..Yo, asking for support is not a sign of weakness,it is actually a sign of intelligence..it gets you out of a hole and it gives other people an opporturnity and experience to help...WanBeruas
Total Pageviews
Saturday, November 30, 2013
...Jalanraya Bukannya Tempat Berlumba...
...Dimana mana kini boleh kita lihat penunggang dengan motorsikal berkuasa tinggi..hatta di ceruk kampung sekali pun...dengan tahap ekonomi yang kukuh kebanyakan dari mereka terdiri dari para eksekutif, selebriti kakitangan awam mau pun pemilik kebun kelapa mampu melayan hobi yang mahal ini...Sering ke utara saya biasanya akan melihat mereka ini menunggang secara berkonvoi...Aktiviti/bergerak secara berkumpulan sememangnya bagus di mana jika seberang perkara yang tidak dijangka berlaku soal bantuan tidak menjadi masaalah...dan ini jugalah positifnya...semangat setia kawan...
...Cuma bila berada secara berkumpulan ini selalunya mereka lebih mementingkan diri serta kumpulan mereka sahaja tanpa memikirkan pengguna lain dengan menunggang secara berbahaya...Berkonvoi dengan suit mewah serta helmet yang berharga ribuan ringgit membuatkan sesiapa yang melihat teruja apalagi si penunggangnya...sering bersama Marshall yang akan 'membuka jalan' untuk mereka walaupun di traffik light yang mana mereka tidak perlu berhenti ketika lampu bernyala merah mau pun memperlahankan kenderaan masing masing...jika di lebuhraya akan menunggang di laluan paling kanan yang semestinya lorong untuk kenderaan dipandu laju...jika menyebut dipandu semestinyalah kenderaan tersebut mempunyai empat roda yang jika laju sekali pun peratusan selamatnya lebih, berbanding motor (2 tayar) ...yang mana saya kira lebih selamat jika menunggang di sebelah kiri...namun menunggang dengan berhemah tidak boleh diambil remeh...
...Pernah satu malam yang gelap dalam pukul 9 di highway Bukit Merah saya hampir melanggar (sempat mengelak) sebuah motor besar yang terbungkang di laluan kanan...Mengucap panjang saya ketika itu...Saya tidak pasti apa yang terjadi pada penunggangnya serta pengguna lebuhraya lain di belakang kenderaan saya...Frankly cakap laa...memang kecut perut melihatkannya...sekali lagi di Lebuhraya Juru yang sememangnya senantiasa sibuk sebuah motorsikal di hadapan kenderaan saya telah dibaling dengan 2 botol besar mineral berisi air setelah penunggangnya 'bermain main' saya melihatnya dengan perasaan gayat..Bayangkanlah jika penunggang itu jatuh dan pemandu BMW yang membaling itu pula terbabas...Pastinya kecelakaan besar akan berlaku kepada mereka juga kami pengguna lebuhraya lainnya...
...Tidak faham mengapa pengguna jalanraya ini kebanyakannya seolah hilang pertimbangan serta peradapan bila memulas thortle...jika dikatakan mereka bayar cukai jalan...pengguna lain juga melakukan perkara yang sama.....sedangkan mereka pula tidak perlu membayar tol...Tak rugi jika saling hormat menghormati hak pengguna lain...tiada satu pun alasan untuk kamu berbuat apa saja di atas jalanraya....setiap pengguna jalanraya mesti berhati2 tak kira jalan tu lurus atau bengkok..naik motor atau pun berjalan kaki...kerana jalanraya bukan nya taman permainan...
..Arwah kenalan saya dulu juga penunggang superbike di mana helmetnya cuma calar sikit saja namun nyawa beliau menjadi galang gantinya...Espek keselamatan munkin telah diambil kira lengkap dengan segala accesories protection namun itu bukan satu jaminan bagi sesiapa jua jika menunggang dengan berbahaya...Ayat klise dari kebanyakan kita pula..."Ahhh dah sampai ajal dia"...Tak dinafikan...ajal,jodoh serta rezeki Tuhan yang menentukan namun kita perlu berusaha untuk mengelak perkara yang buruk dari berlaku...setelah segala usaha dibuat jika malang juga yang menimpa itu baru boleh dikatakan takdir...
..Rasanya dah banyak kali cakap tentang penguatkuasaan dari pihak berkuasa...tapi rasanya perlu diulang lagi lagi dan lagi...Yaa penguatkuasaan serta hukuman yang lebih berat perlu dikenakan kepada pesalah traffiik ini...harapnya tiada lagi kompromi dengan segala macam diskaun serta pembatalan jika itu mampu untuk mendidik seterusnya menurunkan statistik kemalangan serta kesalahan...dalam masa sama mampu menambah income kerajaan hasil dari kompaun serta denda yang dikenakan...
...Tidak dinafikan bukan semua mereka yang tidak berhemah semasa menunggang...namun jumlahnya saya percaya amat sikit...(selama ini pun belum pernah saya jumpa )...Dengan segala macam kempen yang dijalankan oleh kerajaan semua itu tidak akan berkesan selagi pengguna jalanraya samaada yang menunggang, memandu atau pun mengayuh masih lagi leka atau sering menyangka kemalangan hanya berlaku pada orang lain...
P/s : - Sering ternampak Mat Bangla menunggang basikal dan melintas jalan yang sibuk tanpa melihat dulu kiri dan kanan....
Wednesday, November 20, 2013
....Alleycats....
...Muzik pop Melayu 80an suatu masa dulu banyak diserikan dengan pelbagai band dari kalangan bukan Melayu..Bertitik tolak dari Alleycats,Gingerbread,Street Lights dan lain lain lagi yang aku tak ingat dan antaranya tak tahu (kes ketingalan keretapi la nihh)...Di entri ini aku cakap tentang Alleycats yang berasal dari Penang tapi lama menetap di Taiwan disebabkan band ini yang kuat hooknya pada diri aku berbanding band non Malay lainnya dan aku juga membesar dengan muzik bawaan mereka bermula dengan debut album Terima Kasih yang dibeli di Pekan Banting sewaktu abah baru saja membelikan cartridge player...
...Era 70an dan 80an merupakan satu penghormatan bagi mana mana artis jika diberi peluang untuk merakam semula lagu artis terkenal lainnya yang adakalanya mampu dibawakan oleh mereka dengan lebih baik dari artis asal..sebagai contoh Sharifah Aini – Woman In Love,One Way Ticket.BDB – Khayalan.Carefree – Bayangan Tari Mu...Tidak terkecuali juga Alleycats...antara lagu saduran di dalam album mereka yang aku ingat adalah Kau Seri Bagai Pelangi (Three Times A Lady - Commodores) Shahrazad (Boney M) Billy Joel ( Just The Way You Are) Mimpi (Call Me) Blondie, Sayang (Woman) Bee Gees, Dosa (Anak) Freddie Aguilar...Paling best bagi aku lagu Terima Kasih yang mempunyai double meaning..M Nasir turut terlibat dalam menghasilkan lagu...dan album ini merupakan titik tolak bagi beliau untuk pergi lebih jauh dalam bidang seni di Malaysia...
...Dengan sering melakukan pertukaran anggota dan hanya tiga beradik Loganathan Arumugam,David Arumugam dan Shunmugam Arumugam sahaja yang kekal walaubagaimana pun beberapa tahun sebelum Loga meninggal Shunmugam telah lebih dulu mengundur diri dari bidang seni dan dikatakan menerus kehidupan dengan membuka restoran di Penang...
...Kerjasama band ini dengan S.Amin Sahab penulis lirik,MNasir dan Eric Yeoh selaku penerbit = menghasilkan product yang..Booom!!! Jika kini munkin boleh diiktiraf sebagi projek Muhibbah 1Malaysia...Banyak lagu mereka yang mampu menyentuh perasaan disulam dengan muzik dan melodi yang indah...
...Alleycats...Rocker mana pun mesti tau kalau pun tak ikut..apatah lagi dengan Mat Bunga (Yang suka mengayat aweks kat busstand Ipoh dulu dulu) Ya siapa yang minat muzik era 70an dan 80an tapi tak minat Alleycat..Lu orang kira palat la beb…Ok ok takpe bukan salah pun kalo tak minat…hahaa...Cuma rugi laa..tak layan muzik dorang nih…Pemuzik China,India dan Mat Salleh yang membawa lagu Melayu mereka dengan lenggok yang sesetengah part lebih Melayu dari orang Melayu sendiri..Hebat..Perghh!!…Setahu aku pemuzik bukan Melayu yang mampu beri feel Melayu dalam karya mereka tak ramai di Malaysia nihh..boleh dikira dengan jari...itu antara sebabnya yang aku katakan rugi jika tak layan muzik hasil kerja mereka ini…Quality is a must!!
...Tiap yang mula pasti berakhir...walaupun masih berada di dalam industri dengan lineup yang rata2nya orang baru kecuali David sahaja yang tinggal...populariti mereka menjunam dengan ketiadaan Loganathan bila mana kebanyakan album baru yang dilahirkan tidak menepati sasaran jualan yang munkin itu salah satu dari penyebab selain masaalah cetak rompak dan industri muzik Malaysia sendiri yang semakin malap... (secara peribadi aku berpendapat Alleycats hilang sengatnya apabila tidak lagi berkolabrasi dengan M Nasir)
...Apa pun usaha serta sumbangan mereka dalam memperjuangkan survival hidup serta memertabatkan muzik pop/balada Melayu tidak boleh dipandang sebelah mata...dan product mereka juga merupakan khazanah negara yang tetap berharga dan malar segar Hingga Akhir Nanti...bersama dengan trademark Terimakaseeyyyy!!!...
.
Tuesday, November 12, 2013
..Papa Rock aka Pak Mok...
...Sebut saja Ramli Sarip bukan Ramli Burger..Semua orang kenal..dari tua hinggalah orang muda generasi Y...Apatah lagi bagi Rockers...Awalnya banyak pengaruh Robert Plant dan Meat Loaf boleh dilihat ketika beliau mengadakan persembahan...Bermula dengan album pertama bersama Sweet Charity...zaman cartridge... keset baru nak berjinak dengan market pada masa tu...Album pertama mereka menampilkan lagu hit Teratai dengan sound yang amat rusty dan dry...recording masa tu rasanya masih guna 12 track ...Hit bagi sesetengah orang tidak langsung bagi aku...Lagu Double Vision dari Foreigner dijadikan Bayang Bayang di dalam album pertama mereka ini...Tidak lama muncul pula dengan album Pelarian yang lebih agresif dan rebel muzik serta senikatanya walaupun bersama dengan lagu slow seperti Bagaikan Bermimpi.Seperti juga dengan album terdahulu mereka masih lagi membawa beberapa lagu cover dari artis seperti Ebiet G Ade,Achmad Albar,dan Eagles...Time album nih sound, vocal dan lain nya dah nampak improve dan aku memang suka suka sukaa....
...Album ketiga Sejuta Wajah bagi aku merupakan antara album klasik Rock Melayu sebaris dengan album Mentari Merah Di Ufuk Timur, Fenomena, Belengu Irama, dan Bazzoka Penaka dari Search dan juga Wings...Walaupun banyak solo dan riff dari lain lain band seperti Blue Oyster Cult,Rainbow,UFO,Wishbone Ash,RUSH,Black Sabbath dan lainnya namun aku tetap suka dan tak mampu menolak terutama pada lagu Sejuta Wajah dan Hilang Gelap Terbitlah Terang...Suka dengar bass line lagu nih!...(RIP Syed Hassan)
...Konsert pertama mereka ketika Pesta Laut Lumut pada tahun 81 - 82...ketika itu aku dengan sepupu ada di situ...kemudian beberapa hari selepasnya diikuti satu lagi konsert di Stadium Perak...Walau sound system dan stage pada masa itu amat cokai dan sekadar boleh bunyi tapi itu sudah cukup memuaskan hati...apalagi itu merupakan julung kali mereka datang ke Ipoh untuk membuat show...Seingat aku sekali lagi mereka datang ke Stadium Perak bersama dengan Kembara dan dR Sam dalam rangka promosi album Batu...Show open air dan diadakan pada sebelah petang...gandingan gitar Wan Ahmad serta Rosli Mohalim dan sound keseluruhan nya menampilkan perubahan berbanding show sebelumnya...(dah ada kemajuan)
...Show bagi promo album Ribut 10.59 Pagi...selepasnya diadakan dalam Stadium Indera Mulia bersama Blues Gang amat menghampakan dari segi sound dan crowd yang chaos...ramai yang stone dan menggangu penonton lainnya...ketika itu stadium (badminton,bola keranjang) ini belum direnovate bagi tujuan persembahan seumpama itu...So boleh bayangkan sound yang macam mana terhasil...:0(
....Konsert tajaan Salem ketika Hari Keputeraan Sultan Perak yang diadakan di Taman Dr merupakan yang terbaik...dengan sound system canggih serta lampuan yang mampu menampilkan suasana konsert yang sebenar..aku percaya ramai rockers lama Ipoh yang masih ingat lagi akan konsert bersejarah ini...Selepas itu bersama dengan album lain nya aku terus tak amik pot akan band ini kerana sound mereka yang semakin polish and clean...jika diambil kira dalam Sejuta Wajah lagi pun mereka sudah beralih tapi masih lagi telinga aku mampu mendengarnya....(sebenarnya aku suka Sweet Charity pada sound serta imej album Pelarian saja)
...Album solo pertama dari beliau dengan lagu Panah Beracun mengembalikan semula minat aku ketika itu...dengan sound yang mesra alam (hahahaha) clean serta radio friendly...Tampil dengan imej serta sound jauh meninggalkan sound band lama beliau dan nampak lagi 'cantek' dengan solo dari Wan Ahmad yang menggunakan Fender Stratocaster (boleh dikatakan Ramli Sarip reborn dengan album ini)...Munkin mahu nampak lebih matang dan seiring dengan usia beliau sedikit demi sedikit beralih arah dengan sound serta lirik yang lebih dekat pada alam dan penciptaNya dan beliau mengorak langkah dengan album kedua..Uniknya album ini menampilkan idola beliau iaitu A Romzie untuk bersama menyanyikan lagu 'Bukan Kerana Nama'...Agak berat bagi aku yang malas untuk berfikir ketika mendengar jenis muzik bawaan beliau ini berbanding album solo dari Zainal Abidin yang aku kira lebih mudah untuk dihadam...So with regret I just turn my back and back off...(sebenarnya time nih aku dah mula dengan muzik Thrash)...Namun tidak dinafikan product beliau semakin berkualiti serta bagus pada setiap album yang dikeluarkan...Jelasnya semakin jauh meninggalkan genre asal iaitu Rock....Jika itu pada album solo sendiri namun masih lagi menunjukan taring Rock dalam album2 terbitan beliau untuk artis lain seperti Ella - Gadis Kota dan antara lainnya pernah menjadi penyanyi Lefthanded dalam album 'Fanatisme'...Banyak side projek yang turut disertai beliau antaranya Malaysian Artis Tribute To Led Zeppelin dan Underground Tribute To Sweet Charity yang mana kedua dua album ni patut ada jika kamu peminat Sweet Charity atau pun Ramli Sarip...
...Dengan anugerah Dato' baru baru ini bermakna Rocker dan muzik Rock di Malaysia ini telah diiktiraf ke satu level yang bukan lagi hanya layak untuk di dengar oleh kutu jalanan yang sering dipandang serong oleh sebilangan masyarakat...Ini juga memberikan isyarat bahawa seni itu tiada dinding penghalangnya malah menjadi penghubung diantara manusia sejagat...tidak kira kamu dari masyarakat marhaen mau pun golongan atasan....Selepas album solo pertama aku langsung tak amik pot perihal beliau serta album2 selepasnya...Namun secara peribadi aku katakan beliau seorang artis yang unik dengan personaliti,attitude serta semestinya berkualiti...Anugerah yang diberi sememang berhak atas beliau...
P/s: - Berbanding saorang penyanyi wanita dari seberang ada lebih baik jika title Dato' itu diberikan kepada ramai lagi penggiat seni kita yang layak...Anugerah biarlah semasa hidup...jika dah mati bukan lagi anugerah tapi ape kajadah...Lama dulu Titiek Puspa pernah mengutuk artis Malaysia dan dijawab oleh M Nasir..." Siapa itu Titiek Puspa?? Kini giliran artis ini pula ..Yaa,siapa itu Rossa???!!
Friday, November 1, 2013
...Satu hari di Sungai Perak...
....Selagi ada usaha dan kerjasama..Insyaallah....
....Bohong kalu mengaku tidak gementar bagi yang tak biasa...
...Tiga langkah menapak dari gigi air kaki aku tidak lagi menjejak bumi...Fuhh ingatkan tak dalam...Huhuu..
...Usah meletakkan batasan jika ingin melakukan sesuatu kerana tanpa mencuba kita tidak akan tahu sejauhmana kemampuan serta kebolehan kita...justeru tidak salah jika mencuba, tidak mengapa jika gagal...apa yang penting ialah semangat dan usaha keras untuk terus mencuba dan berjaya...kita tidak tahu mana yang betul jika tidak pernah membuat silap...
Subscribe to:
Posts (Atom)