...Rasanya ramai sebenarnya sudah jelak atau letih dengan sesetengah orang yang secara suka hati masuk bakul angkat sendiri nih...
...Ketika orang lain bersusah payah untuk survive dalam scene..dimana mereka?! Tup tup sekarang mengaku diri legend (nak muntah) sesuka hati mengaku mereka lah dulunya pejuang scene kepada ganerasi Y yang tak tau apa apa sebab belum lahir lagi...Sedangkan kami sedia maklum mereka ini ketika itu tidak lah lebih hanya sekadar Womenizer yang kehulu hilir berkepit...Mengorat dan bercinta di bus stand Ipoh...dan yang lebih teruk lagi menganiaya anak dara orang! Orang macam inikah yang layak digelar legend!?!? Pada pemahaman saya mereka yang layak digelar legend adalah orang lama yang banyak menabur jasa...tidak kira dalam apa bidang sekali pun Politik, Ekonomi, Sastera atau Muzik...Macam di Ipoh ini Dato Tajuddin Ali,Sybil Kartigesu, Dato Lau Pak Khuan...Sebagai contoh lainnya SM Salim, Tunku Abd Rahman, Pak Sako, Tun HS Lee,Yap Ah Loy,A.V Bapat, Dato L Krishnan... selain itu di peringkat antarabangsa bintang avant garde dalam muzik Grunge Kurt Cobain, Syd Barret, Frank Zappa dan ramai lagi yang berjasa dalam bidang masing masing...
...Bagi yang bergelar legend dan selalunya jika di negara kita..adalah terdiri dari mereka yang telah mati! Persepsi ini yang seharusnya berubah...kerana ini bermakna kita hanya mengiktiraf dan mengenang setelah ketiadaannya mereka...Contoh paling jelas ialah Allahyarham P. Ramlee...Amat lah malang kerana mereka tidak sempat untuk merasa pengiktirafan yang diberi...Selebihnya 'legend' ini ramai yang tidak pun dikenang akan jasa mereka...Cuba tanya apa jadi pada Allahyarham R. Azmi, Nona Asiah, Si Pitung?Apa yang tinggal hanya memoir 'blur' sekadar untuk menjadi tatapan generasi yang mendatang...
...Pengiktirafan bukan sekadar untuk memberi tanda terima kasih namun lebih jauh dari itu sebagai cara motivasi kepada yang empunya diri mau pun orang lain...Ini perlu sebenarnya..kerana tanpa dorongan serta penghargaan dari kita atau pihak yang sepatutnya sudah barangkali pasti para penggiat ini akan patah hatinya kecuali bagi mereka yang benar benar ingin menghambakan diri di dalam bidang masing masing...Namun kita memangnya tidak patut jika hanya sekadar menjadi pemerhati atau penerima...Ya seharusnya turut menjadi pemberi...Paling tidak sekurang2nya dengan hanya berterima kasih...Itu pun jika masih mempunyai adap serta budi pekerti...supaya tidak nanti dilabel sebagai bangsa yang tidak mengenang budi!! Justeru bagi yang layak bergelar lagenda..hargai serta hormatilah selagi nyawa mereka dikandung badan bukan setelah hanya tinggal nisan di kuburan...
P/s: - Ibu & bapa juga merupakan lagenda yang tak boleh sesiapa pun nafikan...
5 comments:
betul bro.. dah mati baru bagi gelaran lagen memang tak patut..
kat bawah tu yang paling manis mak bapa kita harus diiktiraf lagen,sbb pengorbanan mereka untuk anak2 nya memang tak terjangkau akal fikiran...
mendalam sey.. tapi aku setuju.
Setuju bang,mak bapak kita yg betul2 legend
aku blur, siapakah yg dimaksudkan dlm perenggan kedua?
ataupun aku dah ketinggalan keretapi
Legend di dunia tak penting, legend di akhirat itu sama2 kita kejarkan tuan2 sekalian...inshaAllah hehe
Post a Comment