..Yo, asking for support is not a sign of weakness,it is actually a sign of intelligence..it gets you out of a hole and it gives other people an opporturnity and experience to help...WanBeruas
Total Pageviews
Tuesday, July 17, 2012
...Gitar Maestro Paul Ponnudorai...
..Disebabkan media mainstream yang biasa mengamalkan birokrasi..atau pun lebih tertarik untuk menceritakan hal sensasi seseorang artis berbanding dengan bakat yang mereka ada...Maka inilah yang terjadi...ianya tidak terkecuali berlaku pada saorang bintang ini tapi juga kepada lain lain artis...tidak banyak yang boleh kita ketahui tentang beliau...walaupun jasanya terhadap industri seni muzik tanahair amat besar...Cuma sedikit yang mampu aku ingat...beliau merupakan salah saorang peserta Bakat TV tahun 70an dulu dan merupakan juara pada pertandingan itu...Berasal dari Ipoh...
...Masih aku ingat lagi semasa pertandingan Bakat TV dulu aku cukup minat dengan permainan gitar klassik yang menggunakan tali nylon dari beliau...petikan beliau memang hebat dan dalam pertandingan itu kebanyakannya bermain dua lagu dalam satu...kelebihan inilah yang sering diperkatakan oleh Taufik Latiff pengacara rancangan tersebut...
...Pada tahun lepas aku ada bertanya kepada Nan Blues di mana beliau pada masa itu..Rupanya beliau membawa diri untuk bersama sama adiknya dengan bermain muzik kelab di Singapura...
...Sepanjang karier sebagai pemuzik beliau hanya sempat mengeluarkan satu album 'Right On Time' pada tahun 2006 (kalau salah tolong beritahu) mengandungi lagu cover dan dua buah lagu ciptaan sendiri...Bersama mencipta lagu ‘One Thousand Million Smiles’yang membawa kejayaan sebagai penyanyi terbaik Asia kepada arwah Sudirman yang dilangsungkan di Royal Albert Hall,London....Turut bermain di dalam album Zainal Abidin dan Sheila Majid selain pernah menjadi seasonist untuk artis antarabangsa antaranya Wynton Marsalis (Pemenang Anugerah Grammy)...
...Tiada apa yang kurangnya bagi pemuzik ini melainkan pendedahan serta publisiti dari media mainstream..inilah nasib bagi artis tanahair yang tidak tahu(mahu)mencipta kontroversi...
..Kini tiada lagi saorang gitar maestro kelahiran Canning Garden Ipoh... yang ada cuma kenangan untuk kawan2 serta peminat setia...satu soalan selepas ini siapa pula yang akan menyusul serta mengalami nasib yang sama dengan tidak dihargai sepertimana sepatutnya semasa hayat...jelasnya bagi pemuzik atau penggiat seni yang honest,humble serta loyal dalam berkarya hanya dihargai oleh segelintir peminat yang tau menghayati apa itu seni...Dan ini lah yang selalunya berlaku...Standardnya orang kita di Malaysia lebih menyanjung artis luar walau pun product seni mereka itu sebenarnya hanyalah hampas terbuang di negara asal mereka!!
Selamat Jalan Paul Ponnudorai...2012...
p/s: - Justin Bebel pun senang2 boleh masuk kesini dan diraikan...Apa nak heran dengan'0rang kita' Humm for me you are not welcome at all...:0(
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
aku baca kat Star, satu classmate dia tulis kat forum.
Rupanya dia sekolah rendah dah cipta lagu dan nyanyi hadiah kat cikgu dia.
Sampai menangis cikgu tu pasal lagu sedap suara merdu.
Post a Comment