Total Pageviews

Wednesday, July 17, 2013

…Obat Oi Obat..





...Masyarakat kita di Malaysia sekarang ramai yang telah sedar betapa pentingnya dalam hal menjaga kesihatan...dari itu pelbagai kaedah dilakukan kerana semua mau hidup sihat dan ceria...Ada yang mengamalkan gaya hidup sihat dengan melakukan exercise secara berkala,menjaga pemakanan dan ada juga yang mengamalkan pelbagai jenis ubatan atau makanan tambahan...


...Bila sebut topik ubat nih...orang kita Melayu amat obses dengan ubatan traditional yang lebih menjurus kepada ‘ubat kuat’..apanye yang kuat jika ditanya..Semua kuat! Kata dema…ringkas tapi padat dan dalam maksudnya....entahlah...


...Bangsa asing...Cina contohnya seperti yang aku tau mereka lebih teruja untuk sihat..sihat dari erti kata yang sebenarnya...sihat jiwa raga..sihat rohani dan jasmani…dan jika diminta membuat pilihan aku lagi suka sihat rohani dan jasmani…Tiada jalan mudah untuk mencapai kesihatan yang baik...mesti menjaga serta mengawal pemakanan...perlu juga bersenam....apa yang boleh dan apa yang tidak…seperti juga jasmani rohani juga perlu diberi ‘makan’ yang baik2…Dan yang penting bersederhana dalam segala hal…


....Berbeza  dengan sesetengah dari orang kita yang lebih suka mengambil jalan mudah...untuk bersenam tiada masa katanya...Penyudahnya makan atau minum saja segala macam jenis makanan tambahan atau ubatan yang belum tentu lagi terjamin keselamatannya untuk jangka masa panjang...Dalam iklan katanya 100% herba...Ok herba yang macam mana? Kalo herba atau akar kayu segalanya pun perlu ada sukatan, atau tidak boleh diambil membuta tuli...ini ditakuti akan mengakibatkan keracunan atau lain lain implikasi...Jelasnya baja yang diguna pakai pada pokok herba itu juga mampu memberi kesan tidak baik kepada pengamalnya...


....Dengan sambutan yang hangat dari pengguna yang obses macam yang aku katakan tadi maka berlumba lumba pula lah segala macam product yang dikeluarkan oleh pelbagai pengusaha dah umpama cendawan lepas hujan saja lagaknya…di mana ada yang lebih mementing kan kuantiti dari kualiti dan originaliti…tahukah para pengguna ubat yang dibeli itu munkin telah dicampur dengan pelbagai steroid atau sama je dengan ubat yang dijual oleh Do Re Mi???…Perghhhh...


...Demi untuk menghadapi pelbagai saingan dari banyak lagi pengeluar maka pelbagai promosi serta iklan diadakan...Bagus kerana itu juga merupakan salah satu strategi dalam perniagaan...cuma yang tak bagusnya bilamana banyak iklan yang berbaur lucah...tak payah aku tuliskan disini tapi korang boleh tengok,baca dan dengar sendiri...


...Satu cerita yang boleh kita kongsi ini berlaku kepada abang sepupu aku...beliau telah disahkan oleh Doktor mengidap masaalah jantung...ini setelah satu hari beliau membeli sejenis ubat yang dibeli dari penjual di pasar malam..konon untuk kekal kuat & cergas...balik saje di rumah terus telan...Hahh tak lama lepas tu tetiba je dunia jadi berpinar2 dan sakit dada...sudahnya tersadai di wad kecemasan....


...Jelasnya sikap berhati hati perlu diamalkan serta berpada pada dalam memilih bahan yang dimakan...jika bersenam pula perlu akan semangat serta disiplin yang tinggi...Yes! No Pain No Gain...




P/s: - ...Ok tak perlu lah menjadi Badang…yang mana sebab nak jadi kuat muntah hantu pun dia sebat...hahaa...Orang kita bila produk itu dikatakan ubat kuat semua nak dirembat!!









7 comments:

Adi Herman said...

Kena hati2 dgn produk supplement foods skrg, ada yg x sesuai dgn badan kita, yang akhirnya akan mengakibatkan alergik...aku dah kena huhua

Izwa Kamaruddin said...

tak berani nk mkn mcm-mcm..

Skudal said...

tak berani makan ubat pelik... ubat klinik jugak guna...huhuuh

Rafi said...

Kalo dlm paper skang mcm2 iklan ubat ada.ubat kurus la,ubat suami isteri la..tapi betul ke terjamin?

deaf-angel said...

Melayu suka gini,
Iklan lucah pun halal pe dorang vakap, pasal asal ngan suami isteri,
Lantak la iklan tu kat termjnal bas ke pasar ke, semua peringkat umur blehbaca,
Lagi lucah lagi tarik perhatian.

Ra1m1 said...

aku kena gout bro. Alhamdulilah. Mula-mula makan ubat... telinga jadi bengang, rupanya nya timbalan pengarah JKM perlis, bapak member semua jadi tuli, n pekak badak makan ubat gout. jadi stop laaa....

Aritu pi kursus, geng Le' tua cakap cycling boleh cure gout. Malangnya mlm raya tahun lepas gerek Shimano saya kena kebas! :(

WanBeruas said...

Ramie - Hang coba try lagu nih...Pi cari jintan itam (habatus sauda)kedei kelin dok banyak juai..Balik goren dalam kuali takdak minyak bila dah naik bau hang tumbuk buat serbuk campoq ayag minum macam kopi..insyaallah member buat lagu ok ...