Total Pageviews

Wednesday, June 3, 2020

..Amalkan Norma Baru Supaya Jadi Normal..




...Walaupun selama ini negara kita terhindar dari bencana besar seperti gempa bumi dan ribut taufan ganas, namun itu bukan satu alasannya untuk kita terus leka dan berasa selesa dengan nikmat yang dipinjamkan...Musibah boleh datang dan pergi bila bila masa dan di mana mana tanpa diduga...Contoh mudah dengan apa yang kita alami sekarang...Ye semua sama terkesan!  


...Hidup jika tanpa disiplin dan prinsip memang membosankan melainkan individu itu sendiri sememangnya seorang yang tidak suka pada apa2 disiplin dan tiada visi dalam hidup...Sedangkan dalam sukan juga solat mempunyai disiplinnya sendiri yang mesti dipatuhi jika tidak mahu amalan kita menjadi pincang, maka wajar ia diamalkan dalam kehidupan kita di luar sana demi kelestarian agama, diri, keluarga, masyarakat, jabatan, company juga negara keseluruhannya...


...Sememangnya orang kita payah untuk berubah apatah lagi pada sesuatu perkara yang menjadi kelaziman dan lebih teruk lagi setelah ia menjadi budaya dalam hidup...Samada ianya berupa sistem, peraturan, undang2, pantang larang, hukum hakam atau apa saja...Sebenarnya tidak salah malah kita digalak supaya mengubah corak atau gaya hidup apatah lagi pada situasi yang memerlukan kita melakukan perubahan...dan ianya perlu bermula dari inisiatif diri sendiri tanpa perlu seperti paku hanya tenggelam kala ditukul...


...Justeru jika tidak mahu PKP ini berlarutan atau pun diperketatkan lagi/semula jom kita sama2 amalkan norma kehidupan yang baru supaya ianya menjadi normal kepada kita semua..Perlu diingat walaupun pendamik ini telah menunjukan geraf penurunan segala tatacara atau garis panduan yang telah ditetapkan oleh KKM dan pihak berkuasa lainnya perlu dilakukan berterusan dan secara rantaian/beramai2 bukan hanya sesetengah2 atau hanya sebilangan dari kita saja, jika tidak segala perancangan ianya tidak bermakna apa2...


Well, this is just the beginning and we should not afraid for the new era and leave the old behind.... And remember..🙋 

                                                       'Together We Stand Divided We Fall!






Thursday, February 20, 2020

...Bukan Dengar Suka2, Bukan Minat Saja2!..




...Banyak orang pandang serong pada peminat yang mendengar muzik keras sedangkan lirik lagu Metal banyak yang menjurus dan menceritakan tentang permasalahan masa kini,dan akan datang...perihal disease, corrupt, politik, perang, kemanusian dan alam sekitar berbanding degan lagu "biase2" yang lebih berkisar tentang cinta plastik tentang hu ha hu ha tanpa hala tuju...


..Sedangkan penggiatnya saja ramai yang terdiri dari golongan terpelajar..engineer, arkitek, doktor, lawyer, doktor Phd, pelukis grafik, guru muzik....
..makanya isu yang ditampilkan dalam lirik mereka sudah pastinya bukan sembarangan..

...Memang kami menungkah arus dan rebel, tapi akidah tetap utuh, dan rebel kami bukan pada perkara yang bukan2...

....Makanya label yang ditampal kepada orang yang mendengar Muzik berat 

= TIDAK MATANG jelas sekali meleset!😁


Monday, February 10, 2020

Study Ler Kat Mana Pun...




                                          ...Muhammad Firdaus - Tepi tingkap hotel pun boleh study!😎

...Depa up citer pasal student yang study kat McD, aku pun ada citer yang lebih kurang sama..Masa keje di Deli Paris Cafe student non Malay selalu jer datang makan/minum dan bising2 sebelum semuanya senyap sepi...Bila diintai rupanya masing2 sedang tekun study...

...Berbanding masa keje di Grandy's dengan anak bangsa aku yang selalu datang dengan beruniform sekolah buat bising, dating dengan couple, lekat chewing gum bawah meja lagik, yang sudahnya manager kami terpaksa panggil Polis dan angkut mereka semua naik van bawa pergi balai...

...Arwah abah pernah citer kawan dia biasa angkat kerusi meja dok bawah lampu tepi jalan untuk study...
Ye la time tu hidup susah, letrik kat umah takde lampu pelita pun terhad...

...Kesimpulannya belajar ler kat mana pun yang penting rajin, tiada alasan dan juga usaha yang tidak mengenal penat serta lelah... 😯


P/s: Kat McD aku tak tau citer sebab tak pernah keje kat situ..😁

Thursday, January 30, 2020

Corona Virus (tentera Tuhan)





...Sedia maklum bahawa penyakit bawaan seperti TB (tuberkulosis) jangkitan dari bakteria yang menyerang paru paru telah lama pupus dari negara kita hinggakan satu masa wad untuk pesakit berkenaan telah pun ditutup di Hospital Ipoh...Namun sejak sepuluh tahun kebelakangan ini penyakit itu menular semula...Ini berpunca dari pekerja, pelajar dan pelancung2 asing yang dibawa masuk di mana secara langsung turut membawa bersama pelbagai penyakit yang dihidapi mereka...



...Setelah 17 tahun dilanda SARS kini Coronavirus pula menyerang bermula dr Wuhan, China yg mana seperti dimaklumkan kedua2nya mempunyai kesan yg sama terhadap manusia...Pendapat dhaif dari saya; di negara kita usaha mencegah perlu dilakukan terlebih dahulu sebelum kaedah mengawal dipraktikan setelah terdapat kes2 baru atau yang munkin meningkat...Justeru menyekat kemasukan pelancung dr China perlu dilakukan sehingga keadaan kembali pulih seperti asal...
...Dengan memberi alasan tidak popular bahawa situasi masih terkawal dan jangan panik; sedangkan ayat itulah sebenarnya yang membuatkan ada di antara kita berada dalam keadaan panik!

...Alasan kononnya pihak WHO (World Health Organisation) belum mengistiharkan 'Public Health Emergency Of International Concern' menyebabkan tiada tindakan dari kita untuk menyekat kemasukan warga China ke sini; sedangkan jika di pentas PBB kita dengan lantang bersuara tentang kemanusiaan terhadap isu Palestine, Rohingya, Syria, Uyghur termasuk mendesak PBB supaya bertindak; kini mengapa pula isu keselamatan terhadap rakyat sendiri dipandang sambil lewa tanpa desakan terhadap WHO (World Health Organisation) berkenaan...atau munkin kita boleh saja laksanakan tanpa perlu declaration dari mana2...Apa yang jelas kita selalu bias dalam melaksanakan apa saja SOP....Lebih malang lagi tidak mengambil iktibar dari pengalaman dalam menangani isu orang asing...😢

...Secara peribadi saya amat simpati terhadap mereka yang bertugas di pintu2 masuk negara serta hospital yang mana risikonya amat tinggi untuk mereka hadapi...Penutup muka keselamatan atau face mask yang dibekalkan hanyalah dari jenis yang paling murah dan tidak selamat berbanding sepatutnya ia mestilah dari jenis N95 9010V atau 8210...Musuh yang boleh dilihat sekalipun payah untuk dikawal ini kan pula yang tidak mampu dikesan dengan mata kasar...


...Kita munkin kemaruk atau pun sebenarnya terdesak untuk menjana pendapatan dengan berusaha menarik lebih ramai pelancung berkunjung tanpa mengambil kira kesan jangka panjang dari sudut sosial dan kesihatan...Dari satu segi ia munkin dilihat berjaya namun sebenarnya kita juga perlu berbelanja besar dlm usaha utk menangani pelbagai isu yg ujud berpunca dari kehadiran mereka (tidak hanya pelancung China jika melibatkan orang asing) Plus & minus; sudahnya untung tak setara mana rugi pula yang mesti kita hadapi dari segi ekonomi, sosial dan psycology! Wallahuaklam😎😤

Tuesday, January 28, 2020

Drum atau Gendang...




...Sound drum tak boleh disangkal memainkan peranan dalam menghidupkan lagu serta trademark bagi sesebuah band...Dalam genre muzik Rock, Neal Peart, Mike Portnoy, Eric Singer, Gene Hoglan, Nicko McBrain, Phil Collins, Dave Lombardo, Nick Menza,Vinnie Appice, Tommy Aldridge, John Boham (sekadar beberapa nama) merupakan tulang belakang band yang menonjol dalam membentuk sound band mereka...Tidak dinafikan ada juga drummer yang hanya merupakan pelengkap walaupun bermain bersama band yang popular dan bagus...

...Alex Van Halen tetap kekal dengan sound sendat serta flat yang langsung tidak menarik bagi saya tapi itu jugalah trademark mereka sejak dulu hingga kini...Drummer Cozy Powell pula contohnya mampu memberikankan kelainan music landscape pada mana2 band yang pernah menggunakan khidmat beliau...Rainbow, Gary Moore, John Lord, Robert Plant, MSG, Black Sabbath...Bersama Whitesnake pula bagi saya ia merupakan satu peralihan besar untuk sound serta imej band yang beralih dari leather jacket, boot cut jeans dan greasy ke arah glam rock...Walaupun tidak disukai hasilnya selepas rakaman album Slide It In dan seterusnya ditendang keluar dari band oleh frontman David Coverdale...Ironinya mereka patut berterima kasih kerana dengan sound drum terbaru itu jugalah yang telah membawa Whitesnake seterusnya menembusi market USA pada 1982/83 setelah sekian lama berusaha sejak tahun 70an...

...Secara peribadi saya amat suka dengan Cozy yang senonim dengan style jazz seperti juga Neal Peart ketika memegang drum stick serta sound drums beliau amat menonjol dalam album Rainbow - Rising. Drum attack serta multipile skill jelas boleh didengar terutama dalam intro lagu Stargazer, Tarot Woman, A Light In The Black dan lain lain...Oleh itu jika Glen Holgan dari band Death diiktiraf sebagai the fastest death metal drummer on earth, untuk Cozy tidak keterlaluan jika digelar sebagai multi talented drummer on earth....Bagi drummer ganerasi baru pula (tidak terlalu baru sebenarnya) Chris Adler - Ex Lamb Of God bersama trademark blast beat berserta snare drum 10" dan beliau kekal teratas menjadi pilihan saya setakat ini selain Akira Jimbo (Casiopea - Fusion Jazz) dan Mike Portnoy....Sayang Chris tiada bersama mereka lagi...Bagus mana pun pengganti beliau bagi saya LOG adalah Chris dan Chris adalah LOG! No doubt! ..Bagi drummer tempatan pula saya hanya pilih Lewis Pragasam dan 
Gary Gedeon...

...Neal Peart satu lagi lagenda dalam muzik progresive rock bukan saja merupakan drummer malah lebih dari itu seperti mana Dave Grohl, Steward Copeland mereka juga menulis lagu untuk band masing masing dan orang lain...Kebolehan ini membuatkan status kesemuanya  melebihi pemain drum lain dalam genre mereka...
 kerana kelajuan bukanlah segala galanya, tapi kebolehan serta kemahiran adalah keutamaan!