Total Pageviews

Monday, July 22, 2024

Eco Park Botani Ipoh...Jom Exercise!..






...Tak tau tiba tiba 2 - 3 minggu ni aku lebih suka untuk beraktiviti brisk walking/jogging setiap ari, pagi atau pun petang berbanding sebelum ini yang gila berbasikal tiap hari...


...Lokasi pilihan tak jauh pun dari rumah, dengan menunggang motor sekejap jer dah sampai...Taman rekreasi yang di sediakan oleh pemaju perumahan di sini sebelumnya hanya untuk penduduk setempat sebelum dibuka untuk orang ramai. Ia mempunyai dua lokasi yang berdekatan antara satu, Eco Park 1 dan Eco Park 2...Dibuka setiap hari, kecuali Eco Park 1 tutup setiap hari Selasa..Tempat yang menarik hati bukan saja aku tapi oleh ramai orang yang juga melakukan aktiviti sama..Selain itu ada juga group yang beraerobik maupun taichi...Ya, pilihan masing masing...


..Majoritinya adalah berbangsa China dan aku akan berasa sedikit pelik jika berjumpa dengan orang Melayu yang exercise di sini, kerana kebanyakan hanya duduk atau membawa anak anak sambil melihat2 atau memberi ikan makan...


 

...Bab exercise ni bagi aku takde compromise, masa kecil dulu aku dipaksa untuk bersukan apa saja oleh Abah pada waktu petang selepas abis menyiram tanaman di sekitar rumah...Di berek kami masa tu banyak pilihan samada volleyball, takraw, bola, tenis..Tapi aku pilih jogging atau berbasikal sesorang sekitar kampung berdekatan..Ia lebih tenang dan paling penting exercise juga kan? 


Pernah ada jiran yang bertanya ada sakit apa2 ke sebab selalu nampak aku exercise. Walau pun tak sakit apa2 aku tak marah dengan soalan tu, kerana commonnya orang kita bila dah mengidap itu ini baru bermotivasi untuk bersenam...In fact jaga kesihatan memang disarankan dalam agama.Selain rohani, jasmani juga penting dan mesti dijaga...Nabi SAW pun beriadah dengan menunggang kuda, memanah bagai..So kita umatnya juga patut buat mengikut kemampuan masing masing, bagi yang ada anak isteri boleh ajak mereka, samada hendak atau tidak itu terpulang at least kita dah jalankan tanggungjawab...


...Biasanya aku akan briskwalking sambil mendengar lagu atau ceremah UAI melalui Spotify...target  selalunya 8km atau paling kurang pun 5km..Berapa pusingan tak pulak perasan sebab tak pernah kira pun...Abis brisk walking, buat pulak aktiviti earthing atau grounding ia itu berjalan dengan cara berkaki ayam selama sepuluh minit...Benefitnya? Ok boleh jer google atau lihat pada gambar yang aku attach di sini...






..Senja Botani EcoPark 1..








..Layan lumut..



..Sunrise..


...Musim panas rumput pun bertukar warna...






 



..Terbaru, aktiviti memancing dah dibenarkan di sini...Photo sessi pun sama..Bagi kaki pancing boleh ler korang layan telapia, patin, kaloi, karp dan lain2 pun ada...

 


...Bagi yang datang untuk 'cuci mata' korang, ok sini bukan tempatnya ye kerana 95% pengunjungnya adalah berusia lima puluh tahun ke atas...Jika datang bagi tujuan beriadah kamu amat dialu2kan...Haha..




Friday, July 5, 2024

...Caffiene & Kopi...



...Lama dulu aku pernah keje di Cafe Deli Paris yang berhadapan dengan Cafe Blue Window di Pekan Ipoh, itu pun setelah dapati gajinya lebih sedikit dan kerja senang dari Grandy's yang semestinya setiap hari bermandi peluh dan bau ayam sebagai cook di situ...Cafe Deli Paris - Hari pertama aku 'dikenakan' oleh staff senior di situ bilamana mereka memberikan secawan kecil comel kopi pekat yang berkesudahan tak boleh tidur hingga ke pagi, rupanya itulah espresso! Dang! Merupakan salam perkenalan dari mereka haha...Ketika berkerja di Pakeeza Restaurant sebelum itu pernah gelas berisi orange juice yang dibawa terjatuh ketika dihidangkan kepada pelanggan, staff senior cakap itu merupakan perkara 'wajib' kepada setiap staff yang  baru di situ...Haha lain padang lain belalang...  


...Sebelum ini tidak tolerate dengan caffiene, dengan meminum kopi atau teh kesannya akan membuatkan aku mengalami palpitation maupun shaking hingga beberapa jam...Doktor pun pernah cakap "You better quit" Tapi kopi ni semua tau best, so aku ignorekan jer apa yang Doc cakap terus jugak minum, sudahnya dah lebih sepuluh tahun caffeiene umpama dah sebati dengan tubuh ini, sesetengah orang tak boleh tidur selepas minum kopi, tapi aku biasa minum kopi sebelum tidur dan akan berasa lebih selesa...    


Favourite aku sekarang adalah machiato caremel double shot dari The Coffee Bean & Tea Leaf dan yang terbaru kopi Ala Kazim (kandungan - Rouboosta, Arabica,susu kambing & ekstrak peria katak)...Sebenarnya sejak bulan Jun 2023 aku dah berhenti dari minum 3 in 1 dan juga kopi atau teh yang di bancuh dengan gula atau susu pekat manis yang sebenarnya mengandungi gula, pepejal susu dan lemak susu..Manakala krimer pekat manis pula adalah gula, air, minyak kelapa dan tepung..Sebenarnya ini bukan lah pilihan bagi kita yang ingin menjaga kesihatan...Dalam pada itu kedua dua jenis kopi yang aku sebutkan di atas tadi bukan lah satu kemestian untuk diambil...Bagi saya moderate adalah yang terbaik..Jangan diikutkan nafsu atau bak kata orang lama 'tepuk dada tanya selera apa lu punya suka'...Hahaa...


...Caffiene juga bagus untuk mereka yang ingin bersukan tapi perlu diingat bahawa ia sekadar untuk mood booster dan tenaga maka juga perlu limit pengambilannya...


Kebanyakan products minuman sukan mengandungi caffiene dalam jumlah yang tertentu namun mengandungi gula yang berlebihan yang hanya untuk menyedapkan tapi akibatnya semua kita tahu...dengan pelbagai jenama dan label yang menarik kita sepatutnya tidak tertipu dengan semua itu, dan seharusnya hanya mendapatkan caffiene dari sumber raw dan selamat juga pada jumlah yang terhad...Ingat, usaha kita makan atau minum untuk sihat moga dilindungi dari mudarat...