Total Pageviews

Tuesday, December 23, 2014

...Sukan Kita Yang Terus Suram...



                        ...banner dengan ayat yang setepek selipar Vietnam ke muka kita...negara berediologi komunis yang menyerlahkan sikap bukan komunis berbanding kita negara Islam... 

...Suatu masa dulu Korea,Thailand,Vietnam juga Jepun merupakan pasukan belasahan kita...namun kini seiring dengan kemajuan dan masa mereka jauh lebih maju dari kita bukan saja dalam sukan bola tapi juga takraw...dalam bola sepak selain dari skill,bakat, fizikal juga memainkan peranan...pemain Korea dan Jepun kini mempunyai size tubuh yang hampir sama dengan pemain Europe...Disiplin mereka yang di tunjukkan patut ditiru oleh athlete kita...Dalam perlawann akhir Piala Dunia yang lepas antara Argentina - German saorang pemain telah tertumbuk mukanya oleh pihak lawan hingga berdarah...Namun tidak berlaku tindakan balas menunjukan betapa mereka benar2 committed dengan tujuan serta matlamat mereka ketika di padang...Cuba bayangkan jika ianya berlaku di sini...Selain pemain, jurulatih, pengurus hingga penyokong akan turut serta menyinsing lengan masing masing di luar mau pun dalam padang...dan inilah attitude serta mentality kelas tiga orang orang kita...Attitude atau semangat kesukanan yang sepatutnya diterjemahkan dalam permainan sebagai lambang profesionalism diterajang begitu saja...


...Tak lama dulu ada ura ura untuk melobi World Cup 2018/12 ....saya rasa ada lebih baik jika wang yang ada digunakan bagi tujuan lain setidaknya untuk kemajuan sukan itu sendiri...Kita tidak mahu lagi gah dengan hanya menjadi penganjur sedangkan kemenangan serta kemajuan berada di pihak lain...namun dengan kata lain semua ini bukan boleh dicapai dalam masa satu hari... ia memerlukan pengorbanan masa serta usaha yang padu dan usaha untuk memajukan bidang sukan perlu bermula dari awal dan akar umbi...sebagai contoh Jepun mengambil masa 20 tahun untuk menjana atlit mereka yang mempunyai fizikal serta kualiti seperti  atlit Eropah....Dengan kemajuan sains sukan, disiplin serta diet dalam hal pemakanan semua ini mampu direalisasikan...Teringat saya pada satu artikel bekas atlit balapan kebangsaan Zaiton Othman pernah berkata, ini adalah antara kekurangan/kelemahan kita...


...Kemelut yg berlaku diantara pemain, jurulatih serta pegawai dalam badan induk serta persatuan juga merupakan antara penyumbang merudumnya prestasi serta semangat atlit...Lihat saja Persatuan Hoki, Persatuan Sepak Takraw, Persatuan Badminton, Persatuan Lumba Basikal yang tidak kunjung hentinya dengan masaalah dalaman... Ianya perlu diadakan post mortem dengan telus serta tanpa ada kerenah birokrasi...di mana jawatankuasa disiplin perlu bertindak dengan tiada unsur cuba melindungi bagi siapa saja yang bersalah....jika patut pecat lakukan saja...Kita perlu ingat jika maukan sukan kita maju...tiada atlitnya "lemah lembut" justeru pihak pengurusan, jurulatih, pegawai yg terlibat serta badan induk juga mestilah "kuat" jika tidak...jawapan kasarnya adalah Paraquat!! Justeru saya tidak berasa hairan maupun teruja jika pasukan/atelit kita menang dalam perlawanan apatah lagi jika kalah...Kerana hanya inilah yang kita mampu setakat ini...Tidak perlu terasa hati dengan tulisan saya ini kerana walaupun pahit ianya adalah kenyataan... 

            

...Sewaktu bergiat cergas dalam bidang tennis lama dulu saya sering bertugas di Pusat Tennis Negara Jalan Duta yang mana ketika itu kita banyak menganjurkan pelbagai pertandingan bertaraf antarabangsa seperti Salemn ATP Tour, Davis Cup, Nissan Challanger, Malaysian Satelite Tour dan lain lain lagi...Apa yang saya perhatikan disiplin pemain,crew serta pegawai dari luar negara yang amat tinggi...Pukul 7.00 pagi mereka telah berada di sekitar gelanggang bersiap sedia...Saya pernah melihat saorang pegawai penyelaras pertandingan kita yang ditengking oleh pegawai dari World Tennis Federation yang hanya datang pada pukul 8.45 sedangkan segala persiapan sepatutnya bermula pada pukul 7.00 pagi manakala pertandingan bermula pukul 9.00 pagi...Amat memalukan sebagai penganjur sebenarnya kita masih belum layak walaupun segala peruntukan, prasarana dan lainya kita ada...namun tanpa disiplin kita fail!


...Ketika pertandingan Piala AFF Suzuki di Stadium Shah Alam baru baru ini...Kita telah dikejutkan dengan sikap sesetengah penyokong yang bertindak sebagai hooligan dengan memulakan provokasi terhadap penyokong lawan...Bagi saya jika mau berlagak cool kamu tidak perlu berlagak samseng yang sebenarnya menunjukan kedangkalan kamu dalam berfikir serta  mengawal perasaan...Saya mulanya amat meminati sukan bola sepak dan pernah bermain untuk pasukan sekolah...namun minat mula tawar setelah di pertengahan tahun 80an bilamana sukan bola kita mula dilanda  dengan pelbagai perilaku serta sikap yang menjengkelkan antaranya rasuah oleh pemain, bookie, pemain yang banyak demand berbanding bakat, termasuklah sikap sesetengah peminat yang sering membuat kacau ketika berada di dalam stadium...Pada masa itu juga bolasepak mula dianggap bidang yang glamour...Semua ini telah jauh menyimpang dari laluan yang pernah dirintis oleh mereka yang layak digelar sebagai lagenda seperti Mokhtar Dahari, Santokh Singh, James Wong, Soh Chin Aun, Wong Kong Fook dan ramai lagi...


...Sabtu lalu berlaku kes pergaduhan di Asrama MSN Bukit Jalil yang melibatkan dua atlit yang jika diukur dari pencapaian mereka dalam sukan setakat ini adalah memberangsangkan...Malang sekali perilaku mereka bukan saja memalukan pengurusan asrama lebih teruk organisasi sukan itu juga turut menerima kesannyat...Ini tidak mengejutkan kerana masaalah disiplin ahli sukan kita bukan lagi sesuatu yang jarang jarang berlaku...Untuk berlaku adil suka saya menyebut tentang beberapa pencapaian persatuan serta atlit atlit mereka yang berjaya mengharumkan nama negara seperti  Nicol David, Lee Chong Wei antaranya, dan anugerah Dato' amat layak bagi mereka...Saya rasa belum terlambat untuk kita bangkit dan seterusnya meneraju bidang sukan samaada di peringkat kebangsaan mau pun Asia...Namun apa yang perlu ditekankan dalam apa sukan sekalipun yang paling penting selain dari bakat serat keupayaan ianya adalah attitude serta disiplin...Tanpa itu semua kita hanya akan menjadi juara yang tidak dihormati!!      



Monday, December 8, 2014

...Kita Yang Gagal...




...Dalam pada kita megah berdiri melaungkan kejayaan negara di mata dunia...kita banyak gagal sebenarnya...

Kita gagal memulihara alam


Kita gagal mengawal PATI yang berduyun masuk


Kita gagal mengawal sempadan


Kita gagal menangani penyeludup diesel dan rokok


Kita gagal mengawal harga rumah


Kita gagal mengawal rasuah yang tumbuh melata


Kita gagal mengawal monopoli dalam bisnes


Kita gagal menghukum mereka yang bersalah


Kita gagal mengawal harga barang 


Kita gagal mendidik diri agar tidak meminta minta 


Kita gagal lagi dalam bola

Kita gagal mengawal marah

Kita itu siapa? Kamu, aku, dia dan mereka...Maka apa peranan kita? Mana munkin sekadar mengeluh saja...  


Tuesday, November 11, 2014

...Neighbourhood Bully...





...Sengaja saya menggunakan tajuk lagu Bob Dylan sebagai tajuk untuk entri kali ini...Suka, percaya atau tidak terdapat beberapa faktor yang menjadi penyebab atau antara punca kegiatan buli yang dilakukan secara fizikal dan juga mental...


...Walau pun tidak pernah bersekolah dan tinggal di asrama saya mempunyai ramai kawan kawan yang pernah tinggal di situ... Dari kisah yang diceritakan menunjukan aktiviti berkenaan sebenarnya telah lama berlaku dan merupakan satu budaya kepada mereka lebih lebih lagi ketika minggu orientasi yang selalunya selama seminggu...Pelbagai aktiviti buli dilakukan pelajar senior kepada junior mereka selama waktu orientasi berlangsung...Ia menjadi rahsia dan kenangan sesama mereka dan tidak dihebahkan kerana selepas itu mereka yang junior akan menjadi senior pula dan meneruskan aktiviti itu kepada junior mereka...Begitulah seterusnya aktiviti buli yang senonim dengan kehidupan asrama...Namun tidak pula pernah saya mendengar dari mulut mereka sendiri ketika itu yang buli lansung melibatkan unsur unsur gangsterism seperti mana yang banyak  berlaku sekarang...


...Kurang kasih sayang, meraih perhatian, cara up bringing, balas dendam & mental disorder..Bagi mereka yang mengalami situasi mental disorder saya kira boleh lagi dimaafkan memandangkan ia lebih kepada sesuatu yang di luar kawalan empunya diri...Selebihnya?


...Terus terang saya tidak sanggup menonton video2 berkenaan sehingga tamat yang bagi saya terlalu ganas apatah lagi sipelakunya merupakan anak anak belasan tahun lelaki juga perempuan!...


...Sebenarnya ketika ini kita hanya dihighlighkan dengan perilaku murid murid bawah umur yang berkelakuan ganas sedangkan hakikat sebenarnya di luar sana masih banyak tingkahlaku yang tidak sepatutnya berlaku terhadap orang lain samadaa kanak kanak juga orang dewasa wanita juga lelaki...Di jalan contohnya buli dilakukkan oleh pengguna yang hanya mementingkan diri sendiri hingga mengancam nyawa pengguna lain...di pejabat kawan makan kawan atau back stabbing dah kira common...di kejiranan sikap jiran yang tidak menghormati orang sekeliling laluan disekat umpamanya, sampah dibuang kerumah jiran, muzik dari sistem hi fi atau parti yang mengganggu jiran keliling...Owhh saya hampir terlupa...Ya tidak perlu melihat jauh cuba kita lihat pula di dalam rumah yang mana suami  membuli isteri dengan wang gaji pun dikebas sama tanpa rela si isteri (bagi yang bekerja) tak cukup itu sepak terajang suami menjadi suapan kepada isteri setiap hari ...Ahhh ini bukan lagi buli tapi tragedi!!Bagi si anak yang menjadi pemerhati dan makan hati akan keluar mencari sesuatu apa yang disebut sebagai 'escapism' maka bermula lah aktiviti dan  masaalah sosial lainnya termasuk buli yang merupakan expresi diri sipelaku...



...Terus menerus menyalahkan kanak kanak atau pun sipelaku adalah tidak wajar kerana mereka kebanyakan bertindak dari apa yang dilihat dan alami dari sekeliling...Semua itu mengajar mereka...Juga menuding jari kepada guru sahaja pun tidak adil kerana mereka terhad hanya di sekolah...Justeru orang yang paling dekat dengan mereka lah yang patut disoal...Adakah mereka dari keluarga yang kucar kacir atau terbiar...Pengisian rohani bukan sekadar jasmani perlu ada dalam jiwa yang kosong perlukan perhatian dan kasih sayang, tidak kira anak muda mau pun yang tua...kerana jiwa yang sakit serta kacau tidak mengira batas umur...Semestinya kasih sayang itu bermula dari rumah...





Tuesday, October 21, 2014

...Attitude Kita Yang Semakin Melalut...



...Sewaktu melihat gambar2 peristiwa berkenaan tiada lain yang terlintas di fikiran saya bahawa ini adalah agenda halus puak liberal untuk menguji kita seterusnya jika berjaya akan adalah lagi program program lain seumpama yang akan muncul...Nak dikatakan menepuk air dalam dulang ada benarnya...namun demi kebenaran kita semestinya menegur serta bertindak dengan tidak membiarkan puak puak ini dari terus terusan mencuit hati dan maruah agama...Saya amat sedih dan terkilan bilamana pengunjung yang datang turut membawa anak kecil yang tidak tahu apa apa...Namun kita perlu sedar kanak kanak belajar dari apa yang dilihat dari sekeliling...Ini yang ditakuti kerana program seumpama ini sebenarnya banyak buruk dari baiknya...Jelas ianya kini telah menimbulkan pelbagai persepsi dari umat Islam dan non Muslim itu sendiri...Fitnah, kecelaruan pemahaman, resah...dan  ini bukanlah satu satunya ujian yang dikenakan kepada kita namun apa yang jelas ianya semakin merebak umpama barah...Lepas satu satu sedangkan kita dan pemimpin masih termangu sambil menungkat dagu...Bagi penganut Islam terlibat saya bertanya apakah yang kamu ingin buktikan? Apakah yang kamu ingin sampaikan kepada kami??? Adakah kamu rasa cukup cool dengannya? Saya akur kita semua sebagai manusia normal mempunyai rasa kasih namun apakah tiada lain cara untuk menyatakan kasih sayang kamu terhadap binatang seperti itu...Saya sendiri sebenarnya sering memberi makan kepada anjing liar yang berkeliaran di sekitar penempatan dan itu mampu membuatkannya jinak namun tidak pula saya sampai memegangnya secara suka suka...



...Bagi saya yang jahil ini berasakan jika penganjur benar benar ikhlas adalebih baik diadakan lain lain program yang berunsurkan keagamaan dan kemasyarakatan bagi tujuan mendekat diri kepada orang ramai terutama penganut agama lain dengan memberi penerangan dan pemahaman yang betul terhadap phobia mereka dengan Islam selama ini...Atau munkin juga boleh dianjurkan program untuk merapatkan hubungan anak muda dengan warga tua...Yang mana modulenya merangkumi pelbagai espek kehidupan, keagamaan, tatasusila, hubungan dengan masyarakat, sesi soal jawab dan perkongsian ilmu lainnya...Maka dengan itu nanti orang tua akan lebih memahami jiwa anak muda dan anak muda pula akan rasa lebih disayangi...Saya benar benar yakin yang semua ini mampu menarik minat orang ramai yang kemudiannya akan menjurus kepada win win situation...



...Masyarakat Islam di sini seharusnya mengambil iktibar dengan apa yang berlaku di negara jiran seperti Acheh umpama nya seperti kita sedia maklum selepas dilanda Tsunami hanya Masjid yang tinggal berdiri kukuh...Bagi saya dengan apa yang berlaku sekarang ini juga merupakan bala dari Allah kerana kelalaian kita sendiri dalam mengurus tadbir diri dan amanah yang diberi...Amat malang bala yang menimpa tidak mengenal mangsa, tua atau muda...Oleh itu tanggungjawab kita bersama untuk menegur serta mengubahnya jika tidak mampu secara lisan, paling tidak pun dengan cara menegur dan berdoa di dalam hati...Itu lebih baik dari langsung tidak berbuat apa apa dengan hanya sekadar menjadi pemerhati...    


Tuesday, September 30, 2014

...Di Sini...Adakah Hari Esok Untuk Cucu Kita...






...Sudah lama tidak menulis...samada disebabkan sibuk dengan hal duniawi atau pun disebabkan burn out yang saya istilahkan sebagai tarak mood! (Tak dinafikan kekeringan idea pun sama) Terus terang saya tidak bersedia untuk menulis entri kali ini maka gambar2 cuma setakat apa yang ada dan ala kadar saja...




...Ke Kuala Lumpur baru2 ini dan tinggal agak lama di kota yang sesak serta menyesakkan dengan debu, asap, kenderaan dan manusianya yang payah untuk dilihat tenang pada raut wajah walaupun ketika memandu kereta mewah...melainkan 'ketat' dan tergesa2 selain berada dalam dunia mereka sendiri...Untuk berhenti dan bertanyakan tempat atau jalan kepada sesiapa saja ada lebih baik hentikan saja...Guna GPS atau Google pun lebih kurang sama juga..Mogok agaknya..atau turut bosan dengan semua ini...Teringat beberapa tahun lepas ketika ke sini dan bertanya kan arah jalan untuk kesebuah ajensi bagi tujuan casting...Berhenti di empat buah patrol stesen di mana pekerjanya semua Bangla dan Indonesia yang terpaja paja bila ditanya...Adussss!!  Jelasnya ini bukan tempat untuk saya cari makan apalagi bermaustautin ...Owh ye sebut tentang makan ketika berada selama 10 hari disini makan sememangnya merupakan satu masaalah pada saya yang mana tidak sepatutnya berlaku apatah lagi ketika berada di negara sendiri...Bukan kerana tidak menepati selera...tapi disebakan terputus lansung selera sementelah apa saja (kebanyakannya) yang ingin dibeli atau makan...dimasak, dijual,dihidang oleh orang asing...Sedangkan premise dimiliki oleh orang kita atau pun mamak.com...Tak munkin setiap hari nak ke Starbuck yang mampu membuatkan poket rabak...Tak pernah pergi pun sebenarnya...Itu belum lagi jika menjenguk ke ke 7E, hotel2 hatta ke bundle..."Abangg tengo suluar baju bule bili"Semuanya telah dijajah...Arghhh parahhhh...








...Cuba lari dari semua itu  dengan menjengah ke Kampung Baru...Nak rasa feel kampung Melayu di tengah tengah urban konon...Sudah tentulah juga dengan makanannya...Jelas saya tetap kecewa setelah mendapat sentuhan kecundang roti canai dan nasi lemak, teh tarik + air suam yang ditebar, dimasak serta dihidangkan oleh Wak serta Neng yang pekat loghat Indonnya...Nasi Lemak Antarabangsa juga hanya gah di dalam TV namun jelas antarabangsanya dengan kehadiran 'mereka ' itu semua...To be honest I am not having any fun right here...Yes I mean this time around but not for last 15 - 20 years before...Di mana dan kemana saja pergi di situlah adanya mereka... samada sawo matang, kuning langsat dan tidak ketinggalan yang hitam berkilat...Terasa berada di negara asing yang multiple identity...And I really feels like naked when they surrounded me... Goshhh!!! Yes I know I am not belong here!!


...Rasa tidak adil jika hanya menghentam mereka ini sedangkan kita juga patut dipersalahkan...Sebabnya kebanyakan peluang diberikan secara sukarela oleh anak bangsa sendiri...Orang kita dah tak mahu susah susah bekerja... jelasnya sudah senang nak senang lagi...Ada lesen dipajak atau pun disewakan begitu juga dengan permit...Bayangkan jika kita berada di kedudukan mereka...Merempat di negara orang sudah barang kali pasti segala peluang yang ada akan kita kaut sementelah pula dengan mudah ianya diberi...Jika tidak, mau mati kering tidak makanlah  dibuatnya...Prinsipnya di sini, sesiapa pun  usah malas...Maka dengan semangat 'Lawan Untuk Hidup' itu sendiri mendorong mereka untuk bertindak sedemikian..Berbanding dengan orang kita yang berasa senang dan selesa (sebenarnya leka) dengan apa yang ada...Saya percaya ini tiada sangkut paut dengan sikap qanaah...Tapi hanya sikap malas yang parah!






....Balik ke Ipoh dan di Selayang ternampak mamak di tepi jalan menjual Rojak menu yang selalu menjadi tarikan nafsu makan saya...Sayang seribu kali sayang...Tanpa perlu disebut lagi...Cuma dalam hati terasa seakan ingin segera terbang pulang dan lari jauh dari mereka semua...Tapi betulkah dapat lari sedangkan kenyataannya di tempat sendiri juga mereka kini mendominasikan hampir keseluruhan tempat seperti mana semut menghurung gula!!...Persoalannya...Hari ini..di sini masih adakah esok untuk anak cucu kita???



Sunday, August 24, 2014

..Boikot?...Lu Bukan Brader beb...






...Dulu aku keje dengan Deli Paris dan Grandy's..Restoran Fast Food yang difrancaiskan di Malaysia...Asal dorang? Owhh aku tak tau dan tak mau pun amik tau...Cuma sememangnya aku minat untuk bekerja dengan deme ..Salah satu sebabnya...Presentation dorang yang nampak grand dan waktu bekerja yang flexible...Dan  Fast Food yang dilarang oleh Doc untuk aku makan ialah KFC...Sebabnya terlalu banyak garam dan MSG... tapi to be honest aku despite itu semua sebabnya...Bukan KFC saja yang begitu, kacang puteh dan kerepek ubi di Buntong tu pun banyak garam dan MSG  jugak...Dan aku tetap tegar dengan berpegang pada berbuat apa pun perlu berhemah dan berpada pada...Makan, minum, tidur, kerja dan exercise tak payah nak berlebih lebih...  


                         ...La nih sana sini orang dok sibuk nak boikot product itu ini pelbagai....


...Ok aku bercakap secara umum la kann....Would you please don't get me wrong ok...Now take a deep breath and seat back...Listen to this...Kalu nak kata yang di luar sana nun zalim..Rasanya dalam rumah kita pun ada yang lebih zalim..Munkin tidak sampai tahap membunuh saja lagi...tapi penderaan fizikal dan mental!? Apa tak zalimnya kalu anak bini disepak terajang, duit gaji bini dan mertua pun dipaw sama...Menghisap rokok depan ahli keluarga bukan ke zalim dan tak berperikemaknusian namanya itu!?...Cuma yang aku rasa menyampah bila mana mereka ini aku tanya...Boikot ekk...Ade ko boikot rokok??? Ko tau siapa empunya syarikatnye?? Semua tersenyum kelat dan terus tukar topik cerita....Fatwa Ulama pun dah kata mende tu haram kerana memudaratkan diri sendiri dan orang lain...Sedangkan itu tanggungjawab orang lelaki...Menjaga keselamatan, kesihatan dan kerukunan rumah tangga....Standard la orang kita kalo kena kat orang lain sibuk suruh boikot itu ini tapi bila terkena kat batang hidung sendiri?...Lu apa hal beb?!?..


...So if you want to boycott just do it yourself...otherwise don't pointing finger each others...But if you ask me why l m not on the track...To be frankly I just can't stay away from my clothing, gadgets, cereals, Eu De Toilet, and music...Hewlett Packard, Nokia, Samsung,Wrangler, Levi's, Nike, Tommy Hilfinger, Bitch, Post, Nestle's,Van Hausen and my Ralph Lauren...We all knows those things made or overshadowed by them...Juga muzik janaan Judas Priest dan yang seangkatan dengan nya...And one more thing that we should know between Jewish and Zionist...More info? Please don't ask for more..just help yourself to find it...




...Bagi aku kalu setakat nak boikot separuh, sekerat, sedikit..Hentikan lahh...Sori beb..Kalo nak marah atau tak suka dengan pendirian aku...Apa pun aku punya cara tersendiri untuk menyatakan marah terhadap apa yang dilakukan oleh Puak Zionist...Juga aku menyokong 199% akan Palestine...Usah ditanya mana perginya lagi 1% tu...Cuma cara kita berbeza, kamu dengan cara kamu dan aku dengan kaedah aku sendiri...Jelasnya aku bukan lalang!..Ok..because everybody have their own right to do or not to do..What ever...


...Justeru jika nak buat sesuatu kita tidak seharusnya melakukan secara selektif...dan jika tidak mampu melakukannya lebih baik mengaku dari awal...Agar tidak dikatakan sebagai hipokrit...Kerana banyak lagi cara atau pun kaedah untuk menyatakan pendirian kita dalam menentang apa saja keganasan...Bukanya dengan sekadar terkinja kinja di depan premis dan melakukan provokasi...Terjerit jerit di merata traffic light membuat Flash Mob...


.... Jelasnya semua ini hanyalah bermusim..Biasalah tu Malaysiakan senonim dengan musim dan demam...Ye lah musim buah, musim kenduri kahwin, musim cuti sekolah dan macam macam musim lagilah termasuklah dengan isu ini...Chapter closed...



P/s :- Sekarang semua dah senyap dan kembali melepak kat Mc D dan Starbuck..Hahha...Lu apa hal beb!? Lu memang bukan brader laaa!!

Thursday, August 14, 2014

...Nostalgia Hidup...






...Ramai di kalangan kita yang suka mengimbau segala kenangan silam atau nostaslgia dalam erti kata lainnya...Ya siapa yang mampu melupuskan sejarah silam...samada baik maupun buruk...bagi saya ini semua subjektif ada yang suka mengimbau kembali duka suka yang lalu begitu juga sebaliknya...Jika mengenang semua pengalaman untuk dijadikan rujukan, iktibar serta panduan dalam mengharungi kehidupan yang mendatang ianya dikira bagus...yang mana semua itu mampu memberi motivasi kepada individu terbabit selain mendorong untuk menjadi baik atau lebih baik...maka itulah yg terbaik ...tapi jika sekadar mengenang untuk syok sendiri...saya rasa semua itu patut dipadamkan saja dari ingatan...Kerana tidak ada apa yang eloknya di situ...


 ...Suatu masa dulu salah saorang Tok sedara saya jika bertandang suka sangat mengimbau kisah beliau ketika zaman pemerintahan Jepun...juga bercerita tentang kepayahan meneruskan hidup pada zaman darurat...jelasnya lagi banyak beza ketika itu dengan kehidupan selepas merdeka...adakala beliau bercerita sambil menangis dan mengucap syukur kerana diberi peluang meneruskan hidup dan mampu bercerita kepada anak cucu...Pengalaman lalu mampu mengubah serta menjadikan siapa diri kita hari ini tidak kira samada ketika tempoh upbringing, persekolahan, remaja atau apa saja...Justeru kita juga punya pilihan dalam menetukan corak kehidupan kita masakini mau pun masa depan...Tuhan tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri yg mengubahnya...


...Teringat saya dengan lagu S.M Salim 'Dulu Lain Sekarang Lain' yang juga banyak menceritakan tentang pengalaman sepanjang hidup beliau...Lirik yang agak klise dan tak boleh masyuk pada jiwa saya yang hanya faham pada sesuatu yang keras serta heavy..namun di sebaliknya terdapat banyak menafaat yang harus kita kutip untuk dijadikan sebagai panduan..terutama bagi golongan muda...Cuma soalannnya mahu ke generasi sekarang melayan serta menghayati lagu serta muzik sebegini...Hummm sedangkan penulis sendiri pun asyik melayan muzik berat serta heavy sahaja..hehehee..(senyum kelat)...saya tidak dan bukan pesemis dalam hal sebegini tapi tetap percaya masih ada ruang untuk lagu begini di hati orang muda...saya juga tetap percaya selera kita berbeza dan tidak mengira usia...(Ahh...maaf saya sudah jauh menyimpang)


...Seperti orang lain saya juga mempunyai nostalgia yang tak akan saya lupakan sepanjang hidup dan jika terkenang saya amat amat merinduinya...Ketika bersekolah belajar dan bermain dengan kawan kawan dan menolong abah dan mak menanam padi, mencari lokan dan kepah, menebang pokok bakau untuk dijadikan kayu api...selepas sekolah ketika meningkat remaja, ketika baru dapat kerja dan tinggal berasing dari ibu bapa, ketika belajar berdikari...Ketika mengenal siapa kawan siapa lawan...Ketika membela anak anak yang masih kecil... melayan kerenah serta bermain dengan mereka...tinggal di rumah setinggan yang senget dan berlubang lubang, membuat dan menjual kueh untuk menambah pendapatan, ketika bekerja di Pakeeza, Syuen, Grandy's, Deli Paris, jual bunga api, kerepek ketika Ramadhan...Berniaga bundle...Ditahan beberapa kali dalam wad Hospital Ipoh dan Pantai Puteri juga beberapa kali ditahan Polis sebab menunggang dengan lesen L yang dah mati (tak mampu nak renew) rasanya ketika itu Rm 20 untuk tiga bulan...  itu merupakan antara kenangan yang paling manis yang tidak mau saya lupakan dengan izin Allah...Selain saat ceria dan gembira tidak ketinggalan juga suka duka yang terpaksa dialami...Walaupun ketika saat tegar sebegitu adakalanya terasa tidak mampu untuk dilalui...Namun setelah menempuhnya dengan jaya ia menjadi sesuatu yang amat berharga serta indah untuk dikenang...


...Nostalgia mampu membuat kita tua sebelum waktu juga mampu membuatkan kita terasa cepat sangat tua hatta perasan tak tua tua..Huhh...Ahhh persetan semua itu...jelasnya apa yang ada hari ini untuk kita lalui untuk kita nikmati untuk kita alami serta hargai...Jika panjang umur hari ini juga akan menjadi nostalgia bagi kita di kemudian hari...Jelasnya...baik atau pun buruk...Suka atau tidak sebagai hamba teruskan saja peranan kita dengan meniti liku liku kehidupan dengan tabah...Biar rebah namun jangan mengalah kerana ujian adalah tarbiah dari Allah...Segala apa yang berlaku adalah atas ketentuanNya...

Monday, July 21, 2014

...Bahagia itu di mana?



...Berjumpa dengan kawan lama baru baru ini yang tinggal di hujung sebuah kampung...tiada bekalan letrik serta air paip yang mana merupakan keperluan paling asas untuk kita masa ini...namun kecerian yang ikhlas jelas terpancar dari wajah beliau...Katanya dia tenang dan bahagia dengan kehidupan sekarang dengan rezeki yang ada..ada anak isteri dan makan minum cukup ala kadar..Jelas memberi isyarat kebahagian itu sebenarnya ada di mana mana...Dan rezeki itu bukan hanya pada sumber pendapatan berupa wang ringgit atau harta benda lainnya seperti kebanyakan yang kita fahamkan...Ia lebih luas maknanya...ketenangan, bahagia, sikap qanaah yang ujud dalam diri, barakah, jiran tetangga yang baik, anak, isteri/suami yang solehah itu juga dikira sebagai rezeki pada sesiapa saja yang dipinjamkan memilikinya...Rezeki yang berupa kebahagian itu ada di mana mana...justeru tidak perlu berasa hairan jika mendengar si polan atau si polan yang tinggal di rumah atau kondo mewah masih tidak berupaya berasa bahagia...Pernah berlaku di mana saorang anak kepada VVIP membunuh diri di dalam kondo mewah milik mereka...Jika dilihat secara 'luaran' semestinya sesiapa saja akan merasa bahagia tinggal di kediaman sebegitu yang juga mewah serba serbinya...


...Tuhan ada berfirman barang siapa umatnya yang bersyukur maka akan ditambah rezekinya...sebaliknya bagi yang kufur akan merasa azab yang pedih...Namun begitu masih ada yang tetap bertambah mewah...Sedar tak sedar itu juga merupakan ujian Tuhan terhadap hamba Nya...tahukah kita itu juga munkin  merupakan istidraj dari Yang Maha Esa...Ini amat ditakuti kerana manusia mudah tertipu dalam kemewahan dan kesenangan....Banyak wang boleh membunuh tiada wang juga mampu menjadi pembunuh...


...Jika kita merasakan bahawa bahagia itu hanya terletak pada wang serta harta yang banyak, isteri atau suami yang ganteng serta cantek,pangkat atau jawatan tinggi...Salah jika begitu pemahamannya kerana itu semua tidak kekal...yang cantek bila sampai masa akan menjadi layu seperti daunan di dahan pokok...Bila hilang semua itu maka lumrahnya bagi mereka bahagia akan turut juga hilang...Namun ada juga ujian yang berupa  bencana umpamanya mampu membahagiakan...selepas kita mampu melaluinya dengan penuh sabar dan redha...Insyaallah....Kerana kebahagian itu bukannya kebebasan dari gundah tetapi keamanan dalam resah..Maka itu sebabnya saya mengatakan yang  bahagia itu lebih bersifat subjective...Wallahuaklam...

Monday, July 7, 2014

...Usaha Murni Wajar diHargai...






"Dan tolong menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan taqwa, dan jangan tolong menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa Nya" [Al - Maidah/5:2] 

...Kamus Dewan Edisi Empat mentakrifkan geladangan sebagai orang yang tidak mempunyi pekerjaan atau tidak mempunyai tempat tinggal yang tetap...dan jika ditanya setiap dari kita tiada siapa pun yang mahu hidup sebegini, hidup dibelenggu kemiskinan dan tanpa perhatian juga pembelaan...



...Raakyat Malaysia memang terkenal dengan sifat peramah dan suka membantunya baik dari segi material mau pun dengan tenaga empat kerat...dan ini merupakan sifat terpuji yang jarang didapati dalam mana mana Negara...Di sesetengah tempat, Kuala Lumpur antaranya banyak usaha membantu dijalankan oleh orang persaorangan dan juga oleh badan kebajikan serta NGO...Mereka bertindak dengan memberi  makan kepada ramai geladangan di sekitar ibu kota...Namun usaha murni ini telah menjadi  satu isu hangat yang dibangkitkan baru baru ini...Difahamkan usaha membantu dan bersedekah ini telah dianggap salah oleh pihak berkuasa...dan lebih ‘palat’ sesiapa yang bersedekah ini akan dikenakan denda! Hukuman zaman apakah ini...Rasanya zaman jahiliah pun tidak sebegini?! Mengapa dengan sistem demokrasi yang dibanggakan, hak individu untuk membantu pihak lain dinafikan? Kita tidak mahu menjadi masyarakat yang sombong dan bersifat individual...Justeru usaha murni  sesetengah NGO dan orang persaorangan ini tidak seharusnya dipandang serong oleh pihak berwajib...Apakah mereka rasa tercabar? Yang mana saolah2 tidak peka dengan situasi ini..Jika itu yang dirasa maka bertindaklah..Namun saya berasakan pihak berkuasa adalah lebih baik  menjalankan serampang dua mata dengan membenteras kegiatan para pelacur jalanan yang berpeleseran di sekitar bandaraya ini dan dalam masa yang sama turut memberi perhatian terhadap golongan marhaen ini...Isu pendatang asing menjadi pelacur dan berpeleseran di merata jalan sebenarnya adalah lebih mencemar  dari sudut sosial, budaya dan pemandangan berbanding geladangan di kota Kuala Lumpur yang menurut statistiknya 80% terdiri dari kaum Melayu! Isu ini yang sebenarnya turut dialami oleh lain lain kota besar dunia...



...Usaha dua hala dalam menangani perkara ini harus dilaksanakan oleh pihak berkuasa tempatan, JKM, jabatan agama dan NGO dengan cara duduk semeja dan berunding bagi mencari kata sepakat supaya perkhidmatan serta sumbangan boleh di 'up grade' dengan menitik beratkan soal kebajikan (yang semestinya) agama, psikologi dan jati diri mereka...Dengan harapan geladangan tidak menjadi mangsa keadaan dan nasib mereka terus dibela...Usaha MESTI dilakukan agar selaras dengan moto 'Masyarakat Penyayang'dan bukannya masyarakat yang hanya mampu memandang...





P/s" - ..Cuma terkilan dalam pada sikap di kalangan kita yang suka menolong ada di antaranya yang turut cuba menjadi Robin Hood kepada orang asing untuk mendapatkan apa saja, hatta kerakyataan negara ini...Matlamat tidak menghalalkan cara beb...Haram tetap haram!!

Friday, June 27, 2014

...Ketika Mereka Derita...Di mana kita??





...Apa yang berlaku baru baru ini amat mengejutkan kita semua bilamana saorang kanak kanak yang sebaya dengan anak saya telah ditemui berada dalam keadaan yang amat dhaif...Ketika kanak kanak  lainnya berada di bangku sekolah bersama dengan rakan rakan belajar,bermain bola di padang, belajar di kelas Fardhu Ain..Beliau seorang terdampar di bilik kecil yang kotor malah rasanya lebih ngeri keadaannya berbanding 'bilik akhir' Penjara Pudu...Bagi saya ketika ditemui adik Firdaus hanya menunggu masa matinya sahaja...Apakah dosa beliau sehingga begitu nasib yang dialami...Mengapakah amanah Tuhan disiakan sebegitu rupa? Apakah sudahnya nasib beliau jika tidak ditemui?? Banyak persoalan yang perlu dijawab...


...Kanak kanak seperti mana orang dewasa juga mereka punya hak....untuk bebas, untuk menghirup udara segar, untuk bermain serta belajar... hatta binatang sekalipun punya hak untuk hidup...Sedang ada sebilangan dari kita yang ingin memiliki anak setelah lama berkahwin masih ada juga yang tidak menghargai anugerah Tuhan ini...Di manakah rasa kasihan belas serta kasih sayang dari saorang yang bergelar ibu atau manusia...


...Cara hidup urban yang kebanyakannya tidak ambil pusing dengan hal ehwal kejiranan sepatutnya tidak ujud dalam masyarakat kita yang dikatakan kaya dengan adat dan adap...Namun sikap kononnya menjaga adap turun temurun yang menolak perilaku  menjaga tepi kain orang lain  hinggakan berlakunya perkara seperti adik Firdaus amat saya tentang...Namun ianya semakin menjadi jadi hinggakan masyarakat kampung juga turut mengamalkan sikap yang sama...Kita hanya peka perihal orang sekeliling jika mereka berkereta baru umpamanya...selain dari itu kita akan hanya tutup mata....Banyak baik dari buruknya namun jangan lah pula terlalu amik pot hinggkan jiran pun sampaikan tak sempat nak tutup pintu kerana kita asyik bertandang untuk bermesyuarat dengan berlapikkan alasan...Kami jiran yang perihatin...Sedangkan jiran juga punya hak privacynya masing masing...Ini menuntut kita agar berhati hati dan berhemah dalam pergaulan dan saya percaya kita semua jelas serta faham akan perkara ini... Namun selepas ini saya percaya kes sebegini akan banyak kita temui dan baca di dada dada akhbar...Kerana kita di Malaysia memang standard dengan kes yang mengikut musim....


...Dengan hanya  menyalahkan pihak berwajib bagi saya adalah tidak adil kerana kita sebenarnya mempunyai tanggungjawab serta peranan yang perlu dimainkan bukan sekadar dengar dan lihat apa yang berlaku...kemudian dengan yakin menuding jari sekeliling....juga membuat perbandingan negara ini dengan negara lain yang telah maju dalam pelbagai segi adalah kurang tepat kerana kita perlu faham hakikatnya iklim ekonomi, sosial serta politik mereka tidak sama dengan kita dalam pelbagai aspek dan selain dari itu setiap negara mempunyai cara tersendiri dalam menangani pelbagai isu...Kita juga masih mempunyai JKM dan di setiap negeri mempunyai badan amal seperti Baitulmal dan Pusat Zakat yang berfungsi untuk membela nasib OKU serta mereka yang kekurangan dan pada pendapat saya apa yang wajar dilakukan agar peranan jabatan serta badan ini perlu diluaskan kan lagi dan diperbaiki dari semasa ke semasa mengikut keperluan semasa supaya ianya selaras dengan kehendak kerajaan yang maukan kebajikan raayatnya terbela sebaik munkin...


...Lama dulu pernah saya ke Pusat Pesakit Melarat yang terletak di Kuala Kubu Bharu...Ramai insan terbiar yang dipinggirkan oleh keluarga, OKU serta pesakit yang amat dhaif ditempatkan di situ...Namun makan minum serta sakit mereka di situ ada yang menjaganya...Terus terang saya katakan bagi calang calang orang tidak akan sanggup untuk berkhidmat di sini termasuklah saya sendiri...maka dengan sebab itu jugalah pegawai penguasanya merupakan OKU juga....dan jelas jika tanpa perhatian dari orang lain akan bertambah malanglah akan nasib mereka...Namun pada pihak yang menangani kes adik Firdaus ini dengan segera saya suka mengucapkan tahniah kerana ini merupakan langkah bijak...Proses pemulihan perlu dilakukan walaupun hasilnya munkin lambat...Kerana ia bukan saja melibatkan kesan fizikal malah mental juga.....Justeru bagi kita yang  masih merasa kitalah yang paling tidak bernasib baik ingatlah bahawa sebenarnya masih ramai lagi yang lebih malang akan nasibnya di luar sana...Maka bersyukurlah yang nasib kita tidak seburuk itu...Alhamdullillah.....


...Dengan apa yang berlaku diharap dapat membuka mata banyak pihak yang bertanggung jawab namun tanggungjawab bukan hanya kepada mereka sahaja..kita sebagai masyarakat yang kadang kadang prihatin sebenarnya perlu lebih peka dengan apa yang berlaku di sekeliling...Usah bimbang dilabel sebagai busy body...Kerana semua itu perlu pada sesetengah situasi...Semuga tiada yang terlepas pandang dan apa yang telah terjadi tidak akan berulang lagi...


...Satu persoalan kemanakah badan badan NGO yang kuat berbicara tentang hak asasi manusia dan apakah tindakan mereka dalam perkara sebegini?? Sedangkan dalam isu LGBT merekalah yang paling lantang bersuara?!?...

Thursday, June 12, 2014

...Tanpa Cinta...Alam Mula Menolak Kita...




...Bahang panas telah mula terasa, di mana mana orang bersungut hujan pun tidak menentu adakala kerap ada masanya langsung berminggu tidak menimpa bumi..Jika turun pun bersama dengan angin kencang yang menumbangkan pokok2 besar serta banjir kilat sama...Bagi nelayan cuaca buruk menandakan mereka tidak dapat turun ke laut samalah halnya dengan penoreh getah dan peniaga peniaga yang berkonsepkan nomad yakni peniaga Pasar Malam... Ada yang beranggapan ini petanda bulan puasa yang hampir tiba tidak lama lagi yang sebenarnya lebih  merupakan  Fenomena Al Nino...Namun saya kira itu bukan penyebab utamanya fenomena cuaca yang seakan 'marah' pada dunia dan penghuninya...Pastinya ada sebab musabab yang lebih besar mengapa semua ini terjadi...Baru baru ini beberapa kampung di Daerah Kampar Perak mengalami banjir kilat begitu juga pada hari yang sama turut berlaku di UIA Gombak serta MRR 2 selain tanah runtuh yang berlaku di beberapa tempat lagi...Ini sebenarnya bukan hanya berlaku di negara kita tapi seluruh dunia mengalaminya...


...Baru baru ini setelah agak lama tidak menungkah ke Tanah Tinggi Cameron bilamana termakan pujuk anak anak saya gagahi juga hati dan kederat ini untuk kesana semula...Terus terang saya katakan sebab utama yang membuatkan hati menjadi tawar adalah kerana sedih dan sakit hati melihat alam yang dipunahkan oleh manusia yang tiada rasa belas melainkan hanya nafsu tamak yang tidak pernah cukup dengan apa yang ada di Tanah Tinggi itu..Memang benar seperti ungkapan atau sabda Nabi SAW bahawa manusia jika diberikan dua lembah emas mereka akan tetap mencari yang selain nya untuk menambah lagi apa yang ada...(lebih kurang begitulah ayatnya)...








...Sepanjang jalan saya hanya menumpukan perhatian dengan pemaduan tanpa mengambil kisah atau melihat2 sekeliling seperti kebiasaan kerana itu semua hanya akan menambah rasa kesal di hati...Sampai di Tanah Rata (Memang dah kena rata dek traktor) kami membentang tikar di bawah pokok Rhu untuk lepak lepak seperti kebiasan jika kesini sambil membuka bekalan...Setelah makan tiba tiba hujan turun dengan lebat...Kami bergegas ke atas bukit yang menempatkan Masjid Abu Bakar sementelah waktu Zohor pun sudah menjengah...Selepas solat kami ambil masa berehat di  dalam Masjid sambil menunggu hujan teduh...Alhamdullilah dengan hujan yang sebegitu lebat kami dapat kembali merasa kedinginan cuaca Cameron yang sebenarnya tidak lagi dingin seperti dulu dulu...Saorang sahabat yang pernah bekerja di sini pada tahun 80an memberitahu yang beliau cuma mandi seminggu sekali di sini kerana tidak tahan dengan suhu  yang terlalu sejuk hinggakan berasap ketika membuka paip air... Sejuk amat sejuk katanya...



                                                            ...halwa telinga ketika memandu...

...Tapi bak kata Dato' SM Salim itu semua dulu dan bukan lagi seperti mana sekarang...Pertama kali kesini saya memakai jaket kulit..Kali kedua selepas itu jaket kulit yang dipakai mampu membuatkan saya berpeluh...Ye betul inilah yang berlaku di Cameron Highland sekarang...Tiada yang istimewa jika mahu melihat keindahan alam serta gunung ganang di Banjaran Titiwangsa ini lagi...Cameron Highland sudah amat tercemar serinya, telah hilang dinginnya dengan bukit bukau yang gondol dengan sampah sarap dibuang merata2 di samping bangsa asing yang ramai bekerja di sana...Semua itu menyakitkan mata...Keindahan, ketenangan  Cameron hanyalah kisah kelmarin....Saya tidak pasti apakah  ini juga berlaku kepada lain lain Tanah Tinggi di negara ini...Bagaimana dengan Gunung Kinabalu, Frasier Hill, Bukit Larut...Genting Highland ketika pertama kali menjejak kaki di sana memang sejuk..Tapi ketika itu pembangunan nya amat minimal berbanding sekarang...Namun apa yang boleh saya katakan sekarang kita boleh melihat sayup sayup di kejauhan Bandaraya di Tengah Belantara (Genting Highland) ketika memandu di Lebuhraya Utara - Selatan (Berhampiran Tg Malim)...


      ...Suka saya untuk berkongsi beberapa gambar yang sejuk mata memandang ketika di sana...

































                                                 ...Terasa macam kat Siam le pulak...







                                            ...Peluang yang ada jangan disiakan...Huhuu...








                                                  ...Lepas solat..tunggu hujan reda...





                                 ....Arghhh@!!! Pemandangan yang tak mahu tapi terlihat jugak!...







...Suatu masa dulu saya pernah meredah banjir kilat ketika pulang untuk berhari raya di Batu Gajah...Pengalaman yang tidak pernah dilalui sebelumnya dan ketika itu sungguh menakutkan kerana kereta saya nyaris2 dibawa air yang mengalir deras dari sebelah kiri jalan...Ada dua punca utama setahu saya selain hujan lebat sistem pengaliran air yang gagal berfungsi dengan baik...Parit yang hanya layak dipanggil sebagai longkang sedangkan ianya berhampiran RPT (Rancangan Perkampungan Tersusun) yang jelasnya tidak tersusun... Mujur saya terlepas namun lebih kurang 50 meter kereta saya langsung tidak dapat bergerak setelah injin dimasuki air...Saya terpaksa menunda kebengkel keesokan harinya...Dan ini semua membuatkan budget saya tergeliat untuk bulan itu...Bencana alam mampu membuat kita menanggung kerugian dan ia bergantung pada tahap mana kerosakan dan kemusnahan yang dialami...Bagi mana mana negara yang mengalaminya ia memberi kesan terhadap rakyatnya dari segi sosial, ekonomi, psikologi dan pelbagai lagi yang mana memerlukan peruntukan kewangan yang banyak bagi menanganinya...Justeru ada yang terpaksa meminta bantuan dari dunia luar...












           ...Produk Orang Asli yang terdapat di laluan dari Simpang Pulai Ke Cameron Highland...


...Kita tidak seharusnya  menyalahkan fenomena alam jika berlakunya tanah runtuh , gempa bumi, banjir atau lain lain lagi bencana...Kerana semua ini adalah kerana sikap alpa kita sendiri yang tidak mahu bukan tidak tahu untuk menghargai amanah Tuhan...Kita semua sedia maklum jika kita memberi kasih sayang serta menghormati kepada yang lain selalunya kasih sayang itu juga akan dibalas... begitulah sebaliknya...




P/s: - Semua gambar diambil menggunakan Note 2 dan Lenovo S650