Total Pageviews

Monday, September 6, 2010

Selamat Hari Raya



..Pejam celek pejam celek..dah nak sampai ke penghujung Ramadhan,cepat sungguh rasanya masa berlalu..pinggang aku pun tak sempat nak kempis lagi..hehee..Ye la dunia dah akhir zaman..memangnya begitu..kita tak punya kekuatan untuk mengawal semua itu siang,malam,bulan,bintang semuanya atas kuasa dan ketentuan Tuhan yang maha esa..Jadi kita makhluk yang menjadi hambanya terima aje laa..

..Tak lama lagi Syawal pula akan menjelma..jadi di sini aku nak amik peluang untuk ucapkan Selamat Hari Raya Idul Fitri..kepada kengkawan dan jugak followers blog ini sama ada yang add atau tidak, yang ikut secara diam diam dan yang selalu singgah di laman FB aku Rodzuan Zakaria Wan (Gua nampak beb) dan mereka yang sanggup beri komen pakai sms jee tuu (haha banyak duit kome?)..maaf zahir batin semuanya..salam..

Monday, August 30, 2010

..Merdeka! Merdeka! Merdeka!!!...

...Hari ini 30hb.August pada tahun 1957 bendera Union Jack diturunkan...Esok 31hb.August 1957...mereka telah menjeritkan Merdeka!Merdeka!Merdeka!Dengan gah dengan bangga...Terlepas sudah dari kongkongan si benggali putih...

...Kita yang ada sekarang beruntung kerana tidak perlu berjuang atau berkorban harta benda dan juga nyawa...kerana semua itu telah dirintis oleh mereka mereka yang terdahulu..

...Justeru apa yang ada perlu kita pupuk dan kekalkan supaya tidak punah..tak mahu lagi menang sorak kampung tergadai...Tak mahu lagi dicucuk hidung...Ditutup mata!..Semua bukan untuk sesiapa...melainkan untuk aku,kamu..dan anak anak cucu...

...Mari bersama sama meraikan dan menghayati detik2 dulu yang berlalu...


P/s:- p/s: - Esok selepas solat Subuh aku dengan kawan2 seperti mana 2 – 3 hari yang lepas,kami akan ke Stadium Perak untuk sama sama merayakan hari merdeka..kerana itu antara semangat yang mampu kami tunjukkan sebagai tanda cinta dan sayang kepada Tanah Melayu ini...Puasa bukan satu alasan untuk tidak turut bersama yang lainnya...

Monday, August 23, 2010

..Show Must Go On...

...Semenjak dua menjak ni aku cukup malas nak menulis dengan pen..apa lagi bila dah menggunakan computer ni bertambah2 lagi le malasnya..salah satu sebabnya ialah bila dah siap menulis dan bila dibaca semula selalunya aku sendiri pun tak paham apa yang aku tulis..adusss..hal begini lebih parah/palat lagi kalo aku ke pejabat pos untuk mengepos parcel..kekadang kerani Pos itu pulak yang akan bertanya apa ke jadah bendanya yang aku tulis..adehh..aku minta maaf je le kat depa..bukan nye saja2 nak tulis cam tu tapi selalunye jika ditulis pelan2 atau betul2 hasilnya tulisan aku akan jadi macam tulisan budak darjah satu..hahaa lagi hampehh...

..Bukan itu yang nak aku cakap kali ini sebenarnya..Humm...bukan apa, semalam petang, sementara menunggu waktu berbuka aku terkenang semula bulan puasa beberapa tahun yang lepas..kerana waktu itu jika jam ini aku akan berniaga dekat bazzar Ramadhan..aku kata dekat sebab aku tak join depa yang berniaga disitu..aku buat hal sendiri2 je..lagipun apa yang aku jual tak sama dengan depa...Ye la menjual air dalam botol..dan bila dah dekat nak beraya aku juga menjual kerepek dan kacang2..lama dulu pun ada jugak jual bunga api..kadang2 aku bawa anak2 untuk menolong sama..bila tiba waktu berbuka selalunya tak sempat nak berbuka dirumah samaada kami berbuka dalam perjalanan balik atau aku akan membentangkan tikar plastic dan kami anak beranak akan sama2 berbuka di pasar malam,sebab selepas itu kami akan terus berniaga hingga pasar malam tutup…memang sayang untuk meninggalkan perkara yang dah biasa kita buat apatah lagi jika ianya menyeronokkan..tapi aku punya alasan sendiri kenapa tidak meneruskannya lagi..munkin dilain masa le pulak..

...Pengalaman berniaga ini mempunyai cabarannya yang tersendiri..berniaga lah apa pun..semua sudut perlu diambil kira...pelbagai..dan aku jugak cakap dari semua aspek..tak kira le berniaga kecil mau pun besar..tapi aku suka semua tu..untung,rugi,kena tipu,kena tikam,kena ugut,dikambing hitamkan..dan itu lah harga yang harus aku bayar...dalam suka ada juga duka..tapi aku apa pedulik..Selalu aku cakap pada diri sendiri jangan takut..just fight for your right!Rezeki bukan ditangan manusia,tapi di tangan Allah..yang penting kena berusaha,berdoa dan tawakal..Orang kata pengalaman tak boleh dijual beli..ye jugak..tapi itu dulu..la ni ada pengalaman yang boleh dijual dan dibeli..sekarang dimana mana boleh kita dapat antaranya dalam program motivasi,kursus perniagaan,out bound school dan lain lain..dan aku tak kata itu tak perlu atau tak bagus..Cuma bagi aku itu tak pure..sebab lebih pada teori hehee..berniaga ni sememangnya seronok..tambah lagi bila barang kita terjual..itu bermakna..masyukkk..hehe..idak kalo takan le ‘pusher’ tu sanggup menggadai nyawa menjual dadah iye tak..kalo dah untung pun berjuta2,apa pun depa sanggup..langsung tak kira halal haram...habis semua kasi redah..Tapi kita jangan le pulak nak buat camtu..rezeki biar le bersih..sikit takpe janji halal..Insyaallah ada berkatnya di situ..

..Aku pernah berniaga macam macam..ye la sejak kecik dah didedahkan..ikut mak jual cendol masa pilihanraya contohnya,aku ingat masa tu BN pakai logo kapal layar lagi..rasanya tahun 1969..maknanya umur aku baru lima tahun..kejap2 mintak nak minum..hehee..jual ais cream dan kacang kuda masa Maulud Nabi..emm apa lagi..aaa jual manggis,rambutan dan mempelam masa musim buah..masuk dalam beg palstik dan bawa ke sekolah..jual bunga api kat pasar ramadhan..dan macam macam lagi lah...

..Orang banyak cakap modal adalah no 1 jika nak berniaga..tapi aku kata minat,kepercayaan orang pada kita,usaha dan kemudian baru modal yang akan berjalan seiring dengan yang lain lain tadi..minat dan ada modal pun jika asyik kencing orang camana plak orang nak percaya dan terus berurusan dengan kita..lantak le ko usaha keras camana pun..sekali tipu orang tak percaya dahh..

..Dulu aku pernah juga diugut..yang mana mamat tu cakap akan ‘tolak’ aku hingga jatuh..tapi aku jawab..jika kau tolak aku..lain hari akan ada orang lain yang tolak engkau pulak...Sudah laa apa yang nak direbutkan pun,dunia ni bukan ke luas..Sendiri ada cara,ada akal,ada tulang empat kerat..guna dan usahalah sebaik munkin dan dengan cara yang berhemah dan yang paling penting..halal..last sekali..Show Must Go On..


p/s:- baru2 ni ada orang yang menggunakan nama aku untuk menipu dua orang kenalan..aku tak salahkan mereka sebab percaya pada orang itu..Cuma aku boleh cakap tak selamat orang yang “kencing”merata sebegitu...hentikan lah..kita hidup bukan menongkat dunia..

Monday, August 16, 2010

..Lawan Untuk Hidup ..1..




...Mengapa mesti malu bergelumang sampah,bermandi peluh.. bersama kederat tulang empat kerat..demi sesuap nasi untuk menyambung nyawa..siapa..di manakah kita.. adakah punya semangat kental seperti ini..di bumi yang konon nya dah lama merdeka...

...Mencuri,merompak hak orang lain pun ada yang di kalangan kita yang tidak pedulik..tiada silunya lagi..walaupun nama,muka terpampang di dada akhbar di kaca tv..glamour lagii?..inikan pulak mencari rezeki secara halal untuk disuapkan ke mulut sendiri dan yang di rumah yang setia menanti...

Monday, August 9, 2010

..Langkah demi langkah..




...Selangkah kedepan bermakna aku telah meninggalkan berjuta langkah yang lalu..
Berjuta langkah yang lalu tidak akan dapat dikembalikan semula..apa yang ada..apa yang jelas aku perlu meneruskan langkah untuk menuju penghujungnyaaa..namun untuk kemana pun perlu ada persiapan..aahhh! Persiapan aku masih belum mencukupi...

Monday, July 26, 2010

..Memory Lane aka Lam Lok Kin..

...Kat Ipoh ni kalo sebut je Lok Kin atau Lam Lok Kin, sume orang tau..Asalnya nama satu lorong kat Ipoh ni..di situlah tempat di mana orang akan berjualan..dan kebanyakan nya adalah barang barang lama..aku tak berapa tahu akan sejarah asal tempat ini..Cuma lepas tu ianya dipindahkan ke Peoples’s Park..tapi orang masih lagi sebut Lok Kin..bertempat di Pekan Lama yang aku rasa lagi happening tempatnya..luas dan sedap mata memandang..masa di sini dulu aku pernah berjualan baju bundle dan lain lain barang...

..Pernah sewaktu aku bertugas di Teluk Intan..ada satu mamat tu bertanya ketika aku sedang membelek belek bundle kat pasar malam pekan tu..Bro,lu biasa jual bundle kat railway station Ipohkan? Aku agak terkejut terus senyum dan menjawab..Ooo itu cita lama tuhh..Aku sebenarnya dulu berjualan bundle pada tiap2 malam kat railway station Ipoh dan pada hari ahad kat Lok Kin ni lah...

..Tapi bila railway station tu nak di naik taraf abis semua gerai kat tepi2 tu dipindahkan ke lain dan kami pulak ditempatkan di satu tempat Gerbang Malam namanya..tapi semua peniaga yang aku tengok ada lah muka baru dan tak saorang pun dari kami yang berniaga di tempat lama tu berniaga pulak di sini..ehemm termasuk lah aku hehee..tapi aku ada sebab tersendiri..bukan pencen munkin lain masa aku buat balik sebab aku memang suka layan bundle...laku sikit2 pun tak ngapa janji ati seronok..hehee..

..Ok balik pasal Lok Kin..selepas beberapa lama di Peoples Park..pindah lagi kali ini di jalan Lim Boo Seng pulak..dan di beri nama komersialnya Memory Lane..Tapi tu laa..ianya lebih popular jugak dengan nama Lok Kin..agaknya memang lebih senonim dengan nama tu..

..Sebenarnya banyak cerita suka duka yang berlaku semasa aku berjualan di sini dulu..antaranya berebut tapak berniaga..ada jugak nyaris kena saman dengan DBI sebab berniaga tanpa lesen..bukan aku tak nak amik lesen tapi kerenah birokrasi dema tu yang buat aku dan ramai di kalangan kami yang meluat,menyampah,getik dan benci..lebih lebih lagi penguatkuasaan pun main pilih bulu..Mat Negro yang berniaga jam kat sebelah tapak aku tak diusik pun..Amoi pendatang sepatah haram cakap melayu tak tau yang menjual gelang manik depa buat tak nampak jee..peerahh....

...Ada satu cita pasal kawan aku yang senior nih ..Pak Wan..satu ari Ahad dia g Super Kinta dengan menaiki motor..lepas beli ikan dia turun semula ketempat parking untuk balik, alih2 helmet dia dah leboh..tapi dia relax je sebab tau apa nak buat..dia pun menapak ke Lam Lok Kin yang tak berapa jauh tu..ushar punya ushar nampak le helmet buruk dia tu dah didisplay untuk dijual perghh...dipendekkan cerita dia pun beli le balik dengan harga sepuluh hinggit..he hee..Itu le antara kisah di Lam Lok Kin..yang banyak menyimpan cerita dari dulu,masa zaman mak abah aku hingga lah sekarang..jadi sapa sapa yang ke Ipoh pada hari Ahad pakat jengok jengok le..seronok gak ape..

..So aku nak cakap banyak pun tak pandai jadi layan je la gambo yang ada nihh..











..tinggalan John Wayne..hehee..





...wanna try me? Don't hesitate to get closer..







































...dah nama pun rare..mahal gila bebb..








P/s: - Banyak lagi gambo tapi tak larat nak up load ngan server yang slow jee nihh..

Tuesday, July 20, 2010

..Di sisi kehidupan..

..Semua manusia kau,aku,dia,maukan apa saja yang terbaik..anak anak,suami,isteri,kawan kawan adik beradik,pekerjaan,rezeki..semua dari kita tiada siapa pun mahu menjadi manusia malang atau tak bernasib baik..tapi kalo dah ketentuan Tuhan..nak kata apa lagi..kita cuma boleh berusaha,berdoa dan bertawakal,kemudian serah semua pada Nya..

..Ada saorang kawan ataupun boleh aku panggil sebagai kenalan sebab aku tak rapat dengan nya..drug addict.. dua minggu lepas orang jumpa mayat beliau kat dalam tandas yang berkunci dari dalam di sebuah patrol pump kat jalan Pasir Puteh..tak tau le overdose ke apa ke..cuma yang boleh, kita berbaik sangka aje lah kat dia..itu ari dia..ari kita tah macam mana pulak..
..kat tempat kerja mamat ni selalu dijadikan bahan ketawa atau mainan pada staff yang lain..namun dia tak pernah marah..disebabkan dia camtu semua depa takde le nak simpati..tapi dia ni rajin menegur aku begitu jugak lah dengan aku..ye la dah orang baik dengan kita knapa lak aku nak sombong..aku simpati dengan nasib dan keadaan diri dia..kerana aku tahu bila sampai di peringkat ini dia dah payah sangat nak buang tabiat itu..burok cakapnya la (Sorry) dah nama pun penagih..aku percaya dalam dirinya tentu terselit rasa ingin bebas dari dadah yang membelenggu dirinya tu..aku faham sangat mereka yang senasib dengannya..sebab dulu pun aku ramai berkawan dengan mereka yang menagih atau pun menggunakan dadah..semua ada sebab yang tersendiri..

..Seperkara lagi,mesti jugak dia mau jadi macam orang lain..gembira dengan keluarga dan anak2..setahu aku dia memang rapat dan sayang dengan anak2 dia..walau pun dengan isteri selalu berantakan ..Tiap hari dia akan menghantar dan mengambil anak dari sekolah..sebelum meninggal baru baru ini dia memberikan anak2 yang seramai empat orang itu dengan gambarnya sekeping sorang..dan membelikan 2 buah basikal untuk mereka..

..Satu petang kat opis dia meminta sebatang rokok dari staff lainnya..dah le tak diberi..ada pulak dua orang staff yang nak buat lawak bodoh/kurang ajar...mencucuh keratan akhbar lalu memberikan kepadanya sambil berkata..”Nah,ko amik ni isap” Dengan tak berkata barang sepatah perkataan pun dia terus berlalu..tahu tahu pagi esok member kata dia dah takde..Gulp! Aku agak mereka yang berkelakuan tidak matang semalamnya tu semestinya menyesal tak sudah..tapi itu pun kalo depa ada hati dan perasaan simpati..ehumm..

..Mari lah kita sama2 sedekahkan AlFatihah kepada beliau dan pada mereka mereka yang telah lebih dulu pergi dari kita...

P/S: - Bagi yang baru nak berjinak jinak dengan dadah ni..yang kononnya nak cuba try test..yang konon nak cool..tak payah laa..dah tau benda tu tak elok ngapa nak dicuba jugak..kalo pada peringkat cuba cuba ni aku memang tak simpati langsung tapi marah sesangat..

Monday, July 12, 2010

..Secangkir Teh…




...Secangkir teh Rooibos,bersulamkan roti raisin kompeni omputeh..berhalwakan Masquerade dari speaker Sony Ericcson W550...waduh waduh..nikmat Tuhan...diulit angin sepoii bahasa..bisa membuai perasaan shahduu..namun dipecahkan oleh kelentingan bunyi jentera..Mat Rempit..hampehh!!!!!

Monday, July 5, 2010

..Kelam..Terang..



..Di balik awan ku lihat bayang mu
Mengintai jauh ke dasar teluk
Seperti kelip kelip di malam kelam
Menjadi panduan bagi yang melihat
Tanpa mata,tanpa rasa..
Celik tapi buta..
Terpejam mata namun melihat
Kelam tetapi terang..
Satu nikmat tidak terperi..


P/s:-Alangkah beruntungnya mereka yang dapat melihat dengan mata hati..
rugi mereka yang menengok dengan mata tapi tak menghayati..kelam dalam terang..
gelap tetapi terang..

Tuesday, June 29, 2010

..Gotong Royong..Dulu dan Sekarang..

..Masa aku kecik dulu bila kenduri kahwin diadakan di kampong aku sebulan sebelum itu lagi orang kampong dan tuan rumah akan sibuk untuk merancang dan membahagikan tugas dalam melaksanakan hari yang bakal tiba itu nanti..masing masing telah diberikan tugas kaum belia ditugaskan untuk mencari kayu api..Humm cari je lah kayu apa pun janji mau menyala je bila dicucuh dengan api..kaum ibu akan bergotong royong untuk mengacau dodol,halwa maskat (perghh lama dah tak layann)membakar kuih bahulu kuih bakar,kuih goyang,kuih telinga keling..haa kome tau kuih apa tu? Itu la kueh cucoq meniram..(cucoq maniam kot)..budak budak pun tak kurang jugak peranan nya dalam menolong..humm tolong menyibukk..ha haa..
Tidak, sebenarnya macam macam yang boleh kami lakukan tolong merumput di sekeliling umah antaranya..ini kerana contoh atau semangat tolong menolong itu telah diperlihat oleh orang dewasa jadi secara langsung kami bebudak pun terikut sama..

..Seminggu sebelum kenduri kaum ibu beramai ramai akan kerumah tuan punya majlis untuk menghantar gula sebanyak 1 – 2 kilo seorang..ini dikira sebagai sumbangan untuk meringankan beban tuan rumah…mak aku kata,syarikat gula..Mak oii!!He hee jadi tuan rumah tak perlu le bersusah payah keliling daerah untuk membeli gula..macam sekarang ni yang siap kena tunjuk kad kahwin plak dulu,baru Cina kedai nak bagi beli,itu pun dalam jumlah yang terhad..

..Selalunya tiga hari sebelum majlis...akan diadakan majlis tahlil atau doa selamat dan meletak kerja..hari menggantung kata depa..ye la nak gantung langsir baru,nak gantung kelambu,gantung lelangit dan pelbagai lagi kerja yang nak dilakukan..Pokok kelapa ada yang akan ditebang – batangnya akan dijadikan pelapik atau kaki bangku,daun nya pula akan dijalin untuk dijadikan pelbagai hiasan yang akan diletakan pada khemah..umbutnya pulak akan dibuat sayur untuk hari kenduri itu nanti..tapi aku suka makan mentah2 je..sedap oo rangup dan manis berlemak je rasanya..Haa lepas tu perut sendiri boleh dibuat gendang..angin laaa ape lagii..

..Pada hari memasak pula ia itu sehari sebelum kenduri kaum ibu dan kaum bapa serta belia akan bersama sama bergotong royong..untuk tidak kelam kabut kerja kerja akan di bahagi seperti mana sebelumnya..menyembeleh dan melapah selalunya akan dilakukan oleh kaum bapa,ibu ibu pula mengupas bawang dan lain2..riuh rendahlah dengan hilai ketawa dan gurau senda sesama mereka..kami kanak2 pun turut gembira..Esoknya anak anak muda akan bersama sama mengambil peranan ada yang menjadi penanggah,kehulu ke hilir menghidangkan kan juadah dan mengemaskan meja..ada yang menjaga air minuman ada yang berperanan membasuh pinggan mangkuk..susah senang,penat semua sama sama dikongsi..tapi semua itu tak terasa..semua dilakukan ikhlas dan atas dasar gotong royong..Itu lah yang dikatakan sepakat membawa berkat..Bila malam nya pula majlis diserikan dengan joget lambak..ada pancaragam atau pun Ghazal Parti yang banyak memainkan lagu lagu ala Hindustan siap dengan pelawaknya sekali..dengan disertakan penari ala padang pashirr…he he mula dulu mati mati le aku ingatkan yang menari tu pompuan..rupanya klon Mama Juwie ..Awww..maka orang kampong pun sama sama lah berjoget atau pun berhibur setelah penat bergotong royong pada siang harinya..

..Sekali air bah sekali pasir berubah..susah kita nak dapat rasa suasana macam itu lagi..sekarang nih..jika di kampong pun orang orang tua banyak yang dah tak ada..kalo ada pun tak larat dah..budak budak muda banyak yang dah berhijrah..

..Kalo ada orang tua pun mereka yang pencen pun banyak yang terus bekerja ini menyebabkan mereka terikat dengan masa..ye la sibukk..orang muda pulak lebih suka mengambil sikap tunggu dan lihat di tepi tepi khemah..tunggu orang jemput makan dan lihat orang yang kelam kabut buat kerja.. pun kalo boleh tunggu untuk disuap..apa? Banyak cantek ko punya mukaa..maka dengan alasan itu juga lah kenduri sekarang banyak yang dibuat secara kontrak atau catering aje..kira tuan umah tau cuci tangan je lah..pelamin kontrak,makan kontrak,cuci pinggan mangkok pun kontrak jugak..Cuma sediakan fulusnya saja...Jadi dengan itu masyarakat kita tak lagi macam dulu..semangat setia kawan dah boleh kata takde dah..ini juga lah yang akan berlaku bila..engkau dengan hal engkau, aku hal aku..

..Baru2 ni aku ke umah ipar di Bt Gajah..kenduri anak nya berkahwin..tak pakai kontrak..gotong royong..tapi aku kata cenoroyong..pasal ape? Pasal cam cita di atas tadi lah..ada sanak saudara lebih suka mereka ni mengadap tv dari menolong serba serbi di dapur....Adusss..jangan le cam tuu..

..Teringat jugak aku dengan satu mamat tu..udah le jadi mandor kepada kakak dia merangkap tuan rumah majlis..ke hulu hilir tengok orang buat keja sambil cekak pinggang..idak dia ngata orang lain tu pun dah kira besar tuah..ini siap menyindir plak lagi..“Orang tua sekarang ni macam2 ada yang suka kaler kaler kan rambut nak jadi orang putih!..Aikk? Apa sebab musababnya pun aku tak tau..tetiba je terpacul ayat tu dari mulut dia..nak berdakwah?Penama ni? Apa dia ingat dengan kopiah putih atas kepala dan janggut yang sejemput tu dah di kira sebagai,alim,warak dan punya lesen untuk mengata orang keliling ikut sedap ati?Agaknya dia ingat inai yang aku pakai di rambut tu tujuan untuk berlagak kot...he hee..Dengan hari yang sememangnya panas terik.. berdiri pulak di bawah khemah sambil menggoreng ayam potong 16 sebanyak 110 ekor..pulak dari pagi sampai pukul 3.30 petang..panas gak telinga aku nih..Tapi takpe..panas hati aku kejap je..apa yang aku harap hanyalah pahala, yang walaupun hanya sejemput..sebab aku buat,aku tolong semua tu pun secara ikhlas..tapi kan nak ikhlas ni pun banyak jugak dugaannya..Ehum,so aku pujuk hati,pujuk lagi dan lagi dan layaaannn je keja aku...lagi pun bukan rugi apa pun kat aku..hu huu...

Monday, June 21, 2010

..Apa Pulak Selepas Ini??



Hari ini 21hb.June 2010,115 tahun selepas dibina Penjara Pudu yang banyak menyimpan cerita dan kenangan dalam lipatan sejarah..yang menjadi tempat terakhir bagi banduan yang akan dihukum mati..akan dirobohkan..selepas ini apa pulak?Stadium Merdeka?Atau Mesjid Negara???

Tuesday, June 15, 2010

..Aku bukanlah kamu..

Aku adalah aku..
Apanya yang pelik apanya yang ganjil
Hanya kerana aku berlainan dari kamu
Apa yang peliknya kerana pendapat aku tak sama dengan kamu
Uniknya makhluk ciptaan yang Esa...tak akan sama kita semua..
Aku tetap aku tiada serupa lainnya seperti aku..
Kerana aku adalah aku dan bukannya kamu..

Wednesday, June 9, 2010

..Ketawa Dan Kita…Ate Moh le!

..Semua daripada kita mesti mengalaminya..bila suka hati secara tak langsung kita akan ketawa..sama jugak la kalo kita gelihati..ketawa sampai keluar air mata guling2 atas lantai lagi..dan kalo yang bladder tak kuat tu sampai terkencing pun ada..kerana apa? Suka hati & gelihatilah...Siapa di antara kita yang tak ketawa atau tak pernah ketawa atau paling cabuk sekali pun...senyum..aku rasa la kan,ada benda yang tak kena dengan dia..mesti check kot ada fius yang dah longgar atau tertanggal ke ape ke...

..Ketawa sememangnya perlu bagi kita manusia biasa yang normal mau pun tak normal..kerana dengan ketawa kita dapat melepaskan tekanan yang berada dalam diri kita..dari sudut sains juga ketawa juga dikatakan..boleh membaiki system imun,menggalakan tahap endorphine,mengurangkan tekanan,menambah baik keadaan mental dan memberikan satu cara senaman yang luar biasa..haa korang tau tak ketawa selama sepuluh minit ianya bersamaan dengan melakukan senaman selama setengah jam..dengan gelak ketawa jugak mendorong perjalanan darah yang baik kedalam hati kita..

...Hah!Jadi apa lagi.. ketawa lah..gelak lah korang puas puas semahunya..tapi jangan la kalo along dah simbah umah korang dengan cat pun korang masih lagi nak bergelak ketawa..haa itu memang ada yang tak kena..dan korang memaanngg nak kena..hehee..aku tak nak campur...

p/s : kat sini tak pernah pulak aku dengar adanya kelab ketawa..tapi di luar negara memang dah banyak pun...Meh kita buka kelab geletek...ko geletek aku aku geletek ko..pastu kita pakat gelak ramai ramai sampai muntah monggek..hu huu huarghhhh..

Monday, May 31, 2010

…Hidup & Kitarannya…



..Balik kampong baru baru ni mak aku tanya..”Pagi esok makan pulut tanak nak? Hah pucuk dicita ulam mendatang..sebenarnya dalam perjalanan pun hati aku dah terlintas nak minta dia buatkan nanti..bukan sebab wife aku tak tau masak ke apanye..tapi air tangan mak tu yang membuatkan makanan kita jadi lain dari yang lain..dan sebenarnya memang selalu macam itu..apa je yang yang aku idamkan walau pun tidak diberitahu pasti ada atau dia akan buatkan..aku pun tak tahu sama ada kebetulan,atau pun yang mahal nya naluri keibuan itu sendiri..Jadi esok paginya aku pun bersarapan lah dengan pulut tanak,ikan masin dan kopi O..ehemm..sambil bersila di lantai..aku berkata..”Mak kalo la ni kita sambil makan duduk kat atas dangau cam dulu2 tentu best nih”..Mak aku menyambung .."Emmm dulu dulu memang lee.."



..malam sebelumnya pukul 2.30 pagi aku tak leh lena..sebabnya aku dah tidur awal tadi,jadi bila terjaga je memang le susah nak lelap balik..aku nampak bintang yang dilangit dari celah penyambung bumbung umah mak/abah yang dah uzur…dan dalam samar2 aku lihat anak bongsu aku yang tidur di sebelah aku..memang dah menjadi kebiasaan dia tidur di celah ketiak sambil memeluk aku..seperti abang dan kakaknya dulu2.. dan dia pun dah makin membesar..banyak yang dah dan akan berubah..dari kecil,remaja dan dewasa semua itu kitaran semulajadi..dan bila dah dewasa mereka juga akan punya haluan dan hidup sendiri..dan akan meninggalkan aku seperti mana aku dulu meninggalkan abah/mak untuk hidup berdikari..



..aku sering teringat waktu mereka kecil2 dulu..Kak Yong yang suka terjerit2 menyanyikan lagu Isabela versi dia sendiri sambil berdiri dalam bakul kapcai aku ketika bersiar2 dalam kampong Dato’ Ahmad Said..Nabilah yang sering berjalan dengan cara terkinja kinja..dan alah pada susu..kena pulak le aku beli sejenis susu yang dah le mahal payah plak nak dapatnya..Hafiz yang berbogel ketika mengikut Opahnya berkebun..balik dari sekolah plak bebudak lain berlari mendapatkan mak ayah yang menunggu tapi dia selamba je berjalan..jumpa tiang siap pusing 2 – 3 kali dulu baru datang mendapatkan aku..Firdaus yang tak lekang dengan puting dan kemok (bantal mushuk) balik je sekolah itu yang dicari dulu….nyot nyot..nyot sambil humming lagu yang aku pun tak tau ujung pangkalnya..Si Ashraff plak suka dengar Linkin Park sambil ikut menyanyi,cara dia laa.. berambut panjang hingga ke punggung aku potong pun bila dia nak masuk tadika..itu pun ari pertama tadika che gu nya bagi uniform pompuan pada dia…apaa raaa..



..secara peribadi aku lebih suka mereka ni kalo boleh terus je menjadi kanak2 boleh aku dukung boleh aku cium boleh aku gomol,geletek,main lawan lawan cam dulu2..antara sebabnya pun aku memang suka dengan budak budak..tapi mana munkin dapat aku menahannya..ye la untuk mereka terus dewasa.. sesungguhnya aku memang tersangat rindu akan suasana seperti mana dulu..









...Tak tau aku..sama ada orang lain pun berasakan yang sama juga dengan apa yang aku rasa..seakan takut untuk aku lalui hari hari itu semua nanti..namun ketentuan dan kitaran alam ini seperti pagi akan beralih petang,petang akan beralih malam adalah dari kerja dan ketentuanNya..redha je laa kita...

Tuesday, May 18, 2010

..You re The Man Man On The Silver Mountain..



..hidup ini umpama menunggu angka giliran di kaunter Hospital..when your numbers up..you have to go...tak sangka masa layan DVD Heaven And Hell Ahad aritu beliau dah takde..sedih aku sama seperti masa kehilangan Sudirman dulu..Ronnie James Dio..

Thursday, May 13, 2010

..Tragedi 13hb.Mei 1969..

..13hb.Mei 1969..masa huru haranya manusia di bumi Malaysia..tika sebilangan dari kita yang hanya kemarukan tampuk kuasa..tamak haloba bermaharajalela..namun yang tinggal sudahnya hanya darah hanyir,debu dan dosa..kini di manakah mereka? Munkin di celah celah kehidupan kita..??


P/s:- Masa ni umur aku baru 5 tahun..tapi banyak yang masih aku ingat..perintah berkurung,rumah rumah dibakar,mayat bergelimpangan,siren kecemasan..semua membangkitkan rasa gerun..

Tuesday, May 11, 2010

..rentak hidup ini..

..Pagi tadi la kan aku pergi le ke Poliklinik Greentown untuk jumpa Doktor dan amik ubat lepas tu pergi plak ke Hospital Ipoh jugak untuk amik ubat..mak oii!..Aku tengok orang punya la ramai ish ishh dah macam market jee riuh rendah..kat kaunter ubat orang beratur macam nak beli tiket wayang cerita Grease masa aku tinggal di Banting dulu dulu..tapi semua bersopan takde le tolak menolak..ye la tengah sakit buat apa nak tambah lagi penyakit..he hee..Tak kira tua muda kecik beso semua ada..humm rata2 semuanya dah kondem..macam keta la jugak idak kalo takde le masuk woksyop..ehem termasuk la akuu..hu huu..Hospital Ipoh dengan Poliklinik ni sebelah menyebelah je..jadi aku jalan kaki je ke spital tu..on the way aku call kakak kedua aku yang semalamnya operate ketumbuhan dalam perut di Kedah Medical Centre..dia jawab dengan lemah.."Dalam ICU lagi" katanya..Oopss sori ingatkan dah masuk wad biasa..sebelum ni pun bulan lepas semasa operate yang pertama aku dah menziarahinya....

..Camtulah..bila dah tua ni rentak kita semua dah berbeza berbanding masa muda dan sihat dulu..laa nikan aku lagi senang atau mudah untuk berjumpa dengan kengkawan yang dah lama tak jumpa sebab masa ini masing masing dah menjadikan hospital sebagai pot no 2 selain kedai mamak..kalo tidak..saja saja nak berjumpa punya la payah..abih dah semuanya sibuk dengan hal dunia..la ni baru nak bertukar tempo..he hee..kalo dulu berjumpa sembang pun adala bertanya anak dah berapa orang bla bla bla..sekolah mana?...bla bla bla..Tapi la ni? Ko sakit apa mat?kencing tinggi ke?darah manis? ko makan ubat apa yang doktor bagi?makan ubat berapa kali sehari?he hee..kiranya nak sembang merapu tu ada gak lagi tapi takde serancak dulu..tengah sakit le katakan..Humm bila tengok atau berada dalam situasi camni..kita akan lebih insaf,lega dan sedar betapa bukan kita je yang sakit..orang lain pun sama gak..malah ada yang lebih teruk dan hebat lagi ujian yang ditimpakan..fuhh..letih jugak memikirkannya..letihhhh..

Friday, April 30, 2010

…Hidup ini pinjaman..




..Pagi ni Jumaat aku bangun agak lesu bukan nya apa malam tadi tidur lambat walaupun hujan tapi bahang panas tetap terasa..pagi ni pun hujan jugak lagi..Hanya Nabilah dengan Ashraff yang bersekolah..kat luar rumah Nabilah bagitau..ayang tengok pelangi cantek katanya..Hum pelangi yang dah lama tak aku nampak..terasa sayu..unik sungguh ciptaan Tuhan..Subhanallah..

..tengkok aku terasa sakit sangat..nak pusing kiri kanan pun payah..payah tu satu hal,sakit plak lagi satu hal..adehh..munkin salah posisi masa tidur kot..nak telan Ponstan aku allergic so kena guna ‘pulse massager’ le jugak..sememangnya terkadang kita tak tau menghargai nikmat sehat bila kita idak sakit..kita juga tidak tahu nikmat kaya jika tidak pernah miskin..

...Namun itulah..semuanya dari Allah.. sakit,sihat,kaya,miskin,sedih,gembira..kita hanya diberi pinjam pada apa yang kononnya kita punya di dunia ini..aku nampak dan terasa sangat dengan semuanya ini..bila mana kebanyakannya telah diambil balik walau aku suka,mau dan masih perlukannya..tapi dah adat meminjam semestinya lah kita pulangkan semula semua itu..dulu rambut hitam tapi la ni dah penuh uban..(aku beruban sejak umur 20 lagi)so aku cover dengan inai..bukan dye aa..dulu kuat berlari,turun naik bukit la ni brisk walk jee..seriau oo..kengkawan pun ramai yang tegur kenapa dah lama tak layan besi kat gym..aku jawab dah jemu..takde angin..humm dumb bell yang di umah pun dah lama tak angkat...satu demi satu diambil balik..jugak ramai dari kengkawan aku yang dah diambil pulang…bila direnungkan kekadang rasa tak mahu pun untuk memilik harta dunia nih..kerana semua itu akan ditinggalkan..

...Tapi barang perlu diingat Tuhan tidak mahu hambaNya membuang dunia demi akhirat dan begitu jugalah sebaliknya..Tuhan tidak saja2 menurunkan ayat yang mengatakan berushalah seolah kamu akan hidup selamanya..namun beribadat lah saolah kamu akan mati esok hari..jadi selagi nyawa dikandung badan hidup aku perlu diteruskan dengan penuh tanggungjawab..dan sebelum dijemput pergi,buatlah bahagian apa yang patut..cari lah bekalan untuk esok hari..samada keperluan di sini atau untuk di sana nanti...


p/s: Gambar pelangi tu aku amik kat highway Bt Gajah..lama dulu dah..

Thursday, April 22, 2010

..Freddie Mercury The 'Queen' Of Queen..



..aku mula dengar Queen pun masa tinggal dengan Ein di First Garden,sebab dia memang ‘kipas susah mati’ dengan band2 camnih..lagi cam Wishbone Ash,Manfred Manns And Earth Band dan Uriah Heep..mulanya memang tak leh masuk langsung..sound yang agak pelik kekadang macam bunyi cartoon pun ada aku dengar dari gitar Brian May..structure chordnya yang aneh...nyanyian harmoni ala opera…tajuk dan lagu yang cam mereng gitu..Fat Bottom Girls..Bicycle Ride..Mustapa..Tapi dengan kombinasi mainan muzik dan suara yang unik dari Freedie Mercury yang nama asalnya Farokh Bulsara,kelahiran Zanzibar ,Tanzania dan membesar di India telah mengubah tanggapan aku pada band ini..lagu lagu mereka seperti Bahomian Rhapsody,We Will Rock You,dan We’re The Champion,I Want To Break Free,I Was Born To Love You,Who Want’s To Live Forever...tetap segar dan sering berkumandang di serata station radio hingga sekarang..

..Band Queen yang kesemua anggotanya boleh menyanyi, dan yang uniknya lagi suara mereka kesemuanya hampir serupa di antara satu sama lain..juga menariknya masing masing mempunyai solo album..haahh!!Freddie dan Queen mengembara keseluruh dunia bersama sama muzik unik ciptaan mereka.. dan antara pengaruh awal beliau dalam muzik ialah Aretha Franklin,Jimi Hendrix,Beatles,Liza Minelli dan tak terkecuali penyanyi latar yang terkenal Lata Mangeskhar..orang lama yang minat Hindustan macam aku mesti kenal dengan aci ni he hee..suara berhantu..M.Shariff dari Kampung Manjoi Ipoh ni pun pernah berduet dengan dia ni.. kalo dulu dulu macam Saloma tu orang kata....dia pakai susuk suara buluh betong..bolehh laa sedap suara…tah, aku tak tau..abih kalo aci ni?pakai ape susuk bamboo betong?



..Haa aa nak melalut kelain pulak..oh ya aku suka dengan album album terakhir mereka sebelum matinya Freddie yang semua dah tahu disebabkan Aids kerana amalan sex songsang beliau…saorang bisexual…sebahagian hartanya diwasiatkan untuk kucing kesayangan dan juga ‘isteri’ beliau..hummm..kaya la kamu kucing oii..bagi kat aku pun tak pee..hahaa..




Album album pada 80an juga banyak menggunakan synthesizer dan aku memang suka sangat dengan soundnya…bagi mereka yang mahukan suara growl rengkong tekeluaq kata orang Kedah..he hee sorry la memang tak jumpa dalam lagu lagu dan suara Freddie Mercury yang mempunyai empat octave nih..tapi kamu belum cukup Rock jika tidak meminati mereka..he hee..dalam kebanyakan lagunya memang susah untuk dinyanyikan.. (Dato’)Freddie Fernandez pernah membawakan lagu ‘Bahomian Rhapsody’dengan bagus sekali ketika bersama ‘Revolvers’di dalam rancangan terbitan RTM satu masa dulu.. pengaruh muzik Queen juga banyak terdapat dalam album Dewa 19…dan Ahmad Dhani,beliau menggunakan gitar jenama ‘Red Special’ yang dicustom build oleh Brian May dan bapanya...Brian May menggunakan gitar ini untuk kesemua album Queen..cayo (cair) je bunyinyaa..cam score muzik kartun Merrie’s Mellodie’s..hehee..




..album album seperti..Kind Of Magic,The Miracle,A Night At The Opera,Innuendo..yang kebanyakan lagu ditulis oleh Freddie menceritakan tentang diri beliau sendiri..yang kesunyian,cinta yang songsang dan lain lain lagi kekalutan jiwa yang dialami..kaya tapi belum tentu bahagia..biasa la tu cam penyanyi yang lain le jugak..EMI pernah melapurkan album album mereka telah terjual sebanyak 300 juta unit di seluruh dunia..masih ingat masa aku kerja kat Grandy’s awal tahun 90an intro lagu ‘Under Pressure’ kolobrasi di antara mereka dan David Bowie telah digunakan oleh penyanyi rap Vanilla Ice di dalam lagu hitsnya ‘Ice Ice Baby’..aku tak pandai mengulas tentang lagu atau muzik mereka..cuma apa yang dapat aku katakan sedikit sebanyak..band ini juga mempunyai peminat yang tidak terhad hanya pada sesetengah generasi sahaja..tua,muda.orang lama,orang baru ramai yang meminati mereka…contohnya anak anak aku yang memang meminati mereka..bukan disebabkan aku..tapi bila mendengar We Will Rock You,We’re The Champion dll mereka terus minat..kemudian dari itu aku unjukan dengan keset2 lama band ini yang masih aku simpan..



...Freddie telah menulis lagu tema untuk Summer Olympic 1992..Barcelona..dinyanyikan bersama dengan penyanyi operatic soprano,Montserat Caballe..manakala beliau sendiri menyanyi dengan cara falsetto..namun pada hari pembukaan hanya suara beliau yang dapat diperdengarkan,kerana beliau meninggal terlebih dulu..

..sehari sebelum kematiannya,beliau mengumumkan akan penyakit Aids yang dihidapi..Dan pada 24hb.Nov 1991 tamatlah riwayat penyanyi berbangsa Parsi dan dilahirkan pada 5hb.Sept 1946 ini...Walaupun tempat beliau telah diganti oleh Paul Rodgers dari Bad Company tetapi aura yang telah ditinggalkan tetap tidak sama apatah lagi dengan suara..the one and only..Freddie Mercury..nama dan lagu beliau tetap akan diingati sampai bila bila..



How Can I Go On

When all the salt is taken from the sea
I stand dethroned
I'm naked and I bleed
But when your finger points so savagely,
Is anybody there to believe in me
To hear my plea and take care of me?

How can I go on
From day to day
Who can make me strong in every way
Where can I be safe
Where can I belong
In this great big world of sadness
How can I forget
Those beautiful dreams that we shared
They're lost and they're no where to be found
How can I go on?

Sometimes I tremble in the dark
I cannot see
When people frighten me
I try to hide myself so far from the crowd
Is anybody there to comfort me
God...take care of me.

How can I go on
From day to day
Who can make me strong in every way
Where can I be safe
Where can I belong
In this great big world of sadness
How can I forget
Those beautiful dreams that we shared
They're lost and they're no where to be found
How can I go on?

By: Freddie Mercury.


P/s ;- aku masih lagi tercari cari DVD Live At Wembley mereka,yang pernah ditayangkan oleh TV pada tahun 80an dulu ..sapa ada hah?

Monday, April 12, 2010

...Jadual S*X Victoria - Beckham..

..aku terbaca tajuk ini dalam kosmo on line..pagi ini..

..apa kah yang relevannya menceritakan perihal di bilik tidur kepada masyarakat sekeliling..bagi masyaKARAT di sana ini munkin satu tanda bahawa sikap mereka yang terbuka dalam segala hal,satu tanda hak kebebasan dalam bersuara walau apa pun saja..ok fine..lantak laa..itu di sana..Tapi di sini apa ke halnya pulak cerita dalam kain,dalam kelambu orang yang nak disajikan kepada masyarakat?Apa dah takde ke cerita lain lebih sensasi yang boleh dipaparkan dalam suratBAKAR mereka?

..Semenjak dua menjak ini persaingan di antara pihak media samaada stesen TV,radio dan surat khabar kita lihat semakin sengit di Malaysia yang 1 nih..ini normal sebenarnya dalam dunia perniagaan..tapi bila dah bersaing tu macam2 hal yang berlaku..apa saja akan dilakukan demi untuk menaikan geraf jualan..disinilah kita boleh lihat di mana mereka sanggup meraih pembeli/pembaca dengan cerita cerita sampah sebegini..cerita yang takde diada adakan,yang sedia ada cuba disensasikan,yang suam suam kuku cuba dipanaskan,yang elok berbaik diadu dumbakan dan macam macam lagilah..aku geleng kepala dalam cemuih kata orang Kedah..

..Teringat aku dalam satu artikel berita yang berlaku di India..saorang yang cuba membunuh diri dengan menyiramkan petrol keseluruh badannya telah diberi mancis oleh saorang pemberita yang melihat dan mahu beliau pemberita yang paling awal untuk membuat liputan akan peristiwa itu..Maka ini lah antaranya yang akan berlaku bilamana etika kewartawanan itu tidak digunakan dengan betul..

..Ahh munkin aku kolot kata depa..tapi biar lah aku dicop kolot..yang jelas aku tak rugi kalo tak baca cerita sebegini..dan tak untung apa pun jugak kalo membacanya..


P/s:- Pagi ni ramai yang wish aku Happy Birthday..thank you laa noo..Syukur pada Allah kerana memberi peluang pada hamba yang hina untuk ke angka ini..Mohon dipanjangkan umur,dikurniakan kesihatan yang baik,dimurahkan rezeki lagi halal,dikuat kan iman..Aminn..