Total Pageviews

Saturday, January 31, 2015

...Mahukah kita pada Untouchables Generation...




...Seingat saya ketika bersekolah dulu hukuman merotan yang senonim dilaksanakan kepada murid yang bersalah tidak pun pernah menjadi isu kepada murid sendiri mau pun ibu bapa...Untuk pengetahuan generasi baru ianya bukanlah merupakan satu satunya bentuk hukuman yang dipraktikkan di sekolah ketika itu...Ketuk ketampi, lari keliling padang, kutip sampah, berdiri atas kerusi, dikurung dalam stor dan termasuklah pelempang dari guru, semua itu  sememangnya digalakkan kerana bertujuan untuk membentuk diri individu atau murid berkenaan...


...Suatu masa dulu ketika sedang menemani mak menoreh dari radio yang dibawa bersama saya terdengar almarhum Sultan Johor (ketika itu sebagai YDP Agung) dalam titahnya berkata biar anak menangis sekarang jangan kita (ibu/bapa) yang menangis  kemudian...Ianya sebagai satu isyarat dari baginda bahawa dalam hal mendidik anak anak kita perlu bertegas...Memukul atau merotan..Ianya hukuman yang lebih bersifat mendidik dan bukan mendera...Namun bertegas bukan bermakna kita perlu memukul pada setiap kesalahan...Dalam pada itu pendekatan psikologi juga harus memain peranan untuk  dipraktikkan dalam usaha menangani disiplin anak anak...


...Sehubungan dengan itu saya tidak nampk apa relevant nya dengan melabelkan merotan anak sebagai  satu 'jenayah'...juga tidak bermakna jika masih dipraktikan sekarang kita mengundur ke era zaman silam...Justeru sebagai ahli akademik dan Menteri berkenaan yang bertegas mahu mengharamkan sepatutnya lebih peka dan seharusnya membuat kajian mendalam dengan merujuk kepada lain lain institusi dan Jabatan Agama contohnya bukan nya dengan bertindak atas dasar ingin 'popular' yang akhirnya memakan diri dan hanya menampilkan sisi diri yang tidak berpandangan jauh dan tidak matang...Jelasnya kita tidak mahu negara melahirkan generasi  untouchables bagi generasi yang mendatang...dan dalam masa yang sama manja tidak kental jati diri hinggakan gagal meraih tempat dalam audition program realiti pun menangis macam mati emak...Ahh klise!!


..Sunah dan hukum Al Quran telah  jelas dan sesuai bila bila masa...Menafikannya bermakna kita menafikan hukum Allah...Menjadi anggota Kongres tidak bermakna perlu gelojoh dalam tindakan apa lagi melulu mengikut telunjuk orang lain sedangkan kita sepatutnya punya pendirian serta acuan sendiri...Sistem apa pun lama atau baru jika ianya praktikal wajar dikekalkan...
.

...Secara detail saya tidak tahu menahu tentang undang undang yang telah digubal untuk menangani kes Suami Pukul Isteri/Anak (Dera) umpamanya... namun saya rasa pihak terbabit perlu menyemak kembali akta atau undang undang berkenaan termasuklah dengan isu keselamatan kanak kanak di TASKA dan wanita di tempat kerja yang sering menjadi mangsa keadaaan di mana masih lagi kita dengar berlaku pelbagai kes salah laku terhadap mereka ini...Perkara ini jauh lebih baik ditangani berbanding isu rotan...Usahlah kita cuba menjadi popular di mata dunia luar dengan berusaha untuk duduk sama tinggi dengan mereka sedangkan banyak apa yang mereka praktikkan tidak sesuai langsung dengan ugama, budaya serta adap resam kita sama ada secara teori atau praktikalnya...




P/s:- Suatu hari saya ke hutan berdekatan Sungai Langat bersama kawan untuk menjerat burung...Terjumpa pokok rotan saya tebang sebatang bawak balik nak tunjuk kat abah...Eksyen konon anak jantan masuk hutan cari rotan...sudahnya rotan makan tuan.. Berbirat kesannya sampai sekarang...

Tuesday, January 20, 2015

...Tanpa Cinta..Alam Mula Menolak Kita..Part 1...



                                    ...Bila alam menyatakan rasa kecewa dengan manusia...

...Tahun 2014 merupakan tahun yang banyak meninggalkan kenangan pahit bagi kita rakyat Malaysia...Pelbagai musibah serta bencana yang melanda tanpa diduga...Semuanya secara tiba tiba...Bermula dengan kehilangan MH 370 kemudian MH 17 diselit pula dengan kertas soalan peperiksaan yang bocor, musim jerebu seluruh negara, tanah runtuh serta banjir lumpur di Cameron Highland..kehadiran 'makhluk asing' yang mencapai tahap seakan tidak mampu lagi dibendung hingga mampu membentuk komuniti dan pelbagai puak yang sanggup berbunuhan sesama sendiri hanya disebabkan berebut bilik air...dan belum pun reda dengan trauma semua itu kita dikejutkan pula dengan bencana banjir yang di Pantai Timur...ada yang beranggapan ianya umpama Tsunami kecil tapi bagi saya Tsunami amat berbeza dengan apa yang dialami oleh rakyat Kelantan dan juga Terengganu ketika ini dan turut dirasakan oleh sebilangan penduduk dari lain lain negeri seperti Kedah, Perak, Selangor dan Johor dan kini yang terbaru di Sarawak...



...Bukan mudah untuk bangkit semula dari bencana serta sengsara yang menimpa...cuma bencana ini ianya tidak dialami secara peribadi malah lebih dari  itu...yang boleh membezakannya hanyalah cara mana setiap  individu itu menangani...Siapa  yang tidak merasa sedih...namun perasaan  itu tidak boleh dilayan sangat  kerana  mampu mengundang rasa putus asa yang seterusnya merosak jiwa....Dalam  menghadapi situasi  sebegini beberapa fasa harus dilalui oleh setiap individu mangsa - Fasa pertama - kejutan dengan ujian Fasa ke 2 - Sedih, kecewa, marah.Fasa ke 3 - Sudah boleh bertenang dan mampu menerima  keadaan.Fasa ke 4 - Peringkat  untuk bermula dan bangun semula dari semua musibah...Sungguh pun begitu  bukan semua  mampu melaluinya dengan  tenang serta tabah, ada yang terkandas di separuh jalan dan tak kurang ada yang langsung 'lost'...Di ketika dalam  mengharungi beberapa fasa inilah perlu adanya kekuatan jiwa yang diperolehi dengan adanya bantuan iman dan taqwa bagi sesaorang itu selain dari terus berfikiran positif...dengan percaya kepada qada dan qadar Tuhan...jauh sekali dari berburuk sangka kepada Nya...



                                      ...tidak terkecuali kanak kanak atau orang dewasa...

...Semua sedia maklum bahawa bencana ini bukanlah semata mata bencana alam semula jadi yang biasa namun ia banyak berpunca dari tangan kita sendiri yang begitu rakus serta tamak untuk membolot segala khazah bumi yang ada...Rasanya tidak perlu diulang lagi bahawa alam yang sebenarnya merupakan amanah dari Tuhan...mesti dijaga serta dipulihara dengan sewajarnya...Ini bukan lagi masa untuk sesiapa saja menuding jari sedangkan banyak perkara yang perlu dilaksanakan tanpa membuang masa...sementelah banyak bukti serta gambar yang boleh kita lihat di pelbagai media...kepada yang terlibat dalam usaha menjahanamkan 'Permata Rimba' cukup cukuplah...



                                      ... Bencana juga mampu mengajar erti kerjasama... 
...Tidak terhantuk maka kita tidak akan terngadah begitulah selalunya...kini apa yang perlu, kita sama sama berganding bahu menanganinya dengan mengenepikan perbezaan ideologi yang selama ini menjarakkan perhubungan  sesama bangsa...Kita seharusnya melihat  semua bencana yang berlaku ini dari sudut  positifnya...sama sama kita muhasabah diri...Munkin dengan apa yang dialami ini mampu menyatukan  kembali  umat yang telah lama berpecah...Justeru jadikanlah apa yang berlaku ini sebagai satu amaran keras dari Allah selepas beberapa siri amaran sebelum ini tidak kita endahkan...Bersatu kita majukan negara dan benteras semua musuh yang ada...kerana mereka ketika ini sedang galak memerhatikan kita sambil berkira kira waktu yang sesuai  untuk bertindak lebih jauh...



                               ...Bila bencana melanda ianya tidak mengenal mangsa...



P/s: - Samada kita tewas dengan segala macam  ujian yang terjadi atau pun bangkit untuk          menghadapi semuanya dan terus berlari selagi ada kudrat dan hayat...
                                   ...Lawan Untuk Hidup...InShaAllah...