...Sengaja saya menggunakan tajuk lagu Bob Dylan sebagai tajuk untuk entri kali ini...Suka, percaya atau tidak terdapat beberapa faktor yang menjadi penyebab atau antara punca kegiatan buli yang dilakukan secara fizikal dan juga mental...
...Walau pun tidak pernah bersekolah dan tinggal di asrama saya mempunyai ramai kawan kawan yang pernah tinggal di situ... Dari kisah yang diceritakan menunjukan aktiviti berkenaan sebenarnya telah lama berlaku dan merupakan satu budaya kepada mereka lebih lebih lagi ketika minggu orientasi yang selalunya selama seminggu...Pelbagai aktiviti buli dilakukan pelajar senior kepada junior mereka selama waktu orientasi berlangsung...Ia menjadi rahsia dan kenangan sesama mereka dan tidak dihebahkan kerana selepas itu mereka yang junior akan menjadi senior pula dan meneruskan aktiviti itu kepada junior mereka...Begitulah seterusnya aktiviti buli yang senonim dengan kehidupan asrama...Namun tidak pula pernah saya mendengar dari mulut mereka sendiri ketika itu yang buli lansung melibatkan unsur unsur gangsterism seperti mana yang banyak berlaku sekarang...
...Kurang kasih sayang, meraih perhatian, cara up bringing, balas dendam & mental disorder..Bagi mereka yang mengalami situasi mental disorder saya kira boleh lagi dimaafkan memandangkan ia lebih kepada sesuatu yang di luar kawalan empunya diri...Selebihnya?
...Terus terang saya tidak sanggup menonton video2 berkenaan sehingga tamat yang bagi saya terlalu ganas apatah lagi sipelakunya merupakan anak anak belasan tahun lelaki juga perempuan!...
...Sebenarnya ketika ini kita hanya dihighlighkan dengan perilaku murid murid bawah umur yang berkelakuan ganas sedangkan hakikat sebenarnya di luar sana masih banyak tingkahlaku yang tidak sepatutnya berlaku terhadap orang lain samadaa kanak kanak juga orang dewasa wanita juga lelaki...Di jalan contohnya buli dilakukkan oleh pengguna yang hanya mementingkan diri sendiri hingga mengancam nyawa pengguna lain...di pejabat kawan makan kawan atau back stabbing dah kira common...di kejiranan sikap jiran yang tidak menghormati orang sekeliling laluan disekat umpamanya, sampah dibuang kerumah jiran, muzik dari sistem hi fi atau parti yang mengganggu jiran keliling...Owhh saya hampir terlupa...Ya tidak perlu melihat jauh cuba kita lihat pula di dalam rumah yang mana suami membuli isteri dengan wang gaji pun dikebas sama tanpa rela si isteri (bagi yang bekerja) tak cukup itu sepak terajang suami menjadi suapan kepada isteri setiap hari ...Ahhh ini bukan lagi buli tapi tragedi!!Bagi si anak yang menjadi pemerhati dan makan hati akan keluar mencari sesuatu apa yang disebut sebagai 'escapism' maka bermula lah aktiviti dan masaalah sosial lainnya termasuk buli yang merupakan expresi diri sipelaku...
...Terus menerus menyalahkan kanak kanak atau pun sipelaku adalah tidak wajar kerana mereka kebanyakan bertindak dari apa yang dilihat dan alami dari sekeliling...Semua itu mengajar mereka...Juga menuding jari kepada guru sahaja pun tidak adil kerana mereka terhad hanya di sekolah...Justeru orang yang paling dekat dengan mereka lah yang patut disoal...Adakah mereka dari keluarga yang kucar kacir atau terbiar...Pengisian rohani bukan sekadar jasmani perlu ada dalam jiwa yang kosong perlukan perhatian dan kasih sayang, tidak kira anak muda mau pun yang tua...kerana jiwa yang sakit serta kacau tidak mengira batas umur...Semestinya kasih sayang itu bermula dari rumah...
1 comment:
I think kat rumah tu kena balance properly la. Tapi nak cakap abis pun tak boleh jugak...
Anak ku sazali pun tak boleh jugak.
I think maybe a good dose of religion practise, example diri sendiri, example mulut, example hqrd work, example lelaki pun mesti buat washing, jemur, lipat, gi pasar etc etc...
Tapi macam aku cakap, tak boleh cakap abis.
Tapi standard melayu, anak terang2 penjenayah pun, dalam harian metro mesti cerita "anak saya orang tang baik, semayang tak tinggal"
WELL....MELAYU
Post a Comment