Total Pageviews

Wednesday, November 7, 2012

...Vietnam 2012...Part 1...


...Trip ini sebenarnya telah beberapa kali tertangguh..Alhamdullilah kali ini ianya menjadi...Berlepas dari LCCT pada awal pagi 7.01..Janji orang puteh..Ok laa camtu...aku tak perasan berapa jam penerbangan sebab dok layan ngantuk...kata orang tidur2 ayam...

...Mendarat dalam cuaca yang agak kurang baik (bagi aku lah) dan urusan imegresen tak amik masa yang lama sangat...sebab masih awal pagi,jadi airport pun tak sibuk lagi....

..Selepas itu naik bas dan terus Notre Dame salah sebuah bangunan bersejarah tinggalan penjajah Perancis...mujur kami dah sarapan masa dalam flight tadi...Tengahari pergi lunch kat satu restoran Muslim yang mana tokey nya sama nama dengan aku...cuma cakap aje macam itek dengan ayam walaupun depa punya broken english tapi pekat Amerika nya beb...Selepas makan baru ke hotel untuk check in...

...Semestinya jika melawat tempat orang lebih2 lagi tempat yang tak pernah aku jengah ada beberapa perkara yang menjadi perhatian aku...Sejarah,budaya,waktu solat,makanan,sosio ekonomi penduduk setempat selain tempat2 menarik...Antara tempat2 yang termasuk dalam schedule lawatan kami adalah Muzium Perang yang mana gambar2 di dalamnya banyak yang aku snap dan muatkan dalam entri yang terdahulu,Sungai Mekong,Dataran Mekong,Dusun Buahan2 Dataran Mekong,Terowong Cu Chi,Ben Thant Market,Ben Thant Night Market,butik menjual pelbagai jenis sutera,Deuter,Colombia serta The North Face,Hard Rock Cafe,Masjid di Ho Chi Minh, dan lainnya lagi...Sepanjang masa 4 ari 3 malam di negara ini cuaca sentiasa mendung dan hujan...namun alhamdullilah tiada satu pun schedule kami yang tergendala...

..Sebuah Negara bekas jajahan Perancis sepertimana Malaysia yang juga pernah dijajah banyak tinggalan mereka yang boleh kita lihat..bangunan2 lamanya,budaya serta amalan pemakanan antara yang menjadi highlight saya...Sebagai sebuah negara pengeluar kopi kedua dunia,semestinya rasa kopi mereka serta aromanya antara yang terbaik! Di sana sini terdapat banyak tempat yang menjual buah2han dan French Bread..dan sememangnya aku lebih suka makan roti jadi tidak jadi masaalah untuk aku dengan hanya makan buahan2 bersama2 sewaktu sarapan berbanding mereka yang lebih suka pada nasi goreng atau lain2 makanan yang berat2...Satu pujian,French Bread mereka jauh lebih segar serta sedap berbanding yang terjual di AEON serta Deli Paris di Malaysia cafe di mana pernah aku bekerja dulu (mampuih ada yang nak kena penyepak ni kang..hehehehe)

...Munkin kerana telah terbiasa dengan kesusahan masa lalu maka ia menjadi satu kebiasaan atau budaya bagi mereka yang nampak amat selesa dengan hanya duduk di bangku2 kecil serta rendah sambil bersembang dan minum pagi atau petang di gerai2 tepian jalan...tiada zone selasa agak nya dalam kamus hidup mereka...asal boleh...

...Seperkara lagi bila berada di kalangan mereka aku berasa tersangat gemuk..sebabnya amat payah..sekali lagi...amat payah untuk melihat lelaki atau perempuan mereka yang berperut gendut apa lagi yang berbadan gemuk...Kehidupan mereka yang perlu bekerja keras serta corak amalan pemakanan yang lebih kepada banyak makan sayur,roti,buahan2 serta sup yang tidak berminyak antara penyumbang yang aku rasa membuatkan mereka mempunyai susuk tubuh sebegitu...Kuat pada kerja, kurang pada makan...Contoh paling dekat serta mudah...Pemandu pelancung kami menjalankan tiga kerja sekaligus...Sebagai pemandu pelancung,sales girl serta pembantu di restoran...Haahh!! Salute...Yang tua sebaya mak aku munkin..pun masih berkerja keras dengan menjadi pendayung sampan atau berjualan di pinggir jalan...Memang struggle..Namun tiada muka ‘ketat’ yang terpancar di wajah mereka!!!

...Sayang pada alam semulajadi serta bumi...Jika dilihat mereka masih menyimpan banyak pokok2 besar yang terdapat di dalam hutan belantara di tengah2 bandar Ho Chi Minh ini...Walaupun sebelum ini menjadi padang jarak padang tekukur dek penangan 'Agent Orange'...(lihat entri terdahulu)

...Pengaruh Amerika yang pernah bertapak di sini semasa perang saudara lama dulu jelas dengan kebanyakan rakyat mereka yang berbahasa Inggeris menggunakan slang Negara Uncle Sam itu...terdapat ramai juga benih peninggalan mereka yang di gelar AmerAsia yang aku temui...

...Amat menghargai masa..Walaupun bandar Ho Chi Minh sesak dengan kenderaan tapi tepat pada masa yang dijanjikan untuk bas datang mengambil kami...

...Tidak banyak lampu jalan serta traffic light..walaupun kenderaan lebih2 lagi bagi motorsikal serta skuter amat banyak dan bersimpang siur tapi tiada berlaku perlanggaran...Disiplin ketika mereka menunggang serta memandu patut dipuji..begitu juga di lebuhraya yang maksima pecutan hanya dibenarkan 80km...tiada  yang aku lihat berlumba lumba...hingga kan topi keledar lebih kepada accesories sahaja bagi mereka...Suka boleh pakai tak suka tak payah pakai...Aku sendiri telah cuba melintas di tengah2 kekalutan lalulintas itu..namun boleh dikatakan..ajaib!! Mereka tahu menghormati hak kita sebagai pelintas jalan!! Disini?!?!..Ahhh usah cakap laaa...Silap2 mati katak kalu idak pun jadi bahan sumpah seranah pengguna lain...:0(

...Selain dari itu tiada apa lagi yang nak aku ungkapkan...Kerana dari gambar2 yang ada ini sudah cukup untuk bercerita serta dikongsi...:0)










































Sungai Mekong























P/s:- Aku sebenarnya sedang mengalami sindrom malas nak upload gambar2 yang banyak tu...
....Makanya, ok cukup untuk kali ini..bersambung dalam entri yang lain pulak...hehehee...
.






















Monday, October 22, 2012

…Tiada Diskriminasi Dalam Muzik....





...Sejak kebelakangan ini kita lihat semakin ramai artis luar dari genre "Besi Waja" yang dibawa masuk oleh organiser2 kita...Rasanya ini bertitik tolak dari kelonggaran yang diberikan oleh pihak KDN...Munkin jugak baru sekarang mereka yang di atas nampak akan benefitnya di situ...atau munkin setelah belajar dari negara jiran seperti Singapura dan Indonesia contohnya...

...Faedah yang dimaksudkan di sini ialah dalam industri pelancungan,aliran wang dari pelancung serta peminat yang turut bersama2 menyertai konsert atau gig artis pujaan mereka...kerana ini jugaklah yang selama ini berlaku bilamana konsert2 diadakan di Thailand,Singapura dan Indonesia...ramai dikalangan peminat metal tegar di sini yang berkunjung keluar negara...hingga ada yang sampai ke negara German untuk menyertai Wacken Festival dan Download Festival di Donnington Park,England...Kemasukan pelancung asing bagi tujuan menyaksikan festival music ke sini dirasakan lebih selamat kepada negara kita..berbanding kemasukan orang luar bagi tujuan bekerja,belajar atau melancung...kerana kita sedia maklum bahawa kebanyakan mereka ini berakhir dengan melencung...

...Bagi tujuan memberi lebih lagi kelonggaran ini..pihak KDN diharap akan lebih peka dan dapat menjalinkan kerjasama dengan mereka2 yang telah lama bergelumang dengan muzik berat ini...Ini bertujuan agar mereka dengan mudah dapat menapis serta mengenal pasti mana2 band yang boleh mengundang kontroversi atau mana2 yang tidak peka akan sensitivity masyarakat serta agama Islam...Di samping itu juga bagi tujuan mengelak tersalah anggapan seperti mana dulu ketika isu Black Metal dimainkan...hinggakan sesiapa saja yang memakai T shirt hitam terus saja dilabel sebagai Pemuja Syaitan...Ini lah yang berlaku bilamana sesuatu isu itu tidak dikaji secara telus dan hanya semberono saja...

...Jelasnya di sini scene bawah tanah mempunyai banyak tenaga2 profesional terdiri dari anak Melayu yang berwibawa...mereka terdiri dari lawyer,engineer,guru,pensyarah juga Dr Phd...yang mana mereka2 ini sememangnya mempunyai pengalaman serta jaringan yang luas ke serata pelusuk dunia...Scene bawah tanah ini bukanlah seperti mana katak dibawah tempurung yang hanya tahu akan dunianya sahaja...ianya lebih meriah,lebih hebat lebih kental jati dirinya berbanding yang berada di mainstream yang meriah hanya dengan suntikan glamour segala macam....

...Scene muzik bawah tanah di Malaysia bergerak secara D.I.Y!!!!Pun begitu ia masih di atas landasan yang betul...tidak seperti yang orang ramai fikirkan...Untuk untuk memertabatkan scene serta industri muzik tanahair bagi mencapai ke satu tahap yang membanggakan seperti yang berlaku di negara jiran...ianya perlu dianjurkan dengan lebih profesional...Justeru jalinan kerjasama dari pelbagai pihak seperti penggiat muzik berat serta pihak yang berkaitan lainnya perlu diujudkan dengan lebih telus...Ini kerana "Tiada Diskriminasi Dalam Muzik" baik dalam scene underground mau pun mainstream...

Wednesday, October 17, 2012

...Cakap Kata Hati..Pt 20...

...Di mana2 pun kita boleh jumpa manusia yang suka kepada kita tanpa sebab...juga sebaliknya yang membenci tanpa sebab yang konkrit serta waras...Yang tidak suka dengan cara penampilan,cara bercakap,hatta dengan muzik yang kita layan...Namun terpulang pada diri sendiri samaada membenarkan mereka berterusan menggugat kehidupan kita...Atau kita terus berdiri teguh dengan pendirian serta matlamat dalam hidup serta menerima diri sendiri seadanya sambil bersyukur...Cuba untuk menjadi yang terbaik kepada semua...Namun jika itu juga tidak memadai bagi mereka...ada lebih baik diberikan saja pada orang lain...Kita disini bukan untuk memuaskan hati semua orang...Cukup dengan menjadi diri sendiri...Wallahualam...

Saturday, October 13, 2012

...Cakap Kata Hati...Pt 19...

....Ada yang bila tak dapat projek marahkan YB itu marahkan YB ini...Kenapa tak jadikan diri sendiri aje sebagai YB...Yang Bekerja bukan Yang Berharap!!


P/s: - Tangan yang memberi itu lebih mulia dari tangan yang menerima...Maka berusahalah...

Wednesday, October 10, 2012

...Terowong Cu Chi & Perang Vietnam...

...Sejarah tercipta bilamana Ho Chi Minh yang menganut fahaman komunis pulang setelah lama merantau di seluruh dunia...Kata orang jauh berjalan luas pandangan..dan bila pulang pasti membawa akan sesuatu...salah satunya adalah ideology...Ini lah yang dibawa oleh beliau untuk negara beliau Vietnam negara tumpah darah...

...Secara ringkas Vietnam pernah dijajah oleh Perancis selama lebih kurang 2 dekad...Vietnam yang mempunyai dua wilayah utara dan selatan...Utara adalah acuan komunis manakala selatan pula mengamalkan fahaman demokratik...

...Pulangnya Ho Chi Minh ke Vietnam bersama azam untuk menyatukan Selatan dan Utara dibawah satu panji dan di bawah satu fahaman..Iaitu komunis...Untuk memenangi hati raakyat di selatan beliau telah menjalankan program propaganda dan menubuhkan pasukan tentera guerilla yang digelar sebagai Viet Cong...Mereka menyusup kedalam kampung2 untuk menyampaikan dakyah yang kononnya cuba untuk sama sama keluar dari cengkaman penjajah ketika itu...Ironinya mereka dibantu sepenuhnya oleh parti Komunis China dan juga Russia yang pada ketika itu merupakan 2 kuasa besar dunia selain Amerika...Justeru Amerika yang tidak mahu akan penguasaan komunis menular di Asia Tenggara amnya mengambil pendekatan dengan mencampuri hal ehwal dalaman negara ini dengan membantu Vietnam Selatan setelah negara itu ditinggalkan oleh Perancis...

...Dari susur galur ini..akhirnya berlaku perang saudara ciptaan dua kuasa besar yang menjadikan negara lain sebagai bahan uji praktik dengan senjata serta ideologi ciptaan mereka...Russia & Amerika sememangnya berlumba dalam penciptaan senjata dan bermusuh sejak sekian lama...

...Amerika sebenarnya tersilap dalam mengatur percaturan dengan memerangi Viet Cong yang mengamalkan taktik guerilla ( Perang dalam hutan – bagi saya askar Amerika hanya merupakan ulam bagi askar Viet Cong) berbanding askar2 mereka yang hanya terlatih di padang pasir Amerika..

...Salah satu mercu tanda yang hingga kini menjadi sejarah dan masih kekal adalah kubu yang juga dijadikan sebagai hospital,pusat mengatur strategi,tempat persembunyian,juga laluan yang menghubungkan mereka terus ke base camp terbesar pihak Amerika!!!(untuk serang hendap)...Semuanya ini merupakan penempatan tiga tingkat yang terletak di bawah tanah!!...Di terowong yang hanya memuat kan tubuh kecil Viet Cong ini lah mereka mengatur pelbagai strategi bagi memerangi askar Amerika serta sekutunya...Kubu rahsia ini juga memainkan peranan besar bagi kemenangan Vietnam terhadap Amerika – Simboliknya Russia dalam mengalahkan Amerika...

...Panjang terowong ini lebih 200 kilometer ke sempadan Cambodia hingga terus ke sungai Mekong...namun yang masih ujud adalah sepanjang 120 kilometer sahaja...baru baru ini saya berpeluang melawatnya...Setakat yang saya mampu ingat dari penerangan yang diberi oleh ‘tourist guide’...(balik hotel baru dapat tulis info dalam buku catitan)Kebanyakan ‘tikus terowong’ gelaran bagi askar amerika yang cuba untuk memburu musuh di dalam terowong ini akhirnya mengalami ‘extreme panic attack’ setelah gagal mengawal diri didalam terowong yang sesetengah tempat lubangnya semakin mengecil..selain dari itu turut terbunuh akibat serangan musuh serta jerangkap samar di laluan zig zag tersebut...Saya yang turut mencuba untuk memasuki laluan ini yang telah pun dipulihara dan diluaskan dari size sebenar namun masih juga tidak telus...kecuali anak bongsu saya yang merasai pengalaman berjalan (jalan itek dan sesetengah tempat merangkak)bersama video cam nya...apa yang boleh saya kata di sini adalah :- Semuanya...Aneh,Gila serta Ngeri!!!...












...Jika menonton filem2 buatan Amerika antara lain seperti Apocalpyse Now,The Deer Hunter tiada lain hanyalah propaganda menunjukan betapa merekalah yang handal serta bijak...kononya hanya Viet Cong saja yang kejam!!Namun apa yang sebenarnya berlaku di Vietnam...semua itu terjawab disini!!!...Jelasnya Amerika hanya menang di dalam filem mereka...

...Pada tahun 1966 Januari 7...Satu operasi pengeboman yang disebut sebagai 'Operation Crimp' telah dijalankan dengan jumlah bom seberat 30 tan digugurkan menggunakan jentera B - 52 pesawat yang sama digunakan untuk menggugurkan bom atom di Hiroshima dan Nagasaki pada Perang Dunia Kedua...Namun ianya tidak mencapai kejayaan sepenuhnya kerana pelbagai usaha lain yang dilakukan untuk membuat mereka keluar dari pesembunyian gagal...dek kerana rekabentuk terowong serta sistem pengudaraan yang canggih pada ketika itu yang mampu memberi kelebihan kepada Viet Cong.....Kemudian bersama sama tentera Australia mereka melakukan sekali lagi operasi kali ini diberi nama 'Operation Cedar Falls'...mempunyai kekuatan lebih besar berbanding sebelum ini (sayangnya saya terlepas peluang untuk mendengar lebih lagi info akan perkara ini)Secara kasar ianya berjaya namun sia sia...Moral tentera Amerika telah menjunam teruk..Mereka marah kerana telah dihantar berperang di bumi asing dan bukan untuk negara sendiri,kecewa,paranoid,trauma,sakit mental dan pelbagai lagi permasaalahan yang berkaitan dengan jiwa...Setelah buntu mereka akhirnya menggunakan jalan singkat tapi gila!Amerika telah mempraktikan kaedah menyembur racun yang mengandungi dioxin dari udara!!Salah satu yang paling popular juga disebut dengan nama 'Agent Orange' 45,000.000 juta liter telah disemburkan...Dengan hanya 8gm dioxin ini mampu membunuh seramai satu juta orang!! Apa yang berlaku kemudiannya...Lihat lah antara gambar2 yang saya muatkan di sini...



- Mereka manusia yang bongkak dan sombong -










..."Guys were about to shoot these peoples...I yelled"..."Hold it".."and shot my picture".."Later as l walked away,l heard M-16 open up"..."From the corner of my eyes l saw bodies falling".."But l didn't turn to look"
- Photographer Ron Haeberle remembers..










- Victim of Phosphorus bombs -




...sepatutnya Amerika serta kuasa besar lainnya belajar dari apa yang berlaku di Vietnam dengan tidak lagi mencampuri hal ehwal negara luar walau apa pun alasannya..Memandangkan lebih banyak kemusnahan yang berlaku berbanding pemulihan..namun ini tidak berlaku sejak dulu hingga kini...Rata2nya PBB serta kuasa2 besar seperti NATO hanya tahu bersidang sambil terus rakus menggunakan kuasa veto yang mereka ada...

...Era Selepas Perang... ..Amerika keluar dari Vietnam pada tahun 1972...Tahun 1975 Republic Of Vietnam pun tertubuh hingga kini...Dibawah pemerintahan komunis di negara yang hanya mempunyai satu parti ini,piliharaya tetap diadakan namun bukan di antara mana mana parti..tapi cuma untuk memilih pemimpin dikalangan mereka sahaja...

...Selepas era perang mana2 keluarga yang mempunyai anak paling ramai akan menerima anugerah tanah paling banyak...Setelah sebelumnya semua tanah2 di negara itu diambil alih oleh kerajaan...Namun sekarang setiap keluarga hanya dihadkan untuk mempunyai anak seramai dua orang... ..Kini Vietnam telah mengorak langkah dengan pesat ke arah negara membangun dalam banyak bidang antaranya agriculture (pengeksport kopi kedua terbesar dunia)sukan - bola sepak & takraw lebih terkehadapan berbanding Malaysia.Pada 2014 akan menikmati hasil minyak sendiri berbanding sekarang minyak yang diperolehi dihantar ke negara Russia sebelum diimport semula.Tidak hairan harga petrol mereka mencecah Rm 4 bagi satu liter...Industri pelancungan telah lama ujud dan semakin berkembang,hotel2 lima bintang banyak terdapat di Bandaraya Ho Chi Minh..begitu juga dengan pusat2 membeli belah bagi jenama terkenal juga banyak terdapat di sini...

P/S:- Ho Chi Minh difahamkan tidak pernah berkahwin..justeru beliau tidak mempunyai anak...Namun raakyat Vietnam menganggap beliau sebagai bapa..bagi generasi muda mereka memanggil beliau dengan nama gelaran Uncle Ho...

...Bersambung dalam entri yang lain pula...

Wednesday, October 3, 2012

…Hobi Baru...










...Sebenarnya aku dah lama bercadang nak bela iguana dan ayam serama tapi disebabkan takde ilmu tak berani le aku merealisasikannya...Bila dah takde ilmu saja2 nak bela bermakna aku sengaja menempah risiko...Harga dah le mahal..buatnya mati tak ke rugi?

...Beraya ke rumah ipar aku di Bt Gajah baru2 nih...aku dioffer dengan sepasang ayam serama..Ha haa..Pucuk dicita ulam yang mendatang le yop..Tapi mushkil gak aku mulanya..Pasal penjagaannya...Ilmu ayam aku memang zero beb...Ilmu potong2 daging ayam,buat fillet,nugget dan marinade masa kat Grandy’s ada le.. itu pun kalo nak ikut methodnya yang betul banyak aku dah lupa...Tapi bila dikatakan tak banyak kerenah dan senang menjaganya jadi ape lagi..Carry on je laa...Haha masuk dalam kotak terus bawa pulang..Selalunya KFC barrel tapi kali ini ayam idup pulak..hehehhee...



P/s:-...Sedangkan binatang pun tahu erti berkasih sayang mengapa tidak lagi bagi manusia...kita sepatutnya malu dengan semua ini...Tuhan menegur kita dengan pelbagai cara..Terpulang bagi kita samada tau menilai serta menginsafinya...

Tuesday, September 25, 2012

...Ganu Trip...

...Bertolak dari Ipoh pada jam 11.45 malam..Lewat 45 minit dari yang dijanjikan..Huhh dasar janji Melayu!!!Sampai di Jeli hujan lebat..Sungguh tak selesa kalo travel dalam ujan lebat nih..larut malam pulak tuhh...Sekilas ternampak 2 ekor gajah bebalam2 dipanah cahaya lampu halogen... ...5.45 pagi..Singgah di sebuah masjid di tepi jalan...Katanya di Setiu...Masjid yang banyak kucing berkeliaran...Kucing musafir kot..hahaha..Selepas itu teruskan perjalanan ke Kuala Terengganu... ...1st day...Entah apa mimpi aku pagi ni breakfast dengan kopi & nasi lemak..dengan butir nasinya yang besar besar...Dah macam beras Basmathi... ..Aktiviti biasa2 je laaa..batik,kopok leko,kopok losong,Pasar Payang,Masjid Kristal...bla bla blaaa...Malam lak BBQ dengan karaoke...Humm semua program klise!!...Aku amik peluang bersembang dengan ayah kepada Zizan Raja Lawak yang join sama malam tu... ...Dalam pada tu siang sebelumnya sempat gak aku menyelam sambil minum air...Hahaaaa..ini jee yang happening!!! Shhhh!! ...So next day...Breakfast kat satu gerai yang ramai orang beratur panjang...Ushar tengok apa yang special..Nasi Kerabu..Ooo itu ke yang depa dok serbu...Sori bukan taste aku apatah lagi kalo nak beratur macam tu..So cari kueh yang takde kat Ipoh..ada le satu dua yang pelek2 ropanya..So itu yang jadi sarapan aku untuk pagi ni bersama air suam... :- My conclusion for dis trip - Nothing different & special!! One of the reason...cos i can't see anything that related to mamak's foods...Huhuu...OK enuff! Before take another trip to Vietnam... ..Actually dis new version of blog window really make me mad!!! l feel so hesitate to write down my words on it...So for dis time around for you my blog readers out there....What can i say?! I m sorry....huhuuu....:0(...Hummm anyway is there anybody out there can do somethin about it?!?!

Tuesday, September 18, 2012

..Kita Perlu Peka Sebenarnya...(Amalan Lama Bukan Mestinya Lapuk)

..Saban hari kita dengar di radio dan lihat di LCD tv berita kemalangan yang melibatkan anak2 yang terdiri dari kalangan remaja...

...Pelbagai kempen serta amaran yang diberi bagi kebanyakan kita tidak menjadi kesan yang menakutkan walau sekelumit pun..justeru berpesta di jalanraya dengan merempit contohnya adalah satu kebiasaan...Pantang ada peluang dan hari cuti...begitu jugak lah dengan mana mana jeram,water fall atau pun pantai juga begitu...Malang memang tidak berbau maka dengan itu jangan pulak kita yang mencari...

...Sudah jadi macam satu trend bila musim raya orang kita yang putus tangan dan buta mata..bila tengok Moto GP dalam TV anak muda kita jugak yang bermatian beraksi di atas jalan dengan merempit...Masa tu la nak jadi superman yang sudahnya orang lain pulak yang jadi supir man membawa mereka ke emergency room idak pun terus ke belakang spital...

...Kalu anak jiran sekampung kita dok wheely motor depan umah kita..Takkan kita nak amik part tengok je dengan senyum...kalo tak dimarah pun tegur2 le dengan berhemah..abih kalo dah tersungkur depan mata tak ke menyusahkan jugak kita yang menjadi penonton tadi...Maka di sini lah sikap amik tahu atau prihatin kita yang memainkan peranannya...

...Macam sekarang ni musim ujan contohnya..minggu lepas aku brisk walk kat sekitar kampong aku..ternampak dua kanak2 kecil bermain di tepian paya depan rumah mereka..aku lalu menegur pada saorang mak cik yang rasanya opah kepada bebudak tu.."Jaga2 mak cik jgn biorkan bebudak tu..takut2 kot ada ulo sawa dari paya tu...Tapi yg sedihnya mak cik tu walau tak menjawab tapi memandang aku dengan wajah sinis...Agaknya dalam ati dia cakap.."Lu apa hal...suka ati mak bapak tiri aku lah..nak bior cucu aku main ayor koto tuhh..!!!

...Kebiasaannya orang kita sering mengaitkan sesuatu bala itu sememangnya sudah takdir tanpa berusaha untuk menhindarinya sedari awal...memang kita wajib percaya pada qada dan qadar..namun jangan lah ayat itu dijadikan alasan pelepas diri dari rasa bersalah kerana sikap dan kelalaian kita sendiri...

...Sikap perihatin sesama kita sebenarnya perlu dipraktikkan semula dalam masyarakat..bukan lagi kau hal engkau aku dengan hal aku...kalo dulu ada yang marah bila anak mereka ditegur jiran sekampung kerana berkelakuan tidak semiak...Harapnya jangan lagi begitu selepas ini...Masa kecik dulu jiran sekeliling menjadi mata serta telinga kepada mak abah aku..dan sebenarnya bukan berlaku pada aku saja,ia turut dialami oleh kengkawan aku jugak...Ianya dah umpama anak aku anak kamu jugak...Bukan kerana busy body tapi keperihatinan sesama sendiri..itu yang jelasnya...

...Semua kena berganding bahu untuk berubah...kalo kata orang anjakan paradigma kita harus kedepan tapi untuk ini anjakan kita kembali kebelakang..Ye...kalo dah itu yang terbaik....Amalan yang lama bukan mestinya lapuk...Soal keselamatan bukan lagi perkara individu tapi hal sejagat...



P/S:- Al Fatihah buat anak gadis dari kampung aku yang mati dibunuh sebelum Raya baru baru ini...

Wednesday, September 12, 2012

Merdeka 55 Tahun..



...31hb.Ogos 2012 dah lama tinggal..tapi bagi aku belum terlambat kalo nak sembang pasal Merdeka nih...Humm tahun ni aku tak bersemangat langsung nak nyambut Merdeka walau anak2 aku awal2 lagi dah pacak bendera depan rumah...Dan tahun ni aku rasa kempen untuk sambutannya amat over berbanding dengan yang sebelumnya...Bayangkanlah bukak je TV iklan Merdeka le yang muncul...Tayangan gambar Melayu pun balik2 Sarjan Hasan dengan Bukit Kepong...Kiranya dari dulu Sarjan Hasan tu idak le pencen2nye lagi...

...Tutup TV pasang radio IKIM kot nak dengar ceramah...Ate Radio IKIM pun ceramahnya pasal Merdeka jugak...Tengok balik Tv Tanyalah Ustazah..pun lagi mengesahkan Merdeka...Rasa2 lagu Tanggal 31 Ogos dari Sudirman tu kalo masuk billboard haruih dapat no satu..huhuu...

..Macam entri aku yang lepas2..aku tak kata kita dah Merdeka sepenuhnya..mana2 negara pun especially negara Dunia Ketiga atau negara2 membangun..tetap idak lagi merdeka..everything just on paper...Penjajah belah pun mereka tetap juga meninggalkan segala macam bendanya..bagi mentality bumi yang raayatnya pernah mereka jajah..Pengaruh,ideology,gaya hidup..sume itu kekal...Tapi dalam hal ini boleh jugak kita cakap dari konteks lain..Maksudnya kita meniru mereka sebenarnya...Play safe punya cakap...

....Jika diperhatikan sambutannya pada tahun ini lebih diaduk kan dengan kempen pilihanraya...Namun kalo tak dibuat pun tak boleh jugak kerana ini lah peluang dan ketika yang paling baik untuk pemerintah meraih serta menambat terus hati raakyat...aku lebih suka jika dalam kempen Merdeka ini penekanan diberi kepada betapa perlu kita mengekalkan kemakmuran,hormat menghormati sesama sendiri yang semua ini telah banyak terhakis dalam masyarakat berbanding dengan kata2 atau ingatan terhadap orang ramai tentang betapa banyak yang telah dilakukan oleh pemerintah seperti pemberian itu ini begitu begini...

...Namun apa saja kata2 dari siapa pun itu bukan soalnya..siapa pun berhak untuk menyatakan pendapat...Masing masing punya difinasi terhadap erti kemerdekaan itu sendiri..samaada merdeka jiwa maupun minda...

...Pemerintah juga berhak mendapatkan timbal balik dengan apa yang telah 'dilaburkan' selama ini...Jika mengkritik tidak seharusnya pulak dianggap pembangkang...kalo menyokong pula belum tentu mereka itu penyokong...Selamat Hari Kebangsaan 2012...


P/s:- Aku tak pernah ke Dataran DBI untuk apa2 sambutan pun...Tapi sambutan hari Malaysia tahun ni hendak jugak rasanya bawak famili kesitu...Last year ada FTG tahun nih entah apa le pulak..hehehee..

Monday, September 3, 2012

..Raya Tetap Jadi...



..Rasanye tukang declare ni dah masuk ke generasi yg ketiga..Tapi tu laa sejak dari dulu sampai lani…Aje tak pernah nye happy deme nih..aku pun heran…Kita nak raya bior le happy dan ceria beb..Bak kata Ustaz Kazim kalo bertakbir tu nape pulak nak sayu mendayu2 walhal kita sedang merayakan kemenangan...Cer tukor pulak rentak atau melodi tuh...ala ala nasyid ke atau nusantara ke..hehehe...Kalo time kecik2 dulu aku akan ternanti2 time penguman Raya atau Posa nihh..Bila kata esok raya jee…Riuh rendah le serata berek tu...Yang bebudak terjerit2 kegirangan..mak bapak lak sibuk nak menyiapkan segala keperluan apa yang patut...last kopek preparation...

...Berbanding dengan tahun lepas..esok nak Raya aku masih lagi ke out station..best tul time tuhh..di sepanjang perjalanan dapat tengok pelbagai suasana & persiapan yang dibuat..Ceria tul..Aku yg tengok pun ikut teruja....Tapi posa tahun ni aku tak kemana2..dok dalam situasi bertenang hahaha...Citer pasal keje outstation time posa nih teringat lak aku..Suatu masa dulu dengan sorang kawan balik dari Kampar...dek kesuntukan masa kami berbuka dalam keta je kat Pekan Gopeng...time tu ujan lebat sungguh nak keluar dari kereta pun tak boleh...mujur sebelum tu dah beli sedikit kueh...Bayangkan le dok dalam keta kat tepi jalan dalam ujan lebat..Fuhhh silap2 kena sapu dengan kenderaan lain...

...Tahun ni macam last year jugak aku cadang nak bako lemang kat kampong..kat umah seniri agak payah..ye la mane pulak aku nak cari kayu api wehh...Kalo kat umah mak tu bukan senang sikit tapi senang banyak...Nak semelih dan juei dagin lembu ngan kambin pada ari memasak pun aku cancel je kali nihh...Tukar strategi pulak hehehhe..

...Sehari sebelum raya aku masih lagi terkial kial menyiapkan keperluan yang sepatutnya...Tesco St 18 dan AEON dekat ngan umah tapi aku lebih suka membeli barangan dapur ke Mydin samaada di Meru atau Manjoi..walau pun jauh dari kediaman aku...Salah satu sebab ia kepunyaan orang kita Islam jadi support le sama gak...selain dari itu pelanggan nya kebanyakan terdiri dari orang Melayu..99.9% ini kita boleh tengok beb!! Semuanya buat aku lebih selesa berada di situ...Owh ye secara personal aku pernah menemui tokey Mydin yang berketurunan Pakistan tapi bercakap loghat Kelantan ini...beliau pernah bekerja dan menimba pengalaman dari Taikun RHB Bank Dato Rashid Hussin...atas tujuan apa aku menemui beliau? Ok kalu rajin nanti aku ceritakan dalam entri yang akan datang...So rajin rajin le follow up...

...Malam Raya selepas solat Isyak kami beramai ramai bertakbir di Masjid dekat rumah kemudian turut bersama sama melayan jamuan yang disediakan,selepas itu baru kami pulang ke kampung...Seronoknya puasa bila waktu berbuka serta bersulamkan solat terawikh pada malamnya...Kemuncaknya adalah Raya dan bersolat sunat berjemaah di Masjid....dan seterusnya happy pula dengan ada nya kanak2 serta mengunjungi ibu bapa di kampong...serta berbalas2 kunjungan dengan saudara mara...bergurau senda bermaafan tanpa adanya perasaan sinis,prejudis dan yang seumpamanya...jika tiada semua ini maka takde maknanyelah akan Raya itu...

...Raya tahun ini adalah merupakan Hari Raya yang paling happy bagi aku,mak dan famili serta sanak saudara yang pulang ke kampung...Kenduri yang mak buat seperti mana tiap kali pagi Raya pun amat meriah dengan dua kali bacaan doa dari orang ramai yang datang...In fact feel Raya kali ini lain sungguh dari kebiasaan...Dan inilah kelebihannya jika beraya dengan orang tua dan keluarga di kampung...Alhamdullillah!!


























....FuuHHHHH!!!!




...Moga next year kita diberi peluang dan dapat lagi berjumpa dengan Ramadhan dan mampu beramal..Amin...Ok di peluang yang ada ni aku nak ucapkan Selamat Ari Raya serta ribuan ampun maaf pada semua yang singgah dan baca blog aku nie (ade ke pun)...Walaupun cuaca panas terik,kemarau mau pun ribut taufan melanda walau di mana pun...Raya Tetap Jadi...





Monday, August 27, 2012

…Erti Satu Persahabatan…



...Kita mampu mendapatkan ramai kawan yang boleh ketawa memanjang ketika besama mereka...Namun masih maukah bersama jika kita mengalami masaalah??

...Seperti kata orang tua2 kawan ada pelbagai versinya...ada yang boleh dibawa masuk kerumah,ada yang setakat depan pintu,ada juga yang setakat pintu pagar juga ada yang hanya setakat dibawa bersembang di kedai kopi...Itulah kepelbagaian istilahnya...

...Untuk mencari atau mendapatkan saorang kawan yang boleh dipanggil sahabat tidak semudah memilih ikan di pasar...Ayat klise yang biasa didengar..kawan ketawa mudah dicari kawan menangis tanggung lah sendiri...Kerana ramai yang hanya mau bersama ketika kita senang tidak pada sebaliknya...

...Meminta tolong kepada kawan punya maksudnya yang luas dan pelbagai...Sebagai contohnya di sini ialah jika kita menghadapi masaalah dalam membuat pilihan,ketika berada di persimpangan yang memerlukan nasihat atau sokongan dari orang lain...Di ketika ini lah kita mampu menilai akan peribadi sesaorang samaada mereka adalah sahabat atau pun hanya kawan2...Menceritakan perihal masaalah lebih2 lagi yang peribadi tidak seharusnya dilakukan kepada semua kawan..kerana dalam ada yang menyokong takut2 ada sokong yang membawa rebah....Terlajak perahu boleh diundur terlajak kata malu dibuatnya....





...Dalam hidup ini aku bersyukur kerana mempunyai ramai kawan yang berstatus sahabat..Tak kira samaada muda atau yang lebih tua dari aku...Status kami tidak menjadi batu penghalang..Kerana kita semua sama...Bersyukur aku kerana selain menjadi teman ketawa dan bergurau senda...dengan adanya mereka jugalah yang banyak memberikan aku semangat serta dorongan dalam menghadapi kerenah dunia dan isinya...Masaalah aku masaalah mereka juga begitulah sebaliknya..Sememangnya kita saling memerlukan...saling sandar menyandar..Hatta pelanduk di hutan perlukan kawan...Munkin juga ini berkat ikhlas dari doa yang sering kami tujukan untuk sesama sendiri...Ini memang janji kami...

...Sememangnya perbuatan yang disulami keikhlasan itu memberi kesan yang amat bermakna...Seperti yang masih aku lakukan dengan meneruskan hubungan baik kepada kawan2 mak dan arwah abah aku....Semoga juga hubungan silaturahim aku dan semua sahabat serta kawan2 akan terus terjalin serta berkekalan sehingga ke anak cucu...Kerana sememangnya itu juga dituntut oleh ugama...Wallalhualam..