Total Pageviews

Thursday, April 29, 2021

...Ashraf & Bukit Batu Puteh...

 



...Saya pun tak ingat bila tapi rasanya dah lama sangat hilangnya Ashraf kat hutan Bukit Batu Puteh, Gopeng tu...jika ada yang masih ingat Bruno Manser rakyat Switzerland dulu pun pernah dilapurkan hilang dalam hutan Sarawak...walhal sebenarnya beliau sengaja tinggal bermastautin bersama kaum Penan dan seterusnya dikatakan menjadi pejuang hak asasi mereka...Apa bezanya mereka di sini ialah seorang sengaja menghilang dan seorang lagi tak diketahui ke mana hilangnya...

...Mengenai kes orang hilang yang biasa kita dengar berlaku di mana2 (bukan kes lari dari rumah atau kena colek) antara teori yang boleh diterima sebagai penyebab ialah jika seseorang itu mengalami keletihan yang melampau, severe dehydration, lapar, electrolyte imbalance yang mana ini semua mampu menjadikan mereka berada dalam situasi kekeliruan, malah lebih teruk seterusnya menjurus kepada panic attack...ini boleh saja berlaku di mana2 tanpa mengira mangsa yang terdiri dari orang muda atau tua dan lebih malang jika berlaku di tempat sunyi atau tiada orang, dalam hutan contohnya...Nasib baik jika mangsa mendapat pertolongan yang segera, namun sebarang kemunkinan boleh saja berlaku jika sebaliknya...

...Dah lama kes si Ashraf ni dan ia makin dilupakan walhal sebelum ini pelbagai pihak berkuasa, individu, mau pun badan NGO turut berusaha mencarinya...Apa pun segalanya munkin...Moga usaha pencarian akan diteruskan semula dan berhasil dengan Ashraf ditemui dalam keadaan selamat seperti mana yang diinginkan oleh ahli keluarga beliau dan kita  semua..
...Aamiin...InSyaAllah...

Sunday, April 18, 2021

Cliche Tentang Posa

 


...Tiap kali menyambut posa akan ada citer cliche pasal orang dewasa yang waras dan sihat tapi tak posa, hingga penerbit drama pun jadikan modal untuk product mereka...Tapi kesannya ramai yang tak perasan bilamana ia dijadikan bahan momokan, lawak dan lebih teruk lagi bila non Muslim pun memandang serong pada agama Islam dan penganutnya...

...Aisey, move on laa, tak kan tiap tahun dok ulang mende yang sama jugak...Padan jugak ler dengan yang tak posa tu pun tak reti reti nak taubat...

P/s: Kita kekal faham pada situasi mereka yang uzur...