..Yo, asking for support is not a sign of weakness,it is actually a sign of intelligence..it gets you out of a hole and it gives other people an opporturnity and experience to help...WanBeruas
Total Pageviews
Friday, October 16, 2015
...Anugerah...Biarlah Bermaruah...
...Mana2 jabatan, organisasi kerajaan atau swasta setiap tahun mengadakan majlis penghargaan kepada kakitangan yang dikira telah melaksanakan tanggungjawab dengan baik dan berkesan...ini wajar dilakukan sebagai tanda terima kasih kepada mereka yang terpilih...Selalunya rumah sudah siap pasti ada pahat yang berbunyi...ini tidak dinafikan..di mana2 pun serupa...ada pro kontranya dalam hal ini...Apa yang dipertikaikan dan menjadi tanda tanya oleh kebanyakan orang ialah cara mana mereka itu dipilih...apa kreteria yang diperlukan hingga mereka diberi anugerah yang dipandang tinggi itu...bukan sekali malah ada yang berturut2...Apakah tiada lagi orang lain yang layak?!...Sedangkan kerja dalam organisasi manapun dilakukan secara cluster atau berkumpulan ...namun penghargaan yang diberi lebih bersifat individual...
...Semua sedia maklum dalam usaha memaju atau menaikkan sesuatu organisasi memerlukan persepakatan dan kerjasama dari seluruh anggota...namun berlainan jika untuk menjatuhkannya...cukup dengan hanya satu atau dua anggota melakukan onar...namun yang malang dan menanggung kesan adalah keseluruhan jabatan itu sendiri...Pengalaman saya pernah menyaksikan beberapa kakitangan awam yang diAnugerah Perkhidmatan Cemerlang telah diambil tindakan oleh SPRM setelah didapati mengamalkan rasuah, aktiviti pecah amanah dan menipu terhadap jabatan masing2...Inilah isunya yang sering menjadi pertikaian di kalangan ramai kakitangan...Harapkan pagar, pagar yang makan padi...Dalam isu ini saya melihat ianya berlaku disebabkan masaalah kepimpinan...Pemimpin yang terlalu mengharap kepada orang bawahan dengan menyerahkan segala tanggungjawab hingga berlaku kes take for granted atau ketirisan...atau pun munkin pemimpin juga turut bersekongkol!?....
...Jika ditanya ramai anggota yang tidak bersetuju dengan kaedah yang diguna pakai oleh pihak atasan sekarang dalam usaha memberi penghargaan kepada kakitangan mereka...kerana lebih banyak buruk dari baiknya...antara lain akan ujud sindrom bodek atau lobi melobi, akan ujud rasa tidak puas hati dikalangan anggota, timbulnya pilih kasih dan pelbagai lagi...Setelah sekian lama rasanya amat wajar penambahbaikan dilakukan atau munkin ada cara lain yang lebih praktikal...
...Seingat saya dulu pernah dimaklumkan oleh saorang fasilitator di negara Jepun anugerah yang diberi akan ditarik balik jika pekerja berkenaan tidak mampu mengekalkan prestasi mereka selama tiga tahun berturut2 malah ada yang langsung dibuang kerja...ini menunjukkan bahawa mereka amat mementingkan kualiti dan integriti dalam organisasi...dan bagi mereka lagi semua anggota adalah sama tiada individu yang layak dilabel sebagai orang kanan atau orang harapan...jika disini apa yang kita lihat orang harapan itulah yang sering menjatuhkan imej sesuatu jabatan...dan mereka licik dalam melindungi kegiatan...Namun sepandai pandai tupai melompat ke tanah jua akhirnya...
...**Kesal kita selalunya islamik pada penampilan tapi tidak dalam amalan...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
mungkin untuk mereka dan organasasi yang menjanjikan kerja jangka panjang, kerja tetap ada lah masa buat benda2 ni semua, tapi untuk ramai juga ni semua tak penting, yang penting ada kerja.
Most to most Boss ke, supervisor ke, manager ke, foreman ke, datang dan cakap "well done" atau "thanks for just now"..
Post a Comment