Total Pageviews

Friday, October 11, 2024

Isu Niaga Makan Lagi....


 

...Di tempat aku tinggal dulu ada kedai mamak yang baru niaga/buka dalam deret kedai yang sama di mana dah sediada kedai mamak lain (berselang 2-3 pintu)...In fact bangsa non Malay biasa amalkan niaga camtu, yang penting presentation, ia munkin serupa tapi still tak sama...

...Contohnya - roti canai, texture kau dengan aku lain2, kuah/kari kau tak akan sama rasanya macam kuah aku..Begitu jugak dengan PR, decoration kedai dan lain2 segala bana lagi..Conclusion mereka mengamalkan persaingan yang sihat dalam perniagaan...

...Mentality masyarakat M terutamanya, sering melabelkan kaedah sebegitu sebagai sengaja nak sailang bisnes orang itu silap sebenarnya, mane munkin beb, ko yang baru niaga nak fikir untuk up lift bisnes ko ke nak fikir camne nak benamkan bisnes orang...Cer fikir secara rasional dan lojik...

...Sepatutnya rezeki kita sama sama usaha, taqwa juga iman jadikan panduan...

...Kena faham rezeki kau dan aku Allah yang tentukan...


P/s: Gambar kat atas tu portion rojak area Simpang Pulai nun yang aku discribe sebagai 'aci bole jer'🤷‍♂...Jadi laa sekadar untuk lunaskan selera😋..Syukran...🌷🌻🌹

Tuesday, October 1, 2024

Usah Tamak Jika Berniaga

 



...Satu ex Taman Tema di Perak tutup dah lama dulu dan baru2 ini diruntuhkan terus semua bangunan yang terdapat di situ..Alasan ditutup kerana tiada sambutan dari orang ramai..Mengikut pemerhati punca utama adalah harga tiket yang terlalu tinggi, kurang fasiliti serta harga makanan yang dijual terlalu mahal...Jauh bukan isu sedangkan Genting yang berada di puncak bukit itu pun didaki oleh ramai pengunjung..



...Sebanyak 520 juta ringgit modal dikeluarkan, bukan sedikit dan ia perlu mengambil masa untuk mendapatkannya semula bukan dalam jangkamasa setahun dua, namun dengan harga tiket yang boleh dikatakan melampau saolah keluar modal arini minggu depan boleh cover semula semua tu, dan ini antara alasan betapa pengunjung tidak berminat untuk ke situ ditambah pula dengan fasiliti yang banyak lagi perlu diperbaiki menyebabkan mereka yang pernah hadir tidak berminat mengulanginya lagi, termasuk ler saya dan family...



...Di Perak sebenarnya terdapat beberapa taman tema baru serta lama dan Lost World Of Tambun serta Bukit Merah Laketown Water Park antaranya yang paling maju dan terbaik dari pelbagai sudut...Bukit Merah Laketown diawal operasinya juga mengenakan harga tiket yang agak tinggi, namun setelah menerima saingan dari Lost World Of Tambun (walaupun lokasi masing2 jauh - satu di utara dan satu lagi di selatan) ia menyelaraskan semula harga tiket di samping pelbagai lagi tawaran yang mampu menarik lebih ramai pengunjung...


 ...Lost World Of Tambun, sebuah taman tema yang telah lama beroperasi di Ipoh, dan 5 tahun pertama operasinya difahamkan tidak dikenakan cukai kerajaaan dan saya percaya MAPS juga mendapat insentif sebegitu malah munkin lebih memandangkan ia adalah join venture antara Perak Corporation Berhad (anak syarikat utama Perbadanan Kemajuan Negeri Perak) dan Sanderson Group...Namun dalam percaturan bisnes berkesudahan ditutup sepenuhnya setelah 3 tahun beroperasi...2017 - 2019...



..Saya teringat akan kata2 orang lama - Orang tamak selalu rugi dan biar genting asal tidak putus!


...Yang terbaru di Batu Gajah menghala ke Tanjung Tualang terdapat satu lagi taman tema berkonsepkan extreme park yang dibuka pada April 2024, secara peribadi saya sendiri belum sekalipun berkunjung ke situ dan terlalu awal untuk memperkatakan samada berbaloi atau tidak dengan harga tiket dan fasiliti yang disediakan..Samada ianya mampu bersaing, kita tunggu dan lihat saja dulu...



...Kesimpulannya, selain modal, kecekapan pengurusan dalam bisnes untuk terus bersaing antara perkara penting dan tunjak dalam meneruskan kelangsungan...