...Setelah sekian lama iaitu sembilan tahun tidak melakukan hiking di mana mana pun, baru baru ini saya, keluarga, sanak saudara serta kawan telah melakukannya di sebuah bukit yang lama menjadi tumpuan ramai untuk mencabar fizikal dan mental masing masing...
...Paku pakis @ Pteridophyta...
...Senduduk @ Melastoma malabathricum...
...Sarang Lebah Kelulut...
...Bukit Batu Puteh, terletak di kawasan Gopeng, dalam daerah kecil Kampar,
Perak Darul Ridzuan.Kami bergerak dari rumah selepas solat subuh untuk mengelak dari bertembung dengan lain lain kumpulan...masa yang diambil dengan memandu untuk ke kaki bukit tersebut dari rumah kami kira kira dalam 45 minit yang mana memerlukan kami menempuh dahulu Pekan kecil Gopeng dan beberapa buah kampung tradisi dan seterusnya ke Kampung Pintu Padang yang terletak di kaki bukit berkenaan...Tiba awal memberi kelebihan kepada kami untuk mendapatkan petak parking yang terhad di tempat yang disediakan, dan sebelum mendaki kami dimestikan mendaftar nama masing masing bagi tujuan keselamatan dan di situ juga terdapat sign board yang memberitahu pengunjung apa yang boleh dilakukan dan tidak ketika mendaki dan berada di situ...
...cahaya selepas subuh...
...camoflauge...
...Gua Tempurung di kejauhan...
...Terdapat dua laluan untuk ke puncak, dan kami mengambil keputusan untuk melalui jalan denai seterusnya ladang kelapa sawit dan kebun durian sebelum memulakan aktiviti mendaki...Sebenarnya laluan yang kami pilih untuk ke atas mini adalah lebih mencabar berbanding satu lagi, yang lebih landai...laluan yang kami pilih ini tahap dakiannya adalah 65 darjah yang mana bagi saya dan isteri setelah lama tidak mendaki memang lah merupakan sesuatu yang amat mencabar berbanding anak anak yang masih lagi muda belianya...Tapi itu bukanlah satu alasan untuk tidak meneruskan cabaran...Hehehehe...Apa yang amat saya suka adalah bunyi riang riang hutan yang galak berbunyi mengiringi pendakian kami, ini dulunya dapat saya dengar ketika di kampung, tapi kini tiada lagi 🙍...Puncak bukit ini ketinggiannya adalah 310 meter dari paras laut...
...Setelah lebih kurang 45 minit kami sampai di atas dan terus mengambil peluang dengan melepas dan bergambar sambil memerhati pemandangan sekeliling yang cantik...Ketika ini tiada sesiapa pun lagi di sini, itu sebabnya tadi saya katakan tidak mahu bertembung dengan nana mana group, jika tidak terpaksa pula menunggu giliran untuk bergambar...Dari atas kami dapat melihat ladang pokok Gaharu yang diusahakan untuk membuat teh Gaharu...Juga berbalam balam Gua Tempurung serta kenderaan yang melalui lebuh raya Utara - Selatan, serta perkampungan yang ada disekitarnya, amat indah dengan angin lembut serta segar pagi itu....Selepas itu kami pun bergerak untuk menuju ke puncak yang saya kira lebih kurang 100 meter saja lagi...Tidak mengambil masa yang lama akhirnya kami sampai juga ke puncak Bukit Batu Puteh...Awrightt!!! Berjaya! Puas rasa hati...
...short movie by Muhammad Hafiz Rodzuan...
...Puas bergambar kami akhirnya mula menuruni dengan lebih berhati hati memandangkan 20 peratus laluannya adalah merupakan batu kapur yang amat bahaya jika kita tersembam manakala di pertengahan jalan pula banyak akar akar pokok yang timbul di permukaan bumi...Untuk kembali ke kaki bukit kami mengambil jalan lain yang agak mudah serta landai namun masih perlu berhati hati dengan halangan yang saya katakan tadi...Sebenarnya aktiviti kekeluargaan begini amat baik untuk mental dan fizikal, rohani dan jasmani, memupuk keakraban dalam keluarga dan bagus sekali diamalkan dengan tiada alasan jika dikatakan kita sibuk sekali pun...masa 24 jam yang diberi Allah bukannya sedikit hanya kita saja yang perlu pandai dalam menangani, membahagi dan mengisinya dengan perkara yang berfaedah...
..Itu jauh lebih baik dari duduk berkumpul samada secara maya mau pun tidak dengan hanya membazir masa membawang atau stroll sana sini ...Uhuk uhuk!!
..Itu jauh lebih baik dari duduk berkumpul samada secara maya mau pun tidak dengan hanya membazir masa membawang atau stroll sana sini ...Uhuk uhuk!!
...Setelah sampai di tempat permulaan kami pun bertolak ke sebuah gerai makan di dalam Kampung Pintu Padang ini...Dengan pelanggan yang ramai saya mulanya ingin saja ke tempat lain namun saya akur dengan persetujuan semua...Tak lama rupanya menunggu hidangan yang dipesan pun sampai...
...Ada laksa, cucur udang, pasembur, nasi lemak...Haaa servis macam inilah yang kita mau...Kami makan sarapan pagi itu dengan penuh selera sambil berbual bual sesama sendiri sebelum pulang ke rumah dengan kepuasan kerana dapat menghadapi cabaran dengan baik dan tanpa sebarang perkara yang tak diingini dari berlaku...Alhamdullilah!🙋
...Ada laksa, cucur udang, pasembur, nasi lemak...Haaa servis macam inilah yang kita mau...Kami makan sarapan pagi itu dengan penuh selera sambil berbual bual sesama sendiri sebelum pulang ke rumah dengan kepuasan kerana dapat menghadapi cabaran dengan baik dan tanpa sebarang perkara yang tak diingini dari berlaku...Alhamdullilah!🙋
P/s: - Dalam tempuh selang seminggu kami mendaki lagi bagi kali kedua...Owh yeahh!!
No comments:
Post a Comment