..
...Tiap tahun negara kita menyambut hari kemerdekaan...bagi saya merdeka ini mempunyai pelbagai maksudnya kerana jika ditanya kepada setiap dari kita pasti akan menerima jawapan yang berbeza...ada yang berkata akan rasa merdeka jika selesai melunaskan hutang PTPTN, ada yang rasa merdeka selepas exam, ada juga yang menganggap merdeka rasa selepas baru selesai akad nikah walhal dengan segala tanggungjawab yang menunggu selepasnya memberi makna itu sebenarnya belum merdeka lagi...ada juga yang berkata akan rasa merdeka jika dapat berhenti dari tabiat ketagihan merokok...
...Bila sebut pasal rokok...banyak cakap cakap konon ianya memberi inspirasi, juga cakap cakap yang cuba menyakinkan orang yang tak merokok boleh buat rasa tenang, ada yang terasa cool bila menghisapnya..Itulah dianya rokok...dan rata rata negeri dalam Malaysia muftinya telah memberikan fatwa bahawa ia adalah haram...
...Baru baru ini seorang kenalan telah meninggal dunia akibat dari Lung Cancer yang asbabnya merokok yang terlalu kuat...Saorang kenalan yang juga Doktor meninggal dunia setelah hanya dua minggu disahkan mengidap Lung Cancer...Juga disebabkan rokok...Beberapa bulan lepas dua orang student Politeknik dan UiTM yang saya kenal meninggal juga akibat Barah Paru Paru...Lebih malang lagi mereka bukanlah perokok namun mengidap penyakit yang dipercayai berpunca dari menyedut asap rokok dari perokok lain...Ini antara sedikit memori yang mampu diingat...
...Kita semua sedia maklum yang hidup pasti akan mati...Bila, bagaimana itu hanya Allah saja yang tahu dan kita tidak mampu untuk menyingkapnya...dalam pada itu pasti ada ayat klise dari sesetengah dari kita dengan menyebut... Tak isap rokok pun mati beb...Ok! Betul la tu..tak sakit pun mati jugak...Tapi itu bukan isunya di sini...
...Sekarang kita sedang dilanda dengan satu lagi demam...Demam menghisap rokok elektronik atau vape...Ye orang kita memang suka meniru dan menjadikan sesuatu yang baru itu sebagai satu trend...jika kita tidak turut bersama mereka akan dilabel sebagai out dated, poyo dan pelbagai lagi...walaupun aktiviti berkenaan merupakan sesuatu yang merosakkan...
...Masaalah attitude orang kita munkin juga boleh diketegorikan sebagai tenat...Jika di tempat awam pun tidak mampu mengawal diri apalagi jika di belakang khalayak...Di RNR contohnya sekarang semua tempat telah dilarang untuk menghisap rokok tapi masih kelihatan mereka yang tak berdisiplin ini melempiaskan nafsu jin ( jin kan makan tulang dan asap) tanpa rasa silu apalagi rasa bersalah...Jika ke mana2 tandas2 awam termasuklah di pejabat dan masjid tempat ini semua dijadikan port untuk kaki merokok...Bayangkan lah jika kita masuk tandas yang telah sedia berlaku pencemaran udara ini ditambah pula lagi dengan asap rokok yg dijana dari 'kilang' haram bergerak tanpa sivik ...Fuhhh!!! Saya sendiri sering mengalami situasi menyesakkan ini di mana mana saja yang langsung mematikan mood untuk beraktiviti...Semasa di Wad Onkologi HKL aritu saya tiba tiba tercium bau rokok yang tengik...tercari cari rupanya dari bilik air di situ...dan dihisap oleh seorang pesakit yang berada pada peringkat akhir!! Kesian pada beliau dan lain lain pesakit juga saya sendiri yang terpaksa menghidu asap second hand dari beliau...
...Ok munkin ada yang berkata kami ada hak untuk menghisap asap apa saja pun dan orang lain tak perlu peduli!!...Ok fine dan jawapan dari saya...Cuma kami yang tak mereokok ni juga ada hak untuk menyedut udara bersih anugerah Tuhan yang percuma ini...Tidakkah ada rasa bersalah kerana mencemarnya...tidak kah rasa berdosa kerana merosakkan kesihatan orang keliling...kawan kawan , anak anak, emak, isteri?! Amat malang bagi mangsa yang hamil atau mereka yang mempunyai masaalah pernafasan jika berhadapan dengan perokok belum lagi habuk dan puntung yang dibuang merata...Saya percaya vape atau rokok eletronik yang sedang hangat kini bukan sebagai pengganti rokok tetapi adalah merupakan satu lagi budaya baru untuk orang kita...Percaya atau tidak kita akan dapat (semula) extra 35% stamina bila berhenti merokok...Rugi bagi athlete atau sesiapa yang rajin bersenam tapi masih mengamalkannya...Saya dulu juga merupakan perokok tetapi sudah 29 tahun berhenti...Alhamdullilah...
...Telah menjadi tabiat bagi saya jika masuk ke mana2 premis atau kedai makan...jika terlihat ashtray di atas meja pasti akan saya alihkannya ketempat lain sebelum duduk...
...Bila orang tebang pokok, bina loji, asap2 kilang yang tak terkawal kita marah dan ikut sama yang lainnya berkumpul di tengah padang sambil mengangkat sepanduk...Namun sebenarnya apa yang kita buat selama ini (hisap rokok) juga menjadi penyumbang kepada pencemaran alam!! Yes indeed!
...Menjenguk ke negara jiran saya amat kagum dengan pendirian, undang2 dan penguatkuasaannya...sekali lagi penguatkuasaan..bukan saja rokok tapi chewing gum pun menjadi satu kesalahan bagi mereka...Dengan denda yang maksimum tanpa compromise jelas pemimpin mereka benar2 mahu mendisiplinkan raakyatnya...Kerana jelas akan mudaratnya...Sebaliknya yang berlaku di sini...Amat toleransi dan diplomasi hingga memakan diri...undang2 hanya kita lalukan di celah kangkang saja gayanya...Mengimbau ketika bekerja di premis fast food dulu...sisa chewing gum merupakan masaalah ' besar' bagi kami kerana sering ianya dijadikan perangkap oleh pelanggan tak bertanggungjawab di bawah meja yang akan terkena kepada orang lain yang duduk di meja berkenaan...Ini juga satu contoh betapa murninya naluri sivik orang kita...Ehemm!
...Kita sepatutnya sedar dan turut berasa malu kerana sejak kebelakangan ini banyak pengajaran yang ditunjukkan melalui makhluk lain terhadap kita yang dikatakan sesempurna dan semulia makhluk yang kononya bukan saja mempunyai otak tapi turut bersama dengan akal...Namun dari segi attitude sebenarnya kita gagal untuk mempertahankannya....(Maafkan saya)
...Untuk itu sempena 31 Ogos kali ini jom hentikan tabiat merokok atau apa saja habit yang buruk agar ianya benar benar memerdekakan kita...Bagi yang pernah mencuba dan gagal..Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya...
...P/s : - Sebenarnya merasa hebat atau cool ketika merokok hanyalah faktor psikologi saja dan tak lebih dari itu...Sama jugaklah dengan makan di Dome atau lepak di Starbuck bagi sesetengah orang...
3 comments:
Saya pun dah genap satu tahun 6 bulan dah berhenti merokok.terasa lapang sikit dada ni..kadang tgk kaki vape ni (tak semua)main langgar je dlm tempat air cond pun asap dah mcm asap bakar sampah
Dalam rumah, dengan ahli keluarga aku, mereka tahu aku punye STAND dalam hal merokok, menghisap shisha, dan baru2 ni vapour or whatever.
ada masanya aku suka merokok
ada masanya aku berenti merokok
ada masanya aku anti perokok
ada masanya aku suka berkokok
roler koster
roler koster
apokalips
apokalips satu kali!
Post a Comment