosikan barangan mereka berbanding dengan  yang satu ini...dengan jumlah dana yang melimpah ruah terhadap persatuan sukan yang nazak hingga ada pemain yang tertunggak gaji mereka...kini seolah olah tikus jatuh ke gudang beras... maka tidak hairanlah mereka sangup diperlakukan apa saja...di sini lah integriti kita dapat dinilai...win win situation perlu ada dan bukannya deals yang berat sebelah...  



...Perlu juga rasanya saya menyentuh tentang apa yang berlaku kepada beberapa bekas athelete yang banyak berjasa kepada negeri maupun peringkat antarabangsa (walau menyimpang tapi masih berkisar tentang sukan)...dengan apa yang menimpa  mereka kini banyak yang melarat samaada terlantar sakit maupun hingga ada yang muflis...Pihak yang berkaitan sepatutnya membela terhadap nasib mereka ini bukan hanya ditimang ketika perlu dan setelah habis keringat diperah mereka diketepikan begitu saja...apa salahnya jika setiap badan sukan diujudkan tabung dan mempelawa badan badan korporat yang banyak diluar sana agar menyumbang dana...ini tujuan untuk  membantu athelete/bekas athelete serta anggota keluarga mereka yang memerlukan...cukai pendapatan syarikat yang memberi sumbangan patut dikurangkan sebagai galakan kepada meraka... 



...Berbalik kepada isu pokok yang diperkatakan tadi....Seiring dengan 'kemajuan' dan lama nya kita dalam bidang bolasepak seharusnya tindak tanduk serta keputusan yang dibuat menampilkan kematangan...Jika ada yang masih ingat dengan kata kata Periwira Mat Gila dalam majalah Gila Gila lama dulu 'Ada Wang Semua Boleh Jadi'...betul dan tidak dinafikan....Namun dalam apa situasi pun jangan wakilkan wang untuk menjadi jurucakap...jangan letak wang berada lebih atas dari maruah diri kita...masyarakat kita telah lama berada dalam kancah money can buy...justeru kita perlu berubah..bukan esok bukan lusa tapi sekarang kerana generasi akan datang terbentuk dari apa yang kita tempa hari ini...





P/s: - Tuhan tidak menjadikan wang untuk kita meperolehi kegembiraan semata mata...selain dari itu untuk kita berkongsi dengan orang lain juga...
...Err tapi jangan pula kongsi untuk berclubbing...huhuu...








Monday, February 22, 2016

...Melayu Malas??




...Sejak kebelakangan ini kerap kita baca di media tentang ungkapan yang mengatakan Melayu adalah merupakan bangsa yang pemalas!! Isu ini menjadi hangat setelah ada yang beranggapan pendatang asing Bangla umpama nya sangat rajin justeru mereka dipilih untuk mengisi ruang kerja
di negara ini...Walaupun dengan gaji yang kecil mereka sanggup...Ok, soalan dari saya...jikalau   sebatang kara merantau ke negara orang mestikah kamu masih lagi memilih kerja dan gaji atau tempat tinggal??




...Sepanjang hidup saya sebelum ini  pernah jadi waiter, jadi cook (ada masanya 12 jam waktu bekerja belum termasuk over time) jadi steward di hotel hotel (cuci longkang kitchen), jual bundle, jual jam, jual mercun, buat dan jual kuih, jual kacang, jual buah-buahan untuk tambah pendapatan family...jalankan trading dan deliver barang hingga ke Perlis dan seluruh Kedah, Selangor juga Perak...Keluar pagi pulang lewat malam...Pernah tengah malam naik motor  balik dari keja part time di Pakeeza Restoran kena langgar hingga separuh badan di bawah van roti di jalan Ashby Ipoh...mujur tak teruk (salah seniri konon nk short cut masuk jalan one way)...kena kencing dengan clients...kena 'tikam belakang' dengan pesaing dan macam macam lagilah...namun itu bukan alasan untuk mengalah...ada jugak kawan kawan yang kata saya rajin...saya jawab ini bukan soal rajin tapi soal survival...dan jika dapur rumah tak berasap sanggup kah kamu menghantar gula kopi ke rumah saya? Meminta minta bukan lah amalan saya...Saya ada prinsip sendiri... 'Lawan Untuk Hidup'



...Orang kita tidak memilih kerja sebenarnya tapi biarlah dengan pulangan atau gaji yang setimpal  dengan kerja dan wajar dengan keperluan hidup...Kita perlu memiliki rumah, kenderaan, berkahwin dan beranak pinak, membayar segala bil, talipon, internet, air, letrik, cukai pintu , cukai kumbahan, cukai itu cukai ini...Bangladesh atau bangsa pendatang lainnya perlu ke membayar semua itu...Mereka boleh tinggal dalam rumah sempit berpuluh orang...Mereka tidak perlu untuk balik kampung setiap minggu untuk melihat orang tua (tapi orang kita sendiri pun ada yang dah bertahun tak balik kampung) Bangla, Nepal, Rohingya, Vietnam, Negro tidak perlu membayar wang saku sekolah anak anak, tidak perlu fikir tentang yuran mengaji dan tution....tidak perlu membayar tol ketempat kerja...Sedangkan kebanyakan kita perlu fikir dan wajib layan semua ini...



...Semua sedia maklum banyak raayat negara kita yang sanggup berpusu pusu setiap hari kenegara jiran Singapura untuk bekerja...sedangkan pekerjaan itu juga turut ditawarkan di sini...bezanya ini kerana ingin mengejar gaji yang tinggi di sana...Saya percaya jika majikan kita tidak tamak dan sanggup memberikan gaji yang setimpal tidak lah raayat kita bekerja ke negara lain...kita hanya menyentuh tentang sektor pekerjaan 3D (Difficult, Danger, Dirty) belum lagi pada bidang profesional...Betapa ramai mereka ini (rakyat kita) yang sanggup berhijrah (ke lain lain negara) semata mata untuk meraih pendapatan yang tinggi...bukan lagi jati diri bukan lagi semangat untuk berbakti kepada tanah air yang menjadi keutamaan...dalam soal ini (kini) faktor survival menjadi tajuk utama...    



...Oleh itu untuk mengatakan bahawa bangsa Melayu merupakan bangsa pemalas amatlah tidak tepat serta tidak adil...begitu jugalah sebaliknya sedangkan rajin atau malas sesaorang itu bukan terletak pada bangsa...dan suka saya tekankan di sini sesiapa pun boleh berdaya maju dan mampu bersaing jika mereka mahu berusaha keras, rajin tidak mengalah pada masaalah, bekerjasama dengan orang lain, jujur ikhlas dan menjadikan itu semua sebagai budaya kerja dalam hidup...InSyaAllah...





P/s - Dalam pada kita mempersoalkan tentang warga Bangla jangan pula kita pejam mata dengan kebanjiran pendatang dari seluruh dunia ke negara ini...Ini bukan lagi isu picisan...sebenarnya sama level dengan masaalah sosial lainnya....



Thursday, February 11, 2016

...Sukan Dan Kita...






...Bagi ibu bapa di luar sana yang mempunyai anak terlebih aktif usah risau usah merungut usah marah..Kanak kanak punyai dunia mereka sendiri berbanding kita yang dewasa....Tenaga yang mereka ada perlu dikeluar kan dan kita sebagai penjaga perlu tahu atau pun kreatif apa aktiviti yang sesuai untuk mereka...Daftarkan mereka ke kelas taekwando, muzik atau pun aktiviti extreme seperti berbasikal...Semasa kecil dulu kita munkin hanya terdedah dengan aktiviti berbasikal keliling kampung dengan kawan kawan dan basikal paling grand ketika itu ialah basikal Chopper jenama Raleigh yang pada masa itu masih lagi dibuat di England...Kalu tak silap harganya dalam Rm 400 sebuah...satu jumlah yang besar dan amat bernilai pada masa itu tahun 1976...  




...Abah saya pernah memiliki basikal Raleigh buatan England hasil dari gaji beliau yang pertama...dan basikal itu hanya dapat saya tunggang setelah memasuki umur remaja, ini disebabkan betapa sayangnya beliau akan basikal itu yang digunakan untuk bekerja dan ke sana sini..sementelah untuk mendapatkan kan nya pun susah maka nilai nostalgiknya  memang ada...sikap itu juga turun ke saya sendiri dengan membeli basikal pertama dengan menggunakan gaji pertama...sebuah basikal lumba atau road bike Raleigh...berwarna merah pekat...sayangnya ketika  muda saya saorang yang 'camera shy' jadi amat payah untuk bergambar sedangkan ianya sesuatu yang bernilai untuk dikenang/lihat kemudian hari huhu....dan basikal itu tidak lama dalam simpanan kerana hilang dicuri orang...


...Tak tahu kenapa tapi saya sememangnya  obses dengan basikal atau apa saja aktiviti  yang menggunakan  tenaga dan tulang empat kerat...dan ianya bermula sejak kecil lagi...adakalanya  hingga bermimpi mengayuh basikal atau pun berlari...

...Bila tiba era Mountain Bike ketika itu saya merupakan orang pertama yang memiliki Le Run versi pertama dari Raleigh di penempatan kami...tapi kali ini bukan lagi buatan England...Juga akhirnya hilang sehari sebelum kami berpindah ke rumah baru bersama dengan komputer, printer dan basikal statik...


...Kini anak bongsu saya pula mengikut jejak hobi berbasikal...jika setahun kita ada 365 hari saya rasa 360 hari adalah hari beliau bersama sama/menunggang basikal...non stop walau panas mau pun hujan...hahaha...Jatuh berguling ketika mengayuh dah jadi common pada dia...pernah juga di hantar orang balik kerumah kerana luka ada juga dibawa ke hospital akibat cedera...
                                                              No Pain No Gain!!  

...Pada masa kini...selain dari Road Bike, Mountain Bike, Dirt Bike, Push Bike, BMX, Downhill terdapat pelbagai lagi jenis sukan Xtreme yang dicipta dengan menggunakan basikal...                                                       



...Kita di sarankan menjaga kesihatan dengan bersukan untuk kecergasan mental juga fizikal agar dapat mengelak dari sakit yang mana menjurus aktiviti/amalan kita terganggu...kita juga sedia  maklum Nabi SAW juga bersukan dan menggalakkan kita melakukannya seperti sukan berkuda dan memanah...tujuannya jelas dengan kesihatan yang baik kita mudah untuk melakukan amal ibadat... dan semuanya untuk diri sendiri bukan orang lain...



                                                                    ...Downhill...



                                                                  ...Push Bike...






                                                  ...Pendedahan awal itu penting...
                                                     
                                                           ...Dirt Bike...
                                                           

                                                        ...Perempuan pun join sama...
                                                             

                                          ...Peserta dari satu Malaysia datang berkumpul...













Thursday, December 31, 2015

...Usah Pergunakan Sistem...





...Dengan apa yang berlaku di negara kita dalam sepuluh tahun  kebelakangan ini...Secara peribadi saya mengatakan  tidak lagi percaya apatah lagi untuk berharap pada sistem kebajikan, keadilan, media, pelajaran, perundangan, baitulmal, perbankan, penguatkuasaan, keselamatan, politik, dan kewangan dan lagi dan laginya...Jika ditulis semua sekali pun tidak akan ada ruang yang cukup...


...Sistem direka untuk memudahkan serta menjadi guide kepada manusia dalam menjalankan tanggungjawab dan kehidupan...Namun baik mana sekali pun ia tidak terpakai bilamana disalah guna...

...Kerana semua sistem yang ada telah lunyai dek manipulated...Kebanyakan pemegang amanah antaranya penguatkuasa telah menjadikan jawatan mereka sebagai batu loncatan untuk mencapai matlamat peribadi berbanding untuk berbakti...dan teringat  saya pada sejarah zaman Renaissance di Europe dulu...agama dan undang undang civil dimanipulatekan  oleh kalangan bangsawan dan agamawan  untuk kepentingan mereka...Banyak yang cuba untuk membetulkan keadaan serta membina semula  keadilan dan ketelusan diikat tangan mereka ke belakang bahkan ada  yang langsung ditolak hingga tersungkur tanpa berpeluang membela diri...Akhir kata sistem tidak mampu mengubah manusia jika manusia itu sendiri tidak mahu berubah...Tahun  2015 cukup banyak memberi kesan kepada kita semua...Esok kita akan bertukar kalendar tahun baru yang bagi sesetengah orang menjanjikan harapan yang menyinar...tapi janji belum tentu pasti terjadi...adakah ianya hanya mimpi ngeri...untuk itu bagi tahun 2016 yang mendatang...

          ...Happy  New Fear!




P/S : -  Ayat senonim bagi Punkers memang jelas maksudnya...
 F**K the  system ! @&854#!!





Friday, December 18, 2015

...Vape...Langsung tak cool bro...




...Rakyat Malaysia sememangnya senonim dengan sikap suka meniru dan perkara yang ditiru itu  sering menjadi satu trend semasa pula...namun apa yang dikesalkan ialah apa yang ditiru itu selalunya pada perkara yang nagetive...salah satunya  ialah vape yang sedang hangat di Malaysia sekarang...hingga ada yang mengatakan ianya bukan sekadar hobi dan style tetapi satu gaya hidup!Vape atau rokok elektronik bagi saya merupakan kesinambungan dari apa yang telah ujud sejak lama dulu...selain dari rokok, cerut, pot, bong, dapur...kita pernah juga dilanda demam hogah atau shisha...




...Samada rokok, cerut, paip, shisha atau vape tujuan dan matlamatnya adalah sama....bagi yang beranggapan menyedutnya mampu memberi rasa kepuasan, ketenangan...dan dalam sedar sebenarnya turut menyumbang kepada kemudaratan kepada bukan saja mereka yang menghisapnya tetapi juga pada orang lain yang berada disekeliling...



...Dengan apa yang berlaku sekarang telah menghadkan lagi ruang dan masa  untuk orang lain berada di khalayak sebagai contohnya baru baru ini saya singgah ke sebuah Restoran Mamak favourite di Pekan Kecil Tg Malim tetapi terpaksa membatalkan tujuan kerana terdapat lebih kurang 12 orang pelanggan di beberapa buah meja...mereka terdiri dari anak muda Melayu yang sedang  asyik masyuk bersama Vape masing masing di tangan dengan  asap yang  berkepul kepul umpama keretapi wap dalam cerita koboi...




...Banyak hasil kajian saintifik memberikan keputusan yang negatif  kepada produk vape ini...untuk itu mengapa kita sengaja menempah bahagia seketika sedangkan mudaratnya untuk jangka masa panjang amat berat sama juga seperti mana bahan berasap lainnya seperti juga rokok...





...Terbaru kerajaan Johor telah mengharamkan penjualan vape di negeri mereka...Pelbagai statement dari netizen yang diluahkan...ada yang sampai mengaitkan dengan arak dan judi yang juga berleluasa...Ok fine saya tidak menafikannya...Tapi jika nak dikutip segala lainnya saya rasa akhirnya nanti munkin pegharaman itu akan ditarik balik...konon demi untuk memuaskan hati banyak pihak...Bagi pejuang hak asasi manusia munkin akan merasakan itu satu kemenangan juga buat mereka setidak tidaknya setelah tidak mampu meraih sokongan dalam usaha mereka untuk mendapatkan pengiktirafan LGBT di sini...  

        



...Dalam isu ini kerajaan perlu bertegas kerana takde maknanya jika hanya untuk 'menyelamatkan' para peniaga tapi dalam masa yang sama kita korbankan pula kesihatan dan wang kebanyakan dari raakyat lainnya...Kita patut sedar bahawa sejak kebelakangan ini segala kos telah meningkat  dengan drastik termasuklah  kos perubatan yang mana akan turut memberi tekanan kepada hospital kerajaan  untuk menangani penyakit yang berpunca dari amalan tidak sihat ini...tidak munasabah  kerana mahu dilihat advance dan tidak ketinggalan maka kita mengenepikan segala risiko kesihatan dan kewangan yang dibazirkan begitu saja...




...Semua itu bukan lah satu gaya hidup sebenarnya...Justeru untuk melakukan apa pun perlu diambil kira kesan buruk dan baiknya  perkara itu...jangan hanya kerana dek terikut ikut dengan orang lain dan tidak mahu dikatakan out of trend kita menjerumuskan diri dalam perkara yang memudaratkan...


P/s:..Balik dari hantar jenazah ke kubur baru baru ini saya dan anak2 singgah  di restoran mamak untuk makan nasi...Sedang asyik mengunyah datang satu group anak muda China duduk di meja berdekatan sambil hisap vape...terus potong stim nak makan...Bangun terus ke meja dan minta supaya berhenti dan mereka akur...Lepas abis makan salah saorang dari mereka datang dan berkali kali meminta maaf...Sebenarnya ini bukan kali pertama saya menegur orang yang merokok atau  hisap vape di tempat yang tak sepatutnya dan tak suka pun nak tegur...Tapi disebabkan tiada pilihan terpaksa  juga...Bagusnya jika mereka mau menerima  teguran  dengan baik namun masih ada di antaranya yang keras kepala...Ye lah kita ni rambut aje sama hitam...




Friday, November 20, 2015

...Kad Diskaun & Pelbagai Pointnya...



...Teringat saya di awal tahun 80an dulu dalam usaha para peniaga menangani kesan kemelesetan ekonomi pelbagai kaedah dipraktikkan...antaranya ialah denga memperkenalkan pelbagai diskaun dan kad exclusif kepada para pengguna selain dari kredit kad...namu dari apa yang diperhatikan dari segi praktikalnya tidak lah begitu menguntungkan pembeli/pengguna selain dari tujuan sebenarnya adalah untuk menggalakkan pemilik untuk membeli dan terus membeli...

...Sedar atau tidak sebenarnya cara ini jugalah yang melupuskan langsung kaedah tawar menawar atau bargain dalam urusan jual beli (peniaga sering mengatakan harga diskaun telah pun diberi pada sekian sekian peratus atau dengan meletakan terus label bagi sebelum dan sesudah diskaun)

...Pada masa sekarang konsep sama diteruskan dan semakin kompleks kaedah kepenggunaanya seiring dengan kemelesetan ekonomi global yang berterusan mencengkam...saya memang kurang arif dengan kaedah terkini...cuma bagi saya ia wajar disokong jika memberi kebaikan kepada semua pihak atau dalam lain kata service provider (pengeluar kad) mampu memberikan pulangan berbentuk win win situation...Jika tidak tak perlulah untuk kita memiliki semua kad 'promosi' itu...



p/s - Dalam urusan jual beli saya lebih suka kepada konsep alah beli menang memakai...  



Saturday, October 31, 2015

..Daarchlea...



...Status terkini saya tidak lagi punya banyak masa terluang untuk mengikuti perkembangan dunia muzik bawah tanah seperti mana tujuh lapan tahun yang lampau...Walaubagaimana pun minat untuk mendengar itu masih segar apatah lagi jika product yang dihasilkan berkualiti dan mampu memberi impak kepada telinga dan selera jiwa...

...Daarchlea...Merupakan pilihan saya untuk menulis tentang mereka kali ini...Rata rata pendengar mengatakan muzik bawaan mereka adalah Black Metal...Bagi saya yang membezakan Black Metal dan lain lain genre hanya lah senikata lagu itu sedangkan muzik nya sama atau hampir saja sama dengan muzik Death Metal...Namun elemen itu jelas dan lebih dari itu pelbagai jenis pengaruh muzik diterapkan kedalam album ini dari black, death, deathcore, symphonic hingga ke traditional Melayu...Saya cuba untuk tidak mengaitkan mereka dengan lain lain band Metal local atau yang lainnya...tapi Dimmu Bogir dan Sentenced (old skool) FleshGod  Apocalypse serta Infectious Maggots tetap melintas di kepala...namun apa pun saya percaya kepada influence sedangkan Gorgoroth juga terkesima dengan Burzum!...dan itu bukan satu isu sebenarnya...Nokhtah!

...Sejarah tertubuhnya band ini adalah pada tahun 2007 hingga sekarang dan diasaskan oleh dua ahli asal Zulhelmi Adha dan Khairul Azizi...Senarai air tangan mereka..Live Promo 2009,
Der Phalse Mesaya (single) 2011, Qhilav (single) 2012 dan yang terbaru Suns 2014 album penuh...Sebenarnya  debut album Sun telah lama dimiliki namun baru sekarang punya masa untuk menulis tentang mereka...

 ...Pertama kali mendengar debut album ini ketika dalam kereta di sekitar Central Market..Ya saya masih ingat...sebarang keadaan biasa nya mampu membuat sebilangan dari kita mengingati akan sesuatu jika situasinya berlatar belakangkan dengan bunyian muzik...Bagi sesetengah pendengar munkin akan mengambil masa untuk lekat dengan muzik seumpama ini...namun bagi saya muzik bukan tipikal sebegini yang mampu membuat pendengar berfikir makin didengar/hayati semakin menarik lebih lebih lagi ketika memandu laju...Haha...Untuk lagu Qhilav saya memilih versi yang terdapat dalam album ini berbanding dari single tahun 2012...Dengarkan juga kelainan pada pertengahan lagu Ascend To Arasy...


...Growl dari Putra Al - Matin memang hebat begitu juga dengan lain lain tugasan yang digalas oleh line up mereka...Zulhelmy Adha (Gitar) Khairulazizi (Gitar) Shairulzaim (Bass) Wan Rukhairul (Drums) Asyraf Ahmad (Keyboards)...Riff berat, drums works yang laju/padu serta growl membunuh merupakan tunjang Daarchlea...Kesemua mereka menampilkan kehebatan dan skill masing masing dalam mengendalikan instruments pada setiap lagu yang ada kala susunannya seperti sebuah penceritaan...Apatah lagi dengan label instruments tahap dewa yang digunakan...sebagai contoh drums DW yang digunakan jika kereta, Rolls Royce lah standardnya...Ini jugalah kelebihan yang dimiliki oleh mereka dan kebanyakan band era melenium semua nya senang dimiliki dan maju terkedepan...cuma apa yang perlu untuk rajin berexplorasi...




 ...Walaupun ada suara suara sumbang mengatakan era muzik bawah tanah telah berada dipenghujungnya...namun saya tetap menafikan..buktinya jelas semakin banyak band band pelapis yang muncul malah dengan membawa product yang bermutu pada keseluruhannya...apa yang kita lihat sebenarnya scene mainstream yang berterusan menguncup...


...Ketika semua dilanda musim 'kemarau' atau ekonomoney sekarang ni bagi yang teragak2 untuk memiliki album ini hanya perlu meninjau dulu di YouTube sebelum membuat keputusan...dan jika 'mari' teruskan memiliki secara halal..bukan dengan cara yang biasa dilakukan oleh kebanyakan orang..itu pun jika kamu benar2 peminat muzik Metal BawahTanahAir dan ikhlas menyokong nya...Apa pun saya tetap mengatakan rilisan terdahulu mereka hingga terkini patut ada dalam list koleksi kamu...




     

Friday, October 16, 2015

...Anugerah...Biarlah Bermaruah...



...Mana2 jabatan, organisasi kerajaan  atau swasta setiap tahun mengadakan majlis penghargaan kepada kakitangan yang dikira telah melaksanakan tanggungjawab  dengan baik dan berkesan...ini wajar dilakukan sebagai tanda terima kasih kepada mereka yang terpilih...Selalunya rumah sudah siap  pasti ada pahat yang berbunyi...ini tidak dinafikan..di mana2 pun serupa...ada pro kontranya dalam hal ini...Apa yang dipertikaikan dan menjadi tanda tanya oleh kebanyakan  orang ialah cara mana  mereka itu dipilih...apa kreteria yang diperlukan hingga mereka diberi anugerah yang dipandang tinggi itu...bukan sekali  malah ada yang berturut2...Apakah tiada lagi orang lain yang layak?!...Sedangkan kerja dalam organisasi manapun dilakukan secara cluster atau berkumpulan ...namun penghargaan yang diberi lebih bersifat individual...

...Semua sedia maklum dalam usaha  memaju atau menaikkan sesuatu organisasi memerlukan   persepakatan dan kerjasama  dari seluruh anggota...namun berlainan jika  untuk menjatuhkannya...cukup dengan  hanya satu atau dua anggota melakukan onar...namun  yang  malang dan menanggung  kesan adalah keseluruhan jabatan  itu sendiri...Pengalaman saya pernah menyaksikan beberapa kakitangan  awam yang diAnugerah Perkhidmatan Cemerlang telah diambil  tindakan  oleh SPRM setelah didapati mengamalkan rasuah, aktiviti pecah amanah dan menipu terhadap jabatan masing2...Inilah isunya yang sering menjadi pertikaian di kalangan ramai kakitangan...Harapkan pagar, pagar  yang makan  padi...Dalam isu ini saya melihat ianya berlaku disebabkan masaalah  kepimpinan...Pemimpin  yang terlalu mengharap kepada orang bawahan dengan menyerahkan segala tanggungjawab hingga berlaku kes take for granted atau ketirisan...atau pun  munkin pemimpin juga turut bersekongkol!?....

...Jika ditanya ramai anggota yang tidak bersetuju dengan kaedah yang diguna pakai oleh pihak atasan sekarang dalam usaha memberi penghargaan kepada  kakitangan mereka...kerana lebih  banyak buruk  dari baiknya...antara lain akan ujud sindrom bodek atau  lobi melobi, akan ujud rasa tidak puas  hati dikalangan anggota, timbulnya pilih kasih dan pelbagai lagi...Setelah sekian lama rasanya amat wajar penambahbaikan  dilakukan atau munkin ada cara lain yang lebih praktikal...

...Seingat saya dulu pernah dimaklumkan oleh saorang fasilitator di negara Jepun anugerah yang diberi akan ditarik balik jika pekerja berkenaan tidak mampu mengekalkan prestasi  mereka selama tiga tahun berturut2  malah ada yang langsung dibuang kerja...ini menunjukkan  bahawa mereka amat mementingkan kualiti dan integriti dalam organisasi...dan bagi mereka lagi semua anggota  adalah sama tiada individu yang layak dilabel sebagai orang kanan atau orang harapan...jika disini apa yang kita lihat orang harapan itulah yang sering menjatuhkan imej sesuatu jabatan...dan mereka licik dalam melindungi kegiatan...Namun sepandai pandai tupai melompat  ke tanah jua akhirnya...

...**Kesal kita selalunya islamik pada penampilan tapi tidak dalam amalan...



Friday, September 25, 2015

...Kita Kena Paksa Berubah...





...Banyak alasan atau sebab yang boleh saya katakan mengapa lebih suka memilih jalan lama berbanding lebuhraya jika ke Kuala Lumpur atau ke Alor Setar...Antaranya dapat menikmati
pemandangan (walau tak sepenuhnya - disebabkan memandu) selain itu boleh berhenti
di mana saja ikut suka hati untuk berehat tanpa perlu ke RNR, tidak dicucuk oleh kenderaan lain seperti yang selalu terjadi di highway, payah mengantuk sebab kena alert selalu dan dapat memandu dengan tenang berbanding di lebuhraya di mana rata rata pemandu dan penunggang seakan berlumba sesama sendiri hingga kecut perut saya yang melihatnya...juga tidak perlu beratur panjang untuk membayar tol atau jika berlaku kemalangan...


...Dengar Berita Radio hari itu...Berikutan peningkatan data kemalangan maut pada musim perayaan di negara ini..kerajaan dikatakan  akan membuat kajian tentang jalanraya di Malaysia...Saamada dari segi struktur mau pun keselamatan...dan hasil dari kajian akan dibuat kesimpulan samaada kemalangan berpunca dari kondisi jalan yang tidak elok atau kaedah penyelenggaraan yang lemah...dengan tidak langsung menyentuh tentang sikap pengguna jalanraya itu sendiri yang saya kira sebenarnya merupakan penyumbang terbesar kepada kemalangan...Ini tidak boleh kita nafikan...


...Seingat saya dalam entri beberapa tahun lepas ada menyentuh tentang ini...berapa banyak wang yang dilaburkan berapa banyak kempen yang diadakan namun jika sikap kita masih begitu apa pun tidak akan berubah...Percayalah ini bukan isu main main...Jadi usah segan untuk ulang ingat pada diri sendiri dan orang lain...Semua dari kita mesti mengambil bahagian perlu turut sama memainkan peranan masing masing...Termasuk dengan penguatkuasa terdiri dari JPJ, PUSPAKOM dan juga Polis yang sering kita lihat hanya menguatkuasakan undang undang atau bekerja secara bermusim!



...Jika kamu tidak mahu kewibawaan kamu dipertikaikan dan jika dengan secara elok 'mendidik'  pengguna masih juga tidak berdisiplin...maka kamu seharusnya bertindak mendisiplin kan mereka..Ini semua untuk kebaikan bersama...moga moga kredibiliti penguatkuasa tidak lagi dipertikaikan...


...Jika sebelum ini  kita sering menonjolkan diri kepada orang luar yang kononnya orang Malaysia bersopan santun...sebenarnya itu semua hanya mitos! Kerana sebenarnya jika di jalanraya mereka gila! Ini lah sikap tipikal kita raakyat Malaysia...mahu dikatakan maju tapi minda serta sikap masih kelas tiga!!...Suka atau tidak ianya adalah kenyataan...  


  

Friday, August 28, 2015

...Rokok & Merdeka!!!

.



..
...Tiap tahun negara kita menyambut hari kemerdekaan...bagi saya merdeka ini mempunyai pelbagai maksudnya  kerana jika ditanya kepada setiap dari kita pasti akan menerima jawapan yang berbeza...ada yang berkata akan rasa merdeka jika selesai melunaskan hutang PTPTN, ada yang rasa merdeka selepas exam, ada juga yang menganggap merdeka rasa selepas baru selesai akad nikah walhal dengan segala tanggungjawab yang menunggu selepasnya memberi makna itu sebenarnya belum merdeka lagi...ada juga yang berkata akan rasa merdeka jika dapat berhenti dari tabiat ketagihan merokok...



...Bila sebut pasal rokok...banyak cakap cakap konon ianya memberi inspirasi, juga cakap cakap yang cuba menyakinkan orang yang tak merokok boleh buat rasa tenang, ada yang terasa cool bila menghisapnya..Itulah dianya rokok...dan rata rata negeri dalam Malaysia muftinya telah memberikan fatwa bahawa ia adalah haram...


...Baru baru ini seorang kenalan telah meninggal dunia akibat dari Lung Cancer yang asbabnya merokok yang terlalu kuat...Saorang kenalan yang juga Doktor meninggal dunia setelah hanya dua minggu disahkan mengidap Lung Cancer...Juga disebabkan rokok...Beberapa bulan lepas dua orang  student Politeknik dan UiTM yang saya kenal meninggal juga akibat Barah Paru Paru...Lebih malang lagi mereka bukanlah perokok namun mengidap penyakit  yang dipercayai berpunca dari menyedut asap rokok dari perokok lain...Ini antara sedikit memori yang mampu diingat...


...Kita semua sedia maklum yang hidup pasti akan mati...Bila, bagaimana itu hanya Allah saja yang tahu dan kita tidak mampu untuk menyingkapnya...dalam pada itu pasti ada ayat klise dari sesetengah dari kita dengan menyebut... Tak isap rokok pun mati beb...Ok! Betul la tu..tak sakit pun mati jugak...Tapi itu bukan isunya di sini...


...Sekarang kita sedang dilanda dengan satu lagi demam...Demam menghisap rokok elektronik atau vape...Ye orang kita memang suka meniru dan menjadikan sesuatu yang baru itu sebagai satu trend...jika kita tidak turut bersama mereka akan dilabel sebagai out dated, poyo dan pelbagai lagi...walaupun aktiviti berkenaan merupakan sesuatu yang merosakkan...  


...Masaalah attitude orang kita munkin juga boleh diketegorikan sebagai tenat...Jika di tempat awam pun tidak mampu mengawal diri apalagi jika di belakang khalayak...Di RNR contohnya sekarang semua tempat telah dilarang untuk menghisap rokok tapi masih kelihatan mereka yang tak berdisiplin ini melempiaskan nafsu jin ( jin kan makan tulang dan asap) tanpa rasa silu apalagi rasa bersalah...Jika ke mana2 tandas2 awam termasuklah di pejabat dan masjid tempat ini semua dijadikan port untuk kaki merokok...Bayangkan lah jika kita masuk tandas yang telah sedia berlaku pencemaran udara ini ditambah pula lagi dengan asap rokok yg dijana dari 'kilang' haram bergerak tanpa sivik ...Fuhhh!!! Saya sendiri sering mengalami situasi menyesakkan ini di mana mana saja yang langsung mematikan mood untuk beraktiviti...Semasa di Wad Onkologi HKL aritu saya tiba tiba tercium bau rokok yang tengik...tercari cari rupanya dari bilik air di situ...dan dihisap oleh seorang pesakit yang berada pada peringkat akhir!! Kesian pada beliau  dan lain lain pesakit juga saya sendiri yang terpaksa menghidu asap second hand dari beliau...


...Ok munkin ada yang berkata kami ada hak untuk menghisap asap apa saja pun dan orang lain tak perlu peduli!!...Ok fine dan jawapan dari saya...Cuma kami yang tak mereokok ni juga ada hak untuk menyedut udara bersih anugerah Tuhan yang percuma ini...Tidakkah ada rasa bersalah kerana mencemarnya...tidak kah rasa berdosa kerana merosakkan kesihatan orang keliling...kawan kawan , anak anak, emak, isteri?! Amat malang bagi mangsa yang hamil atau mereka yang mempunyai masaalah pernafasan jika berhadapan dengan perokok belum lagi habuk dan puntung yang dibuang merata...Saya percaya vape atau rokok eletronik yang sedang hangat kini bukan sebagai pengganti rokok tetapi adalah merupakan satu lagi budaya baru untuk orang kita...Percaya atau tidak kita akan dapat (semula) extra 35% stamina bila berhenti merokok...Rugi bagi athlete atau sesiapa yang rajin bersenam tapi masih mengamalkannya...Saya dulu juga merupakan perokok tetapi sudah 29 tahun berhenti...Alhamdullilah...








...Telah menjadi tabiat bagi saya jika masuk ke mana2 premis atau kedai makan...jika terlihat ashtray di atas meja pasti                                                                   akan saya alihkannya ketempat lain sebelum duduk...


...Bila orang tebang pokok, bina loji, asap2 kilang yang tak terkawal kita marah dan ikut sama yang lainnya berkumpul di tengah padang sambil mengangkat sepanduk...Namun sebenarnya apa yang kita buat selama ini (hisap rokok) juga menjadi penyumbang kepada pencemaran alam!! Yes indeed!


...Menjenguk ke negara jiran saya amat kagum dengan pendirian, undang2 dan penguatkuasaannya...sekali lagi penguatkuasaan..bukan saja rokok tapi chewing gum pun menjadi satu kesalahan bagi mereka...Dengan denda yang maksimum tanpa compromise jelas pemimpin mereka benar2 mahu mendisiplinkan raakyatnya...Kerana jelas akan mudaratnya...Sebaliknya yang berlaku di sini...Amat toleransi dan diplomasi hingga memakan diri...undang2 hanya kita lalukan di celah kangkang saja gayanya...Mengimbau ketika bekerja di premis fast food dulu...sisa chewing gum merupakan masaalah ' besar' bagi kami kerana sering ianya dijadikan perangkap oleh pelanggan tak bertanggungjawab di bawah meja yang akan terkena kepada orang lain yang duduk di meja berkenaan...Ini juga satu contoh betapa murninya naluri sivik orang kita...Ehemm!


...Kita sepatutnya sedar dan turut berasa malu kerana sejak kebelakangan ini banyak pengajaran yang ditunjukkan melalui makhluk lain terhadap kita yang dikatakan sesempurna dan semulia makhluk yang kononya bukan saja mempunyai otak tapi turut bersama dengan akal...Namun dari segi attitude sebenarnya kita gagal untuk mempertahankannya....(Maafkan saya)


...Untuk itu sempena 31 Ogos kali ini jom hentikan tabiat merokok atau apa saja habit yang buruk agar ianya benar benar memerdekakan kita...Bagi yang pernah mencuba dan gagal..Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya...




...P/s : - Sebenarnya merasa hebat atau cool ketika merokok hanyalah faktor psikologi saja dan tak lebih dari itu...Sama jugaklah dengan makan di Dome atau lepak di Starbuck bagi sesetengah orang...




Thursday, August 20, 2015

...Unik Alam Ciptaan Nya...(Ulang)




...Aku suka mendengar bunyi petir dan guruh di langit..Juga melihat pelangi ketika gerimis...Bagi aku ianya amat unik dan cukup untuk memberitahu kita akan kekuasaan Allah yang ampunya alam ini...Alhamdullilah...


...Semasa kecil kami dilarang dari menunjuk pelangi dengan menggunakan jari tangan...Kecuali dengan hanya memuncungkan bibir kearahnya...Maka terjojol lah muncung masing2 ketika itu...Hilang langsung comel walaupun sebenarnya comot...


...Waktu petang selepas asar kami akan bermain layang layang di padang depan rumah dengan bantuan angin yang kencang..Awan usah cakap lah memang cantek dengan Stratocomulus,Altokomulus,Sirokomulus dan lainnya...Ada yang berupa bentuk binatang atau raksaksa dan kami kanak2 yang sememang penuh dengan imaginasi akan mereka2 cerita tentangnya...


...Selepas itu bila tiba waktu sebelum maghrib di atas padang kami suka duduk mengadap matahari jatuh...Kita semua tau betapa indahnya alam ketika itu dengan warna merah di kaki langit menerbitkan satu rasa yang susah untuk digambarkan..Subhanallah!!!...


...Ketika bercamping di Pantai Morib bersama team Pengakap sekolah kami menikmatinya di tepi pantai,begitu juga ketika tinggal di kaki Bukit Kledang...Sekarang pun jika bertugas ke Utara aku suka melaui jalan Tambun Tulang...Bayangkan lah melihat matahari jatuh waktu senja di tepian sawah...


...Tapi kini adakalanya bunyi guruh atau pun petir membuatkan aku berasa gelisah..Kerana ujan berserta angin sekarang berbeza berbanding dulu...Panas pun semakin terik hingga menggigit kulit badan dek penangan lapisan ozon yang semakin menipis...Suka atau tidak kita terpaksa melaluinya...kata orang berani buat berani lah tanggung...Kita tidak mampu mengekang dari tidak melakukan pembakaran terbuka..Kita tidak betah untuk menghalang kilang dari mengeluarkan asap beracun...Kita tidak layak untuk berkata Tidak!! Kepada mereka yang melakukan ujian nuklear!!! Astagfirlullah!!    

Monday, July 27, 2015

...Perang Yang Lagi Satu...






...Makanan dan perayaan telah senonim menjadi budaya dan tak dapat dipisahkan dalam hidup manusia...Makan, minum borak2, makan, minum borak2 di Hari Raya, kenduri kendara, kedai mamak...lagi, lagi, lagi dan lagi....tanpa kita menyedari atau selidiki samada ianya satu keperluan atau hanya 'kegilaan' melayan nafsu...


...Cuba kita bayangkan bagaimana suasana sesuatu majlis jika tiada jamuan disediakan, bukan saja ianya tidak meriah bahkan kebarangkalian tidak mendapat sambutan dari orang ramai...Jika tidak masakan kita sanggup berduyun2 beratur panjang yang konon tujuannya semata mata untuk berjabat dan beraya dengan pemimpin yang tak kenal pun siapa kita (contoh)...





...Sebenarnya selepas Ramadhan kita sekali  lagi diuji dengan ujian  yang tak kurang hebatnya...Usah memberi alasan bahawa kita sedang  merayakan kemenangan setelah sebulan menahan diri diuji maka sekarang  masanya untuk 'balas dendam'(makan2) Sedangkan sebenarnya kita sedang melalui  satu lagi fasa ujian besar di bulan Syawal pula...Jika  dikatakan u what u eat betul le  tu...Bagaimana pun tidak menjadi kesalahan untuk mengadakan jamuan dalam apa apa majlis keraian...kerana itu juga merupakan amalan yang baik...bersedekah dengan memberi orang makan...selain dari itu ianya dapat merapatkan lagi hubungan ukhwah...Cuma apa yang perlu diambil perhatian ialah semasa di majlis kawal nafsu makan dan tingkah laku serta tutur kata...selain dari itu kebersihan juga mesti menjadi keutamaan jika berkunjung janganlah hinggakan sampah, habuk serta puntung rokok pun dibuang merata kerana...Cara mana kita makan mewakili sikap/akhlak kita semua itu juga melambangkan siapa diri kita...Ambil makanan kadar seadanya bukan hingga tak cukup pinggan kemudian ditinggalkan membazir...Bukankah membazir itu sikap Syaitan...





...Ketika bekerja di Deli Paris dulu setiap hari makanan yang tidak habis dijual (bukan sisa makanan) akan kami masukkan kedalam bekas plastik dan kemudian kakitangan sebuah Rumah Kebajikan Orang Tua akan datang untuk mengambilnya pulang ke tempat mereka...Jadinya tiada berlaku pembaziran...Saya kira ini satu usaha kebajikan  yang sangat baik dilakukan oleh bangsa asing terhadap masyarakat tanpa mengira kaum dan agama...Bukan itu saja jika kita perhatikan sekarang pun telah sering pihak2 swasta dan peniaga serta badan koporat Non Muslim melaksanakan tanggungjawab sosial mereka di bulan Ramadhan...Munkin mereka juga percaya akan kelebihan bersedekah lebih lebih lagi di bulan yang mulia...






...Jadi  apa yang boleh kita lihat semua itu ialah..Nafsu nafsi...Tanpa nafsu dan  tarikkan ianya tidak  menjadi...apa saja pun...dan boleh kita faham perang mengawal nafsu makan sama hebat seperti perang yang lainnya juga...Oleh itu Makan untuk hidup atau hidup untuk  makan...














Tuesday, July 21, 2015

...Raya 2015...





...Sepertimana tahun tahun sebelumnya kali ini pun saya tidak membeli pakaian baru untuk diri sendiri melainkan untuk anak isteri saja...Munkin dek kerana usia yang makin meningkat sesuatu yang berunsur material tu dah kurang tarikannya dari dalam jiwa...Maka sarungkan aje la apa yang ada..Yang lama....yang vintage..Bukan kah Old Is Gold...Sungguh pun begitu saya wakilkan anak untuk beli saje product 'vintage' ini untuk Raya kali ini...demi listening and reading pleasure...In fact pakaian baru jika dibeli akhirnya akan menjadi lama..Ilmu lama jika baru dibeli akan kekal fresh selama lamanya...






...Selamat Hari Raya buat kawan kawan yang di luar sana..Maaf zahir & batin...Peace No War!...


Monday, June 22, 2015

..Mulia Hati Ada di Mana2...



                                                ...Skru 1 inci yang ditarik keluar...

...Baru baru ini saya ke Pekan Kecil Gerik di Hulu Negeri Perak...Dimaklumkan yang Gerik ini suatu masa dulu amat terkenal dengan Ilmu Santau serta anasir komunis dari Parti Komunis Malaya yang mana turut menjadi laluan mereka untuk berulang alik ke Selatan Thailand...tapi itu dulu dan bukan itu yang menjadi topik omelan saya kali ini...Gerik sekarang telah jauh majunya berbanding dulu...Sudah ada KFC ada Pizza Hut juga Seven Eleven...Stesen bas besar, ada hotel yang cantek dengan harga yang menarik...pejabat pejabat kerajaan yang dibina baru (upgraded) selalunya faktor2  inilah yang menjadikan penyebab sesebuah tempat itu dikatakan maju...




...Setelah selesai berurusan pada sebelah malamnya keesokan paginya kami bersiap siap untuk
check out agak awal untuk balik semula ke Ipoh...Sebenarnya kami masih punya masa untuk balik pada malam itu jugak tapi saya lebih suka bermalam untuk mengelak pelbagai risiko di jalanan yang antaranya banyak dengan lori treler dan bas express...Selesai menaikkan semua barang saya perasan tayar depan sebelah kanan telah kempis sepenuhnya...Aihhh!! Saya menyuruh isteri dan anak untuk ke kedai mamak berdekatan untuk bersarapan manakala saya pula terus mencari kedai tayar...malang sekali hari Ahad tak banyak kedai yang buka termasuklah beberapa kedai tayar di pekan ini...Ke hulu hilir saya menapak sambil bertanya kepada orang ramai hingga saorang Apek memberitahu hanya ada sebuah kedai tayar dibuka pada hari Ahad cuma ianya agak jauh lebih kurang dua kilometer dari sini...Saya mengambil keputusan terus menapak kesana dengan perut yang masih kosong tapi terasa kenyang dek taanggungjawab yang mesti segera dilunaskan terlebih dulu....




...Tshirt yang saya pakai sudah lenjun dek peluh bilamana tiba tiba saorang anak muda rugged yang menunggang motor Yamaha LC 135 memberhentikan motornya sambil bertanya...Di pendekkan cerita anak muda tadi mengajak saya untuk membonceng dan mencari kedai berkenaan...Walhal sebenarnya dia juga sedang bergegas untuk ke kedai motor disebabkan tayar motor beliau juga sudah separuh pancit!! Ahhh saya jadi serba salah dan langsung menyuruh agar dia mendahulukan hal beliau...namun Alhamdullilah Tuhan telah menggerakkan hati anak muda ini untuk menolong saya dan kami terus menaiki motor dengan tayar hampir kempis sepenuhnya dan saya yang tak berhelmet...rupanya dia sendiri juga tidak mahir dengan pekan ini...setelah agak lama berlegar legar akhirnya  terjumpa juga dengan kedai tayar yang dicari tadi...




...Sebenarnya masih ramai dikalangan kita yang mempunyai hati 'manusia' yang tulus dan ikhlas terutama dalam hal bantu membantu dengan ikhlas berbanding dari mereka yang tidak mahu langsung meraih untung akhirat dengan pahala yang dijanjikan Tuhan, bukan saja kepada orang lain hatta kepada orang tua dan adik beradik sendiri...Nilai kemanusiaan, kasih sayang, tolong menolong bukan saja kepada manusia tetapi juga kepada lain lain makhluk Tuhan  seperti juga Iman perlu dipupuk dalam diri, keluarga, kawan kawan dan masyarakat dan yang paling penting semuanya dilakukan dengan ikhlas dan kerana Allah...maka dengan itu InShaAllah...Allah tidak akan lupa pada kita...You get what you give! 



...Jika pahala itu mampu dilihat saya percaya ramai di antara kita akan tamak atau pun berebut rebut untuk melakukan amal kebaikan...begitu jugalah dengan dosa jika nampak di mata kasar sekoyong koyong mengekori kemana saja pergi sudah tentunya kita tidak mau langsung untuk bersubahat apatahlagi berbuat maksiat...Pengajaran dari kisah ini mengingatkan kita bahawa rupa paras, pakaian serta gaya penampilan sesaorang bukan lah kaedahnya yang membolehkan kita melabel akan attitude sesaorang...Jelasnya isi takkan sama dengan kulit... 

Friday, June 12, 2015

...Antara Perkongsian Dan Mencari Perhatian...



...Dunia semakin laju meninggalkan kita...jika lambat kita akan ketinggalan dalam banyak bidang dalam pelbagai hal dan ini mengingatkan saya pada lagu Dunia Perlumbaan - Sweet Charity (yang mana sebenarnya lebih suka pada versi Republic Of Brickfields)...Surat khabar tidak lagi terjual atau mendapat angka jualan seperti dulu...Justeru untuk mencapai target jualan naskah yang tinggi pihak penerbitan perlu melakukan pelbagai aturan strategi baru untuk  menaikkan semula ranking jualan...Maka segala rupa bentuk sensasi pun dicipta hinggakan cicin tersekat di anu pun mahu dijadikan cerita...Selain dari itu untuk menampung kos pengeluaran yang semakin meningkat, ruang iklan turut dijual kepada siapa dan apa saja product...dan senonimnya orang Melayu memang obses dengan pelbagai product kecantikan, kesihatan dan ubat kuat! Maka itu jugalah yang sering diwar warkan...Apa yang menjadi persoalan mengapa dalam keghairahan untuk menjual produk mereka sanggup menampilkan iklan yang taboo...sedangkan ianya diiklankan dalam akhbar atau media yang mampu diikuti oleh semua golongan dan peringkat umur...Adakah kerana terdesak untuk mencari perhatian dek persaingan perniagaan? Tak munkin juga jika sekadar perkongsian maklumat...


...Lebih kurang jugak halnya dengan melibatkan ruang maya sekarang ini....di mana ramai  kalangan kita yang sering menguploadkan (betul ke ayat nih) gambar dan pelbagai cerita peribadi mereka di wall kepunyaan masing masing...Bagi sesetengah orang ianya poyo kerana berprasangka mereka yang begitu cuma mahu mencari perhatian atau lebih dari itu cuba menunjuk nunjuk...Bagi saya ianya subjective...orang boleh kata apa saja begitu juga sesiapa pun boleh memuatnaik atau melampirkan cerita atau kisah peribadi di wall masing masing...Bagi diri saya ianya lebih berupa perkongsian sesama rakan  jauh sekali untuk menunjuk nunjuk atau meraih perhatian...kerana kita sendiri pun turut berkongsi cerita dari rakan rakan lainnya...


...Di kala kehidupan kita semakin sibuk yang mana peluang untuk berkumpul dengan kawan kawan saolah olah tiada, jadi mengapa kemudahan  internet mesti kita ketepikan...Di internet, Facebook atau Instagram contohnya kita masih boleh berhubung, bersembang, bertukar tukar pendapat tanpa had selagi kamu larat...Jika dulu masa untuk sendiri pun tiada dan untuk keluarga juga terhad..semua pernah saya lalui sebelum ini...


...Jadi isu untuk mencuri perhatian atau untuk menunjuk nunjuk atau dalam kata lainnya poser adalah terpulang kepada individu itu sendiri...dan jika ianya ditujukan kepada saya, saya berkeras menafikannya...Kita berhak untuk mengatur hidup sendiri dan bukannya orang lain...Suka saya untuk mengulang cerita di mana dulu saya pernah dilabel sebagai 'TERDESAK' kerana memuatnaik gambar keluarga bersama ibu tercinta...Apakah ini boleh membuatkan orang lain berasa jengkel atau merasa tergugat atau pun cemburu??? Bagi saya yang simple ini senang saja...Bukankah 'sharing is caring'...di wall FB atau blog saya jika suka boleh layan dan tunggu..jika menyampah atau rasa tergganggu sila kan berlalu...Namun saya percaya rakan rakan bloggers saya di sini semuanya tidak begitu...Kerana kamu semua sememangnya cool and true! Untuk itu gwa salute sama lu! 



...Hidup di dunia ini bagai satu perlumbaan
Ada yang menang ada yang kalah
Yang kalah kan tenggelam di dalam jurang yang sengsara
Yang menang pula menjadi Raja
Tak kira mengira cara apa
Berlari dan berlari terus berlari
Ternyata dan jelas yang lebih kuat kan menang
Yang lemah pula kan keciciran
Hati yang pada yang menang ialah ikhlas dan kehormatan
Walau ini hanyalah khayalan...


...Apa saja yang dikejar kejarkan
Ini paling harus dia mengerti
Jangan sampai sesat haluan nanti
Memang benar diri kita mesti menang
Tapi apa yang dipertarungkan
Jangan sampai menyesal kemudian hari...  


...Hasrat semua manusia tiada banyak bezanya
Semuanya ingin menang saja
Tak kira terpijak kaki lawannya
Tak kira kerana di hati iri masih ada...  

- Sweet Charity -


Tuesday, May 26, 2015

...Lubuk Timah...




...Cuti Tahun Baru China yang lalu saya mengambil peluang untuk bersantai bersama keluarga...Ini pun setelah sekian lama tidak dapat melakukannya dek kekangan masa dan tugas...

...Pertama kali kesini seingat saya munkin dalam 20 tahun lepas atau munkin lebih dari itu...Tak sampai pun seminggu sebelumnya tempat ini telah dirasmikan oleh YB Menteri  Besar Perak...Maka dengan itu ianya bermakna telah dinaik taraf sebagai tempat berkelah keluarga.Cuma agak hairan mengapa setelah sekian lama baru kini ianya dinaik taraf… dalam erti kata lain diambil peduli...

...Terletak lebih kurang satu setengah kilometre dari jalan besar menuju ke Cameron Highland...Jika dari Plaza Tol Simpang Pulai kira kira 8 kilometer...Asalnya adalah bekas lombong bijih walaupun tidak nampak langsung pun akan kesan kesan tinggalannya...Seperti  lain lain tempat...Kini mempunyai pelbagai kemudahan seperti tandas, surau chalet serta pondok untuk berteduh yang boleh disewa dengan murah...Yuran masuk Rm 3 bagi dewasa dan Rm 1.50 untuk kanak kanak...Saya perhatikan tiada tong atau pun bekas sampah yang disediakan...Namun itu bukan lah satu alasan untuk kita tidak boleh menjaga kebersihan tempat ini..Inisiatif atau kesedaran dari pengunjung perlu ada, jika pelbagai makanan serta minuman boleh kita bawa dari rumah mengapa tidak dengan plastik sampah nya sekali...

...Walaupun ketika musim panas sebegini saya perhatikan airnya mengalir deras (saya tidak turun ke air kerana lebih suka bersantai di bawah pondok) Pernah juga berlaku kes pengunjung yang mati lemas seprti yang dilapurkan dalam akhbar dulu...Terdapat juga kolam air panas (suam) yang tak seberapa besarnya namun padat dengan pengunjung di dalamnya...Melayu, China, India, Sikh, Bangla semua ada…1Msia kata kao!  Ok untuk itu layan aje lah gambar yang ada nih...