Total Pageviews

Wednesday, August 15, 2012

..Jubah Raya Weiii...

...Dah lebih 3 kali aku pergi Mydin di Meru Raya untuk mencari jubah...Masaalahnya size untuk aku yang tarak...

...Aritu otw nak ke Gleangles Penang aku singgah ke Taiping untuk menempah kurta sambil mengambil baju koporat yang ditempah dulu...Setelah selesai tugas aku berjumpa dengan end user di Unit Forensik dan Unit Kecemasan Hospital Taiping aku terus ke sebuah Tailor Melayu yang top kat sini...Jadi amik masa lebih setengah jam untuk pilih kain ape segalanye...Pak Cik tu pun ukur size aku..ok selesai mengukur dia pun cakap..

Pak Cik - Ok you mai amik lepaih Raya la nooo...

...Eelee lawak ke apa Pak Cik nihh...

Aku - Laa awat tadi Pak Cik tak habaq awai2 kat saya...

Pak Cik - ...You tak tanya..

Aduiii aku tepuk dahi dan jawab..

Aku - Baguihhhh sama sama kita haru naaa...Macam tu kalo tak yah la Pak Cik kita cancel aje...

...Huhuhuuuu...Selepas amik baju koporat yang dah siap aku keluar dari kedai dan meneruskan perjalanan ke Penang...Humm buang karan tul laa...

...Jadi lepas pegi buat passport anak aritu aku terus je singgah ke Mydin Meru lagi sekali..untuk amik mood Raya walaupun lambat lagi..hehhee..sambil tu leh gak jengok2 kot ada rezeki jubah size aku...Yesss!!Ada rupanya..nak lepas geram aku terus amik 3 helai...biru,putih dan grey..tapi yang kaler grey takde size...Humm takpe laa yang lain dah ada..alhamdullilah!!!..

...Sekarang ni cuma satu hal je lagi..Eerr betul ke aku nak pakai jubah ni nanti...Jubah Raya tahun lepas yang mak aku kasi pun baru 2 kali pakai...sedangkan selama ini bersolat pun aku lebih selesa dengan pakai jeans dan T shirt aje...huhuuu...

Friday, August 10, 2012

...Harga Sebuah Kehidupan...



...Sekejap je dah masuk 10 hari terakhir Ramadhan...Selama ini setiap hari di merata tempat boleh kita lihat berduyun manusia di bazzar Ramadhan datang bukan untuk sekadar menjamu mata..tapi untuk membeli dan menjamu tekak dan nafsu waktu berbuka nanti...Maaf cakapnya paling2 kurang pun sejenis kuih serta lauk pauk lainnya pasti dibawa pulang...

...Tak dapat tidak kita tak mampu menafikan ini antaranya disebabkan oleh keamanan yang sedang kita kecapi...Makan senang,kerja senang,berhibur senang nak beribadat pun senang tiada kekangan dan tak siapa pun kacau walau dalam negara kita mempunyai pelbagai agama dan kaum...Bertepatan dengan ayat...Agama mu agama mu agama ku adalah agama ku...

...Hummm..oleh itu cuba kita bayangkan jika hari ini..ye hari ini saja tak payah dengan hari2 yang lainnya...Balik karang kita tidak mampu mengadakan juadah walau sedikit pun untuk keluarga berbuka...




...Inilah yang dialami oleh saudara seagama kita di negara jiran...Ketika sesetengah dari kita melakukan pembaziran ketika berbuka di hotel hotel lima bintang...Di sana pula mereka yang sedang mengalami penghapusan etnik bertungkus lumus menyelamatkan diri serta keluarga...Senantiasa berada dalam tekanan serta ketakutan...Dapat aku bayangkan betapa susah dan deritanya mereka ini....makan,minum,pelajaran,agama semuanya...hatta untuk hidup pun dinafikan hak keatas mereka...



...Bila dikenangkan betapa beruntungnya kita...Di sini jika pun susah masih ada lagi yang mahu membela...orang miskin akan dibantu untuk meringankan beban mereka sedikit sebanyak...Anak anak yatim dan orang orang tua di rumah kebajikan..di bulan ramadhan ini ada antaranya mereka memang mewah dengan jemputan berbuka puasa dan pelbagai bantuan lagi...Semasa bekerja di Pakeeza pernah boss aku menjemput anak anak yatim dari sebuah rumah kebajikan di Greentown untuk majlis berbuka..Namun mereka terpaksa menolak disebabkan jadual mereka yang telah penuh setiap hari di sepanjang bulan puasa ada saja jemputan di sana sini...Dalam pada itu merata Masjid dan Surau setiap hari mengadakan moreh...Rasa rasanya kita jauh lebih mewah (makanan) pada Ramadhan berbanding pada bulan bulan yang lainnya...Syukur masyarakat kita amat pemurah serta perihatin...

...Namun mampukah kita meneruskan semuanya ini pada masa masa yang mendatang??
Sedangkan ada yang beranggapan situasi kita kini umpama telur di hujung tanduk...Dapat lagikah kita menceriakan kehidupan cucu cicit kita nanti?...Keamanan,permuafakatan,hormat menghormati dengan tiadanya lagi hasad dengki,cerca maki tanpa mengira bangsa serta ideology...Persoalan ini perlu setiap dari kita menjawabnya dengan hati yang terbuka...Demi agama,bangsa dan negara...Jangan punahkan semua nikmat yang dirasa...usah selitkan semuanya dalam lipatan sejarah...Bersyukurlah...Alhamdullillah!



Wednesday, August 8, 2012

...Cakap Kata Hati..Pt 18...Dosa Kitakah Dosa Siapa?

...Banyak manusia hanya mengambil kira dosa insan lain yang dilakukan kepada mereka...tanpa mengira betapa pula dengan dosa dosa mereka terhadap insan lain yang dianiaya..maka jadilah mereka sebagai insan2 yang bebal..yang hanya tahu menerima tanpa mahu memberi..Sesunguhnya tangan yang memberi itu lebih mulia dari tangan yang menerima...Wallahuallam..

Monday, August 6, 2012

..Cakap Kata Hati ..Part 17...

...Apabila kita redha pada sesuatau yang mengecewakan hati kita..maka percayalah Allah akan menggantikan kekecewaan itu dengan sesuatu yang tidak dijangka...Alhamdullillah...Subhanallah maha suci Tuhan...

Sunday, July 29, 2012

...Part Membazir...



..Aku ke Sg Siput semalam walau orang lain bercuti...begitulah rutin mingguan aku...Orang cuti aku kerja,orang kerja aku lagilah kena kerja...Singgah di Klinik Dr Tai...hantar barang yang dia order 2 minggu lepas...sembang2 dan dia tunjukkan aku dengan gambar kontijen Olimpik Malaysia dari desk top dia...Katanya pakaian mereka cantek...Memang cantek tapi mereka cuma boleh pakai sekali aje...Balik Malaysia kalo pergi pekan atau kenduri pakai macam tu orang akan kata mereka pelek...Sama jugak le dengan kontijen perarakan Hari Kebangsaan negara yang diadakan setiap tahun...
So ini semua membazir kata aku....


P/S: - Jika dikenang2..betapa sayangnya banyak wang yang telah habis...sedangkan timbal balas yang diterima tidak setimpal...

Wednesday, July 25, 2012

...Peranan Artis Kepada Masyarakat...

...Setiap dari kita jika ditanya pasti mempunyai saorang atau pun lebih akan artis yang diminati mau pun dipuja...ada yang minat sebab rupa paras,attitude,serta penampilan mereka itu sendiri..tapi itu bagi aku tak real..sebab seharusnya minat disebabkan hasil seni yang dibawa oleh artis itu sendiri sebenarnya..namun masih tertakluk kepada lunas2 adat dan adap selain dari itu seperti di atas tadi adalah hanya merupakan bonus bagi peminat dan artis itu...Package lah kata orang sekarang...

...Artis merupakan role model bagi persekitaran mereka...tak dinafikan bahawa peranan serta pengaruh mereka juga kuat...justeru seharusnya lebih kepada bersifat mendidik supaya peminat tidak terpesong...maknanya di sini luas dan tidak hanya tertumpu kepada attitude..dalam hal ini memang tak dinafikan banyak yang membawa kepada kesan sosial yang tidak sepatutnya jika artis atau penggiat seni itu juga sememangnya telah jauh menyimpang dari landasan atau arah tuju mereka...


...Suatu masa dulu kita pernah dilanda demam pop yeh yeh...Era ini juga menyemarakkan arena seni muzik tanah air ketika itu...Muzik yang acuannya dari luar memang gempak.....namun walau melodinya hangat,senikata tetap mencairkan jiwa para pendengar..payah untuk mendapatkan lirik yang mampu membuat pendengar berasa bersemangat untuk meneruskan hidup umpamanya...Bukan menafikan keikhlasan atau hasil seni orang terdahulu namun hanya sikit yang menampilkan lagu berunsur mendidik,semangat serta patriotik...


...Maka disinilah tugas artis bukan hanya sebagai penghibur yang hanya menyajikan hiburan kosong yang mengkhayalkan tetapi juga mampu membawa peminat kepada satu level...tidak juga hanya mengikut rentak atau kemahuan peminat...jika sesaorang artis itu bijak menggunakan pengaruh mereka..seharusnya mereka juga mampu mengubah akan mentaliti atau cara peminat tadi berfikir...merujuk pada sejarah bagaimana Leornado Da Vinci serta Bach bersama Mozart mampu mendidik manusia di mana hingga kini hasil seni mereka masih terus dijadikan bahan kajian,ikutan serta rujukan...Begitu juga dengan Frank Zappa dan John Lennon... ...Ini juga merupakan kejayaan bagi artis itu sebenarnya....justeru ini yang sepatutnya berlaku...


...Cuma kita perlu ingat bahawa bukan semua pengaruh serta tindak tanduk mereka ini yang boleh diikut...walau hasil seni mereka berada pada tahap 'BOOMM'... ada antaranya 'didikan' mereka ini langsung tak boleh masuk dengan budaya kita mau pun akhlak bagi manusia yang waras akalnya...Maka jangan sampai meniru tingkah laku Ozzy Osbourne yang mencampak peti TV dari tingkap hotel tingkat 24 atau menggigit hingga putus kepala merpati ketika mengadakan sidang akhbar...seperti mana saorang peminat 'mati keras' beliau yang membunuh diri setelah dikatakan terpengaruh dengan lagu 'Sucide Solution'...Itu bodo piang namanya!!!

...Jadi boleh kita lihat betapa besarnya kesan dari pengaruh artis ke atas mereka yang memuja,serta persekitarannya...

...Justeru bagi yang belum atau yang sedang berjinak2 untuk menjadi artis seharusnya berfikir banyak kali samada menceburkan diri disebabkan minat memperjuangkan seni itu sendiri atau hanya untuk menyebuk atau hanya mau mengejar dunia glamour duniawi yang tiada penghujung...




P/S:- ...Seni punyai pelbagai cabang serta genre...pengamalnya menjadikannya medium sebagai expresi jiwa...kelangsungan ada juga yang menjadikannya sebagai bahan propaganda...cuma sayang..tak kurang ada juga yang melacurkannya...huhh!!

Friday, July 20, 2012

...Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak...

..Ya Allah sampaikanlah hamba mu ini serta keluarga ku serta sahabat handai ku ke bulan Ramadhan kali ini sehingga ke penghujungnya..berilah taufik dan hidayah Mu kepada kami,serta kurniakan lah kekuatan jiwa,rohani dan jasmani untuk kami mencari keredhaan Mu dengan melakukan amalan ikhlas kerana Mu Ya Allah..Amin Ya Robbal a’lamin…

P/S : Selamat Menyambut Ramadhan untuk kengkawan..:0)

Tuesday, July 17, 2012

...Gitar Maestro Paul Ponnudorai...




..Disebabkan media mainstream yang biasa mengamalkan birokrasi..atau pun lebih tertarik untuk menceritakan hal sensasi seseorang artis berbanding dengan bakat yang mereka ada...Maka inilah yang terjadi...ianya tidak terkecuali berlaku pada saorang bintang ini tapi juga kepada lain lain artis...tidak banyak yang boleh kita ketahui tentang beliau...walaupun jasanya terhadap industri seni muzik tanahair amat besar...Cuma sedikit yang mampu aku ingat...beliau merupakan salah saorang peserta Bakat TV tahun 70an dulu dan merupakan juara pada pertandingan itu...Berasal dari Ipoh...

...Masih aku ingat lagi semasa pertandingan Bakat TV dulu aku cukup minat dengan permainan gitar klassik yang menggunakan tali nylon dari beliau...petikan beliau memang hebat dan dalam pertandingan itu kebanyakannya bermain dua lagu dalam satu...kelebihan inilah yang sering diperkatakan oleh Taufik Latiff pengacara rancangan tersebut...

...Pada tahun lepas aku ada bertanya kepada Nan Blues di mana beliau pada masa itu..Rupanya beliau membawa diri untuk bersama sama adiknya dengan bermain muzik kelab di Singapura...

...Sepanjang karier sebagai pemuzik beliau hanya sempat mengeluarkan satu album 'Right On Time' pada tahun 2006 (kalau salah tolong beritahu) mengandungi lagu cover dan dua buah lagu ciptaan sendiri...Bersama mencipta lagu ‘One Thousand Million Smiles’yang membawa kejayaan sebagai penyanyi terbaik Asia kepada arwah Sudirman yang dilangsungkan di Royal Albert Hall,London....Turut bermain di dalam album Zainal Abidin dan Sheila Majid selain pernah menjadi seasonist untuk artis antarabangsa antaranya Wynton Marsalis (Pemenang Anugerah Grammy)...


...Tiada apa yang kurangnya bagi pemuzik ini melainkan pendedahan serta publisiti dari media mainstream..inilah nasib bagi artis tanahair yang tidak tahu(mahu)mencipta kontroversi...

..Kini tiada lagi saorang gitar maestro kelahiran Canning Garden Ipoh... yang ada cuma kenangan untuk kawan2 serta peminat setia...satu soalan selepas ini siapa pula yang akan menyusul serta mengalami nasib yang sama dengan tidak dihargai sepertimana sepatutnya semasa hayat...jelasnya bagi pemuzik atau penggiat seni yang honest,humble serta loyal dalam berkarya hanya dihargai oleh segelintir peminat yang tau menghayati apa itu seni...Dan ini lah yang selalunya berlaku...Standardnya orang kita di Malaysia lebih menyanjung artis luar walau pun product seni mereka itu sebenarnya hanyalah hampas terbuang di negara asal mereka!!


Selamat Jalan Paul Ponnudorai...2012...






p/s: - Justin Bebel pun senang2 boleh masuk kesini dan diraikan...Apa nak heran dengan'0rang kita' Humm for me you are not welcome at all...:0(

Wednesday, July 11, 2012

….Muflis Pada Usia Muda…

...Dilapurkan bahawa kebanyakan raakyat Malaysia yang diistiharkan muflis adalah terdiri dari kalangan orang muda dan ini disebabkan oleh kredit kad...Sekali lagi ingin aku bercakap pasal duit plastik ini..sesetengah pihak terus menyalahkan pihak pengeluar kerana sewenang2nya meluluskan permohonan untuk mendapatkan kad ini...

...Aku tak mau bercakap tentang bagaimana untuk mengurus pakai akan kad kredit ini lagi kerana ianya telah pun ditulis dalam post yang terdahulu ...tak nak le recycle pulak..

...Baru2 ini sebuah agensi menyarankan agar satu program untuk mendidik golongan muda cara mana menggunakan kad kredit dengan cara yang betul..

...Rasanya tak perlu semua itu kerana jika nafsu berbelanja mengatasi segalanya kau acu le pistol kat kepala...takkan dipedulikkannya..Mau ditanya pulak pada kita ..Lu apahal?Aku yang berhutang bukan kamu! Sama jugak le dengan hal nya perokok letak le harga berapa pun dorang tetap jugak membeli atau paling tidak pun menempek kawan punya...Hisap tetap hisap..Mereka bukan bebudak sekolah rendah lagi yang perlu akan tunjuk ajar cara mana nak beli barang...Cuma apa yang perlu dalam hal ini ialah berhemah dalam berbelanja...dan ini semua datang dari dalam diri tuan punya badan itu sendiri...

...Oleh itu lebih baik adakan program mendidik makan dengan cara berhemah..ini aku rasa lebih bagus dan relevan dengan situasi yang ada...Ini akan aku perkatakan dalam entri yang akan datang...

...Orang kita kalo cakap pasal jihad..hanya yang terbayang kat kepala ialah berperang..mati shahid..Berjihad luas pengertiannya...tak mestinya kemedan perang saja..kita jugak boleh berjihad atau bermujahadah dengan melawan nafsu...Tak mau la luarannya kalu dilihat dari gaya yang gerek..tapi jiwa lesu dalam menangani hawa nafsu...Humm nafsu berbelanja...merujuk pada cerita asal entri ini...

...Faktor persekitaran yang amat kopentetif juga menyumbang akan fenomena ini...Tidak terkecuali pada orang muda saja...Bila kengkawan pakat tukar hand phone kuis kuis tu kita yang dok pakai ol skool keypad pun terasa ingin jugak memiliki..itu talipon..camne pulak dengan pakaian?kalo yang pompuan nya tudung kepala je pun sekarang dah ada bermacam2 jenis,kenderaan? Kalo dah beli motor atau kereta nak pulak tambah accessories itu ini walaupun kereta tu dah full specks...exzos mao yang bunyi letup2...macam dalam cerita Seniman Bujang Lapuk pom pom pom pom!!

...Dan orang kita Melayu semua sedia maklum amat obses dengan hiburan tak kira dalam bentuk apa sekali pun...Muzik,clubing,memancing,pool,futsal,bowling,paint ball..paling cabuk pun melepak santai kat kedai mamak...ini semua memerlukan belanja..belanja disini bermakna duit..dan duit boleh didapati antara lain dengan cara berhutang...di mana kad krdedit juga memberi peluang kepada pemiliknya untuk meminjam wang tunai...

...Adat orang berniaga pula segala apa yang diingini oleh pelanggan akan cuba dipenuhi...asalkan barangan terjual..cara mana pembeli membayar,itu terpulang...pelbagai alternatif ada...cash,instalment juga semestinya dengan kredit kad...

...Apa pun dalam hal berhutang ini by hook or by crook you gonna have to pay...Jika berhutang dengan orang tapi kencing tak mau bayar..maka tunggulah hari kebangkitan..namun mampukah diri pada masa itu?Sedangkan ketika itu wang tidak bererti apa apa lagi...

...Bagi aku wang sedikit, jika tau berjimat dan berbelanja mengikut keperluan dengan mengamalkan sikap membeli apa yang perlu..dengan bertanya pada diri adakah barangan itu patut ada,perlu ada atau ianya boleh KIV dulu..insyaalah ianya cukup...Seterusnya disiplin diri dalam mengawal perbelanjaan dan membayar hutang....Namun wang berlambak pun jika mengamalkan “easy come easy go”...Maka jadilah umpama ‘Money Like Water Kencing Like Stone'....Huhuu...


Saturday, June 30, 2012

...Cakap Kata Hati Part 16...

..Dalam sebilangan perkara kita mampu menjana pahala hasil dari onar orang lain...justeru bersyukurlah dengan semuanya..kerana Allah tidak menjadikan sesuatu itu dengan sia sia...

Monday, June 25, 2012

...Bukan Senang Nak Senang...Part 1...

...Cuti seolah aritu aku ke sebuah bank..Alaaa bank yang gitu2 tuu..yang kononnye Islamic sangat tuhh..tapi servis dan PR tak setara mana...Lepas je selesai urusan aku keluar dan terus singgah ke tempat peniaga yang menjual jeruk dan lain2 dikaki lima bank tersebut...aku bertanya itu ini kepada budak penjual yang menjawab secara acuh tak acuh tanpa melihat aku tapi terusan melayan sms atau game dari handphonenya...Tetiba datang sorang mamat berdiri di sebelah aku dan terus bertanya dengan lantang...

"Adik,adik mana tokeynya?!Budak tadi menjawab.."Entah"..sambil terusan melayan handphone...Sambung mamat tadi.."Ko tau tak pak cik ni (beliau sambil menunjuk aku) dari tadi bertanya tapi ko buat endah tak endah aje??!!...Kemudian aku pulak
menyampuk.."Humm kalo nak main pun bior le masa pelanggan takde".."Ini ko buat aku macam nak mintak free aje"..Kemudian aku amik jeruk,bayar dan terus belah...

...Sebagai manusia biasa bohong le kalu nak kata mood aku senantiasa je 'bersih'...Tapi kiranya angin aku aritu bagus laa...idak kalo tak merasa la engko dengan duit aku..Bior aku beli kat tempat lain takpe...Munkin dia tak berasa apa2 kalo orang tak datang membeli pun..sementelah tengah musim cuti sekolah tu aku percaya beliau hanya membantu bapanya yang berjualan...jadi orang datang beli ke idak dia apa kisah...

...Berbeza dengan saorang budak yang rasanya berumur dalam 10 tahun yang selalu menjinjit bakul berisi kuih siput serta kerepek di sekitar Pekan Shatin Park...ada 2 – 3 kali bila terserempak dia datang kat aku dan minta aku membeli akan barang jualan nya...Rupanya dia tinggal di kampong setinggan berhampiran dan dari keluarga yang amat susah...disuruh oleh mak tirinya untuk berjualan seperti itu bagi menanggung kehidupan...


...Sebenarnya,kebanyakan anak yatim piatu dan orang miskin lebih komited untuk belajar kerana mereka sedar akan kesusahan keluarga mereka...tapi rasanya ini bagi anak anak Melayu sahaja(Opss bukan semua)...sebab apa aku kata camtu..Ok aku bagi satu contoh...semasa berkerja di Deli Paris dulu..di situ selalu ada satu group anak anak Cina belasan tahun yang datang untuk makan dan berbuat bising..Tapi itu untuk sementara sahaja...tak lama lepas tu semua senyap sepi..mulanya aku ingat depa dah belah..tapi bila diintai rupa2nya semua mereka sedang menelaah buku sekolah...aku percaya dengan secawan kecil Espreso yang berharga Rm 5.00,dengan sandwich atau pie serta croissant..jika dijumlahkan setiap saorang tak kurang dari Rm 20.00 untuk sekali hadap...seminggu 3 – 4 kali...Hahh jumlahkan le berapa...Sudah semestinya mereka ini anak orang berada..namun mereka sedar bahawa bukan senang nak senang dan mereka menghargai segala kemudahan yang diperolehi dengan tidak mensia siakannya..justeru berusaha cuba untuk meneruskan tanggungjawab mak bapak mereka untuk diri mereka serta anak2 mereka pula nanti...


...Untung budak yang bermain handphone tadi kerana beliau munkin dari keluarga yang senang atau kaya...Ruginya pula kerana beliau tidak belajar apa2 dari pengalaman (susah)...Untung bagi budak jual kerepek tadi pula banyak mendapat pelajaran serta pengalaman yang amat berguna untuk masa depannya...dan aku percaya dia akan lebih menghargai akan apa yang di perolehi...wang hasil dari jualan...dan seperkara lagi pengalaman yang tak boleh ditukar ganti di mana semestinya akan lebih cepat mematangkan beliau dalam meniti kehidupan...


P/s : - Orang yang berjalan dalam gelap akan lebih menghargai akan cahaya yang diperolehi...walau pun cahaya itu hanya sebentar dari sebatang lilin yang mencair...

Wednesday, June 13, 2012

...Cakap Kata Hati Pt 15...

…Kebanyakan orang suka bercakap atau berhujah..samaada dia saorang yang berbakat,tak suka duduk diam atau pun yang memang suka mengomel...Pelbagai topik yang dicakapkan...hal politik,ugama,bola,memancing,gusti,cingge atau apa saja...Cukup kritis...Bila bercakap ada yang memang berpengetahuan tentang apa yang dicakapkan siap dengan fakta tentang apa yang dihujahkan..namun ada jugak yang bercakap sebab nak menunjuk pandai atau suka memandai2...Ahahh! Part ini kira payah lahh..Payah kat orang lain tapi bagi dia..dia akan kata...Ade aku kisah...:0(

...Aku..paling suka bercakap pasal muzik..walau aku tak punya pendidikan formal tentangnya..Nape? Ate sebabnya orang tak sekolah pun boleh cakap pasal politik...Yang sekolah takat darjah enam je pun ada yang jadi Menteri Besar...Perghh...Kiranya nak bercakap nih tak perlu le sekolah tinggi2...Tapi make sure jangan suka cakap tinggi...Hehehe..

...Humm bagi aku tak kira la apa yang nak disembang atau dilabunkan...Asal topik itu tidak mengumpat hal orang lain kira ok la tu beb...Humm aku pernah cuba,try test tak bercakap2 sepanjang hari...masa tu bujang lagi...ate member umah sume balik kampung jadi tinggal aku sorang...abih takkan nak bercakap dengan dinding ye tak?! Tapi bila dah tak bercakap2 rasa bodo satu macam jee plak..huhuhu...

P/S: -..Hehee kepala dah tepu dok layan Rock...Ate ape kate meh kite layan lagu Hindustan nih pulak...Orait,namaste,calo Inspektor Sahab!!hehhehee...

Saturday, June 2, 2012

…Negara Kita Juga Mampu…




....Next coming - Tuah..what about Jebat?!..





..Dulu2 biasa kita dengar orang berkata ..nak buat sebatang jarum pun tak mampu mana munkin le pulak nak bina kereta...Namun sekarang semua itu tidak lagi..negara kita telah membuktikan mampu membina bangunan antara yang tertinggi di dunia...membuat kapal...Kapal atau yatch dari hasil kerja anak Melayu tempatan banyak yang ditempah oleh orang luar...hatta menghantar angkasawan ke angkasa lepas...jika dibandingkan dengan dulu betapa jauh sangat bezanya...


...kereta buatan Malaysia maju setapak lagi..enjin Exora Bold CFE 1.6l dilengkapi dengan turbo charged,hasil kerjasama dengan Lotus di mana menyamai kuasa yang dihasilkan oleh enjin 2.0l NA.(Toyota Innova)dan yang seangkatan dengannya...

.

...CFE - Charged Fuel Efficiency...Prestasi yang mampu menangkis tohmahan sebelum ini...


...Perbezaan yang ketara dengan saingannya... .

..Kini bukan saja kita mampu membina kereta sendiri walau masih meminjam teknologi luar...malah kereta2 berjenama mahal dari luar negara pun kini dipasang di tanah Melayu ini...Ini tidak terhad kepada industri automotif sahaja...ianya juga dengan pelbagai product lagi termasuk lah hasil Industri Kecil Sederhana...Apalah yang nak dibanggakan dengan KFC jika Ayam Goreng Radix lebih sedap,apa sangat lah pada Mister Potatos jika nak compare dengan kerepek ubi kayu yang mak aku buat lagi ranggup...huhu..:0)

...Ada yang memperlekehkan akan hasil product tempatan,dalam kebanyakannya...sebagai contoh kereta nasional berbanding dengan kereta import...Alasannya kualiti dan prestasi engine...Namun betul ke begitu? Kita perlu sedar bahawa mereka telah berpuluh tahun terdahulu dari kita...tetapi ianya tidak menjamin mereka dari tidak melakukan kesilapan walaupun telah lama bermain dengan teknologi automotif di peringkat global...

...Walaupun berjaya mendominasikan pasaran..terdapat juga kereta2 mereka yang telah dipanggil balik untuk diperbaiki kerana masaalah teknikal setelah berada di tangan pelanggan seperti mana Porshe,Toyota,Ferrari( dengan melalui QC yang pelbagai perkara ini tidak sepatutnya berlaku)...Bagi pengeluar baru...jika berlaku kesilapan itu boleh dimaafkan kerana masih muda..masih lagi belajar dan boleh diterima pakai akan alasan itu..dan bagi aku jika orang baru..Kalau Tak Silap Macamana Nak Tau Yang Betul...namun bagaimana pula dengan jenama atau company yang telah establish di peringkat dunia!??...


..Mahal tidak semestinya bagus!!!




...apakah alasan mengapa berlakunya keadaan seperti ini??

...Perlu sedar sebenarnya products kita kebanyakannya setanding malah ada yang lebih bagus dari negara luar..ada yang tidak perasan seringkalinya kita terpaksa membayar pada kadar yang lebih hanya di sebabkan ianya adalah dari jenama terkenal dan tidak lebih dari itu...sebagai contoh..Ok aritu aku dengan rakan2 telah dijemput oleh sebuah syarikat pembuat penghawa dingin terkemuka untuk melawat kilang mereka di Sg Buluh,Selangor yang mengeluarkan 2 jenama terkenal.Semasa disitu kami dipertontonkan dari mula hingga akhir akan proses pembuatan.Dipendekan cerita segala accessories dan bahan yang digunakan bagi kedua2 model tadi adalah sama..cuma yang membezakan hanyalah jenama.Satu jenama Malaysia yang boleh dibeli pada harga murah....manakala satu lagi pada harga yang lebih tinggi (jenama antarabangsa)..ini kerana pembeli perlu membayar royalti sebanyak 20% lagi terhadap jenama antarabangsa tadi...Jadi apalah yang nak dibanggakan terhadap jenama asing yang sebenarnya dibangunkan dan dibuat di Malaysia ini...

...Satu lagi contoh,di mana aku pernah membeli sebuah jam tangan berjenama yang diimport di satu butik jam dengan harga Rm 480.00 selepas diskaun..namun malang kualitinya amat tidak setimpal..yang mana jika di Petaling Street pun kita boleh beli pada ‘Harga Patut’ dengan kualiti yang rasanya memang semua sedia maklum..jelasnya product import dengan harga yang semestinya mahal belum tentu menjaminkan kualiti yang setimpal...

...Bagi cakap2 mereka yang suka memperkecilkan product anak bangsa sendiri...adalah mereka yang tiada jati diri,yang jumud dan tertutup mindanya..dan merekalah penghalang kemajuan,bukan saja pada orang lain tapi...lebih malangnya pada diri mereka sendiri!!!...

P/s: - Bangga dengan produk Malaysia...Jom lakukan anjakan paradigma...

Wednesday, May 30, 2012

..Cakap Kata Hati Part 14...

..Kita perasan yang kononya alim kita lebih dari orang lain..warak kita lebih lagi dari orang keliling...islam kita lebih dari islam orang lain....solat kita lebih hebat dari solat orang lain...Kita terasa amal kita kononnya lebih baik dan banyak dari amal orang lain....Namun bagaimana jika akhlak sendiri tidak dijaga?..Terus menipu di sana sini,jiran sekeliling sering disakiti,adu domba tiada henti,derhaka pada ibu bapa sendiri???...Namun tiada sesal di hati...

....Sedarkah kita sebenarnya telah ditipu...Ye ditipu oleh diri sendiri...Apakah sudahnya nanti??..Jangan jadikan semuanya sia-sia...takut muflis pula di akhirat nanti...

Monday, May 28, 2012

...Cakap Kata hati Pt 13...

...Hidup Tanpa Seni Umpama Gusi Tiada Gigi...Hehehee...

Sunday, May 20, 2012

..Padah Karaoke Syok Sendiri…


..awan banyak pun..panaih menehin...hang kata...

...Pagi ini aku memandu menuju utara..Gleaneagles hot spot aku...Tapi kepala swing moody...apa idaknya tidur aku semalam terganggu dengan suara nyanyian karaoke yang tak serupa bikin dari gerai tepi jalan kat umah mak aku...Jaraknya lebih kurang 2km..jauh gak tu...tapi biasa la kalo dok di kampung yang sunyi tak macam bandar…kalo kentut di dapo orang di ruang tengah pun boleh dengo..kata orang Lambo...tak payah tambah distortion...silencer haruihh...hehhehee...

...Nyayian kalo sedap satu hal le jugak..puas aku memujuk ati supaya berkata..bior kan leee..lantaknye leee...Tak boleh..memang tak boleh belah la wa cakap luu...Elok tengah nyanyi dalam nada biasa bila sampai tang korus terus pegi ke nada paling rendah walhal korus lagu tu kena tinggi..tak ke hampeh name nye tu...Itu la pasal kalo nak nyanyi pun agak agak laaa…Pilih le lagu yang boleh masuk dengan suara sendiri..bukan kira nak syok sendiri...sudahnya orang yang mendengar pulak rasa macam telinga kena cucuk dengan duri...Dah tu depa hayun sampai pukul 2 pagi...pastu senyap...Tapi aku yang terkebil2 dalam gelap...Adoiii faham je laa bila dah terjaga memang payah le nak sambung balik tido...walhal sebelum tu aku awal2 lagi dah lenanya...

...Penyudah nya hari ini aku yang stim dan mabuk free...dah roper ayam berak kapur je jadinye...Mujur jugaklah sales aku menjadik...boleh jugak pujuk ati sendiri...


P/s : - Malam nih kena cover balik tido semalam..huhuuu

Monday, May 14, 2012

.. Masih adakah win win situation..??

...Teori berniaga...Bila permintaan melebihi barang dagangan...harga akan meningkat naik...Hummm bunga2 harga barang meningkat naik telah lama kelihatan..bagi sesetengah barang seperti keperluan dapur bukan lagi berbunga tapi dah lama ranumnya...namun betulkah seperti mana kata teori tadi?? Permintaan melebehi pengeluaran..atau ianya hanya konspirasi...sorok barang (Oppsss!!)maka harga akan meletup!!...

...Sebuah syarikat sarung tangan getah multinasional telah menyatakan kebimbangan bahawa dengan kenaikan gaji asas hanya akan menjurus kepada kenaikan kos dan seterusnya nya akan menyaksikan penyusutan dari segi keuntungan...Tapi bagi aku itu hanya untuk jangka masa pendek...Sebagai sebuah syarikat professional semestinya mereka telah menyusun strategi untuk menangani situasi ini...salah satunya dengan meningkat kan lagi pengeluaran serta memastikan peningkatan jualan...walau pun sedikit tapi pada ramai pelanggan dengan cara ini volume jualan serta margin keuntungan dapat diimbang kembali...

...Kaedah ini boleh dilaksanakan lebih2 lagi jika ianya barang 'amat perlu'..contohnya macam nasi..kalo takde beras tak kan nak ikut cakap satu Pak Menteri tu yang suruh kita tukar makanan ruji kepada kentang jee..Humm suruh dia try seminggu tengok...boleh le kalo nak merasa perut kembung dengan angin aje...Nak tak nak pembekal kena cari dan pengguna kena gak beli...

...Maka jika dikatakan pihak majikan akan rugi hingga ada yang mengugut akan menutup operasi...Aku katakan itu hanya gelembong dema saja...Nak tutup kilang tutup laa...Abih hutang bank kamu ingat sapa nak bayo?!! Usah le nak ugut sana ugut sini...sedangkan keuntungan berlemban masih dipihak kamu...

...Dan apa yang kita tahu kenaikan gaji belum tentu menjamin sesuatu yang menggembirakan bagi sesetengah orang...kerana impak dari kenaikan gaji itu sendiri...Ahahh?!?!?

..Sesuatu harus dilakukan bagi memberi kebaikan kepada semua pihak..ini bagi mengujudkan situasi menang menang terhadap pengilang,pemborong,penjual seterusnya pengguna...tapi mampukah terlaksana di zaman dunia yang manusianya hanya mementingkan diri sendiri dan materialstik ini???



P/s:- Sembang kosong dengan India penjual kacang puteh di Pasar Malam Desa Pakatan...Dia cakap...Semua barang naik tarak turun..aku jawab...Hujan juga turun aneii tapi jarang jarang..Kami sama2 gelak...

Thursday, May 3, 2012

...Usah jadi 2 X 5...

..Bila provokasi dilakukan oleh pemimpin yang tidak memikirkan sebarang implikasi yang boleh diduga sebenarnya...terhadap pengikut yang mengikut secara semberono ia hanya akan mengundang kesan negatif....riot & chaos!!!

....Jika dulu kita dikatakan bangsa yang berperaturan,beradap,sopan namun semuanya lunyai dalam satu hari...menang jadi arang kalah jadi abu....

...Seharusnya ditimbang kira terlebih dulu buruk baiknya akan sesuatu tindakan... tara mana lebihnya..jika banyak buruk maka hentikan saja...kerana untuk menangani sesuatu perkara banyak kaedah yang boleh dipraktikkan...kecuali bagi yang tidak sabar dan lebih suka bertindak secara terburu buru...

...Kebanyakan dari kita terdiri dari kalangan yang putus asa dan kecewa...ANTARA alasannya kerana TIDAK DIBANTU...Sampai bila? Sampai bila kita mahu menjadi bangsa yang hanya tahu berjalan setelah diberikan tongkat..lebih malang masih juga mahu dipimpin setelah diberikan tongkat tadi...Sedangkan untuk maju kita juga seharusnya berdikari...kalo kerajaan tak tolong tak leh hidup? Rezeki Tuhan yang bagi bukan manusia...jika tak dapat tender banyak lagi peluang yang ada kat luar sana nun...Takde rezeki kat sini kita cari plak kat tempat lain..dunia ni kan luas!! Pokok pangkalnya perlu berusaha...dan usaha juga perlu lebih beb!!

...Dinegara mana pun dalam dunia ini tidak boleh kita jumpa yang mana setiap keinginan raakyat mampu dipenuhi oleh pihak yang memerintah...dan tiada kerajaan yang cekap seratus peratus di zaman ini..Kecualilah dalam permainan video...segalanya boleh disusun atur mengikut kehendak hati...

...Untuk mencapai tujuan dan matlamat ada pelbagai kaedah yang boleh dipraktikkan...Kira macam ni laa..kalo nak menyeberang sungai contohnya...dari sini kita boleh keseberang sana dengan sampan,guna kayak,berakit atau pun buat Flying Fox je macam kat Out Bound School tuu...atau naik je bot macam kat Bawah Lembah di Pekan Kuala Kangsar nun...kalo kedekut sangat nak bayo tambang..hahh!! Layan je le kuak lentang atau kuak ngering....asalkan sampai keseberang...namun yang penting mesti berhemah...Mesti gentleman!!

...Dalam negara demokrasi semua berhak untuk bersuara dan menyatakan pendirian..Namun ianya masih tertakluk pada peradapan..maksudnya peradapan manusia itu sendiri...Kerana kita bukan lagi hidup pada zaman jahiliah...yang mana siapa kuat dia yang berkuasa...ada cara serta kaedah juga perlu hormat dan mengikut lunas undang undang...

...Tidak pula menyalah atau menyebelahi mana mana pihak pun..sebab dalam diri aku tiada warna biru,hijau,merah mau pun kuning..Cuma yang jelas aku suka pada warna pelangi!!...dan lebih percaya pada kaedah diskusi serta toleransi...Peace No War!!!

P/S:- Jika kita kata orang lain tak ikut undang undang..Kita pulak jangan lah melanggar undang2..Jika tidak samalah kita sepertimana mereka...Huumm 2 X 5 le sudahnya.....

Sunday, April 22, 2012

...Pulihara Bumi Ibarat Memelihara Diri Sendiri...

...Sempena sambutan Hari Bumi ini..sengaja aku postingkan semula gambar2 lama serta sedikit penambahan...agar kita semua dapat menghayati serta menghargai akan alam kurniaan Ilahi...





































...Aku berharap sangat dengan apa yang ada di Taman Tasek ini dan di sekitarnya... tetap dipelihara demi menjaga amanah Tuhan dan juga kerana kita sebenarnya hanya meminjam semua ini dari generasi yang akan datang...






















...usah dicemari...



P/s: - Lokasi - Taman Tasek Taiping
Gambar oleh Rodzuan
Lokasi - Bukit Kledang
Gambar oleh Muhammad Hafiz

Wednesday, April 18, 2012

...Tak Perlu lah Berkira Sangat…



...Umpama menanam pokok mangga ditepian pagar rumah..jika dahannya termasuk ke kawasan rumah jiran dan berbuah maka buah itu bukan lagi milik kita...

...Mengambil video dan menguploadkan ke You Tube sudah menjadi sesuatu yang amat amat common...dan tak mampu untuk dikawal selia lagi...jIka kamu menari bogel ditepi jalan dan orang ramai mengambil gambar serta video seterusnya ke You tube...itu bukan salah mereka tapi salah kamu...sapa suruh berkelakuan sebegitu di khalayak...

...Suatu masa dulu arwah Sudirman pernah mengadakan konsert secara percuma di Chow Kit Road...dah nama pun free...maka berduyun duyun lah manusia dari segenap pelusuk kotaraya KL dan sekitarnya yang datang untuk menyaksikan konsert tersebut...rasanya la kalo dikenakan bayaran seorang seringgit pun mau ratusan ribu ringgit mampu dikaut pada malam itu...namun atas rasa ingin menyumbangkan sesuatu bagi peminat yang selama ini menyokong...jadi konsert percuma inilah yang terbaik diberikan... Memang lah time tu belum lagi ada segala jadah YouTube ni sume, yang mana cuma tube berupa straw dengan serbuk berwarna pink saja yang kita tahu...huhhh...

...Artis tidak boleh meletak atau melebel diri terlalu tinggi hingga ada peminat yang merasakan mereka ini sudah ego atau lupa diri...Sikap ego yang ada di dalam diri para artis ini lah yang sering menjadi penyebab perpecahan dalam mana mana band pun…juga penyebab larinya peminat dari mereka...Sebagai contoh Ritchie Blacmore dengan Deep Purple & Rainbow...Yngwei J Malmsteen dengan Alcatraz,Ozzy Osbourne pula dengan Black Sabbath,Axl Rose dengan Gun N Roses dan banyak lagi jika mau dituliskan di sini...

...Sama jugalah dengan satu band yang salah saorang anggotanya baru2 ini ‘teramat marah’ dengan peminat yang melakukan perkara yang sama terhadap band mereka...Aku percaya jika berbuat begitu pun tak akan bankrupt pun artist itu tadi...boleh juga dikira sebagai promosi kepada DVD yang akan dikeluarkan nanti...lagi pun bukan selalu...Peminat 'die hard' pasti juga akan membeli yang original untuk dijadikan sebagai koleksi bagi mereka...So tak perlu bimbang laa...Cuba pandang dari sudut yang positif..bolehkan?

...Ini lah buruk baiknya berkarya dalam dunia tanpa sempadan kini...bagi aku senang aje jika sanggup menerima..carry on..otherwise just back off!!..bak kata pepatah kalo takut dilambung ombak usahlah berumah di tepian pantai...duk aje atas bukit diam diam...so sapa pun tarak kacau sama lu...


P/s:...Artis dan peminat sama sama memerlukan...

Tuesday, April 10, 2012

...Kitaro - Kojiki...



...Kitaro..Masa terkial kial mencari segala keset2 lama yang tersimpan aku terjumpa Kojiki dari Kitaro..satu nama besar dari genre Instrumental Electronic New Age...sound muzik beliau yang mampu membuat pendengar terbang melayang bersama irama yang mengasyikkan...Pelbagai telahan diberi kepada muzik beliau..ada kata ianya muzik 'for making love'..jugak tak kurang yang mengklasifikasikan muzik untuk ritual..terpulang lah pada individu yang mendengar...Tapi kalo dikatakan sebagai terapi muzik...ini adalah pilihan aku selain dari Ron Goodwin Orchestra,Dave Miller,Steven Cravis,Mike Oldfield,Yanni dan juga Paul Mauriat Orchestra...

...Kitaro berada dalam dunia beliau sendiri ketika di dalam album maupun di atas pentas ketika beraksi...Aku percaya beliau sober..cuma khayal dek suntikan irama dari synthisizer dan flute yang merupakan tunjang kepada muzik beliau...Album Kojiki menjadi pilihan utama bersama yang lainnya,kerana di dalam album ini beliau turut berkolabrasi bersama dengan Skywalker Symphony sebuah orkestra yang terbabit dalam pembikinan skor lagu2 dalam filem sequel Star Wars...

...Album yang mempunyai jalan cerita ini dibuka dengan track lagu Hajimari dan diikuti dengan Sozo serta Koi sebelum yang lainnya,berjumlah tujuh buah kesemuanya bagi album ini...Matsuri merupa kan lagu yang bagi aku overrated...Maka sering dimainkan dalam banyak program2 resmi termasuk acara2 sukan..Dalam satu acara pertunjukan Hari Kemerdekaan yang diadakan di Stadium Perak lama dulu lagu ini turut dimainkan...Apa yang relevannya muzik ini dengan program itu pun entah...Nak kata untuk naikkan semangat pun idak jugak...Kalo just for fun rasanya lagu Hustle lebih sesuai...Humm!?

...Karier Kitaro mula menyerlah bila mana beliau bertanggung jawab membina skor muzik bagi dokumentari Silk Road terbitan NHK..mengingatkan aku pada Shine On You Crazy Diamond (Pink Floyd)yang selalu menjadi muzik latar bagi dokumentari World Discovery terbitan Transtell lama dulu...ingat2 lupa pun...tapi lagu tu aku memang tak lupa (Sudah abis sekolah dan berkerja baru aku tahu Pink Floyd yang mainkan)...

...Sebuah lagi album pilihan aku adalah dari edaran Polydor...The Best Of Kitaro...pilihan lagu antaranya yang paling popular satu ketika dulu Caravansary (Ada juga versi lagu ini turut memuatkan suara Tommy Page yang terkenal dengan lagu Shoulder To Cry juga pernah berduet dengan Amy Mastura)..yang dipinjam oleh kawan..tapi pinjam sampai sudah...Humm kira pinjam langsung tak pulang2 laa..adusss....

..Bagi Mat Metal Kental yang mau lari bukan saja sedikit tapi banyak dari sesuatu yang extreme...untuk mencuba,ini adalah satu pilihan yang tepat bagi kamu...Kerana dengan muzik Kitaro juga kamu masih boleh merasa sesuatu yang 'dark' tapi dalam format yang berlainan...Namun jika masih tidak boleh berkompromi..Huhh itu bukan masaalah aku..hahahhaaa.!!!

...Tanpa prejudis jika dikatakan peminat kental Progresive Death Metal macam aku juga turut meminati beliau...Jangan plak kata dalam hati ada taman beb..Muzik memang tiada sempadan dan aku tak mau membazirkan nikmat mendengar dengan tidak melayan muzik ‘mahal’ sebegini...So bagi yang belum pernah...cuba cubalah...jangan dihadkan pendengaran bak kata Kitaro sendiri..Why don't you try me?!


Wednesday, April 4, 2012

…Muzik Itu Bahasa Penyatuan...



..Kalo dulu2 la kan..masa gig underground yang banyak di organise kan di Ipoh ni atau tempat lain pun sama...boleh kita lihat band band yang perform terdiri dari pelbagai genre...ada Punk,Metal,Hard Core,Grind Core,Ska,Thrash dan lainnya...asalkan muzik semua boleh jalan (join)...Cuma Daud Kilau je yang tak mau ikut sama kalo dijemput..."Pase teman tak boleh nak gelek" katanya...hehehehhee...(aku gurau jee)

...Berbeza dengan sekarang pemuzik kita banyak yang berpuak puak..masing2 dengan genre mereka dan tak mahu berkompromi dengan mereka yang mempunyai aliran muzik yang berbeza...Ini aku tengok dah macam parti politik pulak...masing2 kata mereka lah yang lebih bagus dan tegar dalam perjuangan (ceee)...



...Berlakunya semua ini disebabkan oleh pegangan ideologi dan juga ego yang ada dalam diri penggiat seni itu sendiri...Kalu diperhatikan Skin Head pun ada pelbagai aliran..Hummm ada Malay Power,Sharp,Nazi...Yang memperjuangkan dan mempertahan ideology masing2..hingga sanggup berpatah arang dengan yang lainnya...yang tidak sealiran..Hei bro! Lu apahal!?...Bagi aku kalo dah ideologi tu membuatkan kita berpecah dan berpuak2 apa ke faedahnya?! Ye tak?...Kita pergi gig layan muzik untuk enjoy,jumpa kengkawan kasi release tension...dah abis tu semua masing2 kita balik dan jalanilah kehidupan secara normal sepertimana biasa...mempertahankan ideologi ciptaan manusia tidak wajib kita ikut berbanding dengan hukum hakam dalam agama kita...



...Tak perlulah mengutuk atau memperkecilkan kelompok yang lainnya hanya disebabkan selera muzik kita berbeza..Semua itu hanya akan mencetuskan perbalahan yang tak menguntungkan mana mana pihak...Kalo kami generasi X dulu boleh bersama berganding bahu dalam menjayakan gig gig tanpa mengira apa genre..kenapa tidak bagi kamu orang muda dari generasi Y kini...Kelompok kita kecil sahaja jadi jangan dikecilkan lagi...Itu pun jika mahu kelompok kamu dihormati...Kerana Muzik Seharusnya Menjadi Bahasa Penyatuan...

Tuesday, March 27, 2012

…Cukup Masa Kena Turun...



...Pemimpin datang pemimpin pergi..ada yang ditatang ada jugak yang diminta cepat cepat lah kamu pergi...Begitulah adat dan peradapan dalam kehidupan..kamu jujur semestinya kamu dirai serta dirahmati..namun jika tersilap langkah samada diri sendiri atau orang lain yang membawa lumpur...tandus perkiraan kamu juga yang akan terpalit...

...Public figure ni..ehemm ada yang kata public fingers humm ada yenye jugak kot... kalo berjalan ianya saolah olah di atas papan yang berpaku..perlu berhati2 yang teramat takut terpijak...adussss...lukanya amat parah..lebih2 lagi jika yang terpijak itu tadi paku yang berkarat...Luka walau sembuh parutnya tetap kekal...jika bercakap pula harus berhati2..minta tidak disalah tafsir..tidak kalo muka nanti yang disimbah pasir...


...Yang di bawah impiannya mahu keatas...yang di atas lumrahnya jika ke bawah adalah sesuatu yang ngeri..Dunia yang bulat mengingatkan kita supaya akur tidak selalunya berada di atas..Ye langit juga tidak selalunya cerah...Cuma apa yang perlu dilakukan bersedia serta redha dengan ketentuan agar tidak kecelaruan...

Monday, March 19, 2012

...Niat Perlu Betul Beb...



“Sesungguhnya setiap amalan itu hanya dengan niat. Dan sesungguhnya setiap orang hanya mendapat balasan mengikut apa yang diniatkan. Sesiapa yang berhijrah kepada Allah dan rasulNYA maka hijrahnya itu kepada Allah dan rasulNYA. Sesiapa yang hijrahnya mencari duniawi atau untuk mendapatkan wanita yang ingin dikahwini, maka (pahala) hijrahnya itu mengikut niatnya.” (Riwayat al-Bukhari).

Sabda Nabi s.a.w:
“Orang yang awal dibicarakan pada Hari Kiamat seorang yang mati syahid. Dia dibawa memperkenalkan diri. Allah bertanya: “Apakah yang telah engkau lakukan di dunia?” Dia menjawab: “Aku telah berperang keranaMU sehingga syahid”. Allah berkata: “Engkau bohong, sebaliknya engkau berperang supaya engkau dikatakan berani, dan itu telah pun dikatakan padamu”. Lalu diperintahkan agar dia dihukum, diheret wajahnya sehingga dihumbankan ke dalam neraka.

Datang pula seorang yang lain yang mempelajari ilmu, mengajarnya dan membaca al-Quran. Dia dibawa memperkenalkan diri. Allah bertanya: “Apakah yang telah engkau lakukan di dunia?” Dia menjawab: “Aku telah mempelajari ilmu, mengajarnya dan membaca al-Quran keranaMU”. Allah berkata: “Engkau bohong, sebaliknya engkau belajar ilmu supaya engkau dikatakan alim dan engkau baca al-Quran supaya engkau dipanggil qari. Itu telah pun dikatakan padamu”. Lalu diperintahkan agar dia dihukum, diheret wajahnya sehingga dihumbankan ke dalam neraka.

Datang pula seorang yang Allah luaskan rezekinya dan telah diberikan pelbagai jenis harta. Dia dibawa memperkenalkan diri. Allah bertanya: “Apakah yang telah engkau lakukan di dunia? Dia menjawab: “Aku tidak tinggal satu jalan pun yang Engkau suka untuk didermakan melainkan aku telah pun menderma padanya keranaMU”. Allah berkata: “Engkau bohong, sebaliknya engkau lakukan supaya engkau dikatakan pemurah, dan itu telah pun dikatakan padamu”. Lalu diperintahkan agar dia dihukum, diheret wajah sehingga dihumbankan ke dalam neraka. (riwayat Muslim).


...Di dalam negara yang mengamalkan system pemerintahan demokrasi ini banyak peluang yang diberikan kepada raakyat untuk melaksanakan tujuan dan cita cita mereka antranya ialah dengan kemudahan menubuhkan pelbagai persatuan atau koperasi contohnya...Dalam hal ini kita lihat penubuhan sesuatu pertubuhan itu pasti mempunyai pelbagai agenda yang diperjuangkan...Namun begitu persoalannya kemanakah arah tuju serta ikhlaskah mereka ini??

...Bila mana menyertai koperasi atau persatuan pasti kita sebagai ahli akan bertanya selain sumbangan yang boleh kita beri apakah pula kebaikan atau kelebihan yang bakal diperolehi..adakah ianya menguntungkan semua pihak terutama ahli,atau hanya memberi kelebihan kepada mereka2 yang di atas sahaja...Bagi aku kita perlu kritis dalam soalan ini dan tidak seharusnya menonong mengikut apa saja...dari pengalaman yang aku tempuhi sebelum ini bilamana menyertai pelbagai persatuan yang pada asasnya bertujuan kearah kebaikan untuk memberi pelbagai menafaat kepada ahli juga turut menampilkan manifesto 'cantek'...bertolak dengan itu pelbagai agenda serta program pun dibentang serta diaturkan atas tujuan untuk menjana ekonomi serta cuba membuka mata masyarakat agar menghargai...(???)

...Sedihnya ada di kalangan mereka bukan lah ikhlas dalam memperjuangkan kebajikan ahli...yang sebenarnya namun tidak jelas di mata ahli mereka ini hanyalah memperjuangkan nama serta poket mereka sendiri..Aku cakap secara umum...dalam persatuan sukan contohnya berebut2 mereka untuk memegang tampuk yang tugasnya antara lain menjaga ‘kepuk’...pelbagai kerenah yang kita lihat...tujuan dan matlamat telah menyimpang dari asal..sudahnya gajah sama gajah yang berlawan,kancil yang mati tersepit di tengah2..atlit juga yang menjadi mangsa keadaan...Lama dulu satu persatuan sukan yang mana aku juga terlibat bertugas secara langsung dalam penganjuran di peringkat antarabangsa antaranya ATP Tour dan Salem Open telah diboikot oleh pihak media atas sebab pihak persatuan yang diterajui oleh VVIP telah melancarkan perang dingin terhadap media yang sebelumnya telah mendedahkan penyelewengan mereka di dada2 akhbar..maka tempiasnya turut terkena kepada kami...

...Persatuan dengan agenda persatuannya,badan sukan,parti politik jugak sama...begitu jugaklah perihalnya dengan pelbagai lagi pertubuhan...menjadikan organisasi serta ahlinya sebagai kuda tunggangan atau batu loncatan untuk mencapai cita cita mereka2 ini...Sori kalu aku katakan banyak yang mengamalkan hipokrasi...Bilamana dana telah banyak diperolehi maka pelbagai perkara akan berlaku...antaranya audit dalaman yang tidak telus seterusnya pecah amanah dalam mengendalikan urusan kewangan....Ini banyak berlaku sebenarnya,tidak mampu kita nafikan,lihat sajalah di negara kita terdapat 2000 buah koperasi yang berdaftar namun hanya 20% sahaja yang aktif dan ini berlaku kerana masing2 hanya teruja untuk menubuhkannya tapi pengisian,aktiviti serta pengurusan hancus...Berapa banyak koperasi atau persatuan yang telah diambil tindakan atas pelbagai kesalahan yang berpunca dari masaalah dalaman...

...Lama dulu kalo ada yang masih ingat kita pernah dikejutkan dengan kisah wang dana yang telah disonglap oleh Pengetua yang berlaku disebuah sekolah anak2 yatim di Kelang!!...Ini pun satu hal jugak..bukan mereka tidak mampu mengurus organisasi,cuma gagal dalam mengurus hawa nafsu serta amanah...yang jelasnya kalo dengan wang serta kedudukan manusia boleh jadi gelap mata...

...Lebih malang lagi jika kita lihat ada pertubuhan yang memperjuangkan hak asasi manusia kononya...Namun dengan terang2 mengenepikan peradapan manusia itu sendiri dan lebih dasyat tidak mengendahkan lagi akan hukum hakam agama...atas dorongan nafsu yang tak kenal erti malu..Golongan ini berasakan mereka lah hero..pada hal sebenarnya hanya lah kepada para penyokong sendiri yang buta mata hati...

...Jika dikenang ketika zaman para sahabat dulu pemimpin dilantik untuk memegang jawatan dan jawatan itu juga tidak dipertandingkan..orang bawah yang melantik mereka dengan hati terbuka atas dasar kepercayaan setelah mereka menunjukkan pelbagai contoh yang baik untuk diteladani...

...Dalam perkara seumpama ini banyak yang mengajak aku untuk turut bersama dalam persatuan atau pun sekadar menyertai program2 yang dianjurkan...Namun bagi aku cukuplah dengan apa yang pernah aku lalui dulu....memandangkan telah bebrapa kali kena kencing samaada dengan bangsa lain mau pun bangsa sendiri membuatkan aku lebih kritis dan berkira dalam membuat pilihan...Nak kata serik munkin jugak...Lagi pun aku sekarang amat aktif dengan sebuah Parti...iaitu Parti Gerakan..Huhh! Kamu munkin bertanya,mana munkin aku diterima menjadi ahli,sedangkan aku pure Melayu...Humm betul le tu..tapi itu Parti Politik..Parti aku ini lain..dan motonya...Tak Bergerak Maka Tak Makan....hehehhehee...(ayat mak aku nih)tak faham lagi?? Maksudnya di sini kerja,kerja dan bekerja lahhh sendiri untuk majukan diri..!!!

...Jadi sebelum melobi serta mengendalikan pelbagai jawatan atau kedudukan belajarlah dahulu bagaimana untuk mengendalikan diri serta nafsu...paling penting mesti jujur dengan diri sendiri jika tidak mana mampu untuk kita jujur dengan orang lain di luar sana...secara logiknya macam mana jadi pemimpin jika diri sendiri pun tidak terpimpin...



P/s:- Namun masih ada yang ikhlas dalam memperjuangkan...Cuma jangan lari dari tujuan dan matlamat yang sebenarnya...keikhlasan amat penting dalam kita menjalani kehidupan...keterampilan yang nampak Islamik belum lagi menunjukkan hati kita yang sebenarnya...

P/s :- Kat luar sana dah terlampau banyak sangat dengan persatuan atau pertubuhan...ini memberikan isyarat bahawa kita makin berpecah dan menjadikan kaum kita semakin kecil & berpuak2...masing2 mengatakan kumpulan merekalah yang paling bagus...habis siapa pulak yang tak bagus?? Hahh carilah sendiri jawapannya..