Total Pageviews

Sunday, May 12, 2013

..Bukan Semua China Racist Bro...



      



...Ada yang kata China di Malaysia racist dan khianat pada bangsa Melayu...To be fare,okay aku katakan ya!! Tapi bukan semua...Sedangkan Melayu juga begitu...dan lebih teruk lagi hasad,dengki,khianat,tikam depan tikam belakang...hatta pada darah daging sendiri...


...Aku dibesarkan berjiran dengan ramai bangsa asing..India,China,Iban, Singh...Tinggal di berek Beruas...Setiapa kali Tahun Baru China mereka yang tinggal berdekatan sering menghantar limau serta kueh bulan untuk kami..Begitu juga bila menyambut Hari Raya kami akan membalasnya pula...Ketika di Banting di belakang rumah kami Uncle See Toh dan Aunty Ah Choo tinggal bersama keluarga mereka...Berasal dari Pahang...Sangat baik dan sering bertandang kerumah...dah macam rumah mereka juga jadinya...Jika ke dapur tengok mak aku masak...Kalau ada sambal petai ikan bilis kegemarannya tanpa segan silu dia mencedok nasi ke pinggan dan makan...Aunty jugalah yang bersusah payah menghantar aku ke bus station Banting dengan menaiki FIAT 600 pada satu subuh untuk aku ke Railway Station Kuala Lumpur sewaktu berhijrah ke Ipoh...


...Tahun 1981...Pernah juga aku dioffer oleh saorang Jurutera bernama Goh Chee Eng...Dengan pelat China yang pekat.."Rijuan you mao ka kalo saya support you samung blaja"...Yep aku masih ingat akan semua ini...Malam pengiraan undi baru baru ini pula...Kawan baik aku Mr Wong menghantar SMS...Mengajak aku dan keluarga kerumahnya untuk berlindung jika berlaku perkara yang tak diingini...Begitu juga dengan lain lain kawan seperti Charles,Simon,Eddie,Eric,Kelvin,Celine,Wong,Jeeva,Jasemine,Grace,Raju,Johnson yang selama ini berkawan cukup baik dengan aku...sering mereka  bertandang kerumah...Begitu juga dengan ex boss aku Mrs Tan yang sering membawa buah tangan setiap kali pulang dari oversea...


...Melepak dengan kawan berbangsa China banyak yang boleh kita pelajari dan mereka juga tidak kedekut ilmu...ini dari pengalaman yang aku lalui...

...Justeru aku tidak nampak adanya sikap racist pada mereka...



...Jelasnya jika kita mampu memberikan yang terbaik tak kira lah bangsa apa sekali pun...dengan izin Allah mereka juga boleh memberikan yang sama malah lebih baik lagi dari itu kepada kita...Yang penting dalam pergaulan mesti jujur,ikhlas dan saling hormat menghormati...Sure we can get win win situation!


...Cuba tanya pada diri mengapa Tuhan jadikan darah semua kita sama warna nya...Bagi yang mahu berfikir..salah satu sebabnya untuk memberitahu yang kita semua adalah sama saja...Tak kira samada kamu India,China,Melayu atau Serani...Kasta yang ada cuma ciptaan manusia yang ego!





...Menyentuh sedikit perihal undi kaum China yang lebih memihak kepada parti pembangkang dalam PRU 13...Bayangkan bagaimana mereka ingin memberi kepercayaan kepada BN (Pemerintah) yang tulang belakangnya adalah UMNO atau dalam lain kata orang Melayu...Sedangkan Melayu sendiri telah menjadi kepada tiga puak..Justeru siapa lagi yang boleh diharapkan untuk terus membela nasib mereka jika tulang belakang sudah patah tiga yang mana nasib sendiri pun sedang terumbang ambing akan masa depannya...Jadi sebagai raakyat dalam sebuah negara demokrasi semestinya mereka berhak untuk membuat ketentuan dalam mencari alternatif...Maka sudah tentulah berbalik kepada kaum mereka yang kita semua sedia maklum akan semangat satu hatinya...Dalam hal menentukan hala tuju nampaknya mereka lebih berpandangan jauh berbanding dengan orang Melayu yang kebanyakan hanya suka berpendirian...Hari ini hari ini punya pasal esok belakang kira! Mati nanti semua itu akan ditinggalkan...Huhh!! Memang le begitu...Tapi tidak kah terfikir apa akan jadi kepada nasib generasi yang tinggal!? Justeru usah salahkan lantai yang kononnya tidak rata sedangkan diri sendiri yang tidak pandai bershuffle!






....SMS dari kawan aku Mr Wong pada malam pengiraan undi yang risau akan kejadian 'bertempur' antara penyokong parti berhampiran premis beliau sehari sebelumnya...


...Di mana pun dalam dunia ini kita boleh lihat kuatnya sesuatu bangsa itu berasaskan dari beberapa faktor..antaranya kesatuan dan satu lagi yang tidak boleh disangkal adalah faktor ekonomi...Seperti apa yang berlaku di negara Fiji contohnya di mana masayarakat Tamil serta Pakistan imigrant yang memegang ekonomi negara itu...Siapa pun tidak boleh marah jika mereka berjaya menjadi kaya di negara asing sedangkan mereka yang bertungkus lumus mendapatkannya...Berbanding dengan peribumi yang terus merasa selamat di dalam kepompong masing2...


...Makanya denga isyarat yang telah diberi harap2nya kaum Melayu tua serta muda akan kembali sedar dan dapat bersatu kembali...Muhasabahlah diri...Buangkan ego di hati...Berusahalah dengan kuat agar bangsa kita dapat bersaing dengan bangsa lain..Usah cemburu dengan kelebihan mereka sebaliknya tirulah pada usaha keras mereka dalam memajukan diri serta bangsa...Jika mereka boleh mengapa kita yang turut dipinjamkan tulang empat kerat tidak boleh...Usah lah berasa selamat dengan kata kata 'Tak Melayu Hilang Di Dunia...  tidak bermakna jika semua itu nanti hanya tersimpan di dalam muzium...


...13hb Mei 1969...Loceng Gila,perintah berkurung,rusuhan,pembunuhan...tinggal sejarah yang tak perlu diulang...Maka usahlah dikeruhkan lagi keadaan...Jika dikata China racist...Aku katakan bukan semua,bukan semua,bukan semua!...namun
 tidak dinafikan ada di antara mereka yang sememangnya biaDAP!!!...





P/s: - Semua ini pasti ada hikmah di sebaliknya...Kita merancang  namun ketentuan hanya datang dari Tuhan...         



.

6 comments:

Korawk said...

sokong, seperti juga dengan kaum kaum terdahulu, sebagai contohnya orang Yahudi, bukan semuanya jahat, ada juga yang baik, baik dan jahat itu terpulang kepada sifat peribadi manusia itu sendiri.

Adi Herman said...

sebagai seornag rakyat Sarawak, aku rasa sungguh ertuah kerana kami di sini mempunyai pelbagai etnk dan kaum yang aku rasakan terbanyak di kalangan negeri2 di Malaysia. Kami hidup harmoni di sini, cina, iban, melayu, bidayuh...semua sama saja. Aku sependapat dengan lu bro, tak semua bangsa cina bersikap racist, cuma yang biaDAP saja hehe

Rafi said...

Terbaik la entry ni bang..sokong 100%!

deaf-angel said...

I have no problem working with chinese as leaders and bosses, i have no problem with chinese leading and paving my life, as long they are clean, honest and uncorrupred

Skudal said...

Thumb Up bro!

berteromber said...

majoriti yang racist adalah golongan yang tak pernah bercampur dengan bangsa yang lain...sebab tu mereka ini mengangap bangsa mereka sahaja yang terbaik....sedangkan di akhirat kelak...amalan yang dikira bukanlah bersandarkan bangsa...