Total Pageviews

Tuesday, December 11, 2018

...Jangan Kelentong Kalau Berniaga...




...Dengorkan sembang orang yang cuba promote products depa kat mana2 samada expo, karnival atau pasar malam..Depa nih dek terdesak dengan target sales dan saingan yang jual mende sama, seolah2 lani langit pun depa boleh spray dengan cat weather bond, tayar keretapi tu pun boleh deme pam guna molot jer...Mak aihh! Well, here i would like to tell you.."I was born at night; but not last night laaa"..."Aiseyy gimme a break"

...Selling method 'paksa beli' pancing dan sentak dan macam2 lagi kaedah atau sistem kapitalis yang telah lama diasaskan oleh Yahudi dan dipraktikan oleh ramai orang, pernah dulu awok amalkan tapi..2-3 tahun pastu stop...Sebab rasa tak mesra pelanggan dan 'kasar' selain adanya unsur 'tipu' sedangkan kita sedia maklum matlamat tidak menghalalkan cara...Itu antara yang menyebabkan timbul rasa bersalah, insaf dan seterusnya berhenti dari terus mengamalkannya...Jelasnya 'Rezeki itu tetap ada dan ianya di mana mana'...Apa yang penting ialah usaha keras dari kita untuk mendapatkannya...🙋



 .P/s: and one more thing; dun under estimated your prospect/client😊

Monday, November 5, 2018

...Bila Ibu/Bapa Sakit...Anak anak Mana?




...Menjaga orang sakit bukanlah satu perkara yang senang..ia mudah disebut tapi tidak untuk mempraktikkannya, dalam masyarakat Melayu Islam kita di sini ia menjadi satu isu besar dalam sesebuah keluarga yang mana siapa yang berhak/wajib menjaga mereka dan ini sering menjadi pertikaian...

...Uuntuk kali ini saya kongsikan satu artikel dari saorang Ustazah yang bertauliah bernama Ustazah Noor Laila Aniza Bte Zakaria, saya tekankan di sini ''bertauliah' kerana sekarang ramai orang yang mengaku ustazah atau ustaz sedangkan kredibeliti, akhlak, ilmu yang disampaikan dan kesahihan gelaran mereka masih boleh dipertikai...Terdapat beberapa perkataan dan ayat yang ditambah baik untuk memberi lebih penjelasan serta kefahaman kepada kita yang membacanya. Ok kita terus kepada maksud asal saya..Moga ianya dapat memberi kebaikan kepada kita semua dalam menjalani kehidupan yang sementara di dunia ini...Aamiin... 

...Hukum berbuat baik kepada ibu bapa  kandung, mertua, angkat, tiri, susuan adalah terletak di atas bahu anak2 perempuan dan juga lelaki...Tidak ada siapa pun yang terlepas, sekalipun perempuan itu telah berkahwin...oleh itu jika sakit semua anak anak bertanggungjawab berbakti kepada ibu ayah samaada dia anak lelaki atau perempuan, berkahwin atau pun belum...

...Ironinya bukan anak lelaki saja yang perlu dipertanggungjawabkan seperti mana yang sering ditekan oleh kebanyakan masyarakat kita yang tidak faham tentang hukum hakam dengan jelas... Disebabkan kononnya anak lelaki saja yang disebut 'wajib' menjaga ibu bapa yang sakit, maka tugas tugasan itu seterusnya diberikan pula kepada menantu perempuan untuk menjaganya....Ada pun untuk menantu perempuan ia tidak diwajibkan untuk menjaga ibu atau bapa suami yang sakit. Bahkan suami yang wajib menjaganya, memandangkan suami pula perlu bekerja untuk menanggung keluarga maka suami boleh saja berbincang dengan isteri jika  mampu mengurus dan berilah imbuhan kepada beliau seperti yang sepatutnya...Jika suami lebih berkemampuan maka sediakan pembantu bagi meringankan tugasan isteri yang telah sedia maklum bertanggungjawab dalam menguruskan rumahtangga sendiri apatah lagi yang sepenuh masa sebagai surirumah...Justeru adalah sama sekali tidak benar anak perempuan terlepas dari kewajipan menjaga ibu bapa mereka yang sakit atau uzur...





...Seandainya yang sakit itu adalah ibu bapa kandung isteri, dan si isteri berhajat menjaganya, 
suami tidak boleh menghalang malah suami tersebut perlu juga sama membantu dan menyediakan kemudahan...Hal ini kerana apabila saorang perempuan telah berkahwin, dirinya dan segala yang dibawa adalah di bawah tanggungjawab suami termasuk nafkah ibu bapa si isteri (jika pula mereka orang susah/perubatan) perlu ditanggung oleh menantu lelaki tadi mengikut kemampuan...

...Justeru tidak perlulah dikhuatiri bagi ibu bapa yang jika hanya mempunyai anak perempuan saja, maka setelah anak perempuan ini berkahwin dan mengikut suami masing masing lalu kebajikan ibu bapa akan terabai...Tidak, ini kerana menantu lelaki wajib bertanggungjawab penuh atas kedua ibu bapa isterinya.Di sinilah pembelaan Allah SWT terhadap semua ibu bapa, dan tidak terkecuali ianya ibu bapa kandung atau mertua...

...Dalam pada itu sememangnya sungguh jelik jika terdapat suami yang tidak membenarkan isteri untuk memberi belanja kepada ibu bapa mereka dengan alasan isteri perlu membantu suami; atau suami yang sememangnya kedekut atau berkira kira untuk berbelanja untuk mertua, walhal ada di kalangan mertua yang ketika sihat sanggup berhabis wang ringgit serta harta untuk anak, menantu serta cucu demi kebaikan mereka bersama...Begitu jugalah jika si isteri yang menghalang kepada suami dalam melaksanakan tanggungjawab terhadap kedua ibu bapanya...

...Terdapat isu yang dibangkitkan oleh sebuah stesen radio baru baru ini yang kononnya isteri wajib menurut kata suami (jika suami melarang isteri menziarahi mereka) hatta jika meninggal sekalipun...Sebagai manusia normal dan waras kita perlu ingat jika sakit pun wajib/perlu dijaga apatah lagi jika meninggal! Mengapa pula tidak boleh menziarah...Kena faham bahawasanya jika suami menghalang bermakna suami telah memerintahkan isteri melakukan maksiat (maksiat itu luas maksudnya - bukan hanya zina, mencuri, minum arak)  yakni memutuskan hubungan ibu ayah dan anak dan hukumnya adalah haram! Bahkan suami sendiri juga telah berbuat maksiat kerana tidak berbuat baik kepada kedua mertua!




...Bagi anak kandung perempuan pula jangan sesekali mengambil sikap lepas tangan dengan langsung tidak mengambil tahu atau peduli terhadap ibu bapa sendiri yang dibela/jaga oleh ipar perempuan atau lelaki kamu...dan jangan pula jika isteri atau menantu yang menolak dari menjaga ibu bapa mertua yang sakit kita labelkan pula sebagai menantu yang derhaka atau tidak baik, sedangkan itu adalah tanggungjawab anak perempuan yang wajib kamu lunaskan dan inilah hukum asasnya di sisi Allah SWT...



...Setiap anak perlu sama sama membantu dalam urusan penjagaan, walau bantuan itu tidak semestinya sama...Ada yang senang, maka berilah lebih...bagi yang susah pula jangan ditambah lagi beban kepada mereka...Adalah  pelik jika kita tidak mahu menjaga ibu bapa yang tua apatah lagi jika mereka sakit dan tidak mampu mengurus diri..Saya ada satu kisah benar di utara tanah air tentang saorang anak dan keluarga yang membiarkan ibunya yang uzur tinggal di tanah rezab sungai di sebuah  kampung tanpa menziarahinya selama berbulan bulan maupun mengirim wang belanja...Apakah alasan? Sedangkan anak tadi serta cucu; masing masing mempunyai kereta mereka sendiri, dengan rumah ibu/nenek yang hanya kurang sejam sahaja jarak perjalanannya...Sedar sedar ibu tua tadi dijumpai oleh penduduk kampung telah mati lemas dan hanyut di dalam sungai berhampiran rumah beliau...Sungguh memilukan! 

...Sesungguhnya ujian kepada sesiapa yang menjaga ibu bapa atau siapa saja yang sakit atau uzur ini perlukan kepada persiapan mental, emosi serta fizikal yang kuat. Mesti banyak bersabar ketika mengurus orang tua yang adakalanya kembali bersikap keanak anakan, pelupa, mau pun menjadi perengus...Keselesaan serta kebersihan persekitaran serta diri jangan diabaikan, begitu juga dengan emosi mereka...

...Semua ini perlukan muafakat, jangan lah kita sewenang wenangnya membuat hukum yang bukan bukan berdasarkan adat tradisi tanpa merujuk kepada agama, Quran dan hadis...
                                                     ...Wallahu A'lam Bishawab...       


..jika semasa kecil berkongsi air susu ibu, mengapa pula setelah tua kita tidak mahu berkongsi menjaganya...





Monday, October 1, 2018

...Persepsi Masyarakat Sesama Kita...





...Seorang saudara saya lama dulu keluar dari kampung merantau dan cari kerja di Singapura...Ok masa tu memang menjadi satu budaya bagi orang muda Malaysia untuk berhijrah ke sana kerana banyak tarikannya dan gaji pun tinggi, mereka sesekali balik nampak benar beza pada penampilan...kita boleh kenal sebenarnya mereka yang balik dari Singapura nih...Clarks, Kicker's, Levi's, Champion. Donnay, Ascot memang trademark brand bagi yang balik kampung dari sana...


...Tapi langit tak selalu cerah...Dia terpengaruh dadah bila era 'flower power' sedang hebat menyerang muda mudi masa tu, 'culture shock' pun sama kot...Memang orang kita biasa pada pengaruh sebelum era Pop Yeah Yeah dan Hindustan lagi, maklumlah negara baru lepas Merdeka dan membangun, banyaklah benda baru yang masuk, tapi itu bukan masaalah asal kita tahu batas batasnya...Dipendekan cerita selepas beberapa kali keluar masuk 'Uni' dia balik kampung cuba untuk berubah dan mula berniaga Roti John di Pekan Beruas...Tapi tak lama...lepas itu dia hilang semula, kami tak tahu kemana...Masyarakat kampung pula tak habis habis menempelak maupun menuduh jika berlaku kecurian sedangkan siapa pelaku sebenarnya tidak diketahuai...Satu hari aku ternampak dia sedang merepair kasut kat Perhentian Bas Medan Kidd, Ipoh...Aku menegur dan berbual kosong..." Abang Gie dah kawin Wan" tanpa ditanya...nampak ikhlas dan dari cara bercakap dia memang betul betul nak berubah...tapi rupanya itu pun tak lama, tau tau 1ama lepas itu dengar khabar dia dah meninggal di kampung...


...Masaalah tipikal orang kita ialah suka memberi persepsi dengan memandang rendah serta narrow pada orang lain dan mereka suka mengadili; lebih malang lagi ia bukan hanya pada bekas penagih tetapi juga kepada bekas banduan, orang cacat, orang tua, orang sakit, orang miskin hatta kepada kita yang berlainan pendirian serta pendapat...Saya dulunya mempunyai ramai kawan penagih dan amat simpati kerana kebanyakannya tak mampu lagi untuk berpatah balik, dalam perkara sebegini kita sebagai kawan/jiran/kaum kerabat sepatutnya menolong dengan memberi bimbingan serta sokongan untuk mereka berubah, paling tidak pun dengan mendoakan mereka...jika kita terus mengamalkan sikap menyisih atau double standard maka itulah antara sebabnya mereka akan rebah atau kembali kepada perkara yang negative...


...Kita munkin berkata berhak untuk hidup selesa tanpa mereka yang kononnya dilabel sebagai sampah masyarakat, sedangkan antara sedar atau tidak mereka juga berhak untuk hidup bebas dari sebarang belenggu dan persepsi masyarakat dengan menerima sokongan dan bantuan terhadap pembangunan sasiah mereka dari kita yang ada di sekeliling...Jika tiada? Bermakna kita jauh lebih teruk kerana hanya tahu menghukum sedangkan tidak berfungsi sebagai 'trouble shooter' 




Thursday, September 20, 2018

..Bil Bil Que..2018





...Dah lama sangat tak layan BBQ (kami lebih suka menyebut Bil Bil Q hehe) bersama famili kat umah nih..So bila dah ada masa terluang bila yang keje shift malam pun dapat cuti, yang jauh study pun dapat balik bercuti semester, maka apa yang dirancang pun menjadi lah...





.

...Mulanya  nak jalankan operasi kat depan umah je, tapi petang tu pulak hujan hingga ke malam...Maka kami pun amik keputusan untuk buat kat belakang rumah yang berbumbung tu ajer...
Tak kisah lah tu...kat sini pun selesa jugak, boleh bentang tikar, duduk lepak2 lagik...Hujan plak  masih renyai kat luar sana...Sejukkk!




..Menu macam biasa laa... Ayam dan daging yang diperap lebih awal...Kentang goreng dan coleslaw homemade...Air gas...Muzik dari tablet...Owhh, ye kopi susu jangan plak lupa ekk..Kiranya malam nih makanan semua heavy! Sekali sekala ok jer esok lusa potong balik segala lemak tepu dan kalori berat tuh...Hehehe...🙌

Thursday, September 13, 2018

...Korban...Ehsan Kepada Makhluk Tuhan...



...Setiap tahun setelah sampai waktunya kita umat Islam seluruh dunia akan menyambut Hari Raya Idul Adha atau yang mana lebih senonimnya di Malaysia dengan panggilan Hari Raya Haji...Sebagai umat Islam kita disunatkan untuk melakukan ibadah korban di mana ianya merupakan sunat muaakad atau dalam erti kata lainnya sunat yang dituntut supaya dikerjakan... 

...Proses menyembelih pada kebiasaannya akan dilakukan selepas saja solat sunat Idul Adha dalam kawsasan masjid...seperti yang disyaratkan penyembelihan hendaklah dilakukan pada Hari Nahar (10 Zulhijjah) dan Hari Tasyrik (11 hingga 13 Zulhijjah) meliputi malam ke-11, 12 dan 13. Qurban tidak sah dilakukan pada malam sebelum Hari Raya (10 Zulhijjah) dan ia juga tidak sah jika dilakukan pada malam 14 Zulhijjah...





...Dari pemerhatian dan secara peribadi saya amat tidak bersetuju dengan kaedah yang diamalkan oleh kebanyakan orang yang ditugaskan untuk melakukan proses penyembelihan dari mula hingga akhir...Banyaklah jika ingin dituliskan di sini cuma saya menyentuh akan kaedah yang diguna untuk menumbangkan ternakan berkenaan...Apa yang pernah disaksikan ada diantaranya yang menakut nakut serta  mengkasari makhluk Allah itu hingga menyebabkan ianya menjadi liar dan berada dalam keadaan tertekan; sedangkan ia sepatutnya perlu disantuni...

...Nabi sallallahu 'alaihi wassallam mengajar kita agar bersifat ehsan kepada semua makhluk hatta ketika menyembelih haiwan...
عَنْ شَدَّادِ بْنِ أَوْسٍ ، قَالَ : ثِنْتَانِ حَفِظْتُهُمَا عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : ” إِنَّ اللَّهَ كَتَبَ الْإِحْسَانَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ ، فَإِذَا قَتَلْتُمْ فَأَحْسِنُوا الْقِتْلَةَ ، وَإِذَا ذَبَحْتُمْ فَأَحْسِنُوا الذَّبْحَ وَلْيُحِدَّ أَحَدُكُمْ شَفْرَتَهُ ، فَلْيُرِحْ ذَبِيحَتَهُ

Syaddad bin Aus berkata: Dua perkara yang aku hafaz daripada Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam. Baginda bersabda: Sesungguhnya Allah mewajibkan ehsan atas segala sesuatu. Apabila kalian membunuh, bunuhlah dengan ehsan. Apabila kalian menyembelih, sembelihlah dengan ehsan. Hendaklah salah seorang kalian menajamkan pisaunya dan merehatkan haiwan sembelihannya.
[Sahih Muslim, Kitab as-Soid wa az-Zabaih, Bab Al-Amr Bi Ihsan adz-Dzabh…, hadis no: 1955]

Ehsan secara ringkasnya boleh dimaksudkan dengan ‘melakukan sesuatu dengan cara yang terbaik’. Hadis di atas menggariskan dua cara terbaik menyembelih haiwan iaitu
1) Menajamkan pisau
2) Merehatkan haiwan supaya dia bertenang

Dalam hadis lain
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا ، أَنَّ رَجُلا أَضْجَعَ شَاةً يُرِيدُ أَنْ يَذْبَحُهَا وَهُوَ يَحُدُّ شَفْرَتَهُ ، فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَآَلِهِ وَسَلَّمَ : ” أَتُرِيدُ أَنْ تُمِيتَهَا مَوْتَاتٍ ، هَلا حَدَدْتَ شَفْرَتَكَ قَبْلَ أَنْ تُضْجِعَهَا
Abdullah bin Abbas radiallahu ‘anhuma meriwayatkan seorang lelaki membaringkan kambing biri-birinya untuk dia menyembelihnya. Dia mengasah pisaunya. Baginda berkata: "Adakah engkau mahu membunuh haiwan ini dua kali? Tajamkanlah pisau engkau sebelum engkau baringkan ia"

[Al-Mustadrak ‘Ala Al-Sahihain, Kitab al-Adhohi, hadis no: 7563. Sahih atas Syarat Imam al-Bukhari]





   ...Itu sebabnya perlu diadakan kursus pengendalian ibadah korban kepada mereka yang terlibat, bermula dari mendapatkan peserta korban, ternakan hingga lah kepada cara penyembelihan dan seterusnya pengagihan daging daging tersebut, ini bagi tujuan mengelak dari berlakunya sebarang pertelingkahan sesama sendiri, penganiayaan terhadap binatang korban atau pun apa saja  perkara yang munkin boleh menyebabkan amalan yang mulia tersebut menjadi rosak, sia sia atau terbatal...


                                                       ...Wallahu a'lam Bishawab... 🙏



            

Friday, August 24, 2018

...Mengapa Mesti Kahin?




...Dalam era kemajuan maklumat tanpa batasan serta kehidupan yang makin laju kita dengan mudah mampu menerima atau mendapat maklumat dengan hanya petikan di hujung jari...Antara yang paling kerap diguna untuk carian ialah dengan menggunakan engine Google dan lain2 lagi...

...Dalam pada itu masih ada segelintir manusia yang cuba mendahului Tuhan, mereka menggunakan kaedah 'lama' atau jahiliah yang jelas sejak dulu mengandungi unsur kurafat/sesat dengan berjumpa bomoh atau lebih layak disebut sebagai kahin bertujuan untuk meramal, mendapatkan maklumat, mengetahui apa yang telah/ akan berlaku...

...Kahin' muncul dengan pelbagai status serta gender seiring dengan arus kemajuan, dari yang tinggal jauh di hujung kampung hingga lah di rumah besar merata bandar...ada yang berpenampilan mistik lelaki juga perempuan malah ada yang mengaku mereka ustaz atau ustazah dengan karektor alim, warak serta zuhud mereka...yang kononnya mampu melariskan perniagaan, menyelesaikan masaalah rumahtangga, mengubat pelbagai penyakit dengan hanya menggunakan ayat Al Quran sedangkan sebenarnya ada yang bercampur dengan jampi/mentera, malah lebih lagi mereka kononnya mampu meramal itu ini, Astaqfirullahalazim!  sedangkan kahin ini menggunakan perantaraan dari jin, iblis dan setan yang jelas diketahui akan melaksanakan tugas mereka dalam menyesatkan manusia hingga kiamat...

...Jika masih ingat lama dulu negara pernah gempar dengan kisah Mona Fendey bersama suami serta pembantu mereka yang telah membunuh saorang ahli politik yang taksub dan percaya kepada segala ramalan bomoh wanita ini yang akhirnya berkesudahan dengan kematian beliau dengan cara yang amat tragis...Sungguh pun begitu segelintir masyarakat kita tetap dengan kepercayaan mereka...Bagi saya situasi ini amat lah malang sedangkan ada antaranya yang mempunyai asas ilmu agama yang kuat tapi masih jahil...Berjumpa dengan tukang tilik ini bukan saja membuka pintu ke arah kesyirikan tetapi menampilkan sisi bodoh manusia itu sendiri...


...Sebagai hamba keyakinan kita kepada Allah mestilah diterjemahkan bukan saja melalui kata kata tetapi juga terhadap perbuatan serta amalan kita...Yakinlah kepada Allah minta kepada Nya dan beriktiar...Jika benarlah kita yakin akan kekuasaan Allah kita juga harus yakin bahawa Allah tidak akan memberikan penyembuhan ada pada perkara atau perbuatan yang dimurkai apatah lagi yang mensyirikkan Nya...Jika sakit pergi berjumpa dengan doktor, di samping boleh juga berubat dengan kaedah alternatif seperti berjumpa dengan ustaz/ustazah yang terbukti tidak mengamalkan sebarang kaedah yang bertentangan dengan hukum hakam serta aqidah Islam...



...Dalam Islam kita sememangnya disuruh berubat jika sakit dan apa saja ubat yang mengikut kaedah serta disiplin perubatan yang betul maka ia adalah diizinkan oleh syarak...Berubat dengan cara yang selamat InSyaAllah diberi kesembuhan selain dari akidah juga turut selamat...
                                ...Apa guna tubuh sihat tapi jiwa serta akidah kita sakit... 

                               ...Sabda Rasullullah SAW : - 

Maksudnya - "Barangsiapa yang datang kepada ' arraf (tukang tenung/ramal) lalu bertanya sesuatu daripadanya, maka solatnya tidak akan diterima selama 40 hari"
(hadis riwayat oleh Muslim: 4137) 

Maksudnya - Barangsiapa  yang mendatangi tukang ramal (kahin) dan membenarkan apa yang dikatakan olehnya, maka sesungguhnya dia telah kufur dengan apa yang diturunkan (oleh Allah)
kepada Muhammad" (hadis riwayat oleh Abu Daud: 9171)



Wednesday, August 8, 2018

...Lawan Untuk Hidup - Hidup & Cabaran...




...Hidup ini kalu takde cabaran atau dugaan takde thrillnya jugak...macam ada mancis takde rokok, ada keta tapi takde kunci nak start, so takde makna...Perlu juga difahami bahawa ujian atau masaalah itu merupakan sebahagian dari kehidupan...dan yang membezakan antara kita, cara mana setiap individu itu menangani setiap situasi...Samada kita terduduk tewas dengan segala macam ujian tanpa melawan atau pun terus bangkit untuk menghadapi semuanya dan terus berlari...

...Oleh itu walau bagaimana hebat sekali pun badai dan arus yang melanda, pastikan layar jangan koyak tiang jangan patah...Hidup perlu terus!       

Monday, July 30, 2018

...Durian Runtuh Yang Meruntuhkan...




...Semasa kecil bila musim buah selalu ke kebun abah untuk bersama sama mengutip hasil antaranya manggis, mempelam air, rambai, dan juga durian...Durian masa tu paling grand yang saya tau pun hanyalah Durian Tembaga selain dari Durian Kucing Tidur yang rasa nya sekarang ni munkin telah dilabel dengan nama yang lain...manakala sekarang nih dan bermacam macam jenis durian pulak yang ujud...Durian Botak, Udang Merah, Penang Bintang , Siew, Ghani, Haji Sani, Saddam, Raja Hutan , Raja Kunyit dan paling top dikatakan durian Mausang King (Musang King) semua gelaran ini dek kerana warna, asal dan rasa selain dari untuk memudahkan kita mengenalinya...

..Berbanding sekarang durian dulunya biasa dijual secara biji atau pun longgok sahaja...Kini dijual dengan berat timbangan...Pernah satu masa dalam tahun 80an durian dengan sebakul besar hanya pada harga Rm 10.00!! Sememangnya murah...Ini berlaku bilamana terdapat lambakan bagi stok..Orang lama di Ipoh memang telah sedia maklum jika mahukan durian dengan harga dan kualiti yang sepatutnya maka di situlah tempatnya,
depan Balai Polis Menglembu...


...Jika merujuk kepada ayat tipikal arwah Tan Sri S.M Salim.." Itu duluuuuuu" 
Ya semua itu dulu dan kini tiada lagi harga, rupa dan kaedah menjual yang juga amat berbeza...
Bukan saja durian, boleh dikatakan dalam semua perkara...Durian, ya durian pun dah ditanam dengan pelbagai kaedah termasuk lah cara mana buahnya dijaga dengan rapi menggunakan bermacam racun serangga demi mengawal kualiti hingga membuatkan kita berasa tidak selamat lagi untuk menikmatinya, dan tahun 2018 ini berlaku lambakan durian kerana tidak dapat diexport setelah dikatakan tidak menepati standard!...


...Kita belum hilang selera dan deria rasa sedangkan kebanyakan makanan dah lama hilang citarasanya...Nasi lemak non santan cuma cooking oil added, karipap yang dipump dengan angin macam tayar mountainbike aku...Dengan bau yang menggigit tajam seperti mana durinya, durian kini merupakan raja dari segala raja, baik dari segi rupa, rasa jugak harga! Semuanya beralasan dek kekangan ekonomi yang semakin menggigit hingga ke tulang sum sum...

...Menjurus kepada peniaga yang berkata kata dengan ayat penyelamat diri..."Ehh aku pun nak hidup jugak per" Sementelah mee sup tulang pun tiada tarikannya lagi bilamana dihidangkan semata2 dengan tulang!  




Monday, July 23, 2018

...Hijrah - Isi Biar Sama Dengan Kulit...





...Berpakaian dengan menampilkan ciri2 murni Islamik serta bersopan belum pasti menjanakan ketaqwaan pada dalaman sesaorang...hijrah bukan bermakna dari jeans ke jubah, dari baseball cap ke kopiah..itu tak penting sebenarnya...kita juga sedia maklum isi tak akan sama dengan kulit...

...Jika diri mampu berhijrah..Alhamdullilah, tengok orang lain yang belum jangan pula kita kondem atau bermegah, kerana pengakhirannya hidup ini kita tidak tahu..Hidayah milik Allah...

..Real transformation requires honesty...if you want to move forward  get real with yourself...




...Apa pun yang penting hijrah itu mampu memberi menafaat pada diri sendiri dan orang lain...
                                               

                                                      ...Wallahu a'lam bisshawab...


Thursday, June 28, 2018

...Cameron 2018...





...Sekian lama tak menongkah bukit untuk ke Cameron Highland.. baru baru ini, itu pun setelah beberapa kali dipujuk oleh anak sulung maka saya dan keluarga ke sana..dan kali ini rasa teramat lega bilamana KakYong jadi driver manakala saya hanya duduk di sebelah...
Muhamad Ashraf dan Muhammad Hafiz tidak ikut kerana mempunyai comitment mereka masing2...





...Apa yang saya perasan sekarang Cameron Highland telah mempunyai banyak hotel2 yang baru dibina dan ia tentu merupakan satu kelebihan bagi pengunjung untuk membuat pilihan dan pasti nya saingan dari segi harga turut berlaku...



...Sepertimana biasa jika kami kesana akan terus menuju ke Pekan Tanah Rata untuk lepak2 di taman yang ada di situ sambil melayan bekalan yang dibawa dari rumah...Waktu pagi tak mengambil sarapan jadinya ini dikira sebagai 'brunch' untuk kami..Tidak lama di situ setelah azan Zohor berkumandang di Masjid Abu Bakar yang berada di atas bukit berdekatan kami terus saja kesana untuk menunaikan tanggungjawab... 

...Selepas solat kami menuju pula ke Boh Plantation yang mengambil masa lebih kurang setengah jam perjalanan dari Tanah Rata...Cuaca amat cantek terang dengan cahaya matahari tapi tetap terasa sejuknya berbanding sebelum ini kami kesana walau cuaca mendung masih juga terasa bahangnya...Hummm, dunia makin tua cuaca pun dah tak menentu sekarang ini...Luangkan masa dengan mendaki bukit yang hampir keseluruhannya ditanam dengan teh, kemuncaknya adalah 8,737 kaki dari paras laut....Terasa tak nak turun pulak...Hujan mula rintik sebelum kami ambil keputusan untuk turun dan minum di Tea Centre bersebelahan dengan kilang Tea Boh. Sayang, kali ini tiada petugas yang boleh membawa/membenarkan kami melawat ke dalam kilang sepertimana sebelum ini...

...Hari makin petang kami turun dari sini lebih kurang pukul 4.45 petang dan terus menghala ke arah Brinchang...Singgah dengan membeli sayur, strawberi dan ubi kledek yang tentunya segar...Seterusnya ke kompleks  Nova Higlands Resort and Residence  untuk makan malam pula.... Saya memang merancang untuk balik pada sebelah malam ini bagi tujuan untuk memberi pengalaman memandu ketika malam di tanah tinggi kepada anak perempuan sulung saya yang belum biasa dengan semua ini...Habis makan kami pun ke kereta dan terus dari sini pulang semula ke Ipoh dan sampai di rumah lebih kurang pukul sepuluh malam dengan rasa letih namun puas setelah seharian berada di tanah tinggi Cameron Highland...🙋





Friday, June 8, 2018

...Ujian Datang Ujian Pergi...





...Saya boleh kata kita sebenarnya menipu diri sendiri jika tidak berasa apa apa jika diuji dengan pelbagai ujian kiri, kanan, depan, belakang beb...Sedih, takut, anxiety, down, exhausted, keliru semuanya ada...sebenarnya dengan semua perasaan itu jugalah yang memberikan isyarat bahawa kita adalah manusia normal...dan Alhamdullilah kerana kita masih dipinjamkan dengan perasaan atau 'nikmat' sebegitu...

...Namun bila difikir semula masih banyak yang perlu kita syukuri akan nikmat Allah di muka bumi ini...Hilang atau diambil kembali oleh Nya satu atau dua perkara, sedangkan masih lagi boleh makan, minum dengan selesa, masih mempunyai sahabat setia, sihat tubuh badan, umur yang panjang, terhindar dari hutang piutang serta peluang yang masih ada untuk bernafas dan membuat persiapan sebelum dipanggil pulang...

...Maka tiada sebab mengapa mesti ada rasa curiga maupun marah dengan Allah...Jika diukur dengan akal yang dangkal semata memang negative saja yang terlintas di fikiran namun jika dilihat pula dengan mata hati dan bertunjangkan iman, InSyaAllah kita mampu hadapi semua ujian dengan hati yang tenang dan matang...
...Syukran Jazzillan... 

Tuesday, May 22, 2018

...Bukit Batu Puteh...Dun Limit Your Challenge, Challenge Your Limit!




...Setelah sekian lama iaitu sembilan tahun tidak melakukan hiking di mana mana pun, baru baru ini saya, keluarga, sanak saudara serta kawan telah melakukannya di sebuah bukit yang lama menjadi tumpuan ramai untuk mencabar fizikal dan mental masing masing...






                                                     
                                                            ...Paku pakis @ Pteridophyta...




                                               ...Senduduk @ Melastoma malabathricum...


                                                            ...Sarang Lebah Kelulut...


...Bukit Batu Puteh, terletak di kawasan Gopeng, dalam daerah kecil Kampar,
Perak Darul Ridzuan.Kami bergerak dari rumah selepas solat subuh untuk mengelak dari bertembung dengan lain lain kumpulan...masa yang diambil dengan memandu untuk ke kaki bukit tersebut dari rumah kami kira kira dalam 45 minit  yang mana memerlukan kami menempuh dahulu Pekan kecil Gopeng dan beberapa buah kampung tradisi dan seterusnya ke Kampung Pintu Padang yang terletak di kaki bukit berkenaan...Tiba awal memberi kelebihan kepada kami untuk mendapatkan petak parking yang terhad di tempat yang disediakan, dan sebelum mendaki kami dimestikan mendaftar nama masing masing bagi tujuan keselamatan dan di situ juga terdapat sign board yang memberitahu pengunjung apa yang boleh dilakukan dan tidak ketika mendaki dan berada di situ...


                                                              ...cahaya selepas subuh...

                                                                 
                                                                      ...camoflauge...



                                                       ...Gua Tempurung di kejauhan...
...Terdapat dua laluan untuk ke puncak, dan kami mengambil keputusan untuk melalui jalan denai seterusnya ladang kelapa sawit dan kebun durian sebelum memulakan aktiviti mendaki...Sebenarnya laluan yang kami pilih untuk ke atas mini adalah lebih mencabar berbanding satu lagi, yang lebih landai...laluan yang kami pilih ini tahap dakiannya adalah 65 darjah yang mana bagi saya dan isteri setelah lama tidak mendaki memang lah merupakan sesuatu yang amat mencabar berbanding anak anak yang masih lagi muda belianya...Tapi itu bukanlah satu alasan untuk tidak meneruskan cabaran...Hehehehe...Apa yang amat saya suka adalah bunyi riang riang hutan yang galak berbunyi mengiringi pendakian kami, ini dulunya dapat saya dengar ketika di kampung, tapi kini tiada lagi 🙍...Puncak bukit ini ketinggiannya adalah 310 meter dari paras laut...

...Setelah lebih kurang 45 minit kami sampai di atas dan terus mengambil peluang dengan melepas dan bergambar sambil memerhati pemandangan sekeliling yang cantik...Ketika ini tiada sesiapa pun lagi di sini, itu sebabnya tadi saya katakan tidak mahu bertembung dengan nana mana group, jika tidak terpaksa pula menunggu giliran untuk bergambar...Dari atas kami dapat melihat ladang pokok Gaharu yang diusahakan untuk membuat teh Gaharu...Juga berbalam balam  Gua Tempurung serta kenderaan yang melalui lebuh raya Utara - Selatan, serta perkampungan yang ada disekitarnya, amat indah dengan angin lembut serta segar pagi itu....Selepas itu kami pun bergerak untuk menuju ke puncak yang saya kira lebih kurang 100 meter saja lagi...Tidak mengambil masa yang lama akhirnya kami sampai juga ke puncak Bukit Batu Puteh...Awrightt!!! Berjaya! Puas rasa hati...









...short movie by Muhammad Hafiz Rodzuan...

...Puas bergambar kami akhirnya mula menuruni dengan lebih berhati hati memandangkan 20 peratus laluannya adalah merupakan batu kapur yang amat bahaya jika kita tersembam manakala di pertengahan jalan pula banyak akar akar pokok yang timbul di permukaan bumi...Untuk kembali ke kaki bukit kami mengambil jalan lain yang agak mudah serta landai namun masih perlu berhati hati dengan halangan yang saya katakan tadi...Sebenarnya aktiviti kekeluargaan begini amat baik untuk mental dan fizikal, rohani dan jasmani, memupuk keakraban dalam keluarga dan bagus sekali diamalkan dengan tiada alasan jika dikatakan kita sibuk sekali pun...masa 24 jam yang diberi Allah bukannya sedikit hanya kita saja yang perlu pandai dalam menangani, membahagi dan mengisinya dengan perkara yang berfaedah...

..Itu jauh lebih baik dari duduk berkumpul samada secara maya mau pun tidak dengan hanya membazir masa  membawang atau stroll sana sini ...Uhuk uhuk!!    


...Setelah sampai di tempat permulaan kami pun bertolak ke sebuah gerai makan di dalam Kampung Pintu Padang ini...Dengan pelanggan yang ramai saya mulanya ingin saja ke tempat lain namun saya akur dengan persetujuan semua...Tak lama rupanya menunggu hidangan yang dipesan pun sampai...


...Ada laksa, cucur udang, pasembur, nasi lemak...Haaa servis macam inilah yang kita mau...Kami makan sarapan pagi itu dengan penuh selera sambil berbual bual sesama sendiri sebelum pulang ke rumah dengan kepuasan kerana dapat menghadapi cabaran dengan baik dan tanpa sebarang perkara yang tak diingini dari berlaku...Alhamdullilah!🙋


P/s: - Dalam tempuh selang seminggu kami mendaki lagi bagi kali kedua...Owh yeahh!!



Monday, May 7, 2018

...Tak Kisah Sapa Dulu Makan Garam...




...Tahap cerdik serta pemahaman mental sesama kita tak sama...macam fizikal ada tinggi ada rendah walaupun dah berumur..dengan menilai atau memandang rendah orang yang jauh lebih muda dari kita sebenarnya hanya memperlihatkan sisi sombong kita,apatah lagi dengan mempertikai minat serta selera muda mereka...itu satu tindakan yang tidak bijak, sedangkan sebelum tua jika diimbau kembali kita juga pernah melewati masa muda dengan kepelbagaian pengaruh juga selera, malah munkin lebih teruk dari apa yang kita omelkan tentang mereka...

...Orang kita suka melabel bahawa generasi muda sekarang payah untuk dikawal dan dibentuk, abis dulu dulu bagaimana pula? Sedangkan setiap era pasti ada saja cabarannya...pokok pangkal bagaimana ia ditangani, samada secara reverse psycology, motivasi, lembut atau kasar, itu semua bergantung pada kebijaksanan kita mengawal satu satu situasi...



...Perlu difahami bahawa sesaorang itu perlu melalui beberapa fasa dalam menempuh hidup dan kepelbagaian itulah yang sebenarnya mampu mematang kan mereka...Jika diamati dari sudut pengalaman bagi orang tua itu saya rasa tidak perlu dipertikai, namun pengalaman saja tanpa diambil sebarang iktibar dengan apa yang dilalui pun tak mempunyai apa apa makna sebenarnya...
Maka ujudlah tua tapi masih dalam tempuh pra matang...Huhuu..

...Seperkara perlu diingat kelebihan yang dimiliki orang muda, mereka kurang dosanya berbanding orang tua yang dah lama hidup, kita munkin lebih dulu makan garam tapi disebabkan masih muda tak pulak mereka itu terlebih makan gula, dan jika diukur di kalangan kita ada yang langsung menderita dek kerananya...Hehe.. 

...Maka sayangi, dekati, selami hati dan hormati mereka di samping memberi panduan bukannya kecaman barulah orang muda respect pada yang tua...🙋


P/s: Zaman Pak Maon mana sama dengan era breakdance yop...
Typewriter dulu baru komputer...Hahaa kan  jauh naw bezanya...😁

Monday, April 30, 2018

...Nak makan, makan aje ler...





...Kak Yong balik bawak nasik lemak...😤



...Untungnya dok Malaysia nih salah satunya ialah...Lu makan ler banyak mane pun sape tak pedulik...Lu pilih ler nak makan kat mane sape pun tak heran...Lu makan ler apa saja asalkan halal sape pun tak amik pot...So bedal ajer lah...
Cuma kalu makan tak bayar...Haaa itu memang orang amik kesah...🙌

Monday, April 23, 2018

...Jom Beriadah...



...Sejak kecil saya sememangnya telah biasa mengamalkan bersenam pada sebelah petang, dan antara subject yang paling saya suka ketika bersekolah juga adalah Latihan Jasmani...Bermain bola merupakan sukan terawal yang saya minat sebelum beralih kepada berlari pantas di dalam ladang kelapa sawit yang berdekatan dengan tempat tinggal kami...












...Ketika tinggal di kaki Bukit Kledang Menglembu pada awal 80an dulu saya selalunya akan melakukan hiking di situ selepas balik dari kerja...sebelum menyambungnya dengan bermain bola bersama dengan kawan kawan...




...Sebenarnya ada juga terasa jemu dengan aktiviti yang sama setiap hari...Ketika tinggal berhampiran dengan Stadium Perak pula saya beralih kepada gymnasium...dan ramai yang tidak faham berasa hairan mengapa walaupun sering exercise di situ tubuh saya tidak menampilkan otot2 sasa yang ketara...Sebenarnya latihan di gym bukan saja bertujuan untuk senaman aerobic selain menaikkan otot2 yang mana memerlukan disiplin yang lebih ketat serta amalan pemakanan dari sumber semulajadi dan supplement yang mahal, manakala saya pula lebih berminat kepada latihan fitness berbanding yang lainnya...



...Kini saya beralih kepada mountain bike yang dilakukan sekurang2nya sejam dalam sehari... Sebelumnya saya berlari pantas tapi disebabkan port kebiasaan saya telah dijadikan litar lumba haram Mat Rempit...Anak bongsu lebih kepada Dirt Bike dan Down Hill.. Pernah saya ditanya oleh jiran " "Err, kau sakit apa ye? Aku tengok selalu jer exercise"  Ok fine,Itu cuma tanggapan biasa orang kita Melayu...Hehehe...Seperti  mana tak perlu tunggu kaya untuk bersedekah begitu juga jangan tunggu sakit baru nak beriadah...🙋