...Muzik pop Melayu 80an suatu masa dulu banyak diserikan dengan pelbagai band dari kalangan bukan Melayu..Bertitik tolak dari Alleycats,Gingerbread,Street Lights dan lain lain lagi yang aku tak ingat dan antaranya tak tahu (kes ketingalan keretapi la nihh)...Di entri ini aku cakap tentang Alleycats yang berasal dari Penang tapi lama menetap di Taiwan disebabkan band ini yang kuat hooknya pada diri aku berbanding band non Malay lainnya dan aku juga membesar dengan muzik bawaan mereka bermula dengan debut album Terima Kasih yang dibeli di Pekan Banting sewaktu abah baru saja membelikan cartridge player...
...Era 70an dan 80an merupakan satu penghormatan bagi mana mana artis jika diberi peluang untuk merakam semula lagu artis terkenal lainnya yang adakalanya mampu dibawakan oleh mereka dengan lebih baik dari artis asal..sebagai contoh Sharifah Aini – Woman In Love,One Way Ticket.BDB – Khayalan.Carefree – Bayangan Tari Mu...Tidak terkecuali juga Alleycats...antara lagu saduran di dalam album mereka yang aku ingat adalah Kau Seri Bagai Pelangi (Three Times A Lady - Commodores) Shahrazad (Boney M) Billy Joel ( Just The Way You Are) Mimpi (Call Me) Blondie, Sayang (Woman) Bee Gees, Dosa (Anak) Freddie Aguilar...Paling best bagi aku lagu Terima Kasih yang mempunyai double meaning..M Nasir turut terlibat dalam menghasilkan lagu...dan album ini merupakan titik tolak bagi beliau untuk pergi lebih jauh dalam bidang seni di Malaysia...
...Dengan sering melakukan pertukaran anggota dan hanya tiga beradik Loganathan Arumugam,David Arumugam dan Shunmugam Arumugam sahaja yang kekal walaubagaimana pun beberapa tahun sebelum Loga meninggal Shunmugam telah lebih dulu mengundur diri dari bidang seni dan dikatakan menerus kehidupan dengan membuka restoran di Penang...
...Kerjasama band ini dengan S.Amin Sahab penulis lirik,MNasir dan Eric Yeoh selaku penerbit = menghasilkan product yang..Booom!!! Jika kini munkin boleh diiktiraf sebagi projek Muhibbah 1Malaysia...Banyak lagu mereka yang mampu menyentuh perasaan disulam dengan muzik dan melodi yang indah...
...Alleycats...Rocker mana pun mesti tau kalau pun tak ikut..apatah lagi dengan Mat Bunga (Yang suka mengayat aweks kat busstand Ipoh dulu dulu) Ya siapa yang minat muzik era 70an dan 80an tapi tak minat Alleycat..Lu orang kira palat la beb…Ok ok takpe bukan salah pun kalo tak minat…hahaa...Cuma rugi laa..tak layan muzik dorang nih…Pemuzik China,India dan Mat Salleh yang membawa lagu Melayu mereka dengan lenggok yang sesetengah part lebih Melayu dari orang Melayu sendiri..Hebat..Perghh!!…Setahu aku pemuzik bukan Melayu yang mampu beri feel Melayu dalam karya mereka tak ramai di Malaysia nihh..boleh dikira dengan jari...itu antara sebabnya yang aku katakan rugi jika tak layan muzik hasil kerja mereka ini…Quality is a must!!
...Tiap yang mula pasti berakhir...walaupun masih berada di dalam industri dengan lineup yang rata2nya orang baru kecuali David sahaja yang tinggal...populariti mereka menjunam dengan ketiadaan Loganathan bila mana kebanyakan album baru yang dilahirkan tidak menepati sasaran jualan yang munkin itu salah satu dari penyebab selain masaalah cetak rompak dan industri muzik Malaysia sendiri yang semakin malap... (secara peribadi aku berpendapat Alleycats hilang sengatnya apabila tidak lagi berkolabrasi dengan M Nasir)
...Apa pun usaha serta sumbangan mereka dalam memperjuangkan survival hidup serta memertabatkan muzik pop/balada Melayu tidak boleh dipandang sebelah mata...dan product mereka juga merupakan khazanah negara yang tetap berharga dan malar segar Hingga Akhir Nanti...bersama dengan trademark Terimakaseeyyyy!!!...
.
4 comments:
lagu pertama Alleycats aku - Senandung Semalam (ni dulu radio Spore popular sebelum Jamal Abdillah bawak masa Bintang RTM terus lagu ni meletup kat Malaysia)
album/kaset pertama Alleycats aku - Penyanyi (1979)
Satu lagu kalau sebut pasal Alleycats masa aku budak-budak dulu yang masih terngiang2 sampai sekarang adalah lagu disko cover Boney M - One Way Ticket. Alleycats punya tajuknya "Bersembunyi Dari Cinta"...heheh...
Alleycats.. takkan dilupakan.
Sampai sekarang aku kat kerja, kaum India di Singapura, yang tak pernah pergi sekolah belajar bahasa Melayu secara rasmi, sekadar belajar dari kawan2, layan Alleycats, dan masih guna Terimakaseyyyy!!! tu..
Apa lag yang nak di kata pasal Alleycats ni..legend tetap legend..lagu berita dari rantau..dari kecik sampai sekarang suka lagi dengar lagu tu..heheh
Kat kangar ada clone Loga... Razak Radio... hahahaha!
Post a Comment