Total Pageviews

Tuesday, January 20, 2015

...Tanpa Cinta..Alam Mula Menolak Kita..Part 1...



                                    ...Bila alam menyatakan rasa kecewa dengan manusia...

...Tahun 2014 merupakan tahun yang banyak meninggalkan kenangan pahit bagi kita rakyat Malaysia...Pelbagai musibah serta bencana yang melanda tanpa diduga...Semuanya secara tiba tiba...Bermula dengan kehilangan MH 370 kemudian MH 17 diselit pula dengan kertas soalan peperiksaan yang bocor, musim jerebu seluruh negara, tanah runtuh serta banjir lumpur di Cameron Highland..kehadiran 'makhluk asing' yang mencapai tahap seakan tidak mampu lagi dibendung hingga mampu membentuk komuniti dan pelbagai puak yang sanggup berbunuhan sesama sendiri hanya disebabkan berebut bilik air...dan belum pun reda dengan trauma semua itu kita dikejutkan pula dengan bencana banjir yang di Pantai Timur...ada yang beranggapan ianya umpama Tsunami kecil tapi bagi saya Tsunami amat berbeza dengan apa yang dialami oleh rakyat Kelantan dan juga Terengganu ketika ini dan turut dirasakan oleh sebilangan penduduk dari lain lain negeri seperti Kedah, Perak, Selangor dan Johor dan kini yang terbaru di Sarawak...



...Bukan mudah untuk bangkit semula dari bencana serta sengsara yang menimpa...cuma bencana ini ianya tidak dialami secara peribadi malah lebih dari  itu...yang boleh membezakannya hanyalah cara mana setiap  individu itu menangani...Siapa  yang tidak merasa sedih...namun perasaan  itu tidak boleh dilayan sangat  kerana  mampu mengundang rasa putus asa yang seterusnya merosak jiwa....Dalam  menghadapi situasi  sebegini beberapa fasa harus dilalui oleh setiap individu mangsa - Fasa pertama - kejutan dengan ujian Fasa ke 2 - Sedih, kecewa, marah.Fasa ke 3 - Sudah boleh bertenang dan mampu menerima  keadaan.Fasa ke 4 - Peringkat  untuk bermula dan bangun semula dari semua musibah...Sungguh pun begitu  bukan semua  mampu melaluinya dengan  tenang serta tabah, ada yang terkandas di separuh jalan dan tak kurang ada yang langsung 'lost'...Di ketika dalam  mengharungi beberapa fasa inilah perlu adanya kekuatan jiwa yang diperolehi dengan adanya bantuan iman dan taqwa bagi sesaorang itu selain dari terus berfikiran positif...dengan percaya kepada qada dan qadar Tuhan...jauh sekali dari berburuk sangka kepada Nya...



                                      ...tidak terkecuali kanak kanak atau orang dewasa...

...Semua sedia maklum bahawa bencana ini bukanlah semata mata bencana alam semula jadi yang biasa namun ia banyak berpunca dari tangan kita sendiri yang begitu rakus serta tamak untuk membolot segala khazah bumi yang ada...Rasanya tidak perlu diulang lagi bahawa alam yang sebenarnya merupakan amanah dari Tuhan...mesti dijaga serta dipulihara dengan sewajarnya...Ini bukan lagi masa untuk sesiapa saja menuding jari sedangkan banyak perkara yang perlu dilaksanakan tanpa membuang masa...sementelah banyak bukti serta gambar yang boleh kita lihat di pelbagai media...kepada yang terlibat dalam usaha menjahanamkan 'Permata Rimba' cukup cukuplah...



                                      ... Bencana juga mampu mengajar erti kerjasama... 
...Tidak terhantuk maka kita tidak akan terngadah begitulah selalunya...kini apa yang perlu, kita sama sama berganding bahu menanganinya dengan mengenepikan perbezaan ideologi yang selama ini menjarakkan perhubungan  sesama bangsa...Kita seharusnya melihat  semua bencana yang berlaku ini dari sudut  positifnya...sama sama kita muhasabah diri...Munkin dengan apa yang dialami ini mampu menyatukan  kembali  umat yang telah lama berpecah...Justeru jadikanlah apa yang berlaku ini sebagai satu amaran keras dari Allah selepas beberapa siri amaran sebelum ini tidak kita endahkan...Bersatu kita majukan negara dan benteras semua musuh yang ada...kerana mereka ketika ini sedang galak memerhatikan kita sambil berkira kira waktu yang sesuai  untuk bertindak lebih jauh...



                               ...Bila bencana melanda ianya tidak mengenal mangsa...



P/s: - Samada kita tewas dengan segala macam  ujian yang terjadi atau pun bangkit untuk          menghadapi semuanya dan terus berlari selagi ada kudrat dan hayat...
                                   ...Lawan Untuk Hidup...InShaAllah...

4 comments:

D'arsil said...

mereka hanya pandai berkata ini semua bencana alam.

deaf-angel said...

Its ok permodenan, tapi kena seimbang, irrigation, saluran semua kena buat betul2. Aku selalu baca soil erosion nye word ni jadi punca bencana.
Tamak is when ada kerja pembalakkan haram, atau ketua dan pemimpin kasi izin untuk rosakkan alam hanya kerana duit.
Red indian nye peribahasa betul. Yang bangsa Cree yang disebut dalam lagu run to the hills iron maiden tu.
Lepas last ikan ditangkap, lepas last pokok ditebang,, baru mat salleh tahu dorang tak boleh makan duit.
Cuma ganti mat salleh ngan melayu. Because melqyu yang tukang sain dan tukang chop approve. Whoever they are.

berteromber said...

umat makin ramai...dunia makin sempit...the end is near....

Ra1m1 said...

so true....