Total Pageviews

Monday, February 19, 2024

...Hidup Muhibbah, InSyaAllah Takde Masaalah...

 


...Saya ramai kawan China sejak kecik dan ramai yang tak tau, kawan India ada laa sket2 dalam 5-6 kerat camtu..Selalunya Melayu kalu kawan dengan China atau bangsa asing akan dilabel 'ada apa2' lebih2 lagi kalu berkawan baik..Itu munkin orang lain tapi kami tidak..Saya terkilan dengan persepsi semacam itu..Sejak muda kami walaupun berlainan ideology, bangsa dan agama tapi tetap tolong menolong antara satu especially bab cari makan, tiada istilah kau guna aku, aku gunakan kau...kerana kami saling memerlukan, dan salah satu terasnya adalah honesty dalam perhubungan...


...Salah saorangnya Mr Chua yang telah lama tidak bertemu setelah beliau berhijrah...Saya tau sokongan beliau pada kerajaan yang memerintah 'pulau' sekarang ini amat pekat, atas alasan itu jugalah dia settle down di sana walau dah lama tinggal di Ipoh bersama family...Sebelum ini bila bertemu kami ketepikan saja semua itu lagi pun dia tau saya memang open-mindedness kalau dalam bab ideology politik...Kami akan berurusan dengan loghat Penang beliau yang pure dan saya pulak tenggelam timbul dengan Perak dan Utara๐Ÿ˜…


...Dalam satu video yang dikirimkan pada saya beliau bermain gitar sambil menyanyikan lagu D'lloyds, di situ saya perasan dia tak macam orang lain...Hehe saya jugak dulu biasa jer layan Frankie Cheah, Andre Goh, Tracy Huang, Francis Yip dan Elaine Kang, juga kumpulan Beyond, kenapa perlu limitkan listening pleasure ye tak?...We re Malaysian dude, together we stand devided we fall...

P/s: - Kita sebagai  rakyat sebenarnya tak perlu tunggu orang lain sebagai penggerak untuk jadi duta muhibbah...๐ŸŒท๐ŸŒป๐ŸŒน

Monday, February 5, 2024

HOGA Valley (Holistik Gaharu)



 

...Sabtu minggu terakhir 2023 tak kayuh basikal macam biasa..Cadangnya tengahari nak ke Tanjung Tualang atas urusan peribadi tapi perasan ada pengumuman dalam Facebook jalan area pekan Batu Gajah banyak yang tutup dan jadi laluan sehala, ini semua bersempena program Sambutan Tahun Baru yang bermula dua tiga hari sebelumnya, makanya kansel jer kearah sana...Plan nak breakfast ke Pekan Gopeng Restoran Mohamad Rafi makanya kami tiga beranak terus ke situ..Restoran ni tak lah special pun sama jer atau munkin kureng dari lain lain restoran mamak tapi aku rasa selesa di sini, itu saja..Hehehe...Wife aku suka sangat dengan kueh vadainya tapi aritu macam biasa lambat datang ianya dah sold out..Adehh...  

..Aku layan nasik lemak dan tosei dengan air barli panas takde gula...Dorang makan roti telur bagai...

Abis makan kami terfikir nak ke satu tempat yang biasa kami lalu saja di depan simpang nya tapi tak pernah singgah pun...Tempat tu adalah HOGA Valley..Ok mari aku cerita sikit pasal tempat ini, sejarahnya bermula pada tahun 1992...



...Berada di pintu gerbang tempat ini langsung tak mengujakan itu sebabnya sebelum ini kami tak pernah pun berasa nak ke situ namun bila melepasi dan ternampak banyak kenderaan yang diparking di dalamnya aku tertanya tanya apa yang specialnya tempat ini?? Turun dan terus ke kaunter tiket, dengan hanya Rm 10 setiap pengunjung kita akan dibawa menaiki van untuk melawat keseluruh kawasan ladang gaharu ini yang dikatakan mempunyai sebanyak 200,000 batang pokok, so boleh bayangkan betapa luasnya kawasan ini...Serious aku memang teruja jika melihat hutan tebal dan pokok yang ada di situ, infact walau di mana mana pun...





...Sebut pasal hutan tebal buat aku ingin mengimbau sekejap kisah lama, dulu aku dan kawan pernah bermalam di dalam Hutan Simpan Pasir Panjang di Port Dickson ketika mengikuti program Bina Semangat, anjuran Biro Tatanegara, kami memasang khemah masing masing dan jaraknya di antara sama lain adalah 20 meter, tanpa kemudahan asas lainnya seperti lampu, hanyalah mancis sekotak tiap saorang...Walaupun hanya satu malam tapi tetap terasa takut sebab tidak biasa tapi itulah pengalaman best yang kami semua lalui...Melayan pekatnya malam dengan hanya ditemani bunyi unggas dan cengkerik di dalam hutan tebal...Sejuknya hingga ke tulang hitam... 

..Ok,berbalik semula ke HOGA Valley, terdapat tiga perhentian yang boleh dilawati apa yang menarik bagi saya adalah perhentian ke dua dan terakhir di mana kita dapat lebih dekat dengan pokok gaharu dan menikmati pemandangan yang cantik di situ...Di perhentian terakhir kita diberi peluang samada untuk turun dengan menaiki van atau pun berjalan kaki sambil melalui sebuah jeram yang hanya mengambil masa sepuluh minit untuk kembali ke tempat asal atau bermulanya kita menaiki van tadi...Selepas sampai kami berihat di cafe dan makan ice cream di situ sambil bersiar di dalam galeri sambil menikmati tea gaharu yang diberi percuma kepada pengunjung...Aku paling suka bila dapat membaca sejarah bermulanya tempat ini di galeri yang terdapat di sini, sungguh detail dan amat bermanafaat...bagi mereka pencinta alam sejati dan mereka yang suka menambah pada ilmu pengetahuan..Ini adalah tempatnya...

..Seperti yang difahamkan tempat ini pun tidak bertujuan untuk meraih untung berlebih dari penngunjung kerana itu antara syarat yang dikenakan sebelum saorang Jepun/pengasas menurunkan segala ilmu tentang pokok dan tanaman gaharu kepada pemilik tempat ini...   










...Selain dari pokok gaharu terdapat juga lain lain jenis pokok hutan di sini...


                                                             ...Air Gaharu...Pernah cuba?


                   ...Buah gaharu, dari akar hingga lah ke pucuknya untuk pelbagai kegunaan... 















 ...Cukup setakat ini..bagi kamu yang suka bersahabat dengan alam dan mencari ilmu serta sejarah di sini antara tempatnya yang tak patut kamu skip dari dikunjungi...Nature is the source of all true knowledge..Indeed! Okay,,Bye for now...