…Pagi Khamis …Cuti Keputeraan Sultan Perak pada tahun lepas…KRRT di kampong tempat
aku tinggal mengadakan program Senam Robik dan Ceramah Kesihatan…Aku dengan
wife sebenarnya demam..Namun atas sebab ingin turut serta dan mahu bercampur
gaul aku gagahkan jugak untuk hadir... bukan selalu pun dapat peluang begini
memandangkan masing2 sibuk dengan tugas…kami datang pun lambat dari orang lain..yang
mana program dah pun bermula…aku duduk di tepi padang dengan beberapa orang Pak
Cik yang rupanya turut tidak sihat..namun mau jugak turut serta…sebagai tanda sokongan...Alhamdullillah
program berjalan lancar walaupun cuma 150 orang yang hadir sedangkan bilangan
penduduk lebih dari itu dan bertambah setiap masa…munkin yang lain tu ada
halangan atau program lain...ok lah tuu..
....Manakala itu baru baru ini ketika cuti Hari Pekerja KEKWA kampung kami telah mengadakan program bermain bowling di antara ahli...Kami kaum bapa berserta AJK KRTT turut menjayakan program dengan menjadi urus setia selain aku yang hanya datang menyibuk..hahaa...Program berjalan lancar dengan gelak ketawa riang para peserta walaupun ada yang baru pertama kali memegang bola bowling...Acara berakhir sebelum masuk waktu Zohor...Kemudian semua kami membawa haluan masing masing...
...antara kaum lelaki yang hadhir....
...Syok pulak nengok mende nih....
...anak anak layan hal sendiri...
...ada gak yang lepak lepak sambil bersembang...
…Namun yang dikesalkan bila mana ada suara2 yang mencemuh…aku tidak melatah..namun bersuara juga dalam nada sinis..Bukan makan minum atau hadiah yang dipentingkan..namun objective nya yang sebenar adalah untuk merapatkan lagi hubungan ukwah sesama kita...kita hidup berjiran perlu bergaul dengan masyarakat ini penting dan ia jugak dituntut dalam agama kita…
…Memandangkan kita tinggal sekampung...jika berlaku sesuatu apa pun jiran sekeliling lah yang
menjadi keutamaan untuk kita mengadu…Justeru hormat menghormati...tak siapa rugi…namun
jika dengan jiran serta orang keliling pun hendak beradu tenaga,menyinsing lengan...hum payah nak cakap laa…
...antara group yang menang...
…Secara peribadi aku ikut dan sokong penuh program seumpama ini kerana ianya tidak mempunyai agenda terselindung yang mana memunkinkan ada kepentingan bagi sesetengah pihak atau pun individu…Jadi kalo ada yang tak suka..takyah campur dan kami pun tak kisah…dan tak perlu le pulak menyindir kerana cemburu dengan permuafakatan yang ada…Kami ade lu orang ade!?!?..
…Sebagai contoh betapa perlu dan pentingnya jiran kepada kita…Satu pagi Jumaat tak lama dulu,saorang jiran kami meninggal secara mengejut sedangkan ketika itu
hanya beliau dan saorang anaknya sahaja yang berada dirumah..isteri dan lain2
anggota keluarga berada di Sabah kerana menziarahi adik angkatnya di sana…dipendekan
cerita jenazah selamat dikebumikan pada pukul 2.30 pagi hari Sabtu..sebagai
menghormati permintaan isteri simati yang meminta agar menunggu sehingga beliau
sampai dari KLIA…sepanjang ketiadaan anggota keluarga yang lain segalanya
diuruskan oleh kami jiran jiran yang ada dan perihatin…bayangkanlah jika tiada permuafakatan
serta pertolongan dari masyarakat setempat seperti itu sedangkan jenazah perlu diuruskan dengan segera...Alhamdullillah dan syukur kerana jiran kami semuanya baik2,perihatin dan mahu berkerjasama…
…Dalam bab berkawan dengan jiran atau sesiapa pun...aku sebenarnya tak memilih…tua ke muda semua
boleh campur…Cuma bila bercampur tu pelbagailah rentak yang dibawa…dengan yang
senior dari aku lain rentaknya begitu juga dengan yang muda...dan apa yang penting kita jangan sombong dengan orang keliling....
8 comments:
Betul tu bang..nak sombong n bongkak bukan dapat apa pun..
Err..rambut style baru nampak?heheh
Masih terkenang balik kejadian di mana anak buah saya meninggal bulan 5 lepas, kalau takda org kampung yg gotong royong menolong di rumah, saya rasa confirm saya dgn isteri akan jadi blur dan tak tau nak buat apa, disamping diselubungi dgn perasaan sedih yg teramat sgt...alhamdulillah hidup di kpg lebih secure dari di kwsn perumahan yg x mesra.
dari zaman Jesus a.s hingga Nabi Muhammad saw kepentingan jiran sering diingatkan mereka....
bak kata UAI...kalau rasa2 mati nanti...mayat boleh guling2 masuk kubur sendiri...boleh la hidup tak yah berjiran...
sempoi...kan best kalau buat macam ni..boleh kenal kenal dengan jiran yang jarang berjumpa...
I like this content
Teringat sorang Mufti pernah bagi ceramah dlm satu pgrm radio...Katanya masyarakat sekarang suka berpuak2 dan memilih dlm bergaul yang kaya dan berpangkat besar tak mahu bercampur dgn masyarakat marhaen...sedangkan bila mati bukannya vip2 tu sume yg usung jenazah dorang melainkan orang yg mereka sisih tu le yang menguruskanya hingga selesai...
Post a Comment