Total Pageviews

Saturday, June 2, 2012

…Negara Kita Juga Mampu…




....Next coming - Tuah..what about Jebat?!..





..Dulu2 biasa kita dengar orang berkata ..nak buat sebatang jarum pun tak mampu mana munkin le pulak nak bina kereta...Namun sekarang semua itu tidak lagi..negara kita telah membuktikan mampu membina bangunan antara yang tertinggi di dunia...membuat kapal...Kapal atau yatch dari hasil kerja anak Melayu tempatan banyak yang ditempah oleh orang luar...hatta menghantar angkasawan ke angkasa lepas...jika dibandingkan dengan dulu betapa jauh sangat bezanya...


...kereta buatan Malaysia maju setapak lagi..enjin Exora Bold CFE 1.6l dilengkapi dengan turbo charged,hasil kerjasama dengan Lotus di mana menyamai kuasa yang dihasilkan oleh enjin 2.0l NA.(Toyota Innova)dan yang seangkatan dengannya...

.

...CFE - Charged Fuel Efficiency...Prestasi yang mampu menangkis tohmahan sebelum ini...


...Perbezaan yang ketara dengan saingannya... .

..Kini bukan saja kita mampu membina kereta sendiri walau masih meminjam teknologi luar...malah kereta2 berjenama mahal dari luar negara pun kini dipasang di tanah Melayu ini...Ini tidak terhad kepada industri automotif sahaja...ianya juga dengan pelbagai product lagi termasuk lah hasil Industri Kecil Sederhana...Apalah yang nak dibanggakan dengan KFC jika Ayam Goreng Radix lebih sedap,apa sangat lah pada Mister Potatos jika nak compare dengan kerepek ubi kayu yang mak aku buat lagi ranggup...huhu..:0)

...Ada yang memperlekehkan akan hasil product tempatan,dalam kebanyakannya...sebagai contoh kereta nasional berbanding dengan kereta import...Alasannya kualiti dan prestasi engine...Namun betul ke begitu? Kita perlu sedar bahawa mereka telah berpuluh tahun terdahulu dari kita...tetapi ianya tidak menjamin mereka dari tidak melakukan kesilapan walaupun telah lama bermain dengan teknologi automotif di peringkat global...

...Walaupun berjaya mendominasikan pasaran..terdapat juga kereta2 mereka yang telah dipanggil balik untuk diperbaiki kerana masaalah teknikal setelah berada di tangan pelanggan seperti mana Porshe,Toyota,Ferrari( dengan melalui QC yang pelbagai perkara ini tidak sepatutnya berlaku)...Bagi pengeluar baru...jika berlaku kesilapan itu boleh dimaafkan kerana masih muda..masih lagi belajar dan boleh diterima pakai akan alasan itu..dan bagi aku jika orang baru..Kalau Tak Silap Macamana Nak Tau Yang Betul...namun bagaimana pula dengan jenama atau company yang telah establish di peringkat dunia!??...


..Mahal tidak semestinya bagus!!!




...apakah alasan mengapa berlakunya keadaan seperti ini??

...Perlu sedar sebenarnya products kita kebanyakannya setanding malah ada yang lebih bagus dari negara luar..ada yang tidak perasan seringkalinya kita terpaksa membayar pada kadar yang lebih hanya di sebabkan ianya adalah dari jenama terkenal dan tidak lebih dari itu...sebagai contoh..Ok aritu aku dengan rakan2 telah dijemput oleh sebuah syarikat pembuat penghawa dingin terkemuka untuk melawat kilang mereka di Sg Buluh,Selangor yang mengeluarkan 2 jenama terkenal.Semasa disitu kami dipertontonkan dari mula hingga akhir akan proses pembuatan.Dipendekan cerita segala accessories dan bahan yang digunakan bagi kedua2 model tadi adalah sama..cuma yang membezakan hanyalah jenama.Satu jenama Malaysia yang boleh dibeli pada harga murah....manakala satu lagi pada harga yang lebih tinggi (jenama antarabangsa)..ini kerana pembeli perlu membayar royalti sebanyak 20% lagi terhadap jenama antarabangsa tadi...Jadi apalah yang nak dibanggakan terhadap jenama asing yang sebenarnya dibangunkan dan dibuat di Malaysia ini...

...Satu lagi contoh,di mana aku pernah membeli sebuah jam tangan berjenama yang diimport di satu butik jam dengan harga Rm 480.00 selepas diskaun..namun malang kualitinya amat tidak setimpal..yang mana jika di Petaling Street pun kita boleh beli pada ‘Harga Patut’ dengan kualiti yang rasanya memang semua sedia maklum..jelasnya product import dengan harga yang semestinya mahal belum tentu menjaminkan kualiti yang setimpal...

...Bagi cakap2 mereka yang suka memperkecilkan product anak bangsa sendiri...adalah mereka yang tiada jati diri,yang jumud dan tertutup mindanya..dan merekalah penghalang kemajuan,bukan saja pada orang lain tapi...lebih malangnya pada diri mereka sendiri!!!...

P/s: - Bangga dengan produk Malaysia...Jom lakukan anjakan paradigma...

2 comments:

deaf-angel said...

pasal aku ulang alik..

so aku memang tumpang gembira tengok kejayaan terutama budak2 melayu muda dimana je aku berada.

terus terang aku cakap, budak2 melayu... yes memang ko tahu la perangai budak2 melayu tak suka mengampu, tak suka membodek, relaks one corner... tapi when it comes to work, when it comes to responsibility, budak2 melayu boleh.
Just give them the opportunity and trust.
Cuma....standard la, yang cam siol pun tetap ada.

WanBeruas said...

..Betul laa bro..bebudak Melayu lepasan Kolej Komuniti pun dah banyak yang berjaya terutama dalam bidang IT, mekanikal engineering & industri berat..Yes to Malay Power!!