...Dengan situasi ekonomi dan politik yang tidak menentu hari ini ramai di kalangan rakyat yang terasa akan himpitannya...Kesannya lebih lagi pada rakyat miskin yang tidak mampu untuk berbelanja hatta pada perkara yang paling asas sekali pun...Saya menyentuh kepada keperluan belanja pengajian (makan minum tak perlu disebut keran asemua telah sedia maklum ia semestinya perlu) sama ada pelajar sekolah2 juga bagi pelajar pusat pengajian tinggi...begitu juga bagi mereka yang terlantar sakit...
...Kita dimaklumkan statistik kutipan zakat meningkat bagi setiap tahun...ini bermakna ramai dikalangan kita yang telah sedar akan tanggunjawab dalam melaksanakan zakat...Namun ini tidak boleh menjadi penanda aras bahawa pihak yang menguruskan zakat itu sendiri cekap menjalankan tugas mereka kerana diluar sana masih lagi ramai golongan asnaf yang layak mengikut takrifnya - Fakir, miskin , amil, muallaf, al - riqab, al - gharimin, fisabilllilah dan ibnu sabil yang belum terbela akan nasib mereka...
...Justeru dengan itu kita berharap agar Pihak Zakat dan Baitulmal dapat mengambil langkah yang pro aktif dan memberi 'perhatian yang lebih' kepada golongan ini...dan bagi pihak lainnya samada NGO tidak lagi hanya galak memandang dunia luar untuk menyalurkan bantuan kemaknusian dan yang seumpamanya...sedangkan kita wajar untuk memberi lebih perhatian terhadap rakyat sendiri kerana mereka lebih berhak untuk itu...UNITED WE STAND DEVIDED WE FALL!
2 comments:
Sokong sepenuhnya.
Dan jangan lupa, mana2 pegawai zakat atau amil bertugas tu terutama satu dua di negara2 berlainan tu,
senyum la sikit, buatlah keadaan suasana mesra dan selesa sikit.
Tak payah nak berlagak la, atau memang cuma nak senyum dengan orang yang pakai smart atau kasi zakat yang besar jumlahnya sahaja.
Seperti yg kita tau rakyat malaysia mmg pemurah.tapi tu la kutipan zakat lebih rm 1 juta kot.mana pegi duit tu?lagi satu bila nak mohon banyak sangat prosedur nya
Post a Comment