...Tahun 2014 yang baru saja menjengah dan disambut secara besar
besaran dijangka merupakan antara tahun yang mencabar bukan saja bagi raakyat
Malaysia tapi bagi semua penduduk dunia...Dengan kenaikan harga barang
keperluan, minyak, perkhidmatan serta krisis makanan...dan semua sedia maklum
ianya memerlukan wang...Wang yang mampu mengerakkan hatta melumpuhkan...untuk
meneruskan kehidupan...
...Jika kenaikan harga barangan kini
disebut dengan istilah 'Pelarasan
Harga' begitu jugalah
dengan kegawatan ekonomi yang diberi pelbagai lagi istilah...Seingat saya 2 - 3
tahun kebelakangan ini perkataan inflasi,
kegawatan ekonomi seakan
luput dari disebut sebut...sedangkan inilah yang sedang kita hadapi...Istilah
lain diguna pakai untuk menyedapkan hati (rakyat) supaya tidak berlaku sindrom
panik...
Untuk menanganinya pelbagai kaedah
dipraktikan samaada dalam kerajaan,organisasi, kompeni juga keluarga...Baru
baru ini kerajaan telah menggariskan beberapa langkah yang dijangka mampu untuk
mengurangkan belanja jabatan jabatan di bawah kelolaannya...
...Saya berpendapat sudah sampai masanya
kerajaan mengkaji segala peruntukan serta perbelanjaan yang diberi kepada
jabatan jabatan..Walaupun ianya patut dilakukan lama dulu lagi...Justeru
bertindak sekarang adalah tepat pada masanya...Langkah penjimatan seharusnya
tidak dilakukan hanya ketika ekonomi mengalami kegawatan...Sikap tidak apa
dengan alasan dana negara mencukupi tidak seharusnya diamalkan...Sedangkan
dalam masa yang sama kita tidak mampu menjangka sebarang perkara
buruk..umpamanya bencana alam..tanah runtuh, banjir, ribut, atau lain lain lagi
perkara yang memerlukan pengeluaran dana yang banyak bagi menampung segala
usaha pemulihan serta kebajikan...Sebagai contoh baru baru ini banjir yang
berlaku di Pantai Timur dan ancaman pengganas di Sabah...
...CEUPACS dengan Presiden barunya telah
meminta agar kerajaan mengkaji semula beberapa perkara yang melibatkan
kakitangan awam...Rasanya beliau hanya cuba menjadi popular sementelah baru
saja menyandang jawatan berkenaan...Sebagai ketua beliau seharusnya menarik
ahli agar memberikan sokongan yang jitu terhadap usaha kerajaan dalam mengambil
pendekatan untuk berjimat cermat...
...Alasan mengatakan bahawa jika beberapa
sekatan/pengurangan dilaksanakan akan menurunkan produktiviti kakitangan
merupakan alasan yang tidak bertanggung jawab dan hanya mementingkan diri
sendiri...Kakitangan harusnya bertanya pada diri sendiri apakah sumbangan yang
boleh diberi untuk jabatan yang membayar gaji...dan bukan dengan hanya membebel
mahukan itu, ini lagi dan lagi...
...Suka untuk saya memberikan sedikit
pendapat serta cadangan dalam usaha menggurangkan belanja di
pejabat...antaranya penghawa dinggin hanya dihidupkan pada pukul 8 pagi...dan
dimatikan 10 - 15 minit lebih awal sebelum waktu rehat tengahari dan sebelum
waktu pulang pukul 5.Kurangkan budget untuk semua jabatan yang terlibat dalam
mana mana perayaan seperti Hari Kebangsaan, Hari Malaysia, Sambutan Tahun Baru, Hari
Keputeraan.Kursus, seminar atau mesyuarat pula hanya dilakukan dalam negeri.Kawalan
terhadap bil talipon, elaun lebih masa serta elaun perjalanan.
...Jika boleh ditambah saya juga mengatakan
agar bantuan dana kepada negara asing seharusnya dipotong dan tidak keterlaluan
jika dimansuhkan terus..kerana kita sedia maklum di dalam negara sahaja sudah
berapa banyak wang yang dikeluarkan bagi menangani rakyat luar - Pusat Tahanan
Sementara sudah banyak dibina, penjara untuk menyimpan/membela, itu belum lagi
dikira belanja untuk menghantar mereka pulang ke negara asal sebelum mereka
kembali dengan gembira sambil turut membawa kaum kerabat lainnya.Ketika program
pemutihan dulu pun negara telah banyak berbelanja sedangkan hasilnya tidak
ketara berkesan.Cuba tafsirkan jika dalam sehari berapa jumlah belanja yang
dikeluarkan untuk mereka...sebulan, setahun bertahun tahun?! Dengan peruntukan
itu berapa banyak pula rumah PPRT boleh dibangunkan untuk ramai lagi rakyat
kita yang memerlukan...Tindakan yang hanya popular di mata orang asing tidak
bagi rakyat sendiri hanya mengundang kekesalan seterusnya kemarahan bagi yang
kecewa...Selalunya jika bercakap akan perkara seumpama ini kita akan dilabel
sebagai pro pembangkang...tapi saya bukan berdiri atas platform sebegitu...
Yang benar kita sokong manakala tindakan yang dikira salah wajar untuk
disanggah...
...Semua langkah tadi harus dipraktik dan
dilihat secara jangka panjang.Jika berkesan dan menepati sasaran ianya harus
diteruskan tanpa ada tempoh pengecualian...Kita harus ingat walau banyak mana sekali pun dana
yang disimpan namun umpama bukit jika ditarah lama lama akan habis juga
sudahnya...Justeru mengapa membazir jika mampu mengawalnya...
P/s : - Apa
pun alasan saya tetap mengatakan TNB tidak sepatutnya menambahkan lagi beban
terhadap pengguna dengan kenaikan takrif bil letrik.Belanja mengurus dikatakan
sebagai punca,namun mengapa pula kita sebagai pengguna yang membayar
perkhidmatan perlu pula untuk absorb semua itu...sedangkan geraf untung mereka
berlipat kali ganda tahun demi tahun...Inilah yang kita dapat jika kaedah
kapitalis dipraktikkan dalam kehidupan...
2 comments:
So much trouble in the world...
- Bob Marley
kalau mengikut sistem, gaya, dunia moden, dari acuan barat.. negara maju, sistem kewangan, semuanya menuju jahanam negara kita. manusia yang benar-benar bebas saja akan survival lari dari acuan setan itu.
Post a Comment