Total Pageviews

Thursday, April 22, 2010

..Freddie Mercury The 'Queen' Of Queen..



..aku mula dengar Queen pun masa tinggal dengan Ein di First Garden,sebab dia memang ‘kipas susah mati’ dengan band2 camnih..lagi cam Wishbone Ash,Manfred Manns And Earth Band dan Uriah Heep..mulanya memang tak leh masuk langsung..sound yang agak pelik kekadang macam bunyi cartoon pun ada aku dengar dari gitar Brian May..structure chordnya yang aneh...nyanyian harmoni ala opera…tajuk dan lagu yang cam mereng gitu..Fat Bottom Girls..Bicycle Ride..Mustapa..Tapi dengan kombinasi mainan muzik dan suara yang unik dari Freedie Mercury yang nama asalnya Farokh Bulsara,kelahiran Zanzibar ,Tanzania dan membesar di India telah mengubah tanggapan aku pada band ini..lagu lagu mereka seperti Bahomian Rhapsody,We Will Rock You,dan We’re The Champion,I Want To Break Free,I Was Born To Love You,Who Want’s To Live Forever...tetap segar dan sering berkumandang di serata station radio hingga sekarang..

..Band Queen yang kesemua anggotanya boleh menyanyi, dan yang uniknya lagi suara mereka kesemuanya hampir serupa di antara satu sama lain..juga menariknya masing masing mempunyai solo album..haahh!!Freddie dan Queen mengembara keseluruh dunia bersama sama muzik unik ciptaan mereka.. dan antara pengaruh awal beliau dalam muzik ialah Aretha Franklin,Jimi Hendrix,Beatles,Liza Minelli dan tak terkecuali penyanyi latar yang terkenal Lata Mangeskhar..orang lama yang minat Hindustan macam aku mesti kenal dengan aci ni he hee..suara berhantu..M.Shariff dari Kampung Manjoi Ipoh ni pun pernah berduet dengan dia ni.. kalo dulu dulu macam Saloma tu orang kata....dia pakai susuk suara buluh betong..bolehh laa sedap suara…tah, aku tak tau..abih kalo aci ni?pakai ape susuk bamboo betong?



..Haa aa nak melalut kelain pulak..oh ya aku suka dengan album album terakhir mereka sebelum matinya Freddie yang semua dah tahu disebabkan Aids kerana amalan sex songsang beliau…saorang bisexual…sebahagian hartanya diwasiatkan untuk kucing kesayangan dan juga ‘isteri’ beliau..hummm..kaya la kamu kucing oii..bagi kat aku pun tak pee..hahaa..




Album album pada 80an juga banyak menggunakan synthesizer dan aku memang suka sangat dengan soundnya…bagi mereka yang mahukan suara growl rengkong tekeluaq kata orang Kedah..he hee sorry la memang tak jumpa dalam lagu lagu dan suara Freddie Mercury yang mempunyai empat octave nih..tapi kamu belum cukup Rock jika tidak meminati mereka..he hee..dalam kebanyakan lagunya memang susah untuk dinyanyikan.. (Dato’)Freddie Fernandez pernah membawakan lagu ‘Bahomian Rhapsody’dengan bagus sekali ketika bersama ‘Revolvers’di dalam rancangan terbitan RTM satu masa dulu.. pengaruh muzik Queen juga banyak terdapat dalam album Dewa 19…dan Ahmad Dhani,beliau menggunakan gitar jenama ‘Red Special’ yang dicustom build oleh Brian May dan bapanya...Brian May menggunakan gitar ini untuk kesemua album Queen..cayo (cair) je bunyinyaa..cam score muzik kartun Merrie’s Mellodie’s..hehee..




..album album seperti..Kind Of Magic,The Miracle,A Night At The Opera,Innuendo..yang kebanyakan lagu ditulis oleh Freddie menceritakan tentang diri beliau sendiri..yang kesunyian,cinta yang songsang dan lain lain lagi kekalutan jiwa yang dialami..kaya tapi belum tentu bahagia..biasa la tu cam penyanyi yang lain le jugak..EMI pernah melapurkan album album mereka telah terjual sebanyak 300 juta unit di seluruh dunia..masih ingat masa aku kerja kat Grandy’s awal tahun 90an intro lagu ‘Under Pressure’ kolobrasi di antara mereka dan David Bowie telah digunakan oleh penyanyi rap Vanilla Ice di dalam lagu hitsnya ‘Ice Ice Baby’..aku tak pandai mengulas tentang lagu atau muzik mereka..cuma apa yang dapat aku katakan sedikit sebanyak..band ini juga mempunyai peminat yang tidak terhad hanya pada sesetengah generasi sahaja..tua,muda.orang lama,orang baru ramai yang meminati mereka…contohnya anak anak aku yang memang meminati mereka..bukan disebabkan aku..tapi bila mendengar We Will Rock You,We’re The Champion dll mereka terus minat..kemudian dari itu aku unjukan dengan keset2 lama band ini yang masih aku simpan..



...Freddie telah menulis lagu tema untuk Summer Olympic 1992..Barcelona..dinyanyikan bersama dengan penyanyi operatic soprano,Montserat Caballe..manakala beliau sendiri menyanyi dengan cara falsetto..namun pada hari pembukaan hanya suara beliau yang dapat diperdengarkan,kerana beliau meninggal terlebih dulu..

..sehari sebelum kematiannya,beliau mengumumkan akan penyakit Aids yang dihidapi..Dan pada 24hb.Nov 1991 tamatlah riwayat penyanyi berbangsa Parsi dan dilahirkan pada 5hb.Sept 1946 ini...Walaupun tempat beliau telah diganti oleh Paul Rodgers dari Bad Company tetapi aura yang telah ditinggalkan tetap tidak sama apatah lagi dengan suara..the one and only..Freddie Mercury..nama dan lagu beliau tetap akan diingati sampai bila bila..



How Can I Go On

When all the salt is taken from the sea
I stand dethroned
I'm naked and I bleed
But when your finger points so savagely,
Is anybody there to believe in me
To hear my plea and take care of me?

How can I go on
From day to day
Who can make me strong in every way
Where can I be safe
Where can I belong
In this great big world of sadness
How can I forget
Those beautiful dreams that we shared
They're lost and they're no where to be found
How can I go on?

Sometimes I tremble in the dark
I cannot see
When people frighten me
I try to hide myself so far from the crowd
Is anybody there to comfort me
God...take care of me.

How can I go on
From day to day
Who can make me strong in every way
Where can I be safe
Where can I belong
In this great big world of sadness
How can I forget
Those beautiful dreams that we shared
They're lost and they're no where to be found
How can I go on?

By: Freddie Mercury.


P/s ;- aku masih lagi tercari cari DVD Live At Wembley mereka,yang pernah ditayangkan oleh TV pada tahun 80an dulu ..sapa ada hah?

4 comments:

deaf-angel said...

ko taruk Innuendo ngan The Works tu kan,
zaman sekolah aku dulu, ni 2 feberet kaset aku haha...

Queen baru rock!!

WanBeruas said...

..depa memang best!Perasan tak Behomian Rhapsody dalam radio kita ayat Bismillah depa dah potong..Dalam Mustapa ada ayat Allah l ll pray for you..dan kalo dilihat susur galur keturunan beliau,berhijrah dari Parsi sebab tak mahu pada Islam..rugi lee..

zan said...

Faroukh Bulsara ni antara contoh penganut majusi yang masih ada di dunia.

Tapi, walaupun berfahaman majusi, agakl tebal juga kepercayaan beliau kepada Tuhan..:)

Ra1m1 said...

Aritu beli box set Queen, ada live Wembley tu...