..Yo, asking for support is not a sign of weakness,it is actually a sign of intelligence..it gets you out of a hole and it gives other people an opporturnity and experience to help...WanBeruas
Total Pageviews
Friday, September 25, 2015
...Kita Kena Paksa Berubah...
...Banyak alasan atau sebab yang boleh saya katakan mengapa lebih suka memilih jalan lama berbanding lebuhraya jika ke Kuala Lumpur atau ke Alor Setar...Antaranya dapat menikmati
pemandangan (walau tak sepenuhnya - disebabkan memandu) selain itu boleh berhenti
di mana saja ikut suka hati untuk berehat tanpa perlu ke RNR, tidak dicucuk oleh kenderaan lain seperti yang selalu terjadi di highway, payah mengantuk sebab kena alert selalu dan dapat memandu dengan tenang berbanding di lebuhraya di mana rata rata pemandu dan penunggang seakan berlumba sesama sendiri hingga kecut perut saya yang melihatnya...juga tidak perlu beratur panjang untuk membayar tol atau jika berlaku kemalangan...
...Dengar Berita Radio hari itu...Berikutan peningkatan data kemalangan maut pada musim perayaan di negara ini..kerajaan dikatakan akan membuat kajian tentang jalanraya di Malaysia...Saamada dari segi struktur mau pun keselamatan...dan hasil dari kajian akan dibuat kesimpulan samaada kemalangan berpunca dari kondisi jalan yang tidak elok atau kaedah penyelenggaraan yang lemah...dengan tidak langsung menyentuh tentang sikap pengguna jalanraya itu sendiri yang saya kira sebenarnya merupakan penyumbang terbesar kepada kemalangan...Ini tidak boleh kita nafikan...
...Seingat saya dalam entri beberapa tahun lepas ada menyentuh tentang ini...berapa banyak wang yang dilaburkan berapa banyak kempen yang diadakan namun jika sikap kita masih begitu apa pun tidak akan berubah...Percayalah ini bukan isu main main...Jadi usah segan untuk ulang ingat pada diri sendiri dan orang lain...Semua dari kita mesti mengambil bahagian perlu turut sama memainkan peranan masing masing...Termasuk dengan penguatkuasa terdiri dari JPJ, PUSPAKOM dan juga Polis yang sering kita lihat hanya menguatkuasakan undang undang atau bekerja secara bermusim!
...Jika kamu tidak mahu kewibawaan kamu dipertikaikan dan jika dengan secara elok 'mendidik' pengguna masih juga tidak berdisiplin...maka kamu seharusnya bertindak mendisiplin kan mereka..Ini semua untuk kebaikan bersama...moga moga kredibiliti penguatkuasa tidak lagi dipertikaikan...
...Jika sebelum ini kita sering menonjolkan diri kepada orang luar yang kononnya orang Malaysia bersopan santun...sebenarnya itu semua hanya mitos! Kerana sebenarnya jika di jalanraya mereka gila! Ini lah sikap tipikal kita raakyat Malaysia...mahu dikatakan maju tapi minda serta sikap masih kelas tiga!!...Suka atau tidak ianya adalah kenyataan...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
se...tu....ju...
banyak mitos dan tanggapan yang baik baik aja ttg Malaysia (atau spesific Melayu) ni bro.. padahal realiti nya... aduh.. sakitnya tuh disini.
Post a Comment