Total Pageviews

Monday, July 26, 2010

..Memory Lane aka Lam Lok Kin..

...Kat Ipoh ni kalo sebut je Lok Kin atau Lam Lok Kin, sume orang tau..Asalnya nama satu lorong kat Ipoh ni..di situlah tempat di mana orang akan berjualan..dan kebanyakan nya adalah barang barang lama..aku tak berapa tahu akan sejarah asal tempat ini..Cuma lepas tu ianya dipindahkan ke Peoples’s Park..tapi orang masih lagi sebut Lok Kin..bertempat di Pekan Lama yang aku rasa lagi happening tempatnya..luas dan sedap mata memandang..masa di sini dulu aku pernah berjualan baju bundle dan lain lain barang...

..Pernah sewaktu aku bertugas di Teluk Intan..ada satu mamat tu bertanya ketika aku sedang membelek belek bundle kat pasar malam pekan tu..Bro,lu biasa jual bundle kat railway station Ipohkan? Aku agak terkejut terus senyum dan menjawab..Ooo itu cita lama tuhh..Aku sebenarnya dulu berjualan bundle pada tiap2 malam kat railway station Ipoh dan pada hari ahad kat Lok Kin ni lah...

..Tapi bila railway station tu nak di naik taraf abis semua gerai kat tepi2 tu dipindahkan ke lain dan kami pulak ditempatkan di satu tempat Gerbang Malam namanya..tapi semua peniaga yang aku tengok ada lah muka baru dan tak saorang pun dari kami yang berniaga di tempat lama tu berniaga pulak di sini..ehemm termasuk lah aku hehee..tapi aku ada sebab tersendiri..bukan pencen munkin lain masa aku buat balik sebab aku memang suka layan bundle...laku sikit2 pun tak ngapa janji ati seronok..hehee..

..Ok balik pasal Lok Kin..selepas beberapa lama di Peoples Park..pindah lagi kali ini di jalan Lim Boo Seng pulak..dan di beri nama komersialnya Memory Lane..Tapi tu laa..ianya lebih popular jugak dengan nama Lok Kin..agaknya memang lebih senonim dengan nama tu..

..Sebenarnya banyak cerita suka duka yang berlaku semasa aku berjualan di sini dulu..antaranya berebut tapak berniaga..ada jugak nyaris kena saman dengan DBI sebab berniaga tanpa lesen..bukan aku tak nak amik lesen tapi kerenah birokrasi dema tu yang buat aku dan ramai di kalangan kami yang meluat,menyampah,getik dan benci..lebih lebih lagi penguatkuasaan pun main pilih bulu..Mat Negro yang berniaga jam kat sebelah tapak aku tak diusik pun..Amoi pendatang sepatah haram cakap melayu tak tau yang menjual gelang manik depa buat tak nampak jee..peerahh....

...Ada satu cita pasal kawan aku yang senior nih ..Pak Wan..satu ari Ahad dia g Super Kinta dengan menaiki motor..lepas beli ikan dia turun semula ketempat parking untuk balik, alih2 helmet dia dah leboh..tapi dia relax je sebab tau apa nak buat..dia pun menapak ke Lam Lok Kin yang tak berapa jauh tu..ushar punya ushar nampak le helmet buruk dia tu dah didisplay untuk dijual perghh...dipendekkan cerita dia pun beli le balik dengan harga sepuluh hinggit..he hee..Itu le antara kisah di Lam Lok Kin..yang banyak menyimpan cerita dari dulu,masa zaman mak abah aku hingga lah sekarang..jadi sapa sapa yang ke Ipoh pada hari Ahad pakat jengok jengok le..seronok gak ape..

..So aku nak cakap banyak pun tak pandai jadi layan je la gambo yang ada nihh..











..tinggalan John Wayne..hehee..





...wanna try me? Don't hesitate to get closer..







































...dah nama pun rare..mahal gila bebb..








P/s: - Banyak lagi gambo tapi tak larat nak up load ngan server yang slow jee nihh..

Tuesday, July 20, 2010

..Di sisi kehidupan..

..Semua manusia kau,aku,dia,maukan apa saja yang terbaik..anak anak,suami,isteri,kawan kawan adik beradik,pekerjaan,rezeki..semua dari kita tiada siapa pun mahu menjadi manusia malang atau tak bernasib baik..tapi kalo dah ketentuan Tuhan..nak kata apa lagi..kita cuma boleh berusaha,berdoa dan bertawakal,kemudian serah semua pada Nya..

..Ada saorang kawan ataupun boleh aku panggil sebagai kenalan sebab aku tak rapat dengan nya..drug addict.. dua minggu lepas orang jumpa mayat beliau kat dalam tandas yang berkunci dari dalam di sebuah patrol pump kat jalan Pasir Puteh..tak tau le overdose ke apa ke..cuma yang boleh, kita berbaik sangka aje lah kat dia..itu ari dia..ari kita tah macam mana pulak..
..kat tempat kerja mamat ni selalu dijadikan bahan ketawa atau mainan pada staff yang lain..namun dia tak pernah marah..disebabkan dia camtu semua depa takde le nak simpati..tapi dia ni rajin menegur aku begitu jugak lah dengan aku..ye la dah orang baik dengan kita knapa lak aku nak sombong..aku simpati dengan nasib dan keadaan diri dia..kerana aku tahu bila sampai di peringkat ini dia dah payah sangat nak buang tabiat itu..burok cakapnya la (Sorry) dah nama pun penagih..aku percaya dalam dirinya tentu terselit rasa ingin bebas dari dadah yang membelenggu dirinya tu..aku faham sangat mereka yang senasib dengannya..sebab dulu pun aku ramai berkawan dengan mereka yang menagih atau pun menggunakan dadah..semua ada sebab yang tersendiri..

..Seperkara lagi,mesti jugak dia mau jadi macam orang lain..gembira dengan keluarga dan anak2..setahu aku dia memang rapat dan sayang dengan anak2 dia..walau pun dengan isteri selalu berantakan ..Tiap hari dia akan menghantar dan mengambil anak dari sekolah..sebelum meninggal baru baru ini dia memberikan anak2 yang seramai empat orang itu dengan gambarnya sekeping sorang..dan membelikan 2 buah basikal untuk mereka..

..Satu petang kat opis dia meminta sebatang rokok dari staff lainnya..dah le tak diberi..ada pulak dua orang staff yang nak buat lawak bodoh/kurang ajar...mencucuh keratan akhbar lalu memberikan kepadanya sambil berkata..”Nah,ko amik ni isap” Dengan tak berkata barang sepatah perkataan pun dia terus berlalu..tahu tahu pagi esok member kata dia dah takde..Gulp! Aku agak mereka yang berkelakuan tidak matang semalamnya tu semestinya menyesal tak sudah..tapi itu pun kalo depa ada hati dan perasaan simpati..ehumm..

..Mari lah kita sama2 sedekahkan AlFatihah kepada beliau dan pada mereka mereka yang telah lebih dulu pergi dari kita...

P/S: - Bagi yang baru nak berjinak jinak dengan dadah ni..yang kononnya nak cuba try test..yang konon nak cool..tak payah laa..dah tau benda tu tak elok ngapa nak dicuba jugak..kalo pada peringkat cuba cuba ni aku memang tak simpati langsung tapi marah sesangat..

Monday, July 12, 2010

..Secangkir Teh…




...Secangkir teh Rooibos,bersulamkan roti raisin kompeni omputeh..berhalwakan Masquerade dari speaker Sony Ericcson W550...waduh waduh..nikmat Tuhan...diulit angin sepoii bahasa..bisa membuai perasaan shahduu..namun dipecahkan oleh kelentingan bunyi jentera..Mat Rempit..hampehh!!!!!

Monday, July 5, 2010

..Kelam..Terang..



..Di balik awan ku lihat bayang mu
Mengintai jauh ke dasar teluk
Seperti kelip kelip di malam kelam
Menjadi panduan bagi yang melihat
Tanpa mata,tanpa rasa..
Celik tapi buta..
Terpejam mata namun melihat
Kelam tetapi terang..
Satu nikmat tidak terperi..


P/s:-Alangkah beruntungnya mereka yang dapat melihat dengan mata hati..
rugi mereka yang menengok dengan mata tapi tak menghayati..kelam dalam terang..
gelap tetapi terang..

Tuesday, June 29, 2010

..Gotong Royong..Dulu dan Sekarang..

..Masa aku kecik dulu bila kenduri kahwin diadakan di kampong aku sebulan sebelum itu lagi orang kampong dan tuan rumah akan sibuk untuk merancang dan membahagikan tugas dalam melaksanakan hari yang bakal tiba itu nanti..masing masing telah diberikan tugas kaum belia ditugaskan untuk mencari kayu api..Humm cari je lah kayu apa pun janji mau menyala je bila dicucuh dengan api..kaum ibu akan bergotong royong untuk mengacau dodol,halwa maskat (perghh lama dah tak layann)membakar kuih bahulu kuih bakar,kuih goyang,kuih telinga keling..haa kome tau kuih apa tu? Itu la kueh cucoq meniram..(cucoq maniam kot)..budak budak pun tak kurang jugak peranan nya dalam menolong..humm tolong menyibukk..ha haa..
Tidak, sebenarnya macam macam yang boleh kami lakukan tolong merumput di sekeliling umah antaranya..ini kerana contoh atau semangat tolong menolong itu telah diperlihat oleh orang dewasa jadi secara langsung kami bebudak pun terikut sama..

..Seminggu sebelum kenduri kaum ibu beramai ramai akan kerumah tuan punya majlis untuk menghantar gula sebanyak 1 – 2 kilo seorang..ini dikira sebagai sumbangan untuk meringankan beban tuan rumah…mak aku kata,syarikat gula..Mak oii!!He hee jadi tuan rumah tak perlu le bersusah payah keliling daerah untuk membeli gula..macam sekarang ni yang siap kena tunjuk kad kahwin plak dulu,baru Cina kedai nak bagi beli,itu pun dalam jumlah yang terhad..

..Selalunya tiga hari sebelum majlis...akan diadakan majlis tahlil atau doa selamat dan meletak kerja..hari menggantung kata depa..ye la nak gantung langsir baru,nak gantung kelambu,gantung lelangit dan pelbagai lagi kerja yang nak dilakukan..Pokok kelapa ada yang akan ditebang – batangnya akan dijadikan pelapik atau kaki bangku,daun nya pula akan dijalin untuk dijadikan pelbagai hiasan yang akan diletakan pada khemah..umbutnya pulak akan dibuat sayur untuk hari kenduri itu nanti..tapi aku suka makan mentah2 je..sedap oo rangup dan manis berlemak je rasanya..Haa lepas tu perut sendiri boleh dibuat gendang..angin laaa ape lagii..

..Pada hari memasak pula ia itu sehari sebelum kenduri kaum ibu dan kaum bapa serta belia akan bersama sama bergotong royong..untuk tidak kelam kabut kerja kerja akan di bahagi seperti mana sebelumnya..menyembeleh dan melapah selalunya akan dilakukan oleh kaum bapa,ibu ibu pula mengupas bawang dan lain2..riuh rendahlah dengan hilai ketawa dan gurau senda sesama mereka..kami kanak2 pun turut gembira..Esoknya anak anak muda akan bersama sama mengambil peranan ada yang menjadi penanggah,kehulu ke hilir menghidangkan kan juadah dan mengemaskan meja..ada yang menjaga air minuman ada yang berperanan membasuh pinggan mangkuk..susah senang,penat semua sama sama dikongsi..tapi semua itu tak terasa..semua dilakukan ikhlas dan atas dasar gotong royong..Itu lah yang dikatakan sepakat membawa berkat..Bila malam nya pula majlis diserikan dengan joget lambak..ada pancaragam atau pun Ghazal Parti yang banyak memainkan lagu lagu ala Hindustan siap dengan pelawaknya sekali..dengan disertakan penari ala padang pashirr…he he mula dulu mati mati le aku ingatkan yang menari tu pompuan..rupanya klon Mama Juwie ..Awww..maka orang kampong pun sama sama lah berjoget atau pun berhibur setelah penat bergotong royong pada siang harinya..

..Sekali air bah sekali pasir berubah..susah kita nak dapat rasa suasana macam itu lagi..sekarang nih..jika di kampong pun orang orang tua banyak yang dah tak ada..kalo ada pun tak larat dah..budak budak muda banyak yang dah berhijrah..

..Kalo ada orang tua pun mereka yang pencen pun banyak yang terus bekerja ini menyebabkan mereka terikat dengan masa..ye la sibukk..orang muda pulak lebih suka mengambil sikap tunggu dan lihat di tepi tepi khemah..tunggu orang jemput makan dan lihat orang yang kelam kabut buat kerja.. pun kalo boleh tunggu untuk disuap..apa? Banyak cantek ko punya mukaa..maka dengan alasan itu juga lah kenduri sekarang banyak yang dibuat secara kontrak atau catering aje..kira tuan umah tau cuci tangan je lah..pelamin kontrak,makan kontrak,cuci pinggan mangkok pun kontrak jugak..Cuma sediakan fulusnya saja...Jadi dengan itu masyarakat kita tak lagi macam dulu..semangat setia kawan dah boleh kata takde dah..ini juga lah yang akan berlaku bila..engkau dengan hal engkau, aku hal aku..

..Baru2 ni aku ke umah ipar di Bt Gajah..kenduri anak nya berkahwin..tak pakai kontrak..gotong royong..tapi aku kata cenoroyong..pasal ape? Pasal cam cita di atas tadi lah..ada sanak saudara lebih suka mereka ni mengadap tv dari menolong serba serbi di dapur....Adusss..jangan le cam tuu..

..Teringat jugak aku dengan satu mamat tu..udah le jadi mandor kepada kakak dia merangkap tuan rumah majlis..ke hulu hilir tengok orang buat keja sambil cekak pinggang..idak dia ngata orang lain tu pun dah kira besar tuah..ini siap menyindir plak lagi..“Orang tua sekarang ni macam2 ada yang suka kaler kaler kan rambut nak jadi orang putih!..Aikk? Apa sebab musababnya pun aku tak tau..tetiba je terpacul ayat tu dari mulut dia..nak berdakwah?Penama ni? Apa dia ingat dengan kopiah putih atas kepala dan janggut yang sejemput tu dah di kira sebagai,alim,warak dan punya lesen untuk mengata orang keliling ikut sedap ati?Agaknya dia ingat inai yang aku pakai di rambut tu tujuan untuk berlagak kot...he hee..Dengan hari yang sememangnya panas terik.. berdiri pulak di bawah khemah sambil menggoreng ayam potong 16 sebanyak 110 ekor..pulak dari pagi sampai pukul 3.30 petang..panas gak telinga aku nih..Tapi takpe..panas hati aku kejap je..apa yang aku harap hanyalah pahala, yang walaupun hanya sejemput..sebab aku buat,aku tolong semua tu pun secara ikhlas..tapi kan nak ikhlas ni pun banyak jugak dugaannya..Ehum,so aku pujuk hati,pujuk lagi dan lagi dan layaaannn je keja aku...lagi pun bukan rugi apa pun kat aku..hu huu...

Monday, June 21, 2010

..Apa Pulak Selepas Ini??



Hari ini 21hb.June 2010,115 tahun selepas dibina Penjara Pudu yang banyak menyimpan cerita dan kenangan dalam lipatan sejarah..yang menjadi tempat terakhir bagi banduan yang akan dihukum mati..akan dirobohkan..selepas ini apa pulak?Stadium Merdeka?Atau Mesjid Negara???

Tuesday, June 15, 2010

..Aku bukanlah kamu..

Aku adalah aku..
Apanya yang pelik apanya yang ganjil
Hanya kerana aku berlainan dari kamu
Apa yang peliknya kerana pendapat aku tak sama dengan kamu
Uniknya makhluk ciptaan yang Esa...tak akan sama kita semua..
Aku tetap aku tiada serupa lainnya seperti aku..
Kerana aku adalah aku dan bukannya kamu..

Wednesday, June 9, 2010

..Ketawa Dan Kita…Ate Moh le!

..Semua daripada kita mesti mengalaminya..bila suka hati secara tak langsung kita akan ketawa..sama jugak la kalo kita gelihati..ketawa sampai keluar air mata guling2 atas lantai lagi..dan kalo yang bladder tak kuat tu sampai terkencing pun ada..kerana apa? Suka hati & gelihatilah...Siapa di antara kita yang tak ketawa atau tak pernah ketawa atau paling cabuk sekali pun...senyum..aku rasa la kan,ada benda yang tak kena dengan dia..mesti check kot ada fius yang dah longgar atau tertanggal ke ape ke...

..Ketawa sememangnya perlu bagi kita manusia biasa yang normal mau pun tak normal..kerana dengan ketawa kita dapat melepaskan tekanan yang berada dalam diri kita..dari sudut sains juga ketawa juga dikatakan..boleh membaiki system imun,menggalakan tahap endorphine,mengurangkan tekanan,menambah baik keadaan mental dan memberikan satu cara senaman yang luar biasa..haa korang tau tak ketawa selama sepuluh minit ianya bersamaan dengan melakukan senaman selama setengah jam..dengan gelak ketawa jugak mendorong perjalanan darah yang baik kedalam hati kita..

...Hah!Jadi apa lagi.. ketawa lah..gelak lah korang puas puas semahunya..tapi jangan la kalo along dah simbah umah korang dengan cat pun korang masih lagi nak bergelak ketawa..haa itu memang ada yang tak kena..dan korang memaanngg nak kena..hehee..aku tak nak campur...

p/s : kat sini tak pernah pulak aku dengar adanya kelab ketawa..tapi di luar negara memang dah banyak pun...Meh kita buka kelab geletek...ko geletek aku aku geletek ko..pastu kita pakat gelak ramai ramai sampai muntah monggek..hu huu huarghhhh..

Monday, May 31, 2010

…Hidup & Kitarannya…



..Balik kampong baru baru ni mak aku tanya..”Pagi esok makan pulut tanak nak? Hah pucuk dicita ulam mendatang..sebenarnya dalam perjalanan pun hati aku dah terlintas nak minta dia buatkan nanti..bukan sebab wife aku tak tau masak ke apanye..tapi air tangan mak tu yang membuatkan makanan kita jadi lain dari yang lain..dan sebenarnya memang selalu macam itu..apa je yang yang aku idamkan walau pun tidak diberitahu pasti ada atau dia akan buatkan..aku pun tak tahu sama ada kebetulan,atau pun yang mahal nya naluri keibuan itu sendiri..Jadi esok paginya aku pun bersarapan lah dengan pulut tanak,ikan masin dan kopi O..ehemm..sambil bersila di lantai..aku berkata..”Mak kalo la ni kita sambil makan duduk kat atas dangau cam dulu2 tentu best nih”..Mak aku menyambung .."Emmm dulu dulu memang lee.."



..malam sebelumnya pukul 2.30 pagi aku tak leh lena..sebabnya aku dah tidur awal tadi,jadi bila terjaga je memang le susah nak lelap balik..aku nampak bintang yang dilangit dari celah penyambung bumbung umah mak/abah yang dah uzur…dan dalam samar2 aku lihat anak bongsu aku yang tidur di sebelah aku..memang dah menjadi kebiasaan dia tidur di celah ketiak sambil memeluk aku..seperti abang dan kakaknya dulu2.. dan dia pun dah makin membesar..banyak yang dah dan akan berubah..dari kecil,remaja dan dewasa semua itu kitaran semulajadi..dan bila dah dewasa mereka juga akan punya haluan dan hidup sendiri..dan akan meninggalkan aku seperti mana aku dulu meninggalkan abah/mak untuk hidup berdikari..



..aku sering teringat waktu mereka kecil2 dulu..Kak Yong yang suka terjerit2 menyanyikan lagu Isabela versi dia sendiri sambil berdiri dalam bakul kapcai aku ketika bersiar2 dalam kampong Dato’ Ahmad Said..Nabilah yang sering berjalan dengan cara terkinja kinja..dan alah pada susu..kena pulak le aku beli sejenis susu yang dah le mahal payah plak nak dapatnya..Hafiz yang berbogel ketika mengikut Opahnya berkebun..balik dari sekolah plak bebudak lain berlari mendapatkan mak ayah yang menunggu tapi dia selamba je berjalan..jumpa tiang siap pusing 2 – 3 kali dulu baru datang mendapatkan aku..Firdaus yang tak lekang dengan puting dan kemok (bantal mushuk) balik je sekolah itu yang dicari dulu….nyot nyot..nyot sambil humming lagu yang aku pun tak tau ujung pangkalnya..Si Ashraff plak suka dengar Linkin Park sambil ikut menyanyi,cara dia laa.. berambut panjang hingga ke punggung aku potong pun bila dia nak masuk tadika..itu pun ari pertama tadika che gu nya bagi uniform pompuan pada dia…apaa raaa..



..secara peribadi aku lebih suka mereka ni kalo boleh terus je menjadi kanak2 boleh aku dukung boleh aku cium boleh aku gomol,geletek,main lawan lawan cam dulu2..antara sebabnya pun aku memang suka dengan budak budak..tapi mana munkin dapat aku menahannya..ye la untuk mereka terus dewasa.. sesungguhnya aku memang tersangat rindu akan suasana seperti mana dulu..









...Tak tau aku..sama ada orang lain pun berasakan yang sama juga dengan apa yang aku rasa..seakan takut untuk aku lalui hari hari itu semua nanti..namun ketentuan dan kitaran alam ini seperti pagi akan beralih petang,petang akan beralih malam adalah dari kerja dan ketentuanNya..redha je laa kita...

Tuesday, May 18, 2010

..You re The Man Man On The Silver Mountain..



..hidup ini umpama menunggu angka giliran di kaunter Hospital..when your numbers up..you have to go...tak sangka masa layan DVD Heaven And Hell Ahad aritu beliau dah takde..sedih aku sama seperti masa kehilangan Sudirman dulu..Ronnie James Dio..

Thursday, May 13, 2010

..Tragedi 13hb.Mei 1969..

..13hb.Mei 1969..masa huru haranya manusia di bumi Malaysia..tika sebilangan dari kita yang hanya kemarukan tampuk kuasa..tamak haloba bermaharajalela..namun yang tinggal sudahnya hanya darah hanyir,debu dan dosa..kini di manakah mereka? Munkin di celah celah kehidupan kita..??


P/s:- Masa ni umur aku baru 5 tahun..tapi banyak yang masih aku ingat..perintah berkurung,rumah rumah dibakar,mayat bergelimpangan,siren kecemasan..semua membangkitkan rasa gerun..

Tuesday, May 11, 2010

..rentak hidup ini..

..Pagi tadi la kan aku pergi le ke Poliklinik Greentown untuk jumpa Doktor dan amik ubat lepas tu pergi plak ke Hospital Ipoh jugak untuk amik ubat..mak oii!..Aku tengok orang punya la ramai ish ishh dah macam market jee riuh rendah..kat kaunter ubat orang beratur macam nak beli tiket wayang cerita Grease masa aku tinggal di Banting dulu dulu..tapi semua bersopan takde le tolak menolak..ye la tengah sakit buat apa nak tambah lagi penyakit..he hee..Tak kira tua muda kecik beso semua ada..humm rata2 semuanya dah kondem..macam keta la jugak idak kalo takde le masuk woksyop..ehem termasuk la akuu..hu huu..Hospital Ipoh dengan Poliklinik ni sebelah menyebelah je..jadi aku jalan kaki je ke spital tu..on the way aku call kakak kedua aku yang semalamnya operate ketumbuhan dalam perut di Kedah Medical Centre..dia jawab dengan lemah.."Dalam ICU lagi" katanya..Oopss sori ingatkan dah masuk wad biasa..sebelum ni pun bulan lepas semasa operate yang pertama aku dah menziarahinya....

..Camtulah..bila dah tua ni rentak kita semua dah berbeza berbanding masa muda dan sihat dulu..laa nikan aku lagi senang atau mudah untuk berjumpa dengan kengkawan yang dah lama tak jumpa sebab masa ini masing masing dah menjadikan hospital sebagai pot no 2 selain kedai mamak..kalo tidak..saja saja nak berjumpa punya la payah..abih dah semuanya sibuk dengan hal dunia..la ni baru nak bertukar tempo..he hee..kalo dulu berjumpa sembang pun adala bertanya anak dah berapa orang bla bla bla..sekolah mana?...bla bla bla..Tapi la ni? Ko sakit apa mat?kencing tinggi ke?darah manis? ko makan ubat apa yang doktor bagi?makan ubat berapa kali sehari?he hee..kiranya nak sembang merapu tu ada gak lagi tapi takde serancak dulu..tengah sakit le katakan..Humm bila tengok atau berada dalam situasi camni..kita akan lebih insaf,lega dan sedar betapa bukan kita je yang sakit..orang lain pun sama gak..malah ada yang lebih teruk dan hebat lagi ujian yang ditimpakan..fuhh..letih jugak memikirkannya..letihhhh..

Friday, April 30, 2010

…Hidup ini pinjaman..




..Pagi ni Jumaat aku bangun agak lesu bukan nya apa malam tadi tidur lambat walaupun hujan tapi bahang panas tetap terasa..pagi ni pun hujan jugak lagi..Hanya Nabilah dengan Ashraff yang bersekolah..kat luar rumah Nabilah bagitau..ayang tengok pelangi cantek katanya..Hum pelangi yang dah lama tak aku nampak..terasa sayu..unik sungguh ciptaan Tuhan..Subhanallah..

..tengkok aku terasa sakit sangat..nak pusing kiri kanan pun payah..payah tu satu hal,sakit plak lagi satu hal..adehh..munkin salah posisi masa tidur kot..nak telan Ponstan aku allergic so kena guna ‘pulse massager’ le jugak..sememangnya terkadang kita tak tau menghargai nikmat sehat bila kita idak sakit..kita juga tidak tahu nikmat kaya jika tidak pernah miskin..

...Namun itulah..semuanya dari Allah.. sakit,sihat,kaya,miskin,sedih,gembira..kita hanya diberi pinjam pada apa yang kononnya kita punya di dunia ini..aku nampak dan terasa sangat dengan semuanya ini..bila mana kebanyakannya telah diambil balik walau aku suka,mau dan masih perlukannya..tapi dah adat meminjam semestinya lah kita pulangkan semula semua itu..dulu rambut hitam tapi la ni dah penuh uban..(aku beruban sejak umur 20 lagi)so aku cover dengan inai..bukan dye aa..dulu kuat berlari,turun naik bukit la ni brisk walk jee..seriau oo..kengkawan pun ramai yang tegur kenapa dah lama tak layan besi kat gym..aku jawab dah jemu..takde angin..humm dumb bell yang di umah pun dah lama tak angkat...satu demi satu diambil balik..jugak ramai dari kengkawan aku yang dah diambil pulang…bila direnungkan kekadang rasa tak mahu pun untuk memilik harta dunia nih..kerana semua itu akan ditinggalkan..

...Tapi barang perlu diingat Tuhan tidak mahu hambaNya membuang dunia demi akhirat dan begitu jugalah sebaliknya..Tuhan tidak saja2 menurunkan ayat yang mengatakan berushalah seolah kamu akan hidup selamanya..namun beribadat lah saolah kamu akan mati esok hari..jadi selagi nyawa dikandung badan hidup aku perlu diteruskan dengan penuh tanggungjawab..dan sebelum dijemput pergi,buatlah bahagian apa yang patut..cari lah bekalan untuk esok hari..samada keperluan di sini atau untuk di sana nanti...


p/s: Gambar pelangi tu aku amik kat highway Bt Gajah..lama dulu dah..

Thursday, April 22, 2010

..Freddie Mercury The 'Queen' Of Queen..



..aku mula dengar Queen pun masa tinggal dengan Ein di First Garden,sebab dia memang ‘kipas susah mati’ dengan band2 camnih..lagi cam Wishbone Ash,Manfred Manns And Earth Band dan Uriah Heep..mulanya memang tak leh masuk langsung..sound yang agak pelik kekadang macam bunyi cartoon pun ada aku dengar dari gitar Brian May..structure chordnya yang aneh...nyanyian harmoni ala opera…tajuk dan lagu yang cam mereng gitu..Fat Bottom Girls..Bicycle Ride..Mustapa..Tapi dengan kombinasi mainan muzik dan suara yang unik dari Freedie Mercury yang nama asalnya Farokh Bulsara,kelahiran Zanzibar ,Tanzania dan membesar di India telah mengubah tanggapan aku pada band ini..lagu lagu mereka seperti Bahomian Rhapsody,We Will Rock You,dan We’re The Champion,I Want To Break Free,I Was Born To Love You,Who Want’s To Live Forever...tetap segar dan sering berkumandang di serata station radio hingga sekarang..

..Band Queen yang kesemua anggotanya boleh menyanyi, dan yang uniknya lagi suara mereka kesemuanya hampir serupa di antara satu sama lain..juga menariknya masing masing mempunyai solo album..haahh!!Freddie dan Queen mengembara keseluruh dunia bersama sama muzik unik ciptaan mereka.. dan antara pengaruh awal beliau dalam muzik ialah Aretha Franklin,Jimi Hendrix,Beatles,Liza Minelli dan tak terkecuali penyanyi latar yang terkenal Lata Mangeskhar..orang lama yang minat Hindustan macam aku mesti kenal dengan aci ni he hee..suara berhantu..M.Shariff dari Kampung Manjoi Ipoh ni pun pernah berduet dengan dia ni.. kalo dulu dulu macam Saloma tu orang kata....dia pakai susuk suara buluh betong..bolehh laa sedap suara…tah, aku tak tau..abih kalo aci ni?pakai ape susuk bamboo betong?



..Haa aa nak melalut kelain pulak..oh ya aku suka dengan album album terakhir mereka sebelum matinya Freddie yang semua dah tahu disebabkan Aids kerana amalan sex songsang beliau…saorang bisexual…sebahagian hartanya diwasiatkan untuk kucing kesayangan dan juga ‘isteri’ beliau..hummm..kaya la kamu kucing oii..bagi kat aku pun tak pee..hahaa..




Album album pada 80an juga banyak menggunakan synthesizer dan aku memang suka sangat dengan soundnya…bagi mereka yang mahukan suara growl rengkong tekeluaq kata orang Kedah..he hee sorry la memang tak jumpa dalam lagu lagu dan suara Freddie Mercury yang mempunyai empat octave nih..tapi kamu belum cukup Rock jika tidak meminati mereka..he hee..dalam kebanyakan lagunya memang susah untuk dinyanyikan.. (Dato’)Freddie Fernandez pernah membawakan lagu ‘Bahomian Rhapsody’dengan bagus sekali ketika bersama ‘Revolvers’di dalam rancangan terbitan RTM satu masa dulu.. pengaruh muzik Queen juga banyak terdapat dalam album Dewa 19…dan Ahmad Dhani,beliau menggunakan gitar jenama ‘Red Special’ yang dicustom build oleh Brian May dan bapanya...Brian May menggunakan gitar ini untuk kesemua album Queen..cayo (cair) je bunyinyaa..cam score muzik kartun Merrie’s Mellodie’s..hehee..




..album album seperti..Kind Of Magic,The Miracle,A Night At The Opera,Innuendo..yang kebanyakan lagu ditulis oleh Freddie menceritakan tentang diri beliau sendiri..yang kesunyian,cinta yang songsang dan lain lain lagi kekalutan jiwa yang dialami..kaya tapi belum tentu bahagia..biasa la tu cam penyanyi yang lain le jugak..EMI pernah melapurkan album album mereka telah terjual sebanyak 300 juta unit di seluruh dunia..masih ingat masa aku kerja kat Grandy’s awal tahun 90an intro lagu ‘Under Pressure’ kolobrasi di antara mereka dan David Bowie telah digunakan oleh penyanyi rap Vanilla Ice di dalam lagu hitsnya ‘Ice Ice Baby’..aku tak pandai mengulas tentang lagu atau muzik mereka..cuma apa yang dapat aku katakan sedikit sebanyak..band ini juga mempunyai peminat yang tidak terhad hanya pada sesetengah generasi sahaja..tua,muda.orang lama,orang baru ramai yang meminati mereka…contohnya anak anak aku yang memang meminati mereka..bukan disebabkan aku..tapi bila mendengar We Will Rock You,We’re The Champion dll mereka terus minat..kemudian dari itu aku unjukan dengan keset2 lama band ini yang masih aku simpan..



...Freddie telah menulis lagu tema untuk Summer Olympic 1992..Barcelona..dinyanyikan bersama dengan penyanyi operatic soprano,Montserat Caballe..manakala beliau sendiri menyanyi dengan cara falsetto..namun pada hari pembukaan hanya suara beliau yang dapat diperdengarkan,kerana beliau meninggal terlebih dulu..

..sehari sebelum kematiannya,beliau mengumumkan akan penyakit Aids yang dihidapi..Dan pada 24hb.Nov 1991 tamatlah riwayat penyanyi berbangsa Parsi dan dilahirkan pada 5hb.Sept 1946 ini...Walaupun tempat beliau telah diganti oleh Paul Rodgers dari Bad Company tetapi aura yang telah ditinggalkan tetap tidak sama apatah lagi dengan suara..the one and only..Freddie Mercury..nama dan lagu beliau tetap akan diingati sampai bila bila..



How Can I Go On

When all the salt is taken from the sea
I stand dethroned
I'm naked and I bleed
But when your finger points so savagely,
Is anybody there to believe in me
To hear my plea and take care of me?

How can I go on
From day to day
Who can make me strong in every way
Where can I be safe
Where can I belong
In this great big world of sadness
How can I forget
Those beautiful dreams that we shared
They're lost and they're no where to be found
How can I go on?

Sometimes I tremble in the dark
I cannot see
When people frighten me
I try to hide myself so far from the crowd
Is anybody there to comfort me
God...take care of me.

How can I go on
From day to day
Who can make me strong in every way
Where can I be safe
Where can I belong
In this great big world of sadness
How can I forget
Those beautiful dreams that we shared
They're lost and they're no where to be found
How can I go on?

By: Freddie Mercury.


P/s ;- aku masih lagi tercari cari DVD Live At Wembley mereka,yang pernah ditayangkan oleh TV pada tahun 80an dulu ..sapa ada hah?

Monday, April 12, 2010

...Jadual S*X Victoria - Beckham..

..aku terbaca tajuk ini dalam kosmo on line..pagi ini..

..apa kah yang relevannya menceritakan perihal di bilik tidur kepada masyarakat sekeliling..bagi masyaKARAT di sana ini munkin satu tanda bahawa sikap mereka yang terbuka dalam segala hal,satu tanda hak kebebasan dalam bersuara walau apa pun saja..ok fine..lantak laa..itu di sana..Tapi di sini apa ke halnya pulak cerita dalam kain,dalam kelambu orang yang nak disajikan kepada masyarakat?Apa dah takde ke cerita lain lebih sensasi yang boleh dipaparkan dalam suratBAKAR mereka?

..Semenjak dua menjak ini persaingan di antara pihak media samaada stesen TV,radio dan surat khabar kita lihat semakin sengit di Malaysia yang 1 nih..ini normal sebenarnya dalam dunia perniagaan..tapi bila dah bersaing tu macam2 hal yang berlaku..apa saja akan dilakukan demi untuk menaikan geraf jualan..disinilah kita boleh lihat di mana mereka sanggup meraih pembeli/pembaca dengan cerita cerita sampah sebegini..cerita yang takde diada adakan,yang sedia ada cuba disensasikan,yang suam suam kuku cuba dipanaskan,yang elok berbaik diadu dumbakan dan macam macam lagilah..aku geleng kepala dalam cemuih kata orang Kedah..

..Teringat aku dalam satu artikel berita yang berlaku di India..saorang yang cuba membunuh diri dengan menyiramkan petrol keseluruh badannya telah diberi mancis oleh saorang pemberita yang melihat dan mahu beliau pemberita yang paling awal untuk membuat liputan akan peristiwa itu..Maka ini lah antaranya yang akan berlaku bilamana etika kewartawanan itu tidak digunakan dengan betul..

..Ahh munkin aku kolot kata depa..tapi biar lah aku dicop kolot..yang jelas aku tak rugi kalo tak baca cerita sebegini..dan tak untung apa pun jugak kalo membacanya..


P/s:- Pagi ni ramai yang wish aku Happy Birthday..thank you laa noo..Syukur pada Allah kerana memberi peluang pada hamba yang hina untuk ke angka ini..Mohon dipanjangkan umur,dikurniakan kesihatan yang baik,dimurahkan rezeki lagi halal,dikuat kan iman..Aminn..

Monday, April 5, 2010

..mengomel le sikit..

...Semua orang yang kenal tau aku bukan nya jenis yang suka bercakap..maksudnya aku tak suka bercakap kosong atau sampah..jadinya macam tu banyak orang yang berperasangka aku ni sombong..ye la memang muka aku muka sombong jarang senyum apa lagi nak tersengeh2 macam kerang busuk..tapi kalo kena dengan topiknya dan ‘gu’ kata orang kampong aku..depa akan kata..laaa dulu aku ingat ko ni sombong...bila jumpa rasa nak bagi penampar jee..kata depa..ha haa aku gelak jee..tak kenal tak suka itu je jawapan aku..ye laa...

...aku lagi suka kerja di luar dari dok di opis..dapat jumpa macam macam jenis orang boleh cakap benda yang berlainan bila jumpa,idak le asyik sembang benda yang sama jee..asyik tengok muka yang sama..naik kereta boleh turn on speaker kuat kuat..takde sapa nak marah...dan yang leceh lagi jika duduk di opis bila terpaksa dengar hiruk pikuk dan carutan bersama lawak lucah dari orang lain..aku ni idak le baik mana pun..aku mengaku aku ni pun jenis huru hara jugak ha ha..tapi aku tak mampu nak buat apa apa dengan scenario ni semua(skema le plakk.)tu la macam kata tadi..untuk itu baik je aku duduk diam dan diam sambil buat keja sendiri atau baca buku..macam orang baik baik ..he hee..kononnye laaa...



..aku suka bawa assistant bila kerja luar..boleh buat kawan sembang,boleh tolong itu ini..he hee..(Di tepi jalan otw ke Yan,Kedah - Di belakang tu kaki Gunung Jerai)



..aku berhenti untuk mendapatkan bau selut yang boleh mengingatkan aku pada sawah aku dulu..tapi apa yang aku dapat bau tengik racun kimia...awat laa lagu nihh...



...terusan kat Tambun Tulang otw ke Arau..



..aku amik masa tiga minit je untuk berenti dan snap gambo nih..3 minit maknanya
aku dah ketinggalan 3 kilometer..cepat cepat ligan balikk...(tak ingat kampung apa)



....jambatan Kuala Kedah short cut ke Arau dari Aloq Staq..


..mai dari Jejawi otw semula ke Aloq Staq..badan dah belengaihh..


p/s : - ...takpa sambung lein plak nanti noo..

Tuesday, March 30, 2010

Thursday, March 25, 2010

…selagi masih ada nyawa..nafsu tetap di situ..

...Selagi kita hidup selagi itulah nafsu tak akan luput dari dalam diri..hatta orang yang dah nyawa nyawa ikan pun masih lagi bernafsu..walau dah tak de selera nak makan pun..masih lagi mahu terus hidup..itu pun dikira nafsu juga...

...Semasa kecil bebudak..nak sangat cepat besar supaya boleh campur dengan bebudak yang lebih dewasa..leh ikat key kat peha,pakai dengree boot cut,pakai Kickers..supaya akan dipanggil anak teruna atau anak dara..kembang je dada bila kena puji.."Anak kau tu?Oo dah besar panjang yee..dah boleh buat menantu pun"..nafsu tu..

..semasa muda belia..nafsu tak sama dengan nafsu orang yang dah kalo kereta tu kira dah nak kena over haul..sebab masa muda semuanya masih segar masih fresh..ingin berkereta besar,ingin bergaya cantik dengan pakaian yang mahal2,ingin punya pacar yang genit2,ganteng2 (apekehal aku yang getik dengan PATI ni nak meniru cakap mereka)dan lagi ingin makan yang sedap sedap – spaghetti,lamb chop..ke rubber stamp chop..tah apa apa le lagi..semua nak yang elok elok aje..heem..nafsu..

..tapi kan bila dah beralih umur,selera pun mengendur..adrenalin ngan metabolism pun dah menurun sama je dengan kulit yang makin mengecut..bila dah camtu mau tak mau..kena le layan nafsu setakat yang termampu jee..he hee..ade je alasannya..ishhh dah tua segan itu segan ini..dah tak match dengan umur nih..pun begitu dalam hati masih lagi terlonjak terkinja nak jadi muda balik..nafsu lagii..hemm..ada pulak tu..dengar lagi muzik berat huha huha sambil layan dengan penuh feel..hehe nafsu laagggiii..sapa tu?Aku laa..ha haa..tapi nafsu aku idak songsang beb..ha haee..


p/s: - Nafsu..elok jangan dilayan sangat,cukup setakat keperluan..tapi kalo diikut kemahuan..hummm ini yang payah nihh..

Thursday, March 18, 2010

...Hidup Penuh Ranjau...Namun Bersyukurlah...

..Minggu lepas aku,family dan mak kerumah kenduri kahwin di Lekir…aku usahakan jugak untuk memenuhi undangan ini dari saudar a sebelah mak aku…ye laa kalo tak dibuat begitu memang tak merasa…setelah 2 minggu berturut aku ke Alor Setar…Bukan jemu dengan kerja tapi kot kerja tu yang dah jemu dengan aku..hehe..Selepas makan,solat zuhur di mesjid depan rumah pengantin…kami bergerak pula ke Taiping…hummm nampaknya tak cuti dari memandu gak le aku minggu ni..Lekir – Taiping…jauh tu..aku tak amik pot berapa kilometer jika tidak lagi terasa jauhnya…so buat dek je..

…Rumah ketiga selepas rumah sepupu aku Abang Jan kami ke rumah Pak Cik Hamid & Mak Cik Minah adik abah aku… mereka mempunyai anak lelaki 3 orang dan perempuan 2 orang…4 orang darinya telah meninggal dunia pada umur yang muda bagi mereka yang dah berumur 50 – 60..heh nak buat lawak kee!.. ( anak yang paling tua meninggal pada umur 45 tahun beberapa bulan selepas adiknya pada tahun lepas)…Jadi tinggal le saorang saja lagi anak perempuan mereka..yang menjadi racun dan penawar ..bak kata Pak Cik Hamid aritu..

…seperti biasa Pak Cik Hamid yang suka bercerita akan kisah silam mengulang lagi ceritanya…dia berkata apa yang di alaminya sekarang adalah pembalasan dari Tuhan setelah derhaka terhadap ibu bapa pada usia muda beliau…anak anak beliau ada yang meninggal disebabkan keracunan ubat,muntah darah,kemalangan…dan ada yang ketika sedang tidur dengan puntung rokok yang masih bernyala dan membakar jari..

..."Aku cerita ni hangpa jangan nak jemu..bukan apa aku nak bagitau dan peringat jangan hangpa jadi atau buat kelaku macam aku bla bla bla”..katanya..mujur jugak aku tak pernah jemu pun..ye laa nasihat dan tauladan dari orang yang lebih tua...jika dilihat air muka mereka berdua nampak sangat akan kepayahan yang mereka alami..di samping dengan penyakit tiga serangkai yang telah lama dideritai...

...aku suka menziarahi akan orang yang semacam ini..tak kira le sapa pun..ye la bukan semua Mat Rock Kental cam aku ni tak mempunyai rasa sensitive..perghh..
...bukan apa, ianya akan membuat kita lebih kenal diri,insaf,kasihan dan bersyukur dengan apa yang kita ada..dan yang lebih penting tak lupa rumput di bumi...jika kita kata kita susah ada orang lain yang lebih susah..jika kata kita sakit ada orang lain yang lebih teruk sakitnya…itu semua dugaan..setiap apa yang berlaku mesti ada hikmahnya yang tidak kita ketahui…itu juga menandakan Tuhan ingat dan sayang akan kita..apa yang perlu,jangan kita berburuk sangka dengan Tuhan..bersyukurlah...

...Jadi aku nak peringatkan lagi diri aku anak2 dan siapa siapa laakan..sayangi dan hormati lah ibu ayah kita,lagi lagi ketika mereka masih ada..sedari kecil kita telah banyak menyusahkan mereka,dengan ibu yang bertarung nyawa untuk melahirkan..dengan ayah yang membanting tulang mencari rezeki untuk kita..bukan nya wang ringgit yang didambakan tetapi kasih sayang kita dan juga tingkah laku yang baik2 untuk tatapan mereka..itu dah cukup membahagiakan hati keduanya..sayangi diri sendiri dan juga keluarga..dari situ terdidik untuk kita juga menyanyangi orang lain di luar sana..tanpa rasa dengki,tanpa iri hati..bak satu ayat yang mengatakan..tidak sempurna iman sesaorang itu selagi beliau tidak menyanyangi saudara nya seperti menyanyangi diri sendiri..Maaf jika aku tersilap..

..setelah kami anak beranak menghabiskan teh O panas yang dicicah dengan biskut kering hingga tinggal piring je...kami pun minta diri..Insyaallah..aku akan cuba selalu menziarahi mereka lagi..salah satu sebab..aku dah lama takde abah..Salam..



p/s: - Taiping – Merupakan tempat yang paling kerap menerima hujan dalam Malaysia.Setiap petang pasti hujan – Dulu di pasar besar Taiping setiap petang orang akan berkumpul di depan sebuah jam untuk berjudi – teka arini hujan turun pukul berapa.Tapi la ni depa kata hujan pun dah jarang turun..hum what else?Air pollution..tak caye leh tanya ngan Taiping Metalers Hashim Pestilence dan Ein Brain Dead..

Thursday, March 11, 2010

..Depression...



Kenyataan Dr Pakar Psikiatri Dr Mohamad Fadzil,20% - 30% penduduk Malaysia adalah murung - Berita harian 24hb.Mei 1997.

Presiden GPMS Datuk Suhaimi Ibrahim berkata 60% guru tertekan - Berita Harian 1hb.April 1999.

...Ok kali ini aku nak kongsi sikit sesuatu yang lain dari kebiasaan..tapi biasa atau common atau koman kata orang kampong aku..yang berlaku di luar sana...aku nak cakap pasal penyakit kemurungan atau dalam omputehnya..depression...

...Kemurungan ialah penyakit biasa.Setiap 5 dari 100 orang akan mengalami kemurungan yang ketara dan selebihnya 5 dari 100 orang pula akan mengalami sakit kemurungan yang tidak begitu ketara dalam hidup mereka.Ini bereti 10% daripada populasi pernah dan akan mengalaminya.Kemurungan juga berkait rapat dengan beberapa lagi masaalah seperti anxiety,nervous,panic..maknanya jika kita mengalami salah satu dari apa yang dinyatakan tadi kita juga tidak mustahil akan turut menghadapi yang lainnya juga.Kerana ianya berada dalam satu circle...



..Kemurungan terdiri daripada banyak simtom fizikal dan psikologi yang menjadi petunjuk rawatan diperlukan :-
• hilang minat dan hidup tidak menentu/kekosongan
• tidak bersemangat dan motivasi,membuat sesuatu perkara atau mengambil keputusan menjadi amat sukar
• pening,sakit sakit dan rasa letih yang tidak dapat dijelaskan dan tanpa sebab
• Degupan jantung yang kencang serta sesak nafas (seperti serangan jantung)
• marah,mudah berang,terlalu sensitive,berasa tidak aman atau tenteram
• berat badan dan selera bertambah/berkurang
• terlebih tidur atau susah nak tidur
• hilang perasaan kasih sayang,tidak berkeinginan
• hilang keyakinan diri,mengelak untuk berjumpa dengan orang
• rasa tidak berguna,rasa bersalah yang melampau,sedih tanpa sebab,rasa tiada harapan atau putus asa.
• Rasa amat teruk pada sesuatau ketika tertentu khususnya di waktu pagi atau senja.



...Ini adalah tanda tanda biasa dan adalah petunjuk yang anda memerlukan bantuan dan rawatan sepatutnya.Ubatan tidak akan menghilangkan masaalah hidup cuma ia akan membuat pesakit rasa lebih positif dan lebih bersedia untuk berhadapan dengan keperitan dalam hidupnya...

Apa yang menyebabkan sakit kemurungan?

..Sesiapa saja korang atau aku boleh mengidapi penyakit kemurungan tanpa sebarang sebab seumpama mengidap penyakit penyakit lain.Tetapi ada kalanya disebabkan oleh sebab sebab yang nyata.Contohnya ia munkin reaksi terhadap penyakit fizikal,penyakit atau kematian saudara mara,tekanan hidup,beban kerja,hilang pekerjaan,masaalah perhubungan,masaalah kewangan mau pun masaalah keluarga.Perkara yang perlu dihadapi oleh semua orang,tetapi apabila sesaoarang mengalami penyakit kemurungan,reaksi mereka terhadap semua perkara ini menjadi terlampau tertekan dan terlebih dari sepatutnya...

..Apabila berlaku kemurungan/stress,terdapat perubahan dalam fungsi otak.Akibatnya ialah berlaku kekurangan sejenis cecair kimia di dalam otak atau neurotransmitter yang dipanggil hormone serotonin (hormone penenang) dan diatasi pula oleh hormone cortisol (hormone murung).Kekurangan hormone serotonin inilah yang disyaki menjadi punca penyakit kemurungan.Sesetengah orang hanya mengalami satu atau dua episode kemurungan dlm hidup mereka.Tetapi adalah amat malang sekali bagi mereka yang mengalami 3 kali atau lebih episode kemurungan kerana kemunkinan besar mereka akan terus mengalaminya di masa akan datang...



...Mereka yang telah menghidapi penyakit kemurungan akan tahu betapa seriusnya episode kemurungan ini terhadap diri peribadi,kerja dan perhubungan .Malangnya pandangan masyarakat yang sering memandang serong akan pesakit ini menyebabkan mereka malu untuk berjumpa dengan doctor mahupun mengaku terhadap masaalah ini,ini antara sebab mengapa pesakit kemurungan di negara kita semakin bertambah tahun demi tahun selain dari di sebabkan masaalah peribadi dan juga kehidupan yang semakin konkrit.Justeru itu sokongan dari ubatan dan orang sekeliling dari segi moral amat amat memainkan peranan penting dalam proses penyembuhan pesakit kemurungan ini.Mereka jangan diketepi atau diasingkan dari kita dan kehidupan. Bagi pesakit yang tidak tegar persekitaran dan penerimaan positif dari masyarakat cukup untuk membantu dalam proses penyembuhan.Namun begitu peranan pakar psycatrist tak boleh dinafikan kerana penyakit ini boleh berulang bagi sesetengah individu,justeru mendapatkan rawatan yang betul dari mereka (doktor ) adalah perlu untuk mereka menentukan apakah jenis ubatan yang sesuai untuk diberikan.Selain dari kaunseling daripada doktor pelbagai lagi kaedah untuk menangani kemurungan akan diajar antaranya dengan berlatih teknik ‘deep breathing’...Meditasi,tai chi juga adalah baik...mendengar muzik juga adalah disarankan selain dari ambil sedikit masa untuk menyendiri dan banyakkan bertenang...

Makanan yang patut dielak oleh pengidap kemurungan

1) Minuman bercaffiene kopi,teh,Milo,Coke
2) Makanan tinggi lemak
3) Makanan tinggi gula.

Aktiviti yang boleh membantu untuk mendapatkan mood yang baik
1) Brisk walk
2) Berbual/Ketawa
3) Mendengar muzik
4) Membaca
5) Sembahyang tengah malam.
6) Rajin rajin le ke surau/masjid sambil menikmati suasananya (mendengar ceramah dll.)
7) Berzikir
8) Berdoa dan lain lain lagi bergantung kepada kegemaran individu itu sendiri.

Kumpulan Ubatan yang membantu proses penyembuhan
1) Prozac
2) Xanax
3) Dothiepin
4) Luvox
5) Prothaiden


Kesan sampingan dari ubatan yang diambil
1) Pada sesetengah individu symptom2 akan menjadi lebih teruk sebelum beransur2 kurang
2) Menggeletar
3) Kesukaran bercakap (terketar2)
4) Nervous
5) Terasa pening atau seperti mau pitam
6) Tekak/mulut berasa kering
7) Mata berpinar pinar dan lainlain lagi yang selalunya berlainan dari satu individu kepada individu yang lain.



...Bergantung juga kepada individu itu sendiri mana mana kumpulan ubat dan dos yang sesuai untuk diambil.Berbanding dengan terapi,makanan dan senaman,ubatan hanya boleh diambil dan di bawah pengawasan serta arahan doktor yang bertauliah sahaja,jangan kita nak memandai mandai “self medication “konon...Haaa apa apa hal aku tak nak bertanggungjawab...adios...

Wednesday, March 3, 2010

..ikan o ikan mengapa engko mahal..

Ho ho peniaga peniaga dah gempak naikkan harga ikan..dengan alasan kononnya ikan kurang, takde stock!Tapi yang lebihnya sebab depa protes kat gomen..mengikut teori dalam meniaga ni sesuatu barang yang mempunyai demand yang tinggi akan mengalami kenaikan harga..ni semua teori yang diajar oleh Yahudi pada kita laa..yang depa tau untung,untung dan untung saja rugi sikit pun takleh walau pun ‘on paper’ je..jadi yang nak tanggung rugi dan kesan dari kenaikan tu semua sapa?Kita la sapa lagi..

..Tapi bagi aku kita punya banyak alternative bagi mengantikan ikan yang kaya dengan protein ni..untuk protein harian kita boleh ganti dengan tauhu,tempe,telor ke(tapi jangan lak ko hayun tiap hari – sebiji telor ayam mengambil masa tiga hari untuk dijana dalam tubuh..betul ke ayat aku nih??Dan jangan makan lebih dari tiga biji dalam seminggu)tak pun bagi yang tak leh makan nasi tanpa lauk..leh je ganti dengan daging atu pun ayam..protien jugak… ok le tuu..alaa kita makan untuk hidup bukan nya hidup untuk makan..tak ruginya makan kalo tanpa ikan..eh tapi kalo rajin dan ada ruang kat umah leh jugak bela ikan keli ke atau ikan apa apa ke cam jiran kat umah aku tu…ok ape..Bagi yang kaki pancing haa ni le peluang untuk bagi alasan pada bini kat umah pada hujung minggu..nak jimat belanja konon..he hee..ikut suka korang lahhh..

p/s: aku dah lama gantung pancing..dah pencen..

Monday, March 1, 2010

Al Fatihah...Syafia Humairah...





Ketika kita masih lagi berada dalam marah ,geram dan sedih dengan kes buang dan bakar bayi..tetiba kita dikejutkan sekali lagi dengan kes deraan maut terhadap adik Syafia Humairah yang begitu sadis..apakah manusia kini telah hilang rasa kasih sayang dan belas kasihan?Aku pun tak tau..punya hati apakah mereka?..Sedangkan binatang pun tau erti kasih sayang?Lebihnya manusia mempunyai akal berbanding haiwan yang tak punya itu melainkan nafsu..tapi itu juga tidak menjamin mereka dari tidak bertindak di luar batasan..

..Bacul kata aku pada pelaku berkenaan..kerana hanya berani melepaskan amarah kepada insan yang tak mampu melawan…wajarkah mereka ini dipanggil binatang atau apa saja kerana tidak bersikap seperti manusia?..itu pun tidak layak bagi mereka..jika tidak apa gelaran yang patut diberi?

..Apakah selepas ini kita akan mendengar lagi kes yang seumpama?Aku kata semestinya..selagi dunia belum kiamat..Nampaknya pihak berkenaan perlu untuk menggubal atau meminda undang undang sedia ada demi untuk mengurangkan kes..namun untuk menghentikannya…sori..tak boleh kata aku..Cerita yang tersiar hanyalah sekelumit dari apa yang sebenarnya berlaku..tentu lebih banyak lagi kes kes tidak diketahui umum di luar sana..

Al Fatihah untuk mu Shafiah …aku & korang juga punya anak anak..


p/s :- aku tulis entri ini sambil dengar 'Rainbow Eyes'(Ronnie James Dio)