Total Pageviews

Tuesday, March 31, 2015

...GST...Satu lagi mimpi ngeri?...



...Ada yang percaya 'culture  shock' terhadap GST akan bersifat  sementara terhadap kita semua...seperti negara2 lain yg telah lama mempraktikkannya kini rakyat  mereka telah terbiasa dengan keadaan (ye ke??)...


...Rakyat sedar negara kita banyak memberi subsidi dalam pelbagai  sektor kesihatan,pertanian, pelajaran antara contohnya namun kita juga perlu sedar negara kita bukan negara subsidi...kita tidak boleh mengamalkan sifat diberi betis maukan peha...Ironinya gunung yang tinggi juga akan rata jika terus menerus ditarah...Justeru rakyat TERkena faham pada konsep give and take (last time they give and this time around they' ll come and take) serta  win win situation...dan kerajaan tidak selamanya mampu maintain  pada satu situasi maka sesuatu tindakan perlu  dilakukan untuk menstabilkan kedudukan kewangan...salah satunya ialah dengan  mempraktik GST...


...Tidak dinafikan kesannya dirasai bagi golongan berpendapatan sederhana apatah lagi bagi yang telah sememangnya miskin...Namun  Suka atau tidak 1hb. April 2015 nanti bukan hari April Fool...jelasnya akan menjadi saksi pada satu lagi realiti atau mimpi ngeri...

1 comment:

deaf-angel said...

Betul 160 countires pakai gst, tapi implementation dan enforcement nye tak sama bagi setiap negara.
Semalam aku kat kl. 8 malam pasaraya penuh macam nak masak untuk raya gitu...