Total Pageviews

Monday, August 27, 2012

…Erti Satu Persahabatan…



...Kita mampu mendapatkan ramai kawan yang boleh ketawa memanjang ketika besama mereka...Namun masih maukah bersama jika kita mengalami masaalah??

...Seperti kata orang tua2 kawan ada pelbagai versinya...ada yang boleh dibawa masuk kerumah,ada yang setakat depan pintu,ada juga yang setakat pintu pagar juga ada yang hanya setakat dibawa bersembang di kedai kopi...Itulah kepelbagaian istilahnya...

...Untuk mencari atau mendapatkan saorang kawan yang boleh dipanggil sahabat tidak semudah memilih ikan di pasar...Ayat klise yang biasa didengar..kawan ketawa mudah dicari kawan menangis tanggung lah sendiri...Kerana ramai yang hanya mau bersama ketika kita senang tidak pada sebaliknya...

...Meminta tolong kepada kawan punya maksudnya yang luas dan pelbagai...Sebagai contohnya di sini ialah jika kita menghadapi masaalah dalam membuat pilihan,ketika berada di persimpangan yang memerlukan nasihat atau sokongan dari orang lain...Di ketika ini lah kita mampu menilai akan peribadi sesaorang samaada mereka adalah sahabat atau pun hanya kawan2...Menceritakan perihal masaalah lebih2 lagi yang peribadi tidak seharusnya dilakukan kepada semua kawan..kerana dalam ada yang menyokong takut2 ada sokong yang membawa rebah....Terlajak perahu boleh diundur terlajak kata malu dibuatnya....





...Dalam hidup ini aku bersyukur kerana mempunyai ramai kawan yang berstatus sahabat..Tak kira samaada muda atau yang lebih tua dari aku...Status kami tidak menjadi batu penghalang..Kerana kita semua sama...Bersyukur aku kerana selain menjadi teman ketawa dan bergurau senda...dengan adanya mereka jugalah yang banyak memberikan aku semangat serta dorongan dalam menghadapi kerenah dunia dan isinya...Masaalah aku masaalah mereka juga begitulah sebaliknya..Sememangnya kita saling memerlukan...saling sandar menyandar..Hatta pelanduk di hutan perlukan kawan...Munkin juga ini berkat ikhlas dari doa yang sering kami tujukan untuk sesama sendiri...Ini memang janji kami...

...Sememangnya perbuatan yang disulami keikhlasan itu memberi kesan yang amat bermakna...Seperti yang masih aku lakukan dengan meneruskan hubungan baik kepada kawan2 mak dan arwah abah aku....Semoga juga hubungan silaturahim aku dan semua sahabat serta kawan2 akan terus terjalin serta berkekalan sehingga ke anak cucu...Kerana sememangnya itu juga dituntut oleh ugama...Wallalhualam..

No comments: